Tuesday, December 26, 2006

Taklifan

Taklifan

1. Hamba Allah
2. Anak Mak Abah
3. Cucu Tok dan Arwah Tok, Tokwan, Tokwan
4. Adik-beradik, saudara mara
5. Pelajar
6. Sahabat
7. Jamaah
8. Penghuni blok (BRC)

etc.

Tolong ingatkan saya tentang semua ini bahkan lebih daripada ni.

Kalau nampak saya malas, tolong marah saya!!

Mohon dengan sangat!!

Wednesday, November 22, 2006

Hari Lahir

Assalamu'alaikum warahmatuLlahi wabarakatuh

6 Novermber 2006

Malam itu, saya dan beberapa sahabat melakukan kunjungan hormat ke bilik Raisah, Ummi. Mereka agak kejam kerana menegah saya daripada makan kek cokelat sehinggalah pukul 12 tengah malam. Sampai hati.

+++ tunggu ye. saya nak taip kat 'luar'. kemudian, paste di sini. tak perlulah online lama +++

Tuesday, October 24, 2006

Open House Anak-anak Pulau Pinang

Jemput datang kepada sesiapa yang hampir dengan Pulau Pinang, dan jemput sahabat-sahabat Pulau Pinang / Kedah yang antum kenali. Hebahkan ya. Syukran.
________________________________________________________

Assalamualaikum & salam EidulFitr!


PERHIMPUNAN MAHASISWA & REMAJA ISLAM
PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG
SEMPENA IDULFITRI 1427H / 2006M


HARI 28 Okt.'06 (Sabtu)

MASA 10.00 pagi hingga 3.00 petang

LOKASI Dewan Serbaguna, Tapak Ekspo Seberang Jaya

ANJURAN BERSAMA Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang;Kelab Remaja Lestari (KRL) &Penang Muslim Student Association (PISA)


AGENDA:

PERASMIAN

Sohibussamahah Dato' Haji Hassan bin Haji Ahmad
(Mufti Kerajaan Negeri)
"AKIDAH, NADI KEKUATAN UMMAH"

FORUM UMMAH:
'Jom Selamat Akidah'

PANEL:
al-Fadhil Ustaz Hafiz bin Nordin (Pengerusi Sekretariat Dakwah Pulau Punang)
Sdr. Muhammad Ali Raje'e bin Jamaluddin (Mantan YDP PISA)
Sdr. Fakhrul Zaki (Moderator - Bend.PISA)

TAYANGAN: "Cabaran Remaja Islam Kontemporari"

JAMUAN MAKAN IDULFITRI


Firman Allah, "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa..." (Surah al-Baqarah:83)


Firman Allah: "Tidak sepatutnya bagi orang-orang Mukmin pergi semuanya (ke medan jihad). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan mereka ini beberapa orang untuk mendalami ilmu agama mereka dan (lalu) memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, agar mereka itu dapat menjaga dirinya..." (Surah at-Taubah: 122)


Justeru, seluruh Mahasiswa Islam Pulau Pinang di perantauan mesti bertekad untuk menyertai ijtima' yang penuh bermakna ini!

Terima kasih...

"SELAMAT BERPUASA"

"MEMUGAR FITRAH, MEMACU KEBANGKITAN UMMAH"

Sdri. Nur Hazwani binti Hamid
Moderator e-groups PISA
syauqah_el_wardah@yahoo.com

Wednesday, September 27, 2006

Ramadhan Ini

Ramadhan pertama,
bersahur bersama orang asli di Kg Haji Husin, puncak tanah tinggi Perak.

Ramadhan dua,
berbuka puasa bersama anak-anak yatim di UIAM. ifthar anjuran IRKHS.
dapat tazkirah percuma di masjid oleh foreigner Pakistan.

Ramadhan tiga,
berbuka puasa bersama Ili Raihana Jumali.
dapat jemputan ke ifthar oleh Us Yusran (Acheh).
mesyuarat untuk ifthar 9hb ini.

Ramadhan empat,
berbuka puasa didahului dengan tadah kitab Riyadhussolihin oleh Us Yusran.
mesyuarat PISA untuk bincang ijtima' Eidulfitri di Penang nanti.

Ramadhan lima,
????

Tuesday, September 26, 2006

Minggu Pilihanraya

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Hrkh) - Walaupun ditekan dalam pilihan raya kampus (PRK) yang menyebelahi Aspirasi baru-baru ini, namun Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis) yang berjaya menawan UIA berikrar akan menjadi 'pembangkang' yang terkuat dalam Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) bagi memastikan situasi semak dan seimbang wujud badan tersebut.

Ahmad Tarmizi berazam memastikan PMI kembali berpengaruh di setiap IPT.
Gamis yang dikenali sebagai 'We Unite For Islam' (Wufi) di UIA telah berjaya menawan 28 kerusi daripada 32 buah kerusi yang dipertandingkan di kampus induk di Gombak pada 21 Sept lalu. Wufi juga berjaya menawan 10 buah kerusi yang dipertandingkan di kampus cawangannya di Kuantan, Pahang.

Dalam kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini, Presiden Gamis, Ahmad Tarmizi berkata, Gamis juga akan mencari pendekatan terbaik untuk menjadikan PMI setiap IPT kembali berpengaruh sebagai 'pembangkang' yang mantap dan paling aktif di kampus masing-masing.
"Walaupun menang di UIAM, tapi kita masih menerima laporan mengenai kes-kes ugutan yang berleluasa di UTM, UPSI dan lain. Jadi, kami akan terus membuat kenyataan akhbar, road show anti Auku. Sekarang, kami sudah melancarkan Gerakan Mansuhkan Auku."

"Mengenai penyelewengan pilihan raya kampus kali ini, kami akan terus membuat perjumpaan bersama menteri dan pihak-pihak tertentu untuk membincangkan masalah tersebut," kata Ahmad Tarmizi.

Amalan menekan bukan calon pro aspirasi masih berleluasa
Sementara itu, berhubung isu tekanan dalam PRK baru-baru ini, Harakahdaily turut menerima laporan kes ugutan ke atas calon bukan pro aspirasi yang berlaku di kampus Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Menurut laporan sebuah perkumpulan mahasiswa yang dikenali sebagai Gagasan UTM, seorang calon siswi telah diugut oleh pengetua kolej kediamannya, agar pelajar tersebut berundur dengan alasan, calon itu bertanding tanpa pengetahuannya sebagai pengetua kolej kediaman.
"Sebagai hukuman, siswi itu dikecam di depan ahli jawatankuasa kolej. Hal ini menjatuhkan maruah beliau sebagai seorang calon kerusi umum.

"Ada kes lain yang menunjukkan pengetua kolej kediaman mengugut pelajar agar menarik diri dari menjadi calon pilihan raya kerana tindakan mereka itu menjejaskan imej kolej," lapor Gagasan UTM.

Selain itu, tambah Gagasan UTM, ada calon yang diminta berundur hanya kerana beliau didakwa bertanding bagi mewakili pakatan tertentu, walhal calon itu bertanding di atas tiket bebas.Calon diugut, dilarang bertanding.

Di Universiti Perguruan Sultan Idris (Upsi) Tanjung Malim pula turut menyaksikan kejadian yang sama. Di bawah peraturan tertentu, manifesto calon perlu mendapatkan kelulusan Suruhanjaya Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (SPMPP) terlebih dahulu, sedangkan manifesto adalah hak mutlak calon sebagai ikatan janji antara calon dengan mahasiswa.

Menurut sumber Upsi, kempen juga dilarang secara bersemuka seperti di tempat ibadat, bilik bacaan dan dari bilik ke bilik.

"Kempen di bilik kuliah dibenarkan, tapi mestilah mendapat kelulusan pegawai akademik dan hal itu tidak boleh melebihi 10 minit."

"Selain itu, hanya poster dan kain rentang yang mendapat kelulusan SPMPP sahaja yang boleh digunakan. Kita hanya dibenarkan mengguna tali yang disediakan oleh SMPP sahaja dan menampal pada papan kenyataan yang dibenarkan sahaja mereka," jelas sumber berkenaan.

Sumber itu berkata, ada sesetengah calon yang diugut dan dilarang bertanding oleh pengetua kolej dan felo-felo, bahawa nama mereka akan dihantar kepada Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai pro pembangkang.

"Calon–calon yang bukan ditaja oleh HEP tidak mendapat tandatangan Dekan malah diugut oleh Dekan sekiranya menang akan memberi kesan untuk 'posting' dalam kerjaya perguruan setelah tamat pengajian."

"Selain itu, pihak HEP sendiri telah menyediakan senarai calon Aspirasi di pihak mereka sahaja. Senarai itu telah digunakan untuk memudahkan rujukan para Dekan sebelum menurunkan tandatangan bagi mengesahkan pencalonan," kata sumber berkenaan.

Menurut sumber, pihak polis turut berada di sekitar pejabat HEP pada hari penjualan borang pencalonan dilakukan. - mks.

___________________________________________________________

Terdapat terlalu banyak kekeliruan di kalangan masyarakat luar kampus UIAM mahupun masyarakat UIAM sendiri yang tidak terlibat secara langsung dalam PRK kali ini. Kebanyakan tajuk-tajuk laporan kemenangan PRK di UIAM berpihak kepada pro-aspirasi. Bagi syauqah, memang benar, WUFI adalah aspirasi pelajar.

Kekesalan yang bertubi-tubi keluar daripada mulut-mulut mahasiswa UIAM dan waris mereka sepanjang 'tenure' SRC yang lepas, insya-Allah akan diubati dengan pembaharuan SRC kali ini. Tetapi, bagi syauqah, kebangkitan semula ini bukan sesuatu yang mudah. Perkara ini memerlukan usaha yang sungguh-sungguh dan kerahan tenaga dan fikiran semua pihak. Gembelingan daripada sekecil-kecil peranan sehinggalah pihak atasan sangat diperlukan.

Semoga kepercayaan dan harapan masyarakat UIAM untuk SRC baru ini dapat direalisasikan.

Insya-Allah dengan doa dan pergantungan seluruhnya kepada Allah Rabbul Jalil, SRC dan sahabat-sahabat mereka dapat melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.

Tahniah buat semua yang terlibat dan tahniah juga buat pengundi. Pertolongan itu bersama mereka yang ikhlas.

WUFI, teruskan keikhlasan anda dan doa yang tidak putus.

waLlahu ta'ala a'lam

Thursday, September 14, 2006

GAMIS menyambut baik sikap terbuka Menteri Pengajian Tinggi

Oleh Ahmad Tarmizi M. Din, Presiden GAMIS

Gabungan Mahasiswa Islam se-Malaysia (GAMIS) menyambut baik sikap terbuka Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapha Muhammad dalam membenarkan mahasiswa dan pensyarah IPTA untuk menyuarakan pandangan dalam isu yang disepakati oleh rakyat Malaysia.

Dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk mencapai taraf universiti kelas dunia, pemugaran dan penyuburan minda serta intelektuaslisme golongan mahasiswa terutamanya perlu dipupuk secara serius.

Golongan modal insan yang mempunyai potensi terbaik ini mestilah terus menerus diberi galakan untuk menjana daya pemikiran yang tertinggi berpandukan nilai-nilai keMalaysiaan yang luhur dengan sopan santun ketimuran.

Selembar sejarah yang disingkap, golongan modal insan ini telah dibelenggu selama 35 tahun oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) semenjak tahun 1971. Kebebasan mahasiswa untuk bersuara, berhimpun dan menyertai pertubuhan luar kampus telah disekat.

Natijahnya, kita boleh menyaksikan tahap kesedaran dan daya responsif mahasiswa di kampus-kampus tempatan sangatlah mengecewakan. Penulis sekadar melontarkan sebutir persoalan, berapa ramaikah mahasiswa yang sensitif dan bangkit memikirkan sumbangan yang boleh dilakukan apabila rakyat Lubnan dan Pakistan sengsara diserang oleh rejim ganas Zionis?

Jelas pada pandangan kita bahawa mahasiswa makin terpinggir daripada arus perdana masyarakat. Mahasiswa tidak lagi menyedari bahawa mereka mempunyai taraf sosial dan sebahagian daripada entiti masyarakat. Mereka sudah hilang keinginan untuk membela nasib rakyat. Inilah hakikat yang perlu diterima jika kita masih lagi selesa dengan status quo mahasiswa zaman ini.

Wawasan tinggi YAB Perdana Menteri tidak mungkin dapat dicapai jika kita masih berasa enggan dan berat untuk mengalihkan sekatan yang ada. AUKU perlu dinilai semula kerelevanannya untuk terus kekal dalam sistem pendidikan dan perundangan negara kita. Mahasiswa perlu dipulangkan semula kebebasan intelektualisme mereka. Jika tidak, modal insan ini hanya bertaraf modal dan tidak menjanjikan keuntungan.

Ahmad Tarmizi M. Din
Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS)

Tuesday, September 05, 2006

Kepala Keretapi dan Gerabak

Semalam saya belajar analogi baru.

Analogi tentang imam dan makmum.

Imam ibarat kepala keretapi.

Makmum ibarat gerabak keretapi.

Bila bilal sudah habis iqamat, Imam kenalah tunggu makmum, pastikan saff solat sudah teratur. Sama macam bila tiba masa, loceng dibunyikan, kepala keretapi kena pastikan dulu gerabak dibelakang telah bersambung, kemudian baru boleh jalan.

Kalau ada gerabak yang belum sempat bersambung, (belum sempat nak ’cakok’), sedangkan gerabak yang lain sudah bersambung di awal waktu, itu telah menjadi kesalahan gerabak yang lewat tu. Sama seperti makmum yang lewat (masbuk), siapa suruh dia lewat sangat, jadi terlepaslah.

Analogi ini Ustaz Suhaimi al-Nadwi yang berikan sebagai pemudahfaham orang-orang kampung saya yang bertanya tentang Imam suruh rapatkan sof sebelum solat Jumaat, adakah terputus atau tidak bila bercakap selepas Bilal iqamat dan sebelum Imam mengangkat takbir.

Level bahasa orang kampung kena difahami, baru mudah untuk sampaikan ilmu kepada mereka. Kalau bahasa tinggi-tinggi sangat, guna perkataan bombastik, mereka susah nak tangkap maksud. Takut akhirnya, mereka tidak berminat lagi untuk hadir ke majlis-majlis ilmu sebegitu (level bahasa tinggi).

Cabaran juga bagi pendakwah muda. Kena kenal masyarakat kampung tersebut juga. Contohnya kalau kampung nelayan, kenalah guna laras bahasa nelayan. Kalau guna laras bahasa IT atau paling kurang guna laras bahasa penoreh getah, tak kena tempatlah. Bukan tak boleh guna langsung, boleh guna juga sebab orang-orang tua ni banyak pengalaman, cuma janganlah selalu.

Macam keratapi tu, bolehlah sebab tu analogi yang umum.

Kalau pelajar universiti macam kawan-kawan saya tu, hati-hatilah berbual dengan orang-orang tua di kampung bila sekali sekala kalian pulang ke kampung waktu cuti. Jangan cakap bahasa rojak macam di kampus, ’so’, ’even’, ’but’ (sekadar menulis beberapa perkataan).

Ingat, kalian tidak akan nampak ’stupid’ bila bercakap dalam bahasa Melayu sepenuhnya dengan orang tua, bahkan kalian akan disenangi mereka. Akan ada yang berkata begini, ”Ish ish. Baguslah kamu ni, berbudi bahasa, sopan santun, belajar tinggi.” Silap-silap akan ada yang kata begini, ”Makcik ada sorang anak laki. Berkenanlah makcik nak ambil kamu jadi menantu makcik. Anak siapa ni?”

Konklusinya, kenalah pandai ubah level bahasa mengikut keadaan. Kalau nak berkempen ketika pilihanraya (kampus atau umum), kena ubah laras bahasa mengikut siapa pengundi yang bakal mengundi.

Kalau di kampus, haruslah bijak ’speaking’, barulah nampak ’clever’ dan meyakinkan pelajar-pelajar untuk mengundi seseorang calon itu.

Kalau pilihanraya umum pula (saya masih belum layak mengundi ni...), selalu yang dibuat, yang saya tengok dalam tv, berbagai-bagai janji dibuat dengan menggunakan bahasa Melayu. ’Campurization’ bahasa tidak pula berlaku bila PakLah berucap, barulah senang orang kampung Kepala Batas tu nak faham dan seronok nak jumpa bila sekali sekala PakLah balik kampung. Contohnya hari ini, seawal jam delapan pagi, berbondong-bondong masyarakat dalam kawasan parlimen Kepala Batas menuju ke jambatan baru di Permatang Bendahari. Maklumlah, PakLah balik untuk merasmikan jambatan tersebut. Walau hujan lebat mencurah-curah, tetap diredah. (’In addition’, dapat masuk tv hihi).

Begitulah pengaruh bahasa. Bermanis mulutlah tapi jangan sampai tanam tebu di bibir. Cukuplah seperti makan gula atau madu.

- sekadar pendapat peribadi

Wednesday, August 30, 2006

29 Ogos 1966

"Aku merasa hairan dengan mereka yang mahukan manusia yang ditindas dan dizalimi berlutut memohon kepada penzalim dan penindas itu. Demi Allah, kalaupun dengan perkataan itu dapat menyelamatkan aku daripada tali gantung sekalipun, sesekali aku tidak akan mengucapkannnya. Aku lebih rela kembali menemui Allah dalam keadaan Ia meredhai aku dan aku meredhaiNya
Kata-kata As-Syahid Syed Qutb ketika ditawarkan pembebasan bersyarat; memohon maaf kepada Regim Jamal Abdul Nasir.
Syed Qutb bersama rakan-rakan seperjuangannya iaitu Muhammad Yusof Hawwash dan Abdul Fatah Ismail telah dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tentera Mesir.

Pagi Isnin 29 Ogos 1966, Asy-Syahid Syed Qutb telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati!
Adakah anda endah akan peristiwa ini?
______________________________________
Anda pejuang ISLAM sejati?????

Monday, August 28, 2006

c0nveST

Tahun ni, c0nvest lebih meriah dengan pertambahan bilangan stall dan ada fun fair + rumah hantu. Ada sahabat saya bgtahu, ada main tikam dekat tapak fun fair sementara tu. Lepas tu, ada fishing competition, hadiah sampai RM12000. Dengar kata, ditaja oleh bapa kepada Farhan AF4. In addition, si Farhan ni ada buka Fan Club dia kt kolam (wetland) tu (sahih atau tak, tidak pula dapat dipastikan. Saya sekadar menulis apa yang saya dengar kerana saya tidaklah berkeinginan untuk ke kolam belakang Maryam yang acap kali airnya kalah warna teh susu mana-mana cafe seantero UIA ni). Ada Battle of the Band! Ada jemput Sarah Raisudin! Ada jemput Waheeda! Jemput Suhaimi! Ada lan Pet Pet!!!

WAH !!! Semuanya best bangat!!!

Dengar orang kata, c0nvest dulu hambar. So, tahun ni, di bawah arahan Pengarah En Nazri Shaidon, c0nvest dilaksanakan dengan begitu meriah. Majlis perasmian ada letup letap bunga api (di Palestin dan Iraq dll tempat, bunyi letupan menjadi kerisauan. Di UIA, bunyi letupan menjadi sorakan dan kegembiraan. Komen kawan saya, "tu sengaja bakar duit. padahal boleh digunakan untuk benda lain").

Hmm bercakap perihal organizing committee c0nvest tahun ni, pelik juga saya bila dilihat dalam buku c0nvest, nama Presiden Radziq tidak ada. Kenapakah ini? hmm...? Diorang je yang tahu.

Tak kira hari cerah atau hari samar (siang atau malam), terdapat banyak sangat 'merpati dua sejoli' di mana-mana tanpa segan silu. Di tepi tasik, jangan hiraulah. Di depan pagar kolej, jangan hairanlah. Di tengah-tengah c0nvest hill tu, dalam kebanjiran manusiawi itu, pasti ada golongan ini.

Kasihan kepada committee. Sibuk menguruskan perjalanan c0nvest, tapi terlepas pandang tentang perangai massa. Nak tolong, disekat. Apa lagi yang boleh dibuat.

Terdengar komen daripada orang luar ketika @stage semalam, UIA ni UIATM. Nak tahu daripada apa akronim ini diambil?

U= universiti
I= Islam
A= Antarabangsa
T= Tempat
M= M_K_I_T

Saya lantas hairan. Bagaimana boleh mereka terfikir untuk melaksanakan program sebegini? Lulusnya bagaimana ya?

hish. banyak betul alamatul istifham di kepala saya ni... macam mana nak selesaikan kebingungan ini????

Ada sesiapa yang boleh bantu saya???

-tapi, saya selalu saja pergi sana. cari makan. =p~

Tuesday, August 22, 2006

Bertukar Wajah

Assalamu'alaikum warahmatuLlah..

Nak bertukar wajah pula. Macam manusia juga, nak bertukar baju, macam tu jugalah dengan wajah blog. Saya sebenarnya sudah berasa agak jemu dengan warna pink wajah blog saya yang dulu tu.

InsyaAllah, warna putih lebih cerah dan memberi semangat yang lebih kepada saya.

Sepintas lalu episod Workshop Publication and Multimedia yang telah berlangsung (AlhamduliLlah) 19hb Ogos 2006 lalu. Kehadiran Abg Amin Idris, Sdr Ahmad Lutfi Othman (siapa tak kenal, kena ketuk ketampi, ataupun berdiri separuh sambil angkat tangan ke depan. siapa yang tak pernah pun dengar nama beliau, sila pusing helekopter sampai terbang ;P~), dan Pakdi memberikan saya suntikan semangat yang sangat tinggi untuk kembali mengaktifkan diri dalam berkarya (kreatif mahupun rencana) dan juga ber'blog'.

Workshop yang pada asalnya hanyalah cadangan lisan daripada Mr Chairperson Sec. Publication & Multimedia Ma'ruf Club, bertukar menjadi rancangan yang bersungguh-sungguh semua ahli di bawa sekretariat ini. AlhamduliLlah, dengan izin Allah dan kesungguhan para sub-committee menjadikan rancangan ini bukan sekadar di atas kertas.

Menyentuh serba sedikit kupasan dan huraian ketika bengkel tersebut. Bermula jam 1400, perasmian oleh Sdr Amin Idris yang mana beliau memberi ucapan semangat untuk kami semua menulis. Ilmu itu lebih kekal dengan tulisan. Sebagai contoh, Ihya Ulumuddin. Adakah ianya akan kekal sehingga hari ini seandainya tidak ada tulisan mengenainya? Dengan bukti pelajar Kuliyyah Undang-undang seperti beliau yang pastinya sibuk dengan urusan belajar, fakta-fakta kes yang perlu dihafal dan dihadamkan, beliau mampu menulis dan menghasilkan beberapa buah buku menunjukkan status pelajar itu bukanlah penghalang untuk berkarya. Sampaikanlah walau satu ayat. Justeru apa yang ada pada kita, jangan lupa untuk samapikan kepada orang lain. Niat yang ikhlas perlu dijaga. Mohonlah petunjuk dan rahmat daripada-Nya.

Seterusnya slot Bagaimana Anda Mengasah Bakat Menulis Anda disampaikan oleh Sdr Ahmad Lutfi Othman. Slot ini banyak membuka mata dan meluaskan minda saya. Beliau gagap sebelum ini yang mana ketika ujian lisan sewaktu sekolah dahulu, beliau mendudukinya dengan menjawab melalui tulisan. Beliau kemudian mengasah bakat menulis secara serius ketika di universiti. Mendapat sedikit sebanyak inspirasi daripada abang beliau, Sdr Dinsman, jadilah beliau seperti mana Ahmad Lutfi Othman sekarang yang anda kenali. Banyak tips yang beliau dedahkan kepada kami dan saya sangat menghargainya. Bagaikan mimpi dapat bertemu beliau.

Slot lewat jam 1700 yang bertajuk Pengenalan dan Pengurusan Blog oleh saudara Suzardi atau lebih dikenali dengan PAKDI. Dalam slot ini, dinyatakan sejarah blog dan perkembangan dunia ini. Sejarah beliau dalam pengurusan blog juga dicerita. Beliau tidak banyak menumpukan kepada pembinaan blog kerana ia akan mengambil masa yang lama dan memerlukan praktikal. Oleh sebab itu, beliau sekadar menyentuh bagaimana impak blog ini terhadap masyarakat sekarang terutamanya di Malaysia. Sebagai contoh, pendapat-pendapat daripada Sdr Faisal Tehrani berkenaan isu iklan Sunsilk dan filem Sepet dan Gubra yang memberi kesan kepada pihak-pihak yang terlibat. Sdr Faisal Tehrani menyampaikan pendapat beliau melalui blog. Banyak lagi contoh-contoh blogger yang berpengaruh dan berjaya mewujudkan perubahan dalam masayarakat mahupun kerajaan di dalam dan luar negara. Kata-kata yang banyak kali diulang Pakdi, "BUATLAH BLOG".

Malam adalah sesi praktikal. Pada asalnya, ada empat perkara yang akan disentuh oleh dia guider, tetapi hanya satu yang berkesempatan iaitu SWISH. Srd Asyraf Nordin sepatutnya mengajar Swish dan Movie Maker manakala Sdr Irzan Fadli Ishak Adobe Photoshop dan Publisher. Walau apa pun yang terjadi, masing-masing sangat seronok memperoleh ilmu baru walaupun masih belum puas dengan Swish itu. Yang penting, keinginan dan semangat untuk belajar. Antara kata-kata terakhir Sdr Asyraf Nordin, "Cubalah buat sendiri dan rajin-rajinlah explore. InsyaAllah korang boleh."

Ucapan penutup disampaikan oleh mantan Chairperson Sec Peublication & Multimedia sesi lepas. Beliau memberi kata-kata semangat kepada kami semua yang tidak akan kami lupakan.

Semoga Allah memberkati kita semua.

Setengah hari yang sangat bermakna dalam hidup saya.

- chaiyo' wani chaiyo' !!! ^_^

Friday, August 11, 2006

Hegemoni

Berdebat dalam kelas..saya tak lepas peluang….

Kelmarin saya mengikuti kelas Isu-Isu Keselamatan Asia Timur di Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Saya amat meminati subjek ini kerana kami didedahkan dengan aspek strategik dalam peperangan, konsep hegemoni, pengimbangan kuasa unipolar dalam sistem politik, ekonomi dan militari.

Pensyarah saya ini open minded. Dia mengajar dalam keadaan yang adil, pandangan yang tajam serta pengamat suasana yang pintar. Saya ingin belajar cara beliau berfikir. Beliau tidak pernah menafikan kekuasaan Amerika Syarikat sebagai kuasa politik dan ekonomi terkuat di dunia. Amerika bukan lagi Superpower tetapi Megapower yang amat hebat. Perbincangan kami lebih tertumpu kepada kepentingan kita memahami peranan hegemoni Amerika dalam kestabilan politik dunia terutama melibatkan nilai keselamatan dunia. Namun kita melihat dalam hal realiti, Amerika yang kini berada dalam suasana kemuncak kekuatan hegemoninya, tidak mencerminkan sikap sebagai pengimbang tara politik dunia, sebaliknya cuba menguasai wilayah secara terancang dan melalui 'long term strategic operation' nya. Amerika dalam relitinya tidak mahu jatuh dalam keadaan yang teruk seperti mana kejatuhan hegemoni Uthmaniyyah dan British dahulu. Maka pengasakan bertalu-talu dilakukan dalam usaha memperkukuhkan kekebalan politik dan ekonominya.

Belajar di sini terasa kelainannya daripada fakulti saya di kejuruteraan. Di sini masih terpasak budaya berdiskusi, berbincang, berdebat, berhujah secara adil dan terbuka tanpa ada halangan antara pelajar dan pensyarah. Terasa suasana 60an dan 70an fakulti ini masih panas lagi.

Kelmarin kami berbincang tiba-tiba mengenai hal undang-undang Malaysia yang tidak mencerminkan keharmonian kaum. Pensyarah mempertikaikan bahawa ketidakstabilan dan dielektika antara agama kini adalah akibat ketidaksempurnaan sistem perlembagaan yang diurus oleh pentadbiran negara. Seorang pelajar daripada Fakulti Undang-undang (berbangsa Cina) mengatakan bahawa isu artikel 11 tidak dipertikaikan berkenaan hak kebebasan beragama sebaliknya ramai non-muslim mempertikaikan ceraian artikel ini yang menidakkan usaha agama lain untuk berdakwah kepada orang melayu. Mereka inginkan keadilan. Saya terus berhujah bahawa artikel ini pula bercanggah dengan artikel 160 dimana takrifan melayu adalah beragama Islam dan ini akan menyebabkan keserabutan lebih teruk apabila takrifan bercanggah.

Seorang pelajar perempuan (Fakulti sastera dan sains Sosial) pula bangun dan bercakap. Beliau menegaskan bahawa orang Melayu tidak boleh murtad. Ini jelas apabila artikel 160 meletakkan takrifan begitu. Tetapi saya berhujah mengatakan bahawa kesalahan sebenar bukannya pada pertikaian golongan yang inginkan kebebasan beragama, sebaliknya di dalam artikel 160 perlu digubal semula agar meletakkan syarat bahawa Melayu dilarang murtad dan ianya akan menyokong ceraian artikel 11 yang menegaskan agama lain tidak dibenarkan berdakwah kepada orang melayu. Barulah tiada percanggahan dan jelas takrifannya.

Pelajar perempuan ini juga mengatakan bahawa beliau malu apabila ramai perempuan melayu telah murtad dan kini bermasalah sosial yang amat parah. Bila tertangkap, mereka mengaku bukan lagi Islam dan tidak tertakluk lagi di bawah mahkamah syariah. Ini yang berlaku katanya. Dan beliau berhujah bahawa moral golongan Islam semakin parah dan ini tidak mencerminkan artikel 160. Pelaksanaan Islam Hadhari pula tidak meredakan keadaan sebaliknya gejala murtad berleluasa. Saya respek pelajar ini kerana beliau relaks, tak bertudung labuh tetapi agak emosi bila disentuh hal murtad. Beliau mengatakan beliau selalu berdebat dengan mahasiswa Cina berkenaan isu murtad. Beliau selalu cuba memahamkan mahasiswa lain berkenaan isu ini. Cukup bertenaga beliau berhujah. Pada pengamatan saya terlalu ramai gadis bertudung labuh pun…tidak memainkan peranan mereka…tahniah kepada beliau.

Saya masih moderate dalam berhujah. Apabila saya melihat pelajar Cina tidak bersuara lagi dan pelajar-pelajar Undang-undang tidak bersuara (mungkin fakta mereka dalam beberapa kes ini tidak mereka kuasai), amak saya menegaskan kepada pensyarah bahawa persoalan moral dan dielektika beragama tdak boleh disamakan. Mana-mana penganut agama juga menghadapi masalah moral. Pensyarah menyokong saya dan menegaskan bahawa substansi kerangka Islam Hadhari tidak diisi sewajarnya. Apabila berlaku pertembungan kebebasan beragama, kelihatan ada unsur luar yang cuba melakukan ketidakmoralan kepada orang Melayu. Saya tidak nafikan ada agenda tersirat dalam usaha licik tersebut. Tetapi saya menegaskan di hadapan pensyarah bahawa perundangan dan pelaksanaan eksekutif Malaysia belum sempurna. Sebagai contoh, dalam kes Moorthy, bagi kaum lain, adalah menjadi hak bagi kaum keluarga Moorthy untuk menguburkan beliau secara Hindhu kerana secara hariannya beliau tidak bertindak sebagai penganut Islam. Mereka melihat Moorthy perlu dikeluarkan dari mahkamah Syariah. Kita mengetahui kad-kad saudara baru PERKIM tidak diletakkan tanda yang sah mengikut akta keterangan. Hal inilah yang menyulitkan proses apabila bukti kemasukkan Islam Moorthy tidak jelas. Bagi saya kesilapan dalam proses pentadbiran adalah punca fitnah ini berlaku. Keunggulan mahkamah syariah memang boleh tercabar dengan prosedur longgar serta endah-tidak endah terhadap pendaftaran saudara baru.

Secara umumnya pensyarah saya tidak percayakan 'decision makers negara ini. Mereka yang berkuasa menggubal undang-undang ini tidak hadir dari kalangan yang bermoral. Kesilapan mereka terdedah secara jelas. Mana mungkin mereka mampu untuk menstruktur sistem moral yang bermula daripada sistem keagamaan negara ini.
Saya semakin sukakan kuliah ni…..

Muhammad Nuruddin Bashah
Kejuruteraan Bahan UM

_______________________________________________

Ana suka baca tulisan akh Nuruddin dan sahabat-sahabat seangkatan beliau, membina pemikiran ana yang masih di takuk lama. Membaca tulisan sebegini, seolah-olah bebas memberikan pendapat yang mana ana masih belum mampu untuk lakukan walaupun banyak yang ana ingin luahkan dan sampaikan kepada massa. Semoha satu hari nanti, ana mampu melakukannya... insyaAllah, ameen

Wednesday, June 28, 2006

Berjalan, Melihat, Mentafsir



AlhamduliLlah... syukur kepada Allah atas limpah dan rahmat daripadaNya, saya dapat menghirup udara di tanah berlainan. Syukur tidak terkira atas ni'mat kurniaanNya yang telah membawa saya menjejak bumi Anbiya' melihat dan menziarah saudara seaqidah di sana. AlhamduliLlah, impian untuk ke sana telah Allah makbulkan dengan perantara wang daripada MakTercinta. AlhamduliLlah alhamduliLlah... AlhamduliLlah...

Perjalanan pengalaman berharga ini bermula pada 25 Mei 2006 sehingga 1 Jun 2006 lalu. Menelusuri sungai Nil, sahara, berjalan di persisir pantai Iskandariah, menjejak maqam-maqam anbiya', auliya', `ulama', dan bermacam-macam lagi, ternyata tiada alasan untuk saya memadamnya dari ingatan.

Lawatan ke Singapura, meneliti kehidupan Muslim minoriti di sana begitu terkesan. Di Mesir yang majoritinya adalah Muslim dengan kehidupan yang berbeza, di Singapura yang minoritinya Muslim juga berbeza, dan Malaysia juga dengan karekter Muslim yang berbeza.

Perjalanan yang panjang dan meletihkan akhirnya terubat setelah meliaht gampang Kekanda yang dirindui nian. Kekanda melambai dengan senyuman di bibir. Indah dirasakan tatkala itu. Bonda meluru pada Kekanda, anak sulung dan tunggal putera Bonda, memeluk erat dan kucupan Bonda singgah di pipi bersih Kekanda. Kucupan rindu seorang ibu yang terpisah sementara dengan anaknya hampir tiga tahun. Bonda menitiskan ai mata rindu dan terharu serta syukur dapat bertemu kembali dengan anakandanya yang dirindui.

Kubiarkan Bonda dan Ayahanda melepaskan rindu dan kasih sayang mereka yang tertahan sejak tiga tahun lalu, kemudian barulah tangan kuhulur untuk bersalaman dengan Kekanda tercinta. Tangan murni itu kukucup dengan penuh kesyukuran akhirnya bertemu Kekanda di bumi barakah itu. Orang sekeliling kuabaikan sebentar. Karenah pegawai imegresen di kaunter dalam tadi juga aku lupakan sebentar.

Memang benar kata Kekanda, tubuh Kanda sudah susut banyak. Mungkin kerana makanan ilmu terlalu banyak sehinggakan makanan jasmani itu tidak terkesankan tubuhnya. Teringat tulisan Kanda di belakang foto yang dikirimkan buat kami sekeluarga lewat tahun pertama Kanda di sana, ”Sekarang ni dah kurus sikit, baru macho”. Ayat tersebut segera membuatkan Ninda di rumah menangis dan kerisauan. Mana tidaknya, Kandalah cucu putera tunggal dalam keluarga. Kesihatan Kanda adalah paling penting bagi Ninda. Kalau Ninda tidak makan kerana hendak cukupkan suapan ke mulut Kanda pun Ninda sanggup. Ninda sanggup buat apa sahaja untuk Kanda. Ninda terlalu sayangkan Kanda.

Teringat pada satu masa ketika aku sedang menikmati juadah tengahari bersama Ninda di dapur. Hari itu hari biasa, bukan hari perayaan atau apa pun. Sengaja aku mainkan album lagu-lagu Ramadhan dan EidulFitr di radio kerana terasa rindu pada suasana EidulFitr. Tiba-tiba Ninda menangis teresak-esak di meja makan. Lantas aku bertanya, kenapa. Rupanya hati Ninda tersentuh dan terkenangkan Kanda bila mendengar laungan takbir raya di radio. Kata Ninda, ”Macam manalah Abang hang kat sana. Kesian dia, makan ka dak dia kat sana. Makan pun mesti tak sempurna.” Segara aku bangun untuk mematikan radio dan aku tenangkan Ninda dengan berkata bahawa kehidupan mereka di sana baik belaka. Mereka masak sendiri dan makanan di sana murah-murah. Ninda tidak perlu khuatir.

Ketika kami di sana, musim peperiksaan baru bermula. Seluruh institusi pendidikan di Mesir melalui waktu peperiksaan hampir serentak, tidak kira sekolah rendah, menengah mahupun universiti-universiti. Kanda masih mempunyai baki lima hari sebelum waraqah imtihan pertama Kanda. Kanda agak gusar memikirkannya memandangkan imtihan kali ini jugalah merupakan penentu samada Kanda adalah pelajar tiga tahun atau empat di Shoubro. Namun aku tenangkan dengan berkata, ”Moga berkat Abang gembirakan hati Mak dan Abah dengan layanan baik di sini akan menjadi pemudah yang Allah berikan pada Abang di hari imtihan nanti, insya-Allah.” Kanda mengaminkan doaku.

Hari pertama:
Tiba di lapangan terbang Kaherah mengundang sedikit simpati di hati ini. Sedih membandingkan KLIA dengan lapangan terbang Kaherah. Bahkan bukan sebesar KLIA, lapangan terbang Bayan Lepas pun tidak mampu ditandingi lapangan terbang Kaherah. Kekurangan dan terlalu sederhana.
Kata Kanda, sewaktu mereka mula-mula tiba tiga tahun lalu, keadaannya bahkan lebih teruk daripada itu. Sekarang semakin baik kerana mengikut nasihat Tun Dr Mahathir Mohamed yang menjadi penasihat ekonomi bagi tanah pelbagai tamadun itu, ”Mutu lapangan terbang adalah paling utama dan pertama perlu dinaiktarafkan kerana lapangan terbang merupakan gerbang pertama yang akan dilalui oleh pelancong dan pelabur luar negara.”


(bersambung...)

Wednesday, May 24, 2006

Zacarias Moussaoui Tiada Kaitan

CAIRO, Egypt - Osama bin Laden purportedly said in an audio tape Tuesday that neither Zacarias Moussaoui — the only person convicted in the U.S. for the Sept. 11 attacks — nor anyone held at Guantanamo had anything to do with the al-Qaida operation.

"He had no connection at all with Sept. 11," the speaker claiming to be bin Laden said in the tape posted on the Internet.

"I am the one in charge of the 19 brothers and I never assigned brother Zacarias to be with them in that mission," he said, referring to the 19 hijackers.

Two counterterrorism officials in Washington, who spoke on condition of anonymity, said U.S. intelligence is aware of the bin Laden message. One of the officials said there is no reason to doubt its authenticity.

Bin Laden also said that none of the hundreds of terror suspects held at the U.S. prison at Guantanamo Bay, Cuba, was involved and most had no ties to al-Qaida.

"Our brothers in Guantanamo ... have no connection whatsoever to the events of Sept. 11," he said, adding that "some of them oppose al-Qaida's methods of calling to fight America."
Bin Laden called all the detainees innocent, claiming they were jailed to justify the cost of the war on terror.

"There must be some justification for the tremendous spending of hundreds of billions of dollars on the (U.S.) defense department and other agencies," he said.

The terror mastermind did indicate that two suspects had links to the attacks on the World Trade Center and Pentagon: "All the prisoners to date have no connection to the Sept. 11 events or knew anything about them, except for two of the brothers," bin Laden said. But he did not provide names or elaborate further and it wasn't possible to determine if or where they were held.

One of the counterterror officials said the message is part of bin Laden's continuing effort to demonstrate he is a relevant extremist leader, who is knowledgeable of current events. The official said the message was made for propaganda purposes, and it does not contain any threats.

Moussaoui, a 37-year-old Frenchman and admitted al-Qaida member, was sentenced to life in prison earlier this month after a jury ruled that he was responsible for at least one death on Sept. 11.

The al-Qaida chief said the Sept. 11 hijackers were divided into two groups, "pilots and assistants."

"Since Zacarias Moussaoui was still learning how to fly, he wasn't No. 20 in the group, as your government has claimed," bin Laden said.

He continued that Moussaoui was not a security risk for al-Qaida, because he did not have knowledge of the plot.

"Brother Moussaoui was arrested two weeks before the events, and if he had known something — even very little — about the Sept. 11 group, we would have informed the leader of the operation, Mohammad Atta, and the others ... to leave America before being discovered," Bin Laden said.

Bin Laden said Moussaoui's confession — that he helped plan the attacks — was "void," calling it the result of pressures during imprisonment.

Edward MacMahon, one of the lawyers who defended Moussaoui during his death penalty trial, said bin Laden wouldn't have made the best witness for his client, even with his statements that Moussaoui had no role in the attacks.

"I never believed there was any evidence to support Moussaoui's story (that he was the 20th highjacker), and that's what I told the jury," he said.

The audio message, which is less than five minutes long, was transmitted with a still photo of bin Laden.

If authentic, it would be the third by bin Laden this year. In a tape aired on Arab television in April, he denounced the United States and Europe for cutting off funds to the Hamas-led Palestinian government, accusing them of leading a "Zionist" war on Islam, and urged followers to fight any U.N. peacekeeping force in Sudan.

In January, bin Laden said in an audiotape that al-Qaida was preparing new attacks in the United States but offered a truce — though his lieutenant Ayman al-Zawahri later issued a video saying Washington had refused to take the offer.

The January message was bin Laden's first in over a year, his longest period of silence since the Sept. 11, 2001 attacks in the United States.

His deputy al-Zawahri releases messages more frequently, appearing in videotapes, while bin Laden has not appeared in a video since October 2004.

Bin Laden did mentioned by name two journalists and a relief worker accused of being aligned to the terror network, saying they had no such ties. Sami al-Hajj, an Al-Jazeera cameraman, was arrested in Afghanistan in 2001 and held at Guantanamo Bay. Tayssir Alouni, an Al-Jazeera correspondent, was convicted by a Spanish court of collaborating with al-Qaida, though he denied the charges. And Abdul Aziz al-Matrafi, who founded an Afghan charity that was branded by the U.S. as supporting terror.

Thursday, May 04, 2006

:: sahabat dunia akhirat ::

Assalamualaikum warahmatuLlahi wabarakatuh

Kesyukuran dirafa’kan buat Pencipta seisi semesta, yang melimpahkan kasih sayangNya kepada semua makhluq ciptaanNya, yang menggerakkan setiap inci pergerakan sekalian kejadian yang bergerak, yang berhak atas setiap apa jua hidupan dan perjalanannya, juga yang mengutuskan RasulaLlahi salaLlahu ‘alaihi wasallam. Selawat dan salam buat junjungan kekasih Allah subhanahu wa ta’ala yang dengan jerih dan payahnyalah aku berada dalam ni’mat Islam. Terima kasih buat Mak dan Abah yang mentarbiyah diri ini dari kecil hingga sebegini besar. Juga penghargaan buat semua yang pernah memberikan apa jua ilmu kepada diri ini.

Tak tahu kenapa malas menguasai segenap diri daripada meng’update’ blog. Dah banyak kali percubaan dilakukan untuk ’update’ blog, tapi tak berjaya juga. Bukannya tak online, online tiap-tiap hari tapi tak berjaya berjaya pun. Bila tak online, terasa nak sangat ’update’, nak sangat tulis itu tulis ini. Macam banyak sangat perkara yang nak dimasukkan dalam blog. Tapi tu lah, tak tahu kenapa begitu malas.

Tengahari tadi, online sekejap untuk hantar mesej kepada sahabat saya via ym sebab dia ’on mobile’. Handset saya tak ada kredit. Seorang sahabat saya menyapa, ”’Update’lah blog. Best baca.” Kasihan sahabat saya yang sorang ni. Tapi terima kasihlah sebab bagi motivasi sikit pada saya. Tengahari tu juga, saya berkunjung ke blognya. Nampak link weblog yang dia pautkan ke senarai link sahabat-sahabatnya. Paling atas sekali ditulis, ’Sahabat dunia akhirat’. Sengajalah tangan ni nak tengok weblog sahabat dunia akhirat dia tu. Bila terbit blog tu, pink colour, masyaAllah tertera syauqah-el-wardah.blogspot.com. MasyaAllah...begitu penghargaan dia buat diri ini dalam hidupnya. Terharu nian hati ini. Disamping keterharuan tersebut, saya bertanya pada diri saya, ”Adakah aku benar-benar telah menyempurnakan haq-haq dia sebagai sahabat aku?” ”Adakah aku juga menghargai dirinya sebagaimana dia menghargai aku?” Berpuluh-puluh pertanyaan menerpa fikiran saya.

Saya masih ingat katanya suatu masa dahulu, ”Kalau ana buat salah, tegurlah direct. Itulah hikmah bagi ana.” Dia juga pernah berkata, ”Terima kasih wani. Sebelum ni takde orang yang berani tegur ana direct bila sesuatu benda yang ana buat atau ana nak buat tu salah.”

Ya. Bagi saya, saya buat apa yang saya rasa betul, saya kata apa yang saya rasa benar. Dalam kes sahabat saya ni, saya tahu kondisi hidupnya dan cabaran di tempat belajar dia, saya tahu kawan-kawannya di sana bagaimana, saya tahu perangainya macam mana, dan keluarganya. Walaupun semuanya serba sedikit, tetapi cukup bagi saya untuk memilih pendekatan apa yang perlu saya gunakan untuk mengatakan ’salah’ pada sesuatu yang dia lakukan dan ’intended to’. Semuanya ini sebab dia selalu bertanya, dan mahu berubah kepada lebih baik walau saya tahu ianya terlalu sukar.

Saya bukanlah terlalu baik dan mengetahui segala perkara berkaitan agama atau kehidupan dunia ini, setakat apa yang mampu saya jawab dan katakan padanya, saya cuba sampaikan. Sekarang ini, saya yakin, dia lebih baik dari saya dan menjadi rujukan saya pula.

Saya tahu serba sedikit kata-kata yang bagaimana perlu disampaikan kepada sesiapa yang berada dalam situasi begini, kerana saya pernah mengharapkan kata-kata sedemikian daripada orang untuk saya ketika itu. Saya bersyukur kerana akhirnya saya memperolehnya juga walaupun bukan daripada manusia. Oleh kerana itu, saya tak nak orang lain merasa sedih dan lemah bila tidak mendapat kata-kata semangat dan pertolongan dalam proses penting ini. Saya hanya buat setakat mana saya mampu dan apa yang diilhamkan oleh Allah inilah sebaik mungkin yang saya sampaikan.

Saya berharap kepada semua yang membaca, sahabat saya atau sesiapa pun, anda adalah yang terpilih antara ramai untuk membaca tulisan ini, tolonglah jadikan amalan mengingatkan perkara kebaikan kepada sesiapa sahaja terutamanya sahabat kita sebagai kewajipan dalam hidup kita. Kita tidak tahu dan mungkin juga tidak sedar betapa orang-orang di sekeliling kita memerlukan kita untuk menegur mereka. Tolonglah laksanakan haq mereka untuk mendapat teguran daripada kita. Mana kita sedar, dalam senyum dan hilai tawa mereka, sebenarnya tersembunyi keinginan untuk berubah menjadi lebih baik dan meninggalkan segala keburukan yang telah dilakukan mereka, cuma mereka malu untuk suarakan kepada kita.

Lain pula andai orang di sekeliling kita itu jenis yang memang memilih jalan tidak baik sebagai pilihan hidup. Walaupun kita mengingatkan dia, kita tegur dia, dia tetap dengan pilihan dia. Tetap janganlah tinggalkan dia, kerana selagi dia tidak putus nafasnya, dia masih ada peluang untuk bertaubat dan berubah. Mungkin kita yang perlu dengan lebih gigih menasihatinya dan gunakan strategi lain.

Teringat sebuah kisah, di mana Ikhwan (bukan nama sebenar) sedang menunaikan rutin qiyamullail di biliknya pada suatu dinihari, sedang teman sebiliknya, Shahrul (bukan nama sebenar) masih belum tidur. Satu lampu telah dimatikan dan tinggal satu lampu lagi setakat untuk memberi cahaya kepada Ikhwan ketika itu. Tapi, Ikhwan tak perlukan pun lampu itu dipasangkan untuknya. Bila Ikhwan baru mengangkat takbir, Shahrul barulah naik ke katilnya dan berusaha untuk tidur. Tika sedang berdoa, Ikhwan tersedar yang Shahrul seolah-olah begitu gelisah. Dia tidak tahu kenapa. Tetapi kerana terlalu hendak berdoa, dan sayunya tidak mampu ditahan-tahan lagi, dia tidak bangun mematikan lampu. Sebenarnya, dia tidak tahu bagaimana lagi untuk menyedarkan teman biliknya yang dia telah semakin lama semakin lalai. Quran langsung tidak pernah dilihat membaca, solat juga jenuh dikejutkan dan disuruh. Kelas apatah lagi sampai menyuruh dengan sungguh-sungguh, masih memberi beribu alasan. Cuma dengan cara qiyamullail itulah diharap dapat Shahrul sedar sedikit kelalaiannya. Tapi, ternyata Shahrul tidak sedar, bahkan gelisah dan tidak senang dengan qiyamullail Ikhwan. Esak tangis Ikhwan dinihari itu menjadi lebih deras. Dia terlalu sedih dengan teman sebiliknya yang juga teman sekolahnya dahulu, sekolah agama di mana mereka belajar dosa pahala, wajib mubah, makhruh syubhah, dan halal haram. Asas pendidikan agama itu ada. Mereka ambil matapelajaran Al-Quran dan Al-Sunnah, dan Syari’ah Islamiyyah. Tapi, bila bangku sekolah ditinggalkan, kenapa jadi begitu? Luluh benar hati Ikhwan dengan Shahrul. Dia buntu. Berpindah kampus menjadikan mereka terpisah, tidak lagi sebilik ataupun sekolej. Shahrul tukar nombor telefon selularnya tanpa memaklumkan pada Ikhwan. Ikhwan tahu, Shahrul tidak menyenangi teguran Ikhwan dan melarikan diri daripadanya agar Ikhwan tidak tahu apa yang dilakukannya. Ikhwan bagaimanapun tetap dapat menjejaki berita perkembangan dirinya. Beristighfar Ikhwan setiap kali mendengar kisahnya, dan hati seolah-olah direnggut kecewa yang nian. Ikhwan sayang akan kawannya yang dia kenal sedari sekolah itu. Dia masih memikirkan bagaimana caranya untuk menegur kesalahan Shahrul itu. Dia tahu, dia perlu laksanakan haq kawannya itu untuk mendapat teguran daripadanya. Dia tahu, itu adalah tanggungjawabnya sebagai orang yang tahu kesilapan orang yang dia kenal untuk dibetulkan. Dia merasakan, bila dia dapat tahu, ini bermakna Allah memilih dirinya untuk sedarkan kawannya itu. Ikhwan masih berfikir bagaimana caranya mengembalikan Shahrul ke jalan yang benar kerana dia telah jauh berlayar dalam samudera duniawi yang penuh kelalaian. Dia masih mencari peluang untuk hampir.

Kembali kepada kisah sahabat saya tu. Saya tahu dia sebenarnya banyak potensi dan antara orang penting dalam persatuan besar di kampusnya. Saya tahu itu, tapi dia taknak mengaku. Banyak perkara yang dia ajarkan pada saya di bawah sedarnya. Ucapan terima kasih daripadanya tak pernah putus. Tak pernah. Selalu saja buat saya terharu.

’Ala kulli hal, terima kasih juga buat sahabatku. Terima kasih.


(entry kali ni, saya taip dulu kat words.so tarikhnya dengan kejadian, tak samalah waktunya..orang yang terlibat akan faham benar.. k ^_^)

wassalam

Tuesday, April 04, 2006

Pesta Buku

Assalamualaikum warahmatuLlahi wabarakatuh

Perancangan hanya dirangka dalam beberapa minit ketika pertemuan dengan kak Rohaizan secara tidak dirancang tapi itulah perancangan Allah, merealitikan aku menjejakkan kaki ke Pesta Buku Antarabangsa buat kali pertama. Mesti pelik bila orang tahu yang itulah kali pertama ana sampai ke sana walaupun setelah ampir 21 tahun menghirup hawa di atas muka bumi ini dan itulah juga kali pertama ana ke sana setelah hampir tiga tahun memegang gelaran mahasisawa UIAM.

Rancang hanyalah sekadar melihat-lihat suasana di sana, tetapi bilamana sehari sebelum tarikh tiba, ana secara tidak dirancang juga berkesampatan untuk online. Jemari ni sengaja melawat forum Zaid Akhtar di Ukhwah.com dan terbaca posting ust menyatakan akan berada di gerai Utusan Publication jam 2-4 ptg. Huh! Ada peluang nih. Andai ada rezeki, ingin juga bersua dengan ust.

Ketika sedang online, ana dapat panggilan daripada sahabat ana, Natrah mengajak ana ke kuliyah Syeikh Nuruddin al-Banjari al-Makki di Shah Alam malam tu. Gusar juga memikirkan sempat atau tidak untuk pulang ke UIA sebelum jam 0000. tapi memikirkan peluang sebegini bukanlah datang selalu, ana memberi kata 'ya' untuk bersama sahabat-sabahat ana yang lain ke kuliyah tu. Katanya, kami ke sana dengan bas. Bila sampai di Mahallah Safiyyah, aduh! tak sangkalah pula dapat pergi dengan kereta... alhamduliLlah.. Perjalanan ke sana begitu panjang dirasa. Mana tidaknya, tersesat. Tapi akhirnya, masih ada rezeki untukku ke kuliyah ilmu itu walaupun sedikit lambat. Bertemu dengan mereka yang mendapat tarbiyah daripada Syeikh Nuruddin membuatkan aku termangu, betapa aku selama ini masih belum cukup tingkahlaku hamba yang sebenar-benar hamba. Mereka yang kutemui terlalu merendah diri, bersinar wajah dengan pemeliharaan Islam yang sebenar, tutur kata tersusun, madah bicara teratur, lantas menjadikan aku rasa terlalu rendah diri. Patutlah mereka terlalu berbeda daripada diriku. Kesusahan perjalanan membuatkanku belajar erti sebuah pengorbanan. Belajar tawakkal padaNya dan bersabar. Kata-kata sahabah-sahabatku tika dalam perjalanan hanyalah berteman kalimah Allah. Tingginya tawakkal kalian padaNya... Ya, aku kagum dengan kalian...

Perjalanan pulang ke UIA dirasakan akan Allah mudahkan. Tapi tidak, kami akhirnya tersadai di kediaman ustazah Sabariah. Di sini, ana belajar lagi. Terlalu banyak yang dipelajari. Sahabat-sahabat, kalian memang hebat tarbiyah daripada Allah swt. Tak lekang bibir kalian menyebut nama Allah dalam setiap ayat yang kalian tuturkan. Ana terfikir, bisakah ana menjadi seperti antunna???

Paginya setelah pulang dari rumah ustzah, alhamduliLlah Allah mengizinkan ana ke PWTC walaupun lambat. Naik bas ke stesen Putra jam 1430, terlalu lewat. Sempatkah bertemu dengan ust Zaid? tak mengapalah andai tiada rezeki. Cuma sekadar untuk mendapatkan tanda tangan itu, apalah sangat. Tawakkal sahaja. Tiba di sana, manusia terlalu ramai, berasak-asak. Mencari gerai Utusan dalam manusia beribu itu amat sukar. Tiba di gerai Alaf 21. Sempat membeli Bagaikan Puteri karya Ramlee Awang Murshid, dan dapatlah juga tanda tangannya.. (Penulis gaya seperti tidak pernah mendengar namaku, Nur Hazwani.. nama ni tak familiarkah?).. Hehe sedikit kelucuan... Bergerak kemudiannya ke hall 2. Bertemu dengan Hajar, junior sekolahku di gerai DBP dan kutanya di mana gerai Utusan. Selepas menunjukkan arahnya, aku berjalan bersama adikku, Ili Raihana ke sana. Mulanya nampak kelibat Faisal Tehrani. Aku berjalan hingga ke hujung gerai mencari ust Zaid. hmm tak ketemu pun, agaknya ust dah balik sebab waktu itu dah menjengah ke jam 1700. Ili memanggilku, "akak nak gi mana?ust ada kt sini." Aku membalas, "Faisal tehrani je lah." Ili membalas, "Ust ada kat situ juga. Akak ni.." Ya Allah, tak perasan... AlhamduliLlah bertemu juga dengan ust. Bukan ana taknak tandatangan Faisal Tehrani, sebab sebelum ni dah pernah jumpa. Bila ditanya nama, ana tak perlu ulang banyak kali sebabnya ust memang dah tau benar nama tu, Nur Hazwani, nama watak dalam Sesegar Nailofar tulisan ust. Kemudian giliran Faisal Tehrani pula yang bertanya, ana kena ulang dua kali nama tu, sempat ust menyampuk, "nama watak novel aku".. hehe.. banggakah aku? adalah sedikit. tapi ini hanyalah kebetulan yang memungkinkan semangat ana dalam bidang sastera ini bertambah kuat... insyaAllah..

Hujung minggu itu, terasa begitu terisi...

AlhamduliLlah... moga Allah memberi rahmat untukku...

-Sejuta kemaafan buat kak Rohaizan kerana tidak bertemu dengan akak sebelum pulang dari Pesta Buku tu. hari dah lewat dan perut kami minta untuk diisi. Tambah pula susah untuk menghubungi akak. Bukan niat untuk tinggalkan akak, tapi keadaan tidak mengizinkan. Harap akak dapat maafkan wani. wani dah terangkan pada akak kan dalam sms wani pada akak dan adik akak? Maafkan wani sekali lagi...

Saturday, March 18, 2006

Kaca Kasih

Nackvision.com web graphics codes


Buat sahabat yang amat kukasihi,
Mungkin kita perlu sesekali berenggang
Agar kerinduan itu bisa mengubat sakit dalam hati.
Entah badai apa,
Entah gelombang apa yang menghadirkan sakit itu padamu
Mungkin juga salahku
Banyak menyakiti hatimu.
Tapi,
Aku telah pun sedaya tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin, berderai bagaikan kaca
Oh teman,
Maafkanlah diriku.
Walau jauh dari rasa seindah dulu
Doaku lebih acap kuanyam untukmu
Agar kau lebih bahagia dan sejahtera.
Aku tak tahu bagaimana hidupku selepas ini
Rantauku yang jauh dan panjang,
mungkin tidak terkesankan dirimu.
tapi aku,
akan tetap mengingatimu
setiap saat dan setiap waktu
Sebagaimana citaku dalam kartu hari lahirmu,
Itu tetap menjadi impianku
Mungkin,
ia hanya akan kekal sebagai impian yang tak kesampaian.
Moga Allah balasi kasih sayangmu selama ini
Kau insan yang baik
Allah akan makbulkan segala doa mu.
dan aku,
bukan insan sebaikmu.
Kerana itu,
selayaknya kau menjauhiku.
Kau lebih hampir denganNya
Mungkin kerana kau dikasihiNya,
Dia campakkan rasa itu untuk kau tinggalkan aku
kerana mungkin,
aku akan membawamu ke daerah curang
lebih awal, lebih baik
sebelum kau terjebak.
Atau,
Mungkin juga ada syaitan yang dengki
Keakraban ini menyebabkan dia marah
Bimbang kalau kalau paduan minda fikiran dan ruh kita
bisa menggugah bejatnya lumpur dosa ummah
kerana,
kita pernah sama-sama menghuraikan
'temu janji' dua sejoli.
atau juga,
kita pernah menitipkan kerisauan
pada 'orang yang bertemu janji'.
Atau,
syaitan itu risau kerana
bicara kita kerap kali dalam ilmiah
Destinasi kita,
selalu ke medan ilmuNya.
Atau,
mungkin kerana kita tidak sefikrah?
Namun kita telah sama bincang,
ini tidak mungkin memisahkan kita.
Sudah.
terlalu banyak aku berprasangka
Sudah.
banyak nian aku ber'atau'
Sudah.
air mata jangan kau turun lagi
Sudah.
teruskanlah usahamu.
Sahabat,
mungkin aku tidak serasi untuk menjadi sahabatmu
Carilah sahabat yang tidak sakitkan hatimu
Carilah sahabat yang bisa puaskan hatimu selalu
Carilah sahabat yang mampu senangkan hatimu
Carilah sahabat yang boleh buat kau tersenyum bila duka
Carilah sahabat yang jujur dan setia
Carilah sahabat yang sanggup mengasihimu lebih daripada aku mengasihimu.
Agar kau bisa ketemu dia.
Maafkan segala salahku.
Konklusi aku,
Aku masih tidak mampu menjadi sahabat kepada sesiapa.
Sampai bila?
- nur hazwani hamid
taman ilmu dan budi
18 03 2006

Wednesday, March 01, 2006

da'ie

Assalamualaikum warahmatuLlahi wabarakatuh

Ni posting yang ana amik dari dhanysarip.blogspot.com

_____________________________________________________

Agen Dakwah: Satu Anugerah, Satu Tanggungjawab
Berikut adalah ringkasan dan terjemahan ucapan Penasihat YAPIS-UIA, Sheikh Abu Huzayfah Aiman Yosof Al-Dakkak dalam Sesi Bersama Penasihat, 9 Muharram 1427 H / 8 Februari 2006, Masjid UIAM. Ucapan yang disampaikan oleh beliau benar-benar menginsafkan dan mengingatkan kita tentang kedudukan sebagai seorang da'i. Ingin saya kongsikan ucapan ini, kerana saya pasti, isinya begitu penting untuk dihayati oleh semua Muslim yang cintakan Allah dan Rasul-Nya. Sila hayati...


********************

Setiap individu yang meluangkan masa dan tenaga untuk usaha dakwah sebenarnya menerima anugerah nikmat yang sangat besar dari Allah, dan setiap mereka sepatutnya bersyukur kerana dipilih Allah sebagai pendakwah untuk menyebarkan agama-Nya dan meneruskan perjuangan Rasul-Nya. Anugerah ini datang dengan tanggungjawab yang besar, di mana kita memikul tugas mulia yang pernah disandang oleh Rasulullah dan para Sahabat dan generasi terdahulu yang dipilih Allah untuk menyebarkan agama-Nya di muka bumi.

Sungguhpun pemilihan sebagai pendakwah adalah satu nikmat dari Allah, janganlah kita lalai dan berasa bangga. Ini kerana sekiranya kita gagal melaksanakan tugas dakwah, nescaya Allah akan melemparkan kehinaan kepada kita dan memberikan tugas yang amat mulia ini kepada orang lain, seperti firman-Nya:
"Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang memerlukan-Nya; dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan mengganti kamu dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan jadi seperti kamu." (Muhammad: 38)


Biarlah ayat ini menjadi peringatan keras buat setiap pendakwah agar mereka sentiasa waspada dengan diri mereka sendiri.

Merancang untuk Masa Depan dan Menilai Prestasi Masa Lalu

Dalam apa jua bentuk organisasi, kepentingan merancang masa depan dan menilai prestasi masa lalu mempunyai pengaruh besar dalam menentukan kejayaan dan kegagalan sesuatu organisasi. Sebagai gerakan dakwah, kita sangat berhajat kepada penyusunan gerak kerja yang terancang di mana perbincangan perlu diadakan untuk merancang hala tuju dan aktiviti pada masa akan datang. Perancangan yang teliti akan memastikan segala matlamat yang ditetapkan berjaya dicapai. Begitu juga dengan prestasi masa lalu mestilah sentiasa dinilai semula, di manakah kegagalan dan kelemahan yang wujud agar dapat kita baiki. Prestasi masa lalu penting dalam menjadi kayu ukur yang dapat kita guna dalam menilai hasil kerja kita.

Setiap individu yang terlibat dalam gerakan dakwah mesti sentiasa saling memberi nasihat sesama mereka. Kita perlu sentiasa duduk berbincang mengenai prestasi kita pada masa lalu dan merancang strategi untuk masa depan. Kita bukan anti organisasi, bahkan gerak kerja dakwah sangat memerlukan kepada pentadbiran yang sistematik.

Dakwah Fardiyyah Faktor Utama Gerakan Dakwah

Dalam menyampaikan mesej Islam kepada orang lain, kita perlu sedar bahawa dakwah yang benar-benar meninggalkan kesan kepada manusia lain ialah dakwah fardiyyah, dakwah yang kebanyakan kita lakukan tanpa kita sedari, melalui perkataan dan perlakuan kita seharian yang menjadi contoh ikutan kepada orang lain. Sesungguhnya apabila Islam tegak di hati kita, nescaya segala amal perbuatan kita akan lahir dari asas-asas Islam yang kukuh. Contoh tauladan inilah yang akan mempengaruhi orang ramai agar menyahut seruan Islam. Maka adalah menjadi kemestian bagi kita untuk berakhlak dan beradab menurut lunas-lunas al-Quran dan al-Sunnah.

Setiap manusia yang kita temui setiap hari adalah peluang untuk kita sebarkan mesej Islam. Tidak kira sama ada rakan sebaya, rakan di tempat kerja, atau sesiapa sahaja yang berhubung dengan kita merupakan ladang yang subur untuk kita semai benih-benih Islam. Janganlah kita abaikan peluang yang besar ini, kerana para nabi-nabi dan pejuang-pejuang dakwah terdahulu tidak pernah melepaskan peluang walau sesaat dalam hidup mereka untuk menjadi agen penyampai mesej Islam kepada manusia di sekeliling mereka.

Kepentingan Ilmu sebagai Pemangkin Gerakan Dakwah

Setiap pendakwah mesti memandang diri mereka sebagai tentera yang bertanggungjawab untuk mempertahankan Islam. Sebagai agen dakwah, kita akan dilihat sebagai imej ajaran Islam. Jadi, kita perlu memastikan bahawa setiap kelakuan kita mencerminkan ajaran Islam yang sebenar tanpa melanggar garis panduan Islam. Andai kita berkelakuan buruk, akan tercalarlah imej Islam yang kita bawa bersama.

Dalam keghairahan menjaja tenaga untuk dakwah, setiap pendakwah perlu memastikan mereka sentiasa dalam proses menuntut ilmu. Ilmu memainkan peranan yang amat penting dalam dakwah. Tanpa ilmu, manusia akan mudah terperangkap dalam lembah kejahilan. Sehebat mana seseorang manusia, masih banyak ilmu yang perlu dipelajari. Janganlah ada antara pendakwah yang merasa ilmunya telah cukup, sebaliknya perasaan tidak cukup ilmu perlu sentiasa wujud di hati mereka agar mereka akan berusaha bersungguh-sungguh mengejar seberapa banyak ilmu yang dapat.

Pengorbanan dalam Dakwah dan Keperluan Individu

Dalam percaturan kehidupan pendakwah, tidak dapat tidak akan berlaku pertentangan antara usaha dakwah yang memerlukan pengorbanan besar dengan keperluan manusia memenuhi beberapa kepentingan hidupnya.

Sungguhpun masa merupakan sumber yang amat terhad terutama dalam kehidupan seorang penuntut universiti, pendakwah mestilah mempunyai keinginan untuk meluangkan masa di jalan Allah. Kita mesti pandai membahagikan masa. Kehadiran ke kuliah-kuliah ilmu dan perjumpaan-perjumpaan seperti ini, untuk membincangkan hala tuju dan aktiviti dakwah akan melatih kita komited dengan tugasan dakwah. Perjumpaan-perjumpaan untuk kebaikan agama sudah tentu akan diberkati Allah, dan masa kita tidak terbuang begitu sahaja. Tiada kurangnya jika kita meluangkan sekadar 30 minit atau sejam dalam masa sebulan untuk hadir ke perjumpaan seperti ini.

Hendaklah kita faham sepertimana para nabi-nabi dan pejuang-pejuang dakwah terdahulu, tatkala mereka meletakkan kepentingan Allah dan kepentingan dakwah mendahului segenap kepentingan lain dalam hidup mereka. Ini adalah hasil pemahaman yang jelas mengenai konsep al-wala' wa al-baraa' yang selama ini menjadi tonggak kemampanan Islam merentasi dimensi masa dan lokasi. Semoga Allah memberi kejayaan kepada kita dan merahmati kita semua.

Allahu Ta'ala a'lam...

Monday, February 27, 2006

maafkanku, sahabatku

Assalamualaikum warahmatuLlahi wabarakatuh

Sahabat yang kukenali,
juga sahabat yang mengenaliku,
lewat bicara kita semalam, aku terleka
aku begitu seronok bercerita
berkisahkan itu, berkisahkan ini..
mungkin aku membuta-tulikan mata hati aku
untuk menilai hatimu ketika itu terusik sayu kecewa

Sahabat yang kubicara bersama semalam,
maafkan aku kerana membuatmu sedih dengan cerita gembiraku
sebenarnya, bukan berita itu yang terlalu ria buatku
tapi dapat bercerita padamu itulah yang meriakan hatiku

Sahabat yang aku senyum sambil bersuara semalam,
pertanyaanmu buatku ke simpang seronok
aku fikir, aku di jalan yang benar
jalan yang kau juga turut gembira
tapi sebaliknya
tapi, kini aku ingin bertanya padamu
mengapa kau senyum dan berlakon normal?

Sahabat yang makan tengahari bersamaku tadi,
mengapa tidak kau khabarkan padaku
kau punya rasa dalam dada
kenapa kau tak berterus terang?
kerana mungkin dengan penerangan itu, aku bisa membantu
atau juga aku bisa berundur dulu
atau aku bisa menjadi watak yang dibuang

Sahabat yang aku baru tersedar kesilapanku padamu,
maafkan aku sekali lagi

Sahabat yang kita pernah se'kapal',
adakah kerana kisahku itu kau turun menaiki 'kapal' lain?
adakah kerana kecewamu itu kau layarkan 'layar' lain?
janganlah duhai sahabatku
aku masih perlukanmu
aku masih rindu suaramu yang lunak
bicaramu yang hikmah

Sahabatku yang aku tinggalkan waktu diminta berbual dek kelas,
mungkin tatkala itu kau ingin bicara hati ke hati
dan Allah mengaturku untuk ke kelas
sahabatku, mungkin aku patut bersamamu, tidak patut ke kelas
kerana, mungkin dek natijah meninggalkanmu, kau pilih 'kapal' lain
kau biarkan dirimu dalam sedih lara

Sahabat, marilah kita bicara kembali,
kau luahkan dan aku dengarkan rintih perasaanmu

Sahabatku, tolonglah jangan malu,
sahabatku, tolonglah jangan buatku rasa bersalah

Sahabatku, andai dirimu sanggup bersamaku
aku sedia bersamamu
andai tidak sudi untuk bersamaku,
aku bisa keluar dari diari hidup itu...

Tapi sahabatku,
Allah itu Maha Tahu

Kata sahabat kita,
Allah itu Perancang terbaik...

Apa pun jua,
aku terima
walau mungkin
aku akan rasa derita...

Juliana....


- hazwani hamid
taman ilmu dan budi

Tuesday, February 14, 2006

mana mungkin

Mana mungkin, Umar di'Abu Bakar'kan
Mana mungkin, Khalid al-Walid di'Umar'kan
Tapi,
watak-watak beza ini
tetap bersatu dalam syahadah.

__________________________________________________________

Seminar Ke Arah Memahami Paradigma Ahli Sunnah wal Jama'ah
4th Feb 2006

10thFeb2006




Semeter demi semeter,
rintik hujan makin lebat
Makin lebat
Makin basah
Makin lenjun

Roda masih berputar
Ke atas dan ke bawah
Belok ke kiri, belok ke kanan

Makin lebat
Makin basah
Makin lenjun

Hati juga makin sarat
Sarat dengan kesayuan
Sarat dengan kecintaan
Basah juga
Basah dengan kemarahan
Kemarahan kerana sebuah penghinaan

Hujan itu mengerti
Tidak beri kepanasan
Kepanasan yang bisa memarakkan lagi
api hati tersentuh

Roda berhenti
Kaki jejak ke bumi
Telinga menerima laungan takbir

Hati bergetar
Kaki melangkah
Nama Muhammad itu bergema
Bersama kumpulan
Satu dalam syahadah
Satu dalam cinta RasuluLlah

Doa
Kami kasihkan mu
Kami sayangkan mu
Kami rindukan mu
Kami cintakan mu

Doa lagi
Doa yang pasti
Laknat Yahudi!

Awan kusam menutupi puncak menara
Gerakannya cepat kadar luar biasa
Persis asap
Berarak ke mari membawa mendung

Aku menangis
Kumpulan itu juga
Langit juga menangis

Bangunan kaca hijau itu
Halamannya luas
Buat kami berhimpun?
Siapa suruh kamu berani menghina!?

Orang beruniform biru
Bertopi kemas
Nampak berdiri di bahu jalan

Aman
Jangan risau
Kumpulan itu tahu
Tahu mengawal emosi
Kerana cinta mereka terlalu tinggi
Tak mahu bertingkah sendiri tanpa iman mengimami

Aminkan
Doa dibaca Ahmad Awang

Roda berputar kembali
Hati sayu lagi

Aku ingin ziarah mu
wahai Nabi Allah
Muhammad salaLlahu ‘alaihi wassallam
Aku rindu padamu
Moga satu hari kita akan bertemu

Ini tanda kasih sayangku padamu
10th Februari 2006

Tuesday, January 24, 2006

rehat


Assalamualaikum warahmatuLlahi wabarakatuh

Ana sekarang berfikir, apa yang ana sumbangkan pada orang yang menjengah ke sini?
Ana hanya membebel kosong? Buat blog ni betul betul macam catatan harian. Apa faedahnya? Adakah ana menyumbang sesuatu buat sesiapa? Adakah? Adakah? Adakah?

REHAT

Perlukah perkataan tu ana nyatakan?
Perlukah ana REHAT daripada menulis di blogspot ni?

Ana rasa memang perlu.

Jadi, ana hanya akan update bila ada perkara yang nak dikongsikan.

Jadi,

.REHAT.

Tuesday, January 17, 2006

imtihan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Ana memang dah lama kepingin bertemu dengan penulis-penulis dalam arena sastera tanah air ni..
Masa hadiri group binding Publication & Multimedia Ma'ruf Club hari tu, ana diberitahu kak Ghafirah kolumnis tetap The Virtue... hati ana melonjak-lonjak, kalau tak dak kulit dan tulang rangka, ana rasa hati ni dah melompat keluar dah, girang sangat.. hehe ^_^ tapi mungkinkah ini satu peluang untuk ana bersua wajah dengan kak Ghafirah..?

Bicara tentang meeting MC lepas, ana memang pilih untuk duduk bawah biro tu, tak kiralah siapa pun leader nya.. kebetulan pula, ana dah kenal pun dengan ketua dan assistantnya.. itu satu kebetulan.. tapi bila disoal kemahiran apa yang ana ada.. dalam hati ini berkata, "apa kemahiran yang aku ada? tak dak apa laa. aku cuma tau words ja.. power point, tu pun sebab kena guna waktu belajaq ni, buat assignment dan presentation" dan bersama dengan itu juga rasa rendah diri yang teramat sangat menjengah, dan tidak dapat tidak, aku malu dengan diri sendiri bertambah-tambah lagi lah dengan dua student engineering tu dan kak ICT tu.. Engin dan ICT.. aku di mana? aku HS cuma.... hmm... (Abang, cepatlah balik..wani nak belajaq computer dari Abang ni..cepat la Abang, cepat...sedih ni Abang, sedih...) Ketua ana ada cakap, boleh ajar.. dia pun dulu mula kenal dengan words, pastu belajar sendiri sendiri.. tapi, ana tau, dia jauh lebih arif dan maju daripada apa yang dia katakan tu... kak Ros, ICT.. kata kak Ros, 'nanti kak ajaq la..takpa, slow slow..' hmm..slow slow? sebab slow sangatlah, aku jadi buta IT ni... Satu ayat yang kak Ros cakap yang paling ana ingat, "SELAMAT MENJALANKAN TUGAS" time tu lepas salam kak Ros sebelum balik... tiba-tiba rasa berat juga tanggungjawab ni... memikirkan BRC lagi... semoga Allah berikan kekuatan...

Semalam gi bilik kak Iejan.. rindu bangat..! Bercerita punya bercerita, kongsi cerita punya kongsi cerita... pukul 140 am baru sampai bilik.. nasib baik kak Iejan kt Maryam je (je? jauh jugak laa!).. tapi takpe, dah lama tak berbual dengan akak dan dengar nasihat-nasihat berguna lagi bermanfaat dari akak... terima kasih ye akak.. kasih sayang kerana Allah itu sungguh indah... sempat grab novel ADAM dan Priiitt! hihi =P


dalam fatrah imtihan, pastu mid break.. pastu imtihan balik.. imtihan lagi.. imtihan lagi...
hidup ni memang tak lari dari imtihan..


erm.. hari Jumaat ni ada exam Soca, baru tau tarikh tunda..
so, meeting MC mcm mana nak pi?
mungkin ana akan pi lambat kot..
maafkan ana ye, tok ketua dan penolong tok ketua...
sedih sebenarnya ni..



(tengah buat assignment Fiqh Sirah, tajuk Hudud, tapi sempat lagi mencuri keluar dari words, masuk ke internet explorer.. wani ni memang dah mereng kot? cepat habiskan assignment tu.. masa dah suntuk sangat!!!) - peringatan buat diriku yang sering lupa..



. nukhtoh .

Tuesday, January 10, 2006

eid mubarak

Eid Mubarak...

salam eid ul adha buat semua...

semoga segala pengorbanan kita di jalanNya dirahmati ALLAH swt..


wassalam...

Monday, January 09, 2006

Kemboja Menyambut Mereka

Mentari hari ini dirasakan seperti tidak mahu menyinari alam. Mana mungkin dia berani untuk melawan perintah Allah. Tetapi, kenyataannya memang cuaca begitu mendung. Kelibat matahari hanya sekali sekala kelihatan. Itu pun disebabkan si awan beredar dari menutupi wajahnya, dan seketika kemudian kembali dia diselindungi awan.

Hati Hashimah begitulah. Resah melanda atma jiwa, bagaimana si anak lelaki dan perempuan yang dua itu meneruskan kehidupan mereka tanpa ibu dan ayah. Dia tidak terlalu bimbang akan si anak perempuan, Rashidah itu kerana telah pun berumah tangga, tetapi si anak lelaki, Md Noor itu. Di mana harus dia sebagai ibu saudara mereka mencari duit bagi menampung keperluan Md Noor itu membeli ‘hantu’ itu setiap hari? Bagaimana dia hendak cukupkan RM40 yang Md Noor itu perlukan setiap hari? Jikalau tidak diberi, dia tidak mahu disepakterajangi Md Noor itu sebagaimana terjadi pada Allahyarham kakaknya itu. Gelisah dan bimbang dia memikirkannya. Mujur juga dia tidak berkahwin, sekurang-kurangnya, dia tiada tanggungan lain melainkan ibu tuanya yang perlukan wang untuk ubatan sakit tua.

Kakaknya menghembuskan nafas terakhir tiga hari sudah kerana serangan jantung. Sakitnya yang satu itu tidak pun diketahui sesiapa kerana dia takut untuk ke hospital, diperiksa oleh doktor. Sebetulnya, dia telah berada di sana menjaga suaminya yang lumpuh dek kerana jatuh di laut ketika menangkap ikan. Sebagai orang kampung tambah-tambah lagi kampung di pedalaman, karenah takutkan hospital ini sudah menjadi kebiasaan. Nasihat anak dan orang kampung yang lain tidak diendahkan.

Mak Bashah ini pulang untuk berehat di rumahnya setelah merasakan ketidakbiasaan pada kesihatan dirinya. Tidak mahu untuk diperiksa doktor, dia merahsiakan kesakitan yang dirasainya daripada sesiapa. Malam tersebut, ketika Hashimah menyuapkan makan malam si ibu tua, dia terkejut dengan bunyi dayung bilik air yang jatuh. Bergegas dia ke bilik air di aras bawah rumah.
“Kak! Kak! Pasai pa ni kak? Kak tak apa-apa ka?”
“Adoi, Shimah. Tolak pintu tu…”
“Ya, Allah! Awat ni, kak?”
“Dada aku sakit ni. Sakit sangat.”
“Apa che’ nak buat ni, kak? Che’ tak tau nak buat lagu mana..”

Tiba-tiba dalam kekalutan itu, terdengar pulak bunyi pinggan pecah berterabur di aras atas. Bunyi orang jatuh ke atas lantai papan, dan bunyi dengusan dan tangisan ibu tua menerjah pula telinganya. Hashimah bingung dan bertambah panik dengan keadaan tatkala itu. Dia masih memapah kakaknya berjalan menuju ke katil tempat abang iparnya tidur semenjak lumpuh di dapur.

Belum sempat sampai, kakaknya mengerang dengan kuat sambil muka berkerut menahan kesakitan yang amat. Tangan memekup dadanya.
“Allah……” Dengan kalimah itu nyawanya habis di situ.

Teriakan di aras atas semakin kuat.

Hashimah dengan gigih membawa badan Allahyarham kakaknya itu ke katil yang duduknya hanya tiga kaki dari tempat kakaknya menghembuskan nafas terakhir itu. Dengan linangan air mata, dia mencapai selimut kusam dan menyelimuti mayat tersebut. Selimut itu tidak cukup untuk menutup kaki kakaknya.

Ditinggalkan sekejap Allahyarham.

Bergegas memanjat anak tangga menuju ke bilik ibu tua untuk memujuk si ibu untuk diam. Pinggan nasi itu pecah dan sudunya diketuk-ketuk tanda memberontak tidak disuapkan nasi padanya.
“Mak, awat macam ni? Kak dah tak dak dah nu. Shimah nak kena pi habaq kat orang kampung ni. Mak duduk sat na, satgi Shimah suap mak balik. Shimah keluaq sat saja.”
“Aku nak makan! Nak makan!”
“Mak, satgi lah Shimah suap. Shimah keluaq sat saja. Kak meninggai nu.. Mak tolonglah paham…”

Hashimah tahu ibunya itu tidak mengendahkan apa yang diberitahunya. Bagi ibunya yang telah nyanyuk itu, hanya makan dan tidur sahaja yang dia tahu. Jadi, setelah mengangkat ibu tua ke atas katil, Hashimah turun ke bawah untuk keluar memaklumkan pada jiran terdekat supaya mereka pula memberitahu orang kampung yang lain.
Apakala keluar dari bilik ibu tua itu, terdengar kalimah,
“Hang anak durhaka! Tak dengaq cakap orang tua! Aku nak makan laa! Aku nak makan!”

Sambil kakinya melangkah membilang anak tangga, air matanya mengalir semakin deras. ‘Ampunkan che’, Mak. Bukan che’ nak derhaka, kematian kak tu nak kena habaq kat orang ramai, Mak. Che’ minta ampun sangat-sangat na, Mak.’ Monolognya manakan bisa didengari si ibu tua. Kalaupun bisa, adakah boleh difahami ibu tua itu?

Setelah dimaklumkan kepada jirannya, Mak Eshah, dia kembali ke rumah. Mencedok semula nasi untuk ibu tua. Suara ibu tua itu tidak lagi kedengaran. Tiba semula ke bilik ibu tua itu, Hashimah mendapati ibunya telah tidur. Dia turun selepas mengambil batik lepas dari gebuk ibunya. Ditutupi mayat kakaknya dengan sempurna dan ketika itu kedengaran beduk diketuk tanda ada kematian di kampung tersebut. Hatinya tersentuh.

Dia mencapai surat Yasin untuk disedekahkan pada Allahyarham kakaknya. Ketika itu jugalah Mak Eshah, Mak Temah dan Tok Chaq tiba di rumahnya. Diletakkan semula surat Yasin itu, berjabat tangan dengan jiran-jirannya.

Segala urusan pengkebumian Allahyarham Mak Bashah berjalan dengan lancar dan diselubungi kejutan dan kesayuan semua yang mengenali keluarga tersebut. Ibu tua itu mujurlah tidak meragam sepanjang majlis berjalan. Rashidah yang paling sedih. Suami si mati, Pak Mail juga sedih.

Rashidah bengkak matanya kerana terlalu banyak menangis. Mana tidaknya, dia bakal mendapat cahaya mata pertama setelah tiga belas tahun menanti. Dan Rashidah itulah anak sulung dan tunggal perempuan dalam keluarga tersebut. Terimbau di ingatannya gampang riang dan air mata kesyukuran Allahyarham ibunya tika dikhabarkan dia bakal menjadi nenek. Hangat pelukan ibu masih dirasa. Pertengahan Ramadhan dia dijangka melahirkan bayi pertamanya itu. Bagaimana dia hendak berhadapan dengan kesyahduan Ramadhan itu tanpa ibunya yang telah berjanji akan menjaga diri dan cucu sulungnya itu. Bagaimana dengan Syawal pertama tanpa ibu di sisi. Dengan siapa akan dikongsikan kegembiraan mendapat anak sulung yang telah lama dinantikan itu.

Pak Mail yang terlalu tenat itu kembali sebentar ke rumah melihat upacara pengkebumian isteri tercinta yang bersama-sama bersusah senang dengannya. Isteri yang setia menjaga makan minum dan berkhidmat untuknya. Isterinya itu juga yang begitu tabah menjaga ibu tua yang nyanyuk di rumah. Isterinya yang sudi bersengkang mata menyediakan kuih muih untuk diniagakan di pagi hari bagi membantu dia mencukupkan suapan nasi ke mulut mereka sekeluarga. Isteri yang tidak pernah lupa membekalkan bekalan untuknya jika dia turun ke laut. Kasih sayang Pak Mail terhadap isterinya itu tidak berbelah bagi. Rindu pada Allahyarham Mak Bashah terlalu meruntun jiwanya. Dia tidak pernah berenggang dengan isterinya itu. Pak Mail tidak mengangis hari-hari selepas kematian isterinya, tetapi jelas daripada ragamnya yang banyak termenung dan riak wajahnya yang suram.

Md Noor itu tidak pulang ke rumah hinggalah ketika mayat ibunya hendak dibawa ke kubur, barulah kelibat dirinya kelihatan. Bila ditanya ke mana dia pergi, dia diamkan diri. Dia langsung tidak menitiskan air mata tetapi melihat keranda ibunya dengan pandangan kosong sehinggalah keranda itu dibawa jauh. Pak Mail yang tidak berdaya untuk mengiringi jenazah isterinya, sebaik sahaja anak lelakinya itu masuk ke rumah, dihamburnya sekuat hati. Segala maki hamun keluar dari mulutnya.
“Anak tak kenang budi! Hisap dadah tu sampai mak hang mati pun hang tak tau! Pi mampuih la senang! Hidup buat menyusahkan orang! Dulu hang duk balun mak hang, minta duit! La ni, mak hang dah takdak, puaslah hati hang! Anak kurang ajaq!”
“Pak tak boleh kata macam tu kat che’. Che’ cuma minta duit ja. Che’ tak tahan la kalau tak hisap benda tu sehari. Che’ tak boleh hidup. Bukannya che’ minta mak pi. Che’ sayang apa kat mak. Pak mana tau. Pak tau pi ke laut ja!”

Belum sempat matahari hari itu terbenam, Pak Mail telah kembali ke rumah sakit kerana tenat sungguh penyakitnya. Hashimah menyelesaikan urusan di rumah, segala tahlil dan kenduri Allahyarham Mak Bashah diuruskannya. Sekali sekala dia menjenguk abang iparnya di hospital.
“Kami lakukan pemeriksaan rapi ke atas Pak Mail dan mendapati dia mengidap barah hati. Sekarang dia di tahap kritikal dan hanya menunggu masa. Kami dapat kesan penyakit barahnya baru-baru ni sahaja. Maafkan kami.”

‘Ya Allah… Dugaan apakah ini, Ya Allah? Lepas satu, satu musibah.’ Hashimah hanya menitipkan doa agar Allah menyembuhkan abang iparnya dan memberikan semula kebahagiaan pada keluarganya. Semoga Allah juga menyembuhkan sakit ibunya.

“Shimah… Aku rindu pada Bashah. Aku nak jumpa dia,” kata Pak Mail pada suatu hari. Hati Hashimah dirundung resah dan duka bercampur baur. Dia belum bersedia untuk menerima sebuah lagi kematian. Dia kembali ke rumah kerana kebimbangan pada ibunya.

Menjaga ibunya terlalu sukar dirasa, tetapi dia tabahkan hati melayan segala karenah ibunya. Jiran-jiran yang datang berkunjung semuanya bersimpati pada dirinya dan kerap kali berkata, “Mati pi lah mak hang tu, Shimah. Senang sikit, dia pun tak menderita, hang pun tak susah. Mana nak jaga dia lagi, nak ulang-alik tengok Mail lagi.” Namun bagi Hashimah, selagi dia mampu dan darah masih mengalir, dia tidak akan sekali-kali membiarkan ibunya itu terabai.

Suatu pagi, ibunya meraung terlalu kuat. Dia yang menyidai pakaian sambil berbual-bual dengan Mak Temah di tepi rumah terkejut.
“Mak hang buat perangai dah. Hang pi naik atas. Aku pi panggil Tok Chaq dan yang lain. Satgi kami sampai.”

Ibu tua itu memberontak. Habis ditolak mereka yang cuba memegang dirinya. Tok Chaq dan Mak Temah juga Hashimah merapati ibu tua cuba juga untuk memegang bagi meredakan kelakuannya. Akhirnya, Tok Chaq berjaya memeluk tubuh keding itu. Kedengaran jelas bacaan surah Yasin di luar oleh beberapa orang kampung yang lain berselang seli dengan raung teriakan ibu tua. Suasana begitu kalut.

Seketika, ibu tua yang keding itu diam dan dia dibaringkan di atas katil. Wajahnya disapukan air. Ikat sanggul dikemaskan. Tubuhnya berselimut. Tubuhnya sudah terlalu lemah tidak bermaya. Mak Temah mengajar ibu tua mengucap apakala mata ibu tua hanya memandang ke atas tidak berkejip. Ketika azan Zuhur dilaungkan, selimut ditarik menutupi wajahnya.

Hashimah hanya duduk di sisi ibunya dengan pandangan kosong. Air mata hanya bergenang di tubir mata, tidak jatuh membasahi pipi. Kepalanya bingung. Apakah ini realiti atau hanya sekadar mimpi yang dialami di siang hari?

Semua urusan diuruskan oleh Mak Temah dan orang kampung yang lain. Mereka terlalu kasihan dan simpati pada Hashimah sekeluarga dan tidak kisah untuk membantu. Kata-kata semangat terus diucapkan padanya. Bila semangatnya hampir pulih, khabaran dari hospital pula menggugah dirinya. Dia lantas pengsan menerima berita kematian abang iparnya selang seminggu sesudah pemergian ibu tua.

Di Ramadhan itu, rumahnya tidak sunyi daripada bacaan Yasin dan tahlil. Kematian demi kematian menjemput ahli keluarganya. Rashidah yang sudah sarat itu dijangka akan bersalin hujung Ramadhan. Mungkin kelahiran itu mampu mengembalikan kegembiraan dan keceriaan dalam hidup mereka walau sinarannya tidak secemerlang dulu, sekurang-kurangnya hati bisa kembali mekar berbunga mendengar suara tangisan si kecil.

AlhamduliLlah, 27 Ramadhan, Nur Fitrah dilahirkan. Hashimah kembali tersenyum walau tidak selebar dulu. Rashidah menangis tidak sudah sudah. Sedih dan gembira bergaul di sukmanya. Pasti ibunyalah yang paling gembira dengan cucu sulungnya itu jika dia masih hidup. Pasti Rashidah tidak perlu bersusah payah menguruskan anak kecilnya itu kerana ibunya yang akan melakukan segala-galanya, dari urusan menukar lampin si anak sehinggalah urusan bertungku si ibu. Membayangkan semua itu hanya menambahkan kepiluan di hati Rashidah, lantas dia kembali ke alam nyata. Dia harus memaku semangat kuat di hatinya atas apa yang terjadi. Dia perlu redha dengan kehilangan sekelip mata insan-insan yang disayanginya, dan meneruskan hidup dengan zuriat pertama yang telah lama dinanti-nantikan. Mujur dia masih ada suami yang menyayanginya.

Hashimah menjadi pengganti Allahyarham Mak Bashah membantu Rashidah menguruskan kehidupan dengan insan baru yang comel itu. Dia pun tidak secekap mana kerana belum mempunyai pengalaman menguruskan anak kecil, tapi dia cuba sebaik mungkin. Di rumah pusaka itu, Rashidah ingin menghabiskan pantangnya. Dia lebih tenang dengan kenangan-kenangan indah di rumah yang menjadi tempat tumpah darahnya itu. Jatuh bangun tubuhnya sejak kecil, esak tangis dia segalanya di rumah itu. Ketabahan ayah membesarkan dia, kesabaran ibu membantu ayah mencukupkan suapan nasi ke mulutnya menjadi kenangan yang boleh mengukuhkan semangat dalam diri. Cuma, bila terpandang kelibat adik angkatnya, Md Noor, Rashidah menjadi marah dan hatinya sakit amat. Kadangkala rasa kesal menyapa diri Rashidah bila mengenangkan Allahyarham ibunya terlalu mengikut kata anak angkat itu ketika hayatnya.

Md Noor yang telah dua kali keluar masuk pusat serenti tidak pernah serik untuk ke sana lagi. Dia terus-terusan mengambil dadah. Dia malas bekerja dan akan menjerit sambil mengugut Hashimah meminta wang untuk membeli najis itu. Sehari ke sehari. Dulu, dia minta pada Allahyarham Mak Bashah sampai lebam lebam dan berdarah tubuh Mak Bashah dibelasahnya bila wang yang diminta tidak diberikan. Sebagai alternatif, barang kemas Mak Bashah yang sejemput itulah dikebasnya.

Md Noor mengunjungi port-port penangih dadah di kampung. Dengan asyik dia mengisap dadah. Dia tidak pedulikan derita keluarga angkatnya itu membesarkannya. Baginya, itu telah menjadi tanggungjawab mereka untuk memenuhi permintaannya kerana mereka yang mengambilnya sebagai anak angkat. Terimalah padahnya.
Dia kini mempunyai hobi baru. Selain menangih dadah, malam malam, sekitar jam sebelas ke dua belas malam, dia akan dijemput oleh sebuah kereta Proton Wira biru dan dibawa entah ke mana. Apabila jam menunjukkan pukul tiga setengah pagi, akan terdengar nyanyian lagu Ning Baizura di sekitar lorong menuju ke rumah Hashimah. Md Noor telah pulang dari destinasi rahsia dengan perasaan penuh ria. Boleh tahan suaranya.

Orang kampung jelak melihatnya. Hendak dikatakan lelaki, lembutnya lain macam. Hendak dipanggil perempuan, badannya tegap persis lelaki. Suara bila bercakap, garau lelaki baligh, bila menyanyi merdu ala Ning Baizura. Jelak, jelak, dan menyampah orang kampung melihatnya. Rashidah tambah-tambah lagi. Sudah habis kalimat dia menasihati adik angkatnya itu. Hendak dihalaunya, teringat pada Allahyarham ibu yang terlampau sayang padanya. Mak Ngah Hashimah pun terlalu mengikut kata Md Noor. Dia sudah jemu dengan keletah kedua-duanya dan mengambil keputusan untuk hanya berdiam diri.

Sehingga suatu hari, Hashimah baru pulang dari kedai membeli bahan mentah untuk dimasak, Md Noor yang tidak pulang semalam menyergahnya meminta wang. Kebetulan Hashimah tidak mempunyai tunai dalam tangan. Hendak diminta pada Rashidah, dia malu. Md Noor terus menyambar tudung Hashimah untuk merampas rantai lehernya yang seutas cuma itu. Rantai direntap dan badan Hashimah tersembam ke lantai. Tidak cukup dengan itu, Md Noor menarik rambut Hashimah menyuruhnya bangun dan meminta lagi wang setakat yang dia ada.

Terkejut dengan kebisingan itu, Nur Fitrah menangis. Semakin Md Noor meninggikan suara, semakin kuat tangisan Nur Fitrah. Rashidah cuba menenangkan anak kecilnya itu.
Dengan kudrat tuanya, Hashimah cuba melepaskan tangan Md Noor daripada rambutnya. Tetapi semakin kuat pula ditarik. Hashimah tiada daya untuk melawan. Benar, di tangannya tidak ada wang. Md Noor geram dan menolak kuat badan Hashimah dengan tenaga lelakinya. Badan Hashimah terpelanting dan dengan tidak disangka, kepalanya terhantuk tiang batu rumah menyebabkan luka parah. Md Noor panik. Tegak berdiri, diam seketika.

Rashidah berlari mendapatkan Mak Ngah Hashimahnya sambil dia menghalau Md Noor keluar dari rumah itu. Dia sumpah seranah Md Noor. Nur Fitrah yang dalam dukungannya masih lagi menangis.
Md Noor tidak kembali ke rumah. Dengan baju hitam dan seluar lusuh serta rantai Allahyarham Hashimah, dia keluar hari itu. Waktu Asar hari kejadian pertelingkahan dahsyat itu, didengarnya beduk diketuk berkali-kali tanda ada kematian.

Sekali lagi, rumah itu dilindungi awan pilu, ditimpa gerimis yang tak sudah sudah membasahi. Ego Md Noor, tidak menghantarnya untuk pulang. Egonya juga menyebabkan dia bergembira atas kematian itu. Dia kini senang dengan pemergian semua orang yang mengongkong hidupnya dulu. Dia merasa merdeka.

Rashidah meninggalkan rumah itu yang penuh kenangan manis dan pahit. Dia tidak mahu memikirkan adik angkatnya itu lagi. Cukuplah bau kemboja yang dihidunya sepanjang Ramadhan dan Syawal tahun ini. Sudahlah kemboja, jangan undang lagi keluarga aku. Sempatkanlah aku membesarkan Nur Fitrah dengan baik sehingga dia jadi anak solehah yang bisa mendamaikan aku di alam barzakh kelak. Tika itu, barulah kau jemput aku ke sana. Tolonglah kemboja, jangan sambut lagi aku. Aku ingin merasai bahagia bersama anak dan suamiku ini.

Tika sepi dan syahdu dinihari 1 Dzulqaedah, Rashidah menitipkan doa dalam sendunya, “Ya Allah, berikanlah aku masa untuk mendidik anakku menjadi hambaMu yang taat segala perintahMu. Panjangkanlah usiaku kerana aku hendak berbakti kepada suamiku. Bahagiakanlah hidup kami sekeluarga. Sejahterakanlah kehidupan Mak dan Abah di sana. Tempatkanlah ruh mereka bersama golongan yang beriman. Kau berikanlah hidayah pada Md Noor agar dia sedar akan segala kesilapannya dan bertaubat… Ya Allah, berikanlah kebaikan kepada kami sekeluarga di dunia dan akhirat… amin ya Rabbal ‘alamin.”

* * *

“Wei Md Noq, hang buat apa la ni? Semua dah mati. Hang nak ambik duit dari mana lagi? Mampuih la hang lepas ni.”
“Mat Buntai, hang jangan taktau, aku boleh hidup apa. Harta depa bukankah banyak? Aku nak kikis sampai habis. Sapa suruh bela aku? Satgi Zul mai, dia nak bawa aku jumpa kawan dia. Dia kata nama kawan dia tu Azman, body mengancam. Dia guarantee aku puas malam ni. Dia kata lagi, Azman dok cari orang macam aku.”
“Md Noq, hang jangan buat loqlaq. Hang jual badan hang kat laki ka? Gilakah hang ni. Berdosa besaq woi!”
“Mat Buntai woi, hang toksah dok cakap pasal dosa pahala dengan aku. Hang tu cermin diri hang dulu. Sembahyang hang pun tunggang langgang, nak ajaq aku dosa pahala. Pi rah! Ha, Zul dah sampai! Aku blah dulu.. bye.”

Proton Wira biru itu berlalu bersama Md Noor, Zul, Azman dan gunungan nafsu luar tabie mereka.




- sila berikan komen anda... ana baru mula menulis balik ni... huhu..
sebarang komen, amatlah dialu-alukan dan tersangatlah dihargai...
terima kasih..