Tuesday, May 31, 2005

kisah pantai

Ukhwah yang terbina persis untaian tasbih, ada awalnya namun tiada penghujungnya, dibentuk untuk mengingatiNYA, dicantum krn cintaNYA, diratib semata-mata kerana redhaNYA, menitis airmata tika merasai kemanisannya..

Assalamualaikum warahmatuLLahi wabarakatuh

Dengan kalam mulia bismiLlahirRahmanirRahiim dan selawat serta salam buat junjungan tercinta sekelian alam, RasuluLlahi salaLlahu 'alaihi wassallam, habibuLlah.. moga entry ana kali ini berserta redha dan keberkatanNya.. semoga petunjukNya bersama-sama ana dan ikhwah wa akhawat sekelian...

Erm.. taktau nak mulakan macam mana.. Minggu lepas, akhirnya setelah lama bercadang untuk ke pantai, tertunai jugak pada hari Selasa (kalau tak silap ana, ish lemahnya ingatanku..). Pergi pantai belakang rumah je, pergi ngan AdikAdikTercinta. Kebetulan air surut petang tu.. subhanaLlah pemandangan canti sangat.. terpana mataku, terpukau pandanganku, terpegun dengan kebijaksanaan Tuhanku menciptakan alam ini.. Orang kampung pun dah ramai yang balik tatkala itu setelah puas mengutip kepah yang memang menjadi salah satu tarikan pelancongan ke kampung ana nih.. ceewwaahh !! tarikan pelancong tuh. bukan pelancong luar negara, tapi pelancong dari kampung-kampung berhampiran, yang nak sangat merasa keseronokan mencari kepah dan bermain pantai, maklumlah kebanyakan pantai-pantai di sekitar seberang perai ni, sedang dalam pembinaan jalan, so kira cam dah takde la pantai kat tempat lain.. Erm, selalu gak tempat ana ni jadi lokasi pengambaran rancangan masakan, huhu keluar tv. Hmm takpe, tinggalkan tentang rancangan masak tadi tu, sebab semestinya juadah yang dimasak tu dah basi kan?? hehe ^_^

Kita sambung dengan keindahan pantai kampung ana ni. Di sebelah kanan, kelihatan indah dan 'ayu' pemandangan di sana, Kg Kota Kuala Muda, Kedah.. hanya sebatang sungai, Sungai Muda yang memisahkan kami, kg ana Kuala Muda, Penang.. Namun disebalik 'keayuan' itu, terselit kisah tragis yang boleh dijadikan pedoman dalam meniti kehidupan sebagai 'abdi kepada Allah SWT.. Apakah sudah kita ambil iktibar daripada peristiwa tsunami itu?? Apakah telah kita ubah segala amal buruk kita kepada yang baik?? Apakah sudah kita sedar segala kesilapan kita?? Dan.. apakah telah 'hidup' kembali kehidupan saudara seagamaku yang telah ranap rumah mereka di sana?? Adakah kesemua mangsa tsunami itu menerima hak mereka hasil sumbangan masyarakat yang prihatin seadilnya?? Adakah terdapat yang menjadi mangsa diskriminasi akibat berlainan fahaman politik?? hmm banyak soalan yang bermain di minda, terlintas di jiwa... Bagaimana dengan bot-bot mereka yang rosak?? Bagaimana pula dengan bekalan diesel?? Adakah telah cukup teguh pendapatan mereka sekarang untuk berhadapan dengan kenaikan harga barangan keperluan?? Jadi.. bagaimana kehidupan mereka sekarang...?

Merenung pemandangan di hadapan. Pulau Pinang, island.. hmm Kelihatan megah bangunan Komtar di tengah-tengah pulau itu (tapi megah lagi bukit ciptaan Allah SWT yang juga kelihatan). Kelihatan juga beberapa bangunan yang telah menyalakan lampu. Dalam pada itu, samar-samar kenampakan Fort Cornwallis (ntah betul ke idak ejaan ni) atau pun lebih dikenali dengan nama Padang Kota Lama. Terimbau sejenak sejarah terbinanya kota tersebut.. Huh, kurang bijakkah raja Kedah tatkala itu, atau terlalu licik si Francis Light tu mengatur rancangan untuk menjajah Penang? Jahatkan Francis Light? Atau orang Melayu memang tak pandai?? hmm camne tu? fikir fikir.. Satu lagi, teringat kisah Ustaz Halim, time ana sekolah dulu. Kisah beliau bersama-sama Jabatan Agama Islam Pulau Pinang membuat operasi tangkap khalwat di kawasan tersebut.. Mereka dapat menangkap pasangan ini, bila disoal pada wanita tersebut, "mahukah bersuamikan lelaki ini", dia menjawab "ya". tapi bila ditanya soalan yang sama pada lelaki tersebut yang berpakaian ala rockers itu, dia menjawab "TIDAK" dengan alasan wanita tersebut tidak menepati ciri-ciri isteri idamannya, katanya dia mahukan yang bertudung dan ada harga diri, bukannya murah dan terlalu mudah termakan rayuan lelaki.. Hah!! camne nih?? Lelaki camtu pun nak yang bertudung, ada harga diri, tak mudah cair ngan pujuk rayu lelaki, so.. gadis-gadis di luar sana (ana gak tuh) kena jaga harga diri, jaga aurat and so on.. faham kan?? Hmm tu peristiwa dulu, macam mana pula keadaan Padang Kota Lama sekarang di waktu malam?? Makin meriahkah pesta maksiat di sana?? hmm....

Selepas itu... ana pulanglah ke rumah. AdikBogsuTercinta beli air jap kat warung tepi pantai tu, air grapes, banyak tapi 5 kupang ja (RM0.50).. kalau kat KL nuh, jangan haraplah... hehe

kay lah.. ana berhenti dulu setakat nih.. lepas ni sambung balik..

Jumpa lagi yer..

Aku Redha Dengan PilihanMu

(sambungan 4)

Isyraf tersenyum sendirian apabila terkenangkan kisah cinta teman rapatnya, Amar Haziq. Dia tidak tahu mengapa sejak dua tiga hari ini, kisah cinta pasangan Amar Haziq dan Hafni Insyirah sering bermain-main di benak fikirannya. Cip-cip memori di fikirannya bagaikan menari-nari kerana tidak sabar untuk bercerita episod cinta pasangan itu yang dianggap paling menarik di abad ini.


Isyraf kagum dengan sahabatnya itu kerana lelaki itu amat berjaga-jaga dalam kehidupan seharian. Kehidupan ini adalah ujian sebenar daripada Allah. Teringat kata-kata ustaz dulu, ‘Dunia ini tidak dimewahkan melainkan dengan ujian. Jikalau kita hajat pada dunia, sebenarnya kita hajat pada kesusahan…’ Walaupun jasad Amar Haziq di sini, Malaysia yang penuh dengan kemewahan, namun hatinya bersama sahabatnya di Palestin. Amar Haziq zuhud setiap perkara baik dari segi pakaian mahupun makanan. KFC, Mc Donald dan segala jenis makanan Amerika yang ada dalam senarai boikot ditinggalkan terus. Tidak tertelan dek anak tekaknya apabila mengenangkan kekejaman Amerika dan Yahudi terhadap umat Islam.


Amar Haziq pernah memberi dia membaca warkah yang dikirimkan oleh Hafni Insyirah. Gadis itu meluahkan rasa hati selepas Amar Haziq datang melamar. Hafni Insyirah menyatakan harapan dan impiannya. Dia berharap agar mahligai kasih yang akan termetrai melalui ikatan pernikahan akan menjadi satu medan bagi melahirkan wira-wira sehebat Imam Hasan Al-Banna, Muhammad Al-Fath dan serikandi-serikandi setabah Siti Khadijah, Asiah dan Aisyah. Tidak sanggup lagi rasanya melihat pemuda yang pada awalnya seorang yang soleh, berubah secara tiba-tiba kerana hasutan hawa nafsu yang terpaut pada keindahan dunia fatamorgana. Mula-mula bercoupling, lama-lama terjebak dalam perzinaan. NauzubiLlah… Pemuda yang bakal menjadi hafiz turut tertipu dengan dunia kepura-puraan… Konsert-konsert artis dibanjiri muda-mudi tapi majlis-majlis ilmu lengang, hanya dipenuhi kerusi-kerusi kosong. Dan apa yang lebih menyakitkan hati, jikalau aad perlawanan bola sepak, sanggup qiamullail, berjaga malam semata-mata untuk menyaksikan pemain kesayangan, Ruud Van Nistelrooy, Thiery Henry beraksi. Malangnya, waktu Subuh adalah saat paling sunyi, semua hanyut dibuai mimpi indah. Walaupun azan di masjid memanggil-manggil… ‘Haiya ala solah… haiya ala falah…’


Bagi Isyraf, Hafni Insyirah amat cocok dengan Amar Haziq, pemuda yang sentiasa bangun malam, berpuasa sunat Isnin dan Khamis, berusaha menghafaz Al-Quran dan rajin menuntut ilmu walaupun yang tiada kaitan dengan bidangnya. Kesimpulannya, seharian Amar Haziq tidak ubah seperti kehidupan Timraz, Yahya Ayyash, Akram Nisar, Ahmad Ghurrah…pemuda-pemuda Palestin yang telah mendapat kemuliaan syahid. Teringat kata-kata Abdul Aziz Rantisi dalam satu ceramahnya sebelum dibunuh,


“Tangan-tangan kita memegang senjata di dunia…
Insya-Allah, roh kita akan berpelukan di sisi Allah…”


Benarlah kata ustaz, Islam amat mementingkan kazkiyyatun nafs kerana tazkiyyatun merupakan tulang belakang kepada kekuatan Islam. Apabila jiwa bersih, maka segala rintangan dan halangan akan dapat direntasi.


Jika dibandingkan Amar Haziq dengan dirinya, terasa dirinya begitu kerdil. Menjadi teman sebilik Haziq sewaktu di universiti dahulu amat bererti. Banyak perkara yang dapat dipelajari dan manjadi teladan kepada dirinya. Kadang-kadang amalan harian Amar Haziq payah untuk dipraktiskan kepada dirinya sendiri. Seawall empat pagi haziq telah bangun, bertaqarrub dan meluahkan kepada Rabbul Izzati sebelum mula mengulanggkaji subjek mijor engineering. Pernah dia melihat wajah Amar Haziq suram dan sugul. Tindakannya seperti teragak-agak dan tiada keyakinan. Apabila ditanya kenapa, Amar Haziq menjawab, dia terlepas qiamullail. Amar Haziq menjelaskan jikalau dia tidak bangun malam, terasa diri hilang keyakinan dan kehidupan paad hari itu seolah-olah tiada seri. Memanglah jawapan Haziq agak peli, namun, kini dia mengerti dan merasai sepertimana yang dirasai oleh rafiqnya suatu ketika dahulu setelah dia mewajibkan dirinya berqiamullail. Namun, takdir mengatasi segala-galanya, sesuatu yang tidak pernah tergambar di depannya, berlaku secara tiba-tiba. Dia tidak mnyangka dia ditakdirkan berjodohan dengan Hafni Insyirah selepas panggilan jihad, lambaian syahid menjemput Amar Haziq.

untuk entry seterusnya.. episod terakhir.. hehe ^_^

3 comments:

Anonymous said...

salam.... wah... cite hafni insyirah ni cam best jer... tapi kat ne nak bc dari mula.... bace nak dekat akhir tak best... sape penulisnyer?

Anonymous said...

citer ni tajuk nyer "AKU REDHA DENGAN PILIHANMU".... kalo nk full search kt 'penulisan2u@blogspot.com'.... cari kt bhgn cerpen.... tq....

Anonymous said...

serach kat google keh....