Assalamualaikum warahmatuLlahi wabrakatuh...
Hmm nampaknya ana skip lagi tulis blog ni... Nak kata sibuk, taklah sibuk sangat tapi maybe sebab rutin yang sama je kot setiap hari membuatkan takde kisah menarik yang nak dikongsi bersama... Apa-apa pun, blog tetap bloh kan...
Tadi tolong TokTercinta masak kat dapur (mestilah masak kat dapur kan, takkan kat bilik lak. ahaks!). Teringat kat MakTercinta tiba-tiba, 'best kalau dapat masak untuk mak. selama ni duk makan masakan mak ja, dari kecik sampai besaq. hmm kalau dapat suap makanan ke mulut mak, aduh! seronoknya. dulu mak yang suapkan makanan sampai la aku jadi 'besaq' macam ni... eeee kasih sayang mak tak bertepi...' Monolog ana dalam diri... syahdu lak tiba-tiba... Jasa dan pengorbanan ibu adakah bisa terbalas oleh kita. Ana teringat kata-kata seorang pendakwah ni, "Mati hidup balik pun kita tak dapat balas segala jasa ibu kita" dan satu lagi, "Bilangan ciuman ibu pun kita tak dapat balas".. hmm terima kasih, Mak...
Rasanya ramai yang dah penah baca tentang artikel di bawah ni, tapi takpe, kita baca sekali lagi ek, mungkin ada yang terlupa dan kadang-kadang mengeluh bila dengar leteran ibu kita, jangan macam tu ek... dia lah satu satunya ibu kita.. k meh baca ek:
Sayangilah IBU kamu
Ini adalah mengenai Nilai kasih Ibu
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si nak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
1. Tolong pergi kedai RM4.00
2. Tolong jaga adik RM4.00
3. Tolong buang sampah RM1.00
4. Tolong kemas bilik RM2.00
5. Tolong siram bunga RM3.00
6. Tolong sapu sampah RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1. Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2. Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3. Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4. Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5. Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yang ditulisnya.
Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,"Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab,"Ibumu (dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."
Hmm macam mana kawan kawan? Ana teringat lagi kata-kata sorang sahibah ana, "Sementara hampa semua masih ada mak, 'guna'kanlah mak sebaik mungkin. Bukan pergunakan dia, tapi jadikanlah mak sebagai kawan, tempat berkongsi segala perkara, jadikan mak sebagai guru, belajar segala-galanya tentang kehidupan. Selalulah tunjukkan kasih sayang hampa pada mak hampa semua, sementara masih ada masa. Lepas ni, kalau mak hampa meninggal, hampa akan rasa menyesal kalau tak 'guna'kan mak hampa sebaik mungkin. Jangan lawan cakap mak, tu paling penting.." Baiklah kawanku! Ana akan dengaq cakap enti tu... time kasih kerana mengingatkan ana...
SAAAYYYAAAANNNGGG MAK !!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment