Hari ini mencatat sejarah? hmm biarlah hanya yang terlibat dan yang mengetahui sahaja yang tahu... Sedih memang sedih tapi itulah yang terpaksa diambil dan dibuat. Ok lah, tak nak dah ungkit hal ni sebab ana dah pun buat keputusan yang hanya ALLAH swt mampu mengubahnya...
Apa kisah hari ni ek. Siang tadi, bangun pagi dah bukak laptop mak. Niat nak dengar lagu Terima Kasih Tuhan nyanyian Mawaddah... Ana ambil laptop tu dan bawa ke meja makan. Pasang vcd Mawaddah then select vclip Terima Kasih Tuhan... Tersentuh jiwa, meruntun naluri, terketuk pintu hati, terpaku menyaksi, terfikir siapa diri ini...
Memang terkadang kita lupa siapa kita, siapa yang menciptakan diri kita, dan siapa yang melimpahkan rezeki pada kita... dan sering kali itu juga kita alpa dan leka dengan segala suruhanNya yang menciptakan kita. Kita hanyut dan tenggelam dalam kenikmatan dunia yang hanyalah sebagai pentas ujian buat kita... Justeru, kembalilah kita kepadaNya... bertaubat dan berserah segala ketentuan padaNya... dengan izinNya hidup kita bahagia...
JANGAN LUPA ALLAH!!!
Penat mencari, at last jumpe gak lyrics lagu ni... share with u all
TERIMA KASIH WAHAI TUHANKU
YG SENTIASA MELIMPAHKAN RAHMATNYA
MEMBENARKAN AKU MENGADAPMU TUHAN
YG MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG
UNTUK BERCAKAP DGNMU TUHAN
MENGIZINKAN KU MINTA PADAMU
MEMUJA MEMUJI SEPENUH HATIKU
MEMOHON MUNAJAT PD MU YA RABBI
TAPI AKU KHUATIR KETIKA MENGADAPMU
TIDAK PULA PANDAI BERADAB DGN MU
AKU MULA BIMBANG
KALAU AKU DERHAKA
DALAM KETAATAN BUKAN RAHMAT DR MU YG KU DPT
TAPI KU KAN DAPAT KEMARAHANMU
YARABBAL ALAMIN
MAAFKANLAH AKU....
Hmm nak tulis lagi ni, tp dah tak larat nak tahan sakit kepala ni... Esok insyaAllah, ana akan ikut MakTercinta ke bandar, ada urusan, ana ni 'mengekoq' ja kata org Penang... k nanti kalau ada kesempatan, ana akan pastekan sebuah cerpen yang di antara yang ana gemari...! Nantikan!!! k sayonara wassalam...
No comments:
Post a Comment