Sunday, May 22, 2005

seminggu

Assalamualaikum warahmatuLLahi wabarakatuh

Dengan kalam mulia bismiLlahirRahmanirRahiim dan selawat serta salam buat junjungan tercinta sekelian alam, RasuluLlahi salaLlahu 'alaihi wassallam, habibuLlah.. moga entry ana kali ini berserta redha dan keberkatanNya.. semoga petunjukNya bersama-sama ana dan ikhwah wa akhawat sekelian...

Hmm dah seminggu tak update ek.

Minggu lepas, Sabtu, ana ke usrah seperti biasa. Sampai di sana, sambil menantikan ketibaan sahabat yang memegang kunci tempat tersebut, hujan membasahi bumi Pokok Sena itu. Ana berteduh di sebuah pondok rehat di situ, atapnya dah bocor teruk. Dengan angin yang kuat, tempias mengena ana, ana cuba untuk mencari bahagian di pondok itu yang agak tidak bocor yang boleh tidakmembasahkuyupkan ana. AlhamduliLlah, ada gak satu bahagian atap tu yang tak bocor.

Memandang ke atas melihat atap yang bocor gawat itu, berlubang kabir, hujan yang lebat menembusi membasahi lantai pondok, ana terfikir, begini agaknya saudara saudara kita yang miskin dan dhaif rumah mereka malah mungkin lagi teruk. hmm..moga Allah murahkan rezeki saudara saudara ku..

Kelibat sahabat yang dinanti masih belum kelihatan, oleh sebab itu, kami yang telah sampai di situ mengambil keputusan untuk ke rumah Ust Ghani yang tidak jauh dari situ.

Seterusnya, kami mulakan usrah dengan Islam adalah Watan..

Islam adalah Watan.

Islam adalah watan, sebagaimana yang diterangkan oleh al-Mursyid adalah bermaksud bahawa Islam telah menerangkan pengertian watan, dan watan bagi seorang Muslim ialah semua negara Islam (Darul Islam). Yang dimaksudkan dengan negara Islam pula ialah; seluruh iklim -daerah- yang didiami oleh orang Islam, kekuasaan dalam iklim tersebut adalah di tangan orang Islam dan mereka melaksanakan hukum-hukum Islam dalam iklim tersebut. Tiap-tiap individu Muslim adalah berkewajipan mempertahankan dan menghalang musuh dari merampas Darul Islam. Kewajipan ini adalah merupakan hak sebuah Darul Ialam terhadap seorang Muslim.

"Hubbul watan, minal imaan"
Kewajipan mempertahankan dan menghalang musuh dari merampas negara Islam adalah merupakan 'jihad mengangkat senjata'. Ia menjadi fardhu 'ain bilamana negara sendiri ditindas (negara Islam) dan menjadi fardhu kifayah bilamana negara saudara seIslam ditindas, mesti ada di antara kita yang membantu mempertahankan haq saudara saudara kita di sana.

Islam adalah Ummah

Ummah yang dimaksudkan oleh al-Mursyid di sini ialah suatu jamaah manusia yang disatukan oleh suatu ikatan. Ikatan ini menjadikan mereka suatu jamaah yang berbeza dari jamaah-jamaah lain, bersatu dan bertatut antara sesama mereka dan ingin hidup bersama dengan mereka penuh harmoni.

Islam membangunkan ummah ini di atas satu asaa, aqidah Islamiyah. Aqidah adalah ikatan yang paling kuat dan abadi. Setelah manusia terjalin dalam ikatan aqidah Islamiyah, perbezaan jenis -bangsa-, bahasa atau iklim -daerah- tidak lagi menjadi suatu hal yang penting. Dengan aqdah Islamiyah sahaja sudah cukup untuk membentuk suatu ummah. Sesuatu yang lain dari aqidah Islamiyah tidak akan mampu untuk membina suatu ummah. Dalam al-Quran Allah berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara" (al-Hujurat, 49:10)
FirmanNya lagi yang bermaksud:
"Sesungguhnya inilah ummah kamu, ummah yang satu, dan Aku Tuhan kamu, maka sembahlah Aku." (al-Anbiya', 21:92)

Hadharah Islam selama ini adalah berasaskan kekuatan ummah yang dimiliki oleh Muslim. Terbangunnya empayar-empayar Islam gemilang kerana kekukuhan ikatan antara mereka, dan ikatan itu menjadi kuat kerana ia merupankan iakatan aqidah Islamiyah. Mereka menjadi sensitif sesama mereka, sebagai contoh, andai seorang dari mereka dihina, maka yang lain akan turut terasa dan akan membela saudara Islam mereka yang dihina tersebut.
==========

Demikian dahulu untuk entry kali ini. Lepas ni ana akan sambung lagi dengan inti usrah dan serba sedikit huraiaannya.
Ana tampilkan sambungan Aku Redha dengan PilihanMu..
Aku Redha Dengan PilihanMu
(sambungan 3)

Kerdipan kejora mengerdip indah di kaki langit. Sang purnama juga tidak terkecuali memencarkan sinarnya. Sedang semua insan diulit mimpi indah, kelihatan seorang gadis sedang khusyuk menghadap Ilahi. Gadis itu tersedu-sedu semasa menadah tangan berdoa. Gadis itu adalah Hafni Insyirah selepas menonton CD pemberian Haziq petang tadi. Petang tadi Haziq telah berjumpa dengannya setelah beberapa minggu menghilangkan diri dan memberinya sekeping disc. Dalam CD itu Haziq telah menceritakan segala-galanya, bermula dari dia berasa amat gembira kerana tidak lama lagi akan melayari ahtera bersama serikandi caintanya ke muara cinta yang hakiki. Namun, mimpi tiga malam berturut-turut merubah segala-galanya. Mimpi yang dia sendiri faham akan maksudnya tapi oleh kerana rasa tidak sanggup untuk meninggalkan kekasih hati, Amar Haziq mengambil keputusan menunaikan umrah. Dia berharap agar Allah membantunya dalam membuat keputusan supaya keputusan yang diambil sentiasa diredhai Allah. Haruskah dia meninggalkan Insyirah??? Haziq tidak menafikan dia pernah berhajat untuk pulang ke negara kelahirannya tapi, itu sebelum dia bertunang dengan Hafni Insyirah.

* * * * *

Tiada kata yang dapat diungkapkan…
Entah perasaan apa yang harus digambarkan…
Entah kenangan apa yang patut dikenangkan…
Entah mimpi apa yang diinginkan…
Impian indah yang diimpikan bersama,
Tidak akan menjadi realiti…
Namun kufahami.. ku mengerti…
Nyawa adalah mahar untuk ke syurgawi…
Syahid adalah cita-cita agung lelaki sejati…
Aku redha dengan pilihanmu,
- Hafni Insyirah -

Sekeping kad yang dihias cantik dengan lukisan tangan, potret Syeikh Ahmad Yassin dan Abdul Aziz Rantisi… Kata-kata terakhir yang ditulis di kad itu benar-benar menggembirakan Haziq. Air mata Amar Haziq menitis bukan kerana sedih tetapi ggembira kerana dapat mengenali seorang wanita yang ketabahan hati dan semangatnya seperti isteri kesayangan RasuluLlah saw. Cinta pasangan kekasih itu amat mendalam namun begitu, mereka redha dengan ketentuan Ilahi.

* * * * *

Kini sudah tiba masanya Amar Haziq pergi berjuang di tanah kelahirannya. Sahabat-sahabat seuniversiti dan sekerja serta keluarga angkatnya menghantar Haziq ke KLIA. Mereka bangga dengan semangat dan cita-cita Amar Haziq yang sanggup meninggalkan segala kenikmatan dunia, harta dan juga kekasih semata-mata mengejar cita teragung.

Dalam kapal terbang, Haziq melelapkan mata…senyuman Hafni Insyirah semasa menghantarnya di airport tadi, terpahat kukuh di hatinya. Maish terbayang jelas di ruang matanya senyuman wanita solehah persis kekasih hati Hanzalah itu…senyuman yang mengiringi pemergiannya…senyuman puspa kembojanya itu sama seperti senyuman di dalam mimpinya di Tanah Suci Mekka.

Ikuti sambungan seterusnya dalam entry akan datang...
sekian, wassalamualaikum warahmatuLlahi wabarakatuh...

No comments: