Monday, August 28, 2006

c0nveST

Tahun ni, c0nvest lebih meriah dengan pertambahan bilangan stall dan ada fun fair + rumah hantu. Ada sahabat saya bgtahu, ada main tikam dekat tapak fun fair sementara tu. Lepas tu, ada fishing competition, hadiah sampai RM12000. Dengar kata, ditaja oleh bapa kepada Farhan AF4. In addition, si Farhan ni ada buka Fan Club dia kt kolam (wetland) tu (sahih atau tak, tidak pula dapat dipastikan. Saya sekadar menulis apa yang saya dengar kerana saya tidaklah berkeinginan untuk ke kolam belakang Maryam yang acap kali airnya kalah warna teh susu mana-mana cafe seantero UIA ni). Ada Battle of the Band! Ada jemput Sarah Raisudin! Ada jemput Waheeda! Jemput Suhaimi! Ada lan Pet Pet!!!

WAH !!! Semuanya best bangat!!!

Dengar orang kata, c0nvest dulu hambar. So, tahun ni, di bawah arahan Pengarah En Nazri Shaidon, c0nvest dilaksanakan dengan begitu meriah. Majlis perasmian ada letup letap bunga api (di Palestin dan Iraq dll tempat, bunyi letupan menjadi kerisauan. Di UIA, bunyi letupan menjadi sorakan dan kegembiraan. Komen kawan saya, "tu sengaja bakar duit. padahal boleh digunakan untuk benda lain").

Hmm bercakap perihal organizing committee c0nvest tahun ni, pelik juga saya bila dilihat dalam buku c0nvest, nama Presiden Radziq tidak ada. Kenapakah ini? hmm...? Diorang je yang tahu.

Tak kira hari cerah atau hari samar (siang atau malam), terdapat banyak sangat 'merpati dua sejoli' di mana-mana tanpa segan silu. Di tepi tasik, jangan hiraulah. Di depan pagar kolej, jangan hairanlah. Di tengah-tengah c0nvest hill tu, dalam kebanjiran manusiawi itu, pasti ada golongan ini.

Kasihan kepada committee. Sibuk menguruskan perjalanan c0nvest, tapi terlepas pandang tentang perangai massa. Nak tolong, disekat. Apa lagi yang boleh dibuat.

Terdengar komen daripada orang luar ketika @stage semalam, UIA ni UIATM. Nak tahu daripada apa akronim ini diambil?

U= universiti
I= Islam
A= Antarabangsa
T= Tempat
M= M_K_I_T

Saya lantas hairan. Bagaimana boleh mereka terfikir untuk melaksanakan program sebegini? Lulusnya bagaimana ya?

hish. banyak betul alamatul istifham di kepala saya ni... macam mana nak selesaikan kebingungan ini????

Ada sesiapa yang boleh bantu saya???

-tapi, saya selalu saja pergi sana. cari makan. =p~

6 comments:

fa li said...

tukar kepimpinan yang benar-benar istiqamah...

hmmm...nti buat ana terfikir....

syauqah-el-wardah said...

terfikir apa tu Uranicade?

dah temui belum penyelesaian apa yang terfikir tu?

hmmm.....???

saya sedang dikuasai oleh inkuiri yang tinggi. apa akan berlaku closing ceremony esok? tak sabarnya menanti..

benarlah apa dikata orang cintan cintun tu, "Penantian itu satu PENYIKSAAN".

=p~

fa li said...
This comment has been removed by a blog administrator.
fa li said...

hmmm...ye la..sekarang ana tau n faham...yang mana betul..yang mana salah...yang mana perlu diikuti dan dipertahankan...

tapi...kena la kuatkan diri di semua bidang...bukannya hanya tumpu ke satu arah sahaja....semuanya untuk kelengkapan supaya tidak mudah goyah digertak musuh...pernah terbaca...tasawuf dan fiqh kena selari,tak boleh salah satu saja...

......(^_^!)......

Anonymous said...

sebenarnya ana sangat marah, geram dan benci,\( bolehkan benci kerana Allah, makanya kerana convest tahun ni adalah pembukaan kepada sarang maksiat..wah! sejak bila pula UIAM ni jd sarang maksiat..

Maaf! tapi, benar, bila dibei risalah- bukan utk election, sekadar risalah dakwah, mereka siap bagi pengunguman semasa convest di larang memberi risalah, sesiapa yang dapat tolong laporkan!

Astaghfirullah! sejak bila pula dunia begini..

kalau buat announcment

" sesiapa yang melihat pelajar berdating dan berkapel tanpa halal, maka silalah buat laporan di meja pengunguman"

maka itu yang betul..

benarlah kata Rasulullah saw yang akhir zaman ini, yang mungkar di lihat ma'ruf dan ma'ruf dilihat mungkar...

rasa nak menangis, tapi air mata pun dah kering melihat suasana uia ini..

Astaghfirullah

Anonymous said...

sebenarnya ana sangat marah, geram dan benci,\( bolehkan benci kerana Allah, makanya kerana convest tahun ni adalah pembukaan kepada sarang maksiat..wah! sejak bila pula UIAM ni jd sarang maksiat..

Maaf! tapi, benar, bila dibei risalah- bukan utk election, sekadar risalah dakwah, mereka siap bagi pengunguman semasa convest di larang memberi risalah, sesiapa yang dapat tolong laporkan!

Astaghfirullah! sejak bila pula dunia begini..

kalau buat announcment

" sesiapa yang melihat pelajar berdating dan berkapel tanpa halal, maka silalah buat laporan di meja pengunguman"

maka itu yang betul..

benarlah kata Rasulullah saw yang akhir zaman ini, yang mungkar di lihat ma'ruf dan ma'ruf dilihat mungkar...

rasa nak menangis, tapi air mata pun dah kering melihat suasana uia ini..

Astaghfirullah

p/s: ukht, minta jasa baik, boleh tlg tukar nama ana kepda nai or nailofar di link tu?

jazakillah