Monday, May 09, 2005

>> Aku Redha Dengan PilihanMu <<

Assalamualaikum warahmatuLlahi wabarakatuh...

Dengan kalam mulia bismiLlahirRahmanirRahiim dan selawat serta salam buat junjungan tercinta sekelian alam, RasuluLlahi salaLlahu 'alaihi wassallam, habibuLlah.. moga entry ana kali ini berserta redha dan keberkatanNya.. semoga petunjukNya bersama-sama ana dan ikhwah wa akhawat sekelian...

Dah lama sangat tinggalkan blog ni, bukan taknak, tp semacam ada sebab yang ana sendiri tak tahu apa sebabnya.. hmm fenin tak baca? baca je la ek..

Hari Sabtu yg baru berlalu ni, ana dijemput ke usrah anjuran Penang Islamic Students Association (PISA).. Mula keluar rumah pukul 1255, ambil bas dari Kuala Muda (kg ana lah ni, bus stand tepi rumah jerk) ke Teluk Air Tawar, then dari situ ambil satu lagi bus ke pekan Kepala Batas (tempat kelahiran PakLah) untuk bersolat Zuhur di Masjid Jamiul Badawi (depan rumah kelahiran PakLah), then selesai solat ambil bas dr Kompleks KB ke Pokok Sena.

Lepas melintasi sekolah lama ana, al-Irshad yang kebetulan Alumni Irshad khabarnya adakan AGM hari tu, tapi ana tak pergi sebab takda kawan. Maklumlah, ana ni dua tahun je di sekolah tu, so kawan kawan yang baik ngan ana (seUIA) tak balik, dan ana ada ajak few kawan kawan ana yg dari univ lain ke AGM ni, tapi depa takmau pegi sebab yang sorang tu kata dia keja, yang sorang lagi tu kata dia segan.. so ana pun decide ke usrah..

Lepas bincang sedikit-sebanyak tentang satu working paper tu, Ustaz Ghani yang sentiasa tidak lokek mencurahkan ilmunya tiba dan without further delay, menyambung usrah kami pada minggu lepas dengan subtopik kedua bagi asas pertama dalam kitab 'Usul 'Isyrin tulisan As-Syahid Hasan Al-Banna, yakni Islam adalah Negara. Meh ana pastekan sket apa yang ada ek dalam Islam adalah Negara.

Islam adalah negara, sebagaimana yang diterankan oleh Mursyid adalah bermaksud bahawa Islam telah menyentuh hukum-hukum yang menitik beratkan persoalan negara. Islam bukanlah terbatas dalam lingkupan hubungan manusia dengan Allah, mala Islam juga menyusun hubungan antara sesama manusia, hubungan individu dengan jamaah, hubungan jamaah dengan jamaah yang lain. Jamaah ini pula memilih satu sistem siasah yang didokong oleh negara, manakala negara pula mempunyai seorang ketua yang dikenali dalam istilah fiqh sebagai imam atau khalifah. Islam telah menerangkan asas bagi sebuah negara, cara memilih khalifah, menerangkan hak individu terhadap negara, demikian juga hak negara terhadap individu. Dalam zaman moden ini, kajian dan perbincangan yang lengkap dalam persoalan negara dan hubungannya dengan individu adalah dibincangkan dalam undang-undang perlembagaan dan undang-undang perlembagaan adalah merupakan salah satu dari cabang undang-undang.

Negara (daulah) menurut pandangan Islam adalah negara fikrah, fikrah Islamiyah. Oleh itu daulah Islam adalah daulah fikrah bukan daulah qaumiah, bukan jenis dan bukan iklim.

Ketua negara dipilih melalui orang-orang Islam sesuai dengan syarat-syarat tertentu. Syarat-syarat ini tersimpul dalam dua sifat; kemampuan dan amanah. Tujuan perlantikan ketua negara ialah untuk melaksanakan syari'at dan membimbing menusia untuk melakukannya.

Kedudukan dan peranan individu dalam negara Islam amatlah menonjol dan berfungsi, tidak dipendap dan diabaikan. Individu adalah bertanggungjawab terhadap perjalanan negara agar tidak menyeleweng dan bertanggungjawab terhadap ketua negara agar beliau menunaikan kewajipannya. Atas dasar ini, individu adalah berhak mengawasi, memberi nasihat, memberi petunjuk dan mengkritik. Manakala pihak negara pula adalah bertanggungjawab terhadap individu, bertanggungjawab dalam memberikan jaminan hidup yang mulia kepada individu.

hmm setakat ni dulu ana nye entry kali ni. Dulu ana pernah kata yang ana akan bagi sahabat sahabiah ana kat sini baca satu cerpen yang ana suka kan?? hmm bacalah yang bahagian ni dulu yer.. sambungannya sabarlah menanti.. ehehe =P


AKU REDHA DENGAN PILIHANMU…
Sumber: maqalah eLFIN eLIXIR
(SCIENEX05)
UIA pj


Bercinta… memang menyeronokkan… mengasyikkan… Siapa tak nak mencintai dan dicintai… Lebih-lebih lagi seorang insan dari keturunan Adam yang ketagihkan belaian seorng wanita… Memang benar jiwa lelaki mudah goyah apabila digoda wanita. Seringkali juga hati ini ingin dicintai tapi apabila melihat sahabat-sahabat yang dahulunya sentiasa menjaga hubungan dengan Allah, qiamullail, sentiasa berjemaah di masjid, kini qiamullail entah ke mana disebabkan bergayut hingga lewat malam. Biasanya apabila azan berkumandang, terus menuju ke masjid solat berjemaah tapi kini terpaksa melayan telefon dari si dia. Dahulu, selalu rindu untuk mendengar kata-kata ilmu daripada ustaz di kuliyah-kuliyah agama, namun kini penerangan hadith dan cerita menarik yang disampaikan ustaz tidak lagi indah, tidak lagi menarik, malahan bertukar kepada yang begitu membosankan, indah lagi mendengar cerita ntah apa-apa daripada si dia… Hati Amar Haziq seringkali tertanya-tanya mengapa mereka boleh berbuat begitu sedangkan pada masa itu saudara seIslam di Palestin, Kashmir, Iraq, selatan Thai dan di negara-negara lain sedang menderita… Masjidil Aqsa masih lagi dirantai oleh Yahudi… Tidak terasakah oleh mereka yang mereka juga bertanggungjawab untuk membebaskan Masjidil Aqsa…?

* * * * *

Haziq membelek-belek sekeping kad yang baru diterimanya petang tadi. Daripada tulisan, Haziq sudah tahu siapakah gerangan pengirimnya… Hafni Insyirah… Bisik Haziq dalam hati. Haziq merenung design kad itu… Dua ekor kucing putih yang amat comel sedang merenung sesuatu… Apakah maksudnya? Haziq membiarkan pertanyaan itu berlalu tanpa jawapan. Dia membuka kad tersebut…

Congratulation!!!
Semoga kerjayamu itu menjadi ruang
untukmu menggapai impianmu…
- Syirah -

Haziq tersenyum sendirian… “Mana dia tau aku dah dapta kerja?” Bagi diri Haziq, kata-kata gadis itu membakar semangatnya… Nasihat gadis itu menjadi pemangkin dirinya dalam usaha mengejar impian… Selama ini tidak pernah dia memberitahu gadis itu impiannya namun, gadis itu seolah-oleh faham benar cita-citanya yang masih belum nyata. Tunangnya yang begitu unik. Setiap pemberiannya membawa pengertian yang amat bermakna. Amar Haziq tidak menyangka gadis yang kerap melanggar arahannya ketika di universiti dahulu bakal menjadi isterinya. Dia masih ingat ketika menjadi Director manakala Insyirah menjadi Setiausaha untuk satu program. Haziq menolak kertas kerja dan menyuruh Insyirah membuatnya semula. Insyirah yang terkejut cuba membantah dan memberi alasan kenapa dia berbuat demikian. Haziq tetap berkeras hati. Akhirnya, Hafni Insyirah mengalah… Walaupun dalam hal-hal kerja persatuan mereka selalu bergaduh, tetapi Haziq mendapati Insyirah cepat memahami dan menangkap pemikirannya. Haziq tidak menafikan dia pernah jatuh hati terhadap gadis itu. Namun dia cepat-cepat mengerjakan solat taubat dan solat istikharah untuk mendapat petunjuk daripada Allah swt. Dia meminta agar Allah hilangkan perasaannya terhadap gadis itu kerana dia masih belum mampu dan belum berhasrat mendirikan rumah tangga. Dia tekad, dia akan menggunakan nikmat belajar yang Allah berikan ini dengan sebaik-baiknya tidak seperti sahabat-sahabatnya di Palestin yang terpaksa bersusah-payah dalam menuntut ilmu. Buat masa sekarang ini, biarlah hatinya difokuskan kepada Allah dan pelajaran sahaja.

* * * * *

Haziq hanya memerhati rakan-rakan seusianya mencari barang-barang yang boleh digunakan di bawah timbunan runtuhan rumah-rumah mereka. Dia cuba bangun untuk menyerta rakan-rakannya itu namun, kakinya terasa amat sakit selepas diterajang oleh tentera Yahudi. Dia tidak tahu kenapa pada hari itu dia sangat berani menghalang tentera Yahudi daripada meruntuhkan kediamannya walaupun usianya baru tujuh tahun. Haziq memandang ke atas, memerhati awan yang berarak indah… Dia teringat kata abangnya, Ikhwan, “Haziq, walaupun kita tidak punya apa-apa, tapi kita ada Allah Yang Maha Agung!! Lihat, langit tu, Allah jadikan ia tanpa tiang… Hebatkan Allah?!” Haziq tersenyum. Air matanya menitis. Dia tidak tahan lagi menanggung rindu pada abangnya. Sudah berminggu-minggu abangnya tidak pulang. Biasanya Ikhwan akan pulang bertemu dengannya seminggu sekali. Hanya Ikhwan sahaja keluarga Haziq yang masih hidup. Ayah dibunuh oleh Israel selepas beberapa minggu keluar dari penjara. Tangan kiri ayah tidak boleh berfungsi akibat disiksa teruk semasa berada di dalam penjara. Namun begitu, tetap meneruskan perjuangan sehingga syahid. Apabila Haziq bertanya mengenai ibunya, abang Ikhwan mengatakan peristiwa itulah yang membakar semangatnya kerana ibunya disiksa sebelum dibunuh di dalam rumahnya sendiri setelah pekerjaan ibunya menghantar makanan kepada penjuang Hamas terbongkar. Semasa askar Yahudi tersebut mencerobohi rumahnya, ibunya cepat menyuruh Ikhwan membawa Haziq yang pada ketika itu baru pandai berjalan, lari melalui terowong bawah tanah.

Sebelum melarikan diri, Ikhwan sempat melihat ibunya disiksa. Dia ingin membantu tetapi dia tahu bantuannya hanya sia-sia. Terowong itu juga digunakan oleh ayah untuk pulang bertemu mereka sekeluarga. Abangnya yang lain, semuanya menyertai Hamas dan telah pun syahid. Abang Ikhwan kata mereka mempunyai seorang kakak yang cantik tapi kakaknya itu telah melakukan amaliyyah istisyhadiyyah selepas beberapa hari pemergian ayahnya. Air mata Haziq mengalir dengan lebih deras. Hatinya tertanya-tanya adakah abang Ikhwan telah tiada??? Lamunan Haziq terhenti setelah terdengar suara yang amat dirinduinya.

“Abang…!” jerit Haziq sambil terhincut-hincut berlari mendakap abangnya.

“Abang ke mana?”

“Abang dipenjarakan sayang…” Ikhwan mengusap kepala adiknya lembut.

* * * * *

No comments: