Friday, October 28, 2005

nak balik kampung !!

Lagu-lagu raya berkumandang jelas dan rancak di rodio. Ada ramai antara pelajar-pelajar di sini yang menggunakan ‘ring tone’ raya sedari awal puasa lagi. Masing-masing sudah menyibukkan diri dengan persiapan raya, baju raya dah taknak mak ayah belikan, kasut raya pun samalah halnya. Terimbau ana zaman kanak-kanak dulu, segalanya minta Mak Abah belikan. Kalau pegi ke kedai dengan MakAbah, akan nampak budak-budak yang menangis sebab tak dapat kasut atau baju yang diinginkan. Puaslah pulak si Ibu memujuk, si Ayah pula dah malas nak layan, anak-anak lain ramai lagi yang perlu dibelikan barangan raya mereka. Waktu tu, ana rasa macam nak marah je kat budak-budak tu, ‘awat la hampa ni ketegag sangat. Beli ja la apa yang Mak ngan Abah hampa nak belikan untuk hampa. Takyah la nak lebih-lebih. Mana nak tau kot kot Mak Abah hampa ada duit banyak tu ja.’ Masa tu ana tengok si Ibu dan si Ayah tu bukanlah dari golongan sudu perak, cukup sekadar makan dan pakai, mungkin hanya hari raya lah peluang mereka untuk membelikan baju ataupun kasut baru untuk anak-anak mereka.

Mak kata, anak-anak Mak baik, tak ‘merap’ (merajuk/merengek/menangis) kalau tak dapat barang yang dihajatkan.. hmm betullah kot sebab Abang ana memang budak baik, adik-adik ana sepanjang mereka depan mata ana, tak pula merajuk sakan kalau tak dapat barang, Cuma mimic muka sedih tu ada lah. Pastu bila bagi makan, ok lah.. hehe adik adik akak… Rindu nya kat hampa dua orang, mesti banyak kan dapat kad raya? Mesti banyak cerita hampa nak cerita kat kak kan? Hmm jap lagi kak balik laa.. nanti, bila hampa balik sekolah, nampak lah oleh hampa kak hampa yang dah lama tak balik ni.. hehe ^_^ Mesti tersengih semacam ja nampak kak kan? Malu malu dulu…pastu baru mai kat kak, cerita macam macam.. mesti hampa akan tunjuk kat kak kad-kad raya yang asik-adik kak ni dapat tahun ni.. sure akak kalah dengan hampa bila kita kira kat raya masing-masing kan?... Ye la, kak duk kat sini, kawan-kawan kak pun semua bz dengan study, dah final exam. U U lain dah nak final lepas balik cuti raya… Ok lah, tahun ni hampa menang lah..

Macam mana dengan Abang kat peratauan tu eh? Hmm Abang dah dua kali beraya kat sana. Wani tanya kawan kat sana gak, dia kata seronok puasa kat sana.. Harap, umur wani panjang lagi agar wani sempat jumpa Abang bila Abang balik sini. Nak sangat tengok Abang, nak beraya dengan Abang. Rindu kat usikan Abang bila adik-adik kita dua orang tu pakai baju baru, pakai tudung macam orang dewasa… hehe =P takpa, Abang jangan rsau, insyaALLAH wani takkan biarkan depa tu tersasar, sedaya wani akan jaga depa tu, tegur apa yang patut… insyaALLAH…

Mak, kuih raya macam mana? Kak takdak kat rumah ni, budak-budak dua orang tu tolong Mak tak? Yang kecik skali tu memang akan tolong Mak menyemak.. haha =D taklah, si kecik yang bijak tu memang suka menjengah ke dapur, mesti dia tolong. Yang bawah kak tu, dia kemas rumah tak? Seb baik lah sorang suka duk dapur (walaupun masih sekolah rendah), sorang lagi tu suka kemas rumah, kalau tak mesti teruk Mak ngan Tok nak uruskan persiapan raya ni kan? Kak pula balik lambat.. maaf lah Mak, bukan takmau tolong Mak, final exam final sem ni pun salah satu cara kak tolong Mak gak.. insyaALLAH anak Mak ni akan cuba sedaya upaya jawab dengan elok… Nanti, nak buat kek, ketupat dengan rending, kak tolong eh… tolong tengok.. eh, tolong buat lah.. hehe

Abah cane plak? Dah pencen ni duk rumah ja ka atau bz dengan business Abah tu? Abah mesti tak reti dok diam kat rumah saja kan? Aritu Abah call kak, suka ja dengar suara Abah, Abah seronok ek dah rehat? Dah lama kan Abah keja? Bagi Abah rest jap dari mengadap timbunan fail dan kes-kes tu… Abah tak pi dah ka ke rumah anak-anak yatim atau rumah orang-orang tua macam selalu Abah pi raya raya dulu? Abah dah tak ikut depa ke mana-mana iftar ka? Syukurlah Abah memang seorang penyayang dan penyabar, kalau tak susah gak Abah nak jalankan tugas Abah kat JKM tu kan? Wani ingat lagi, kawan-kawan Abah, makcik-makcik tu la penah tanya kat wani dengan adik, ‘Abah tak pernah marah ka kat rumah? Penah pukui dak?’ Kami geleng kepala ja.. hehe.. Apalah makcik-makcik tu, dah tau Abah lembut, bukan soflan,tp kind-hearted (tiba-tiba teringat lak kat character Hadrat Uthman yg kind, soft-hearted yang menyebabkan dia dibunuh oleh Ibn Saba’ si yahudi tu, takda pula solan ni dalam exam History semalam), mestilah Abah tak pukul kami, marah kami. Bukanlah kata tak pernah, tapi jarang sangat. Ni dah masuk berapa tahun ana tak tengok Abah marah. Abah marah bertempat, lebih banyak gunakan pendekatan ‘mendidik’ cara lembut, senang kata pendekatan psychology la in modern term (alamak, exam psyc .. !!!). Anak Abah ni kagum dengan sikap Abah yang penyabar tu. Moga adalah tempiasnya pada anak-anak Abah, Abang memang dah nampak tahap kesabaran dia.. Sabar sabar, anak sulung Abah tu memang penyabar.. tapi anak Abah yang 2nd ni, huhu ???

Tok dah beli ka daun palas? Selalunya Tok akan beli kat pekan ahad tu, dah beli ka? (hari apa kita raya ni? Ish..ish… wani ni tak sabaq ka?? Hihi ) Baju raya Tok dah siap? Kain batik raya mesti dah ada kan? Ngusik Tok jap… nanti kak balik, kak tolonglah Tok kat dapur tu, bagi meriah.. takut nanti Tok tak larat lak nak sengih dengan gelagat cucu Tok ni…

Nak balik raya dengan family….!!! Waaaa rindu nya kat suasana raya kampung…!!!

Reunion sekolah raya ketiga…
Hmm sapa yang nak pegi? Nanti kalau kawan-kawan sesekolah ada yang baca blog ana ni nak pegi, bgtau ana eh, takde kawan ni… rata-rata yang ana tanya, depa kata takmau… hish, rindu la kat sekolah tu… walaupun hanya dua tahun lebih kat situ, tapi rindu tau.. irshad lah ‘starting point’ dalam hidup ana, and of course lah, la syakka wa la raiba, hidayah ALLAH… walaupun Irshad tak banyak membantu tapi, ana mula teguhkan tekad bila ana mula mula melangkah ke sana… dah nak mengimbau zaman sekolah la pulak…


- ana selalu ditegur oleh pengunjung yang berkunjung ke blog ana setiap kali ana update blog ana. Ana nak uacap terima kasih banyak-banyak atas teguran tu. Bilamana ana reply teguran sdr tu, andai kekasaran bahasa terdapat di situ, ana mohon maaf sangat. Indeed, ana bukan insan yang tak pernah melakukan kesalahan apatah lagi insan yang sempurna serba serbi, justeru maafkanlah ana yer.. Salam Eidulfitr buat sdra/i..

~~ SALAM EiDuLFitR buat semua, MaAF ZaHiR dan BaTin ~~

- moga Madrasah Ramadhan yang bakal kita tinggalkan beberapa hari ini menjadikan kita di takat tarbiyah yang setinggi mungkin yang mampu kita capai. Semoga madrasah Ramadhan tahun depan ‘masih sudi’ menerima kita…

Sehingga bertemu lagi, aku pasti meRINDUimu, wahai yang kuCINTAi….. RAMADHAN mubarak… insya-ALLAH

waLlahu a’lam

Friday, October 07, 2005

RAMADHAN el-MUBARAK

Marhaban Ya RamadhanRamadhan,
engkau datang lagi
Bersama rahmat, berkat & magfirah
Kedatanganmu ditunggu dengan gembira
Ramadhan bulan ibadah dan bulan mujahadah
Padanya turun Al-Quran dan dilipat gandakan segala amalan.

Namun tidak semua orang pandai menyambut ketibaanmu
Sangat sedikit yang memperolehi kemenangan
walau siang berpuasa & malamnya beribadah
meskipun syaitan sudah terbelenggu
Manusia masih terhibur dengan kelalaian
Penyakit hati subur bagai tidak berpuasa
Sombong, ego, cinta dunia, gila puji, pemarah, hasad dengki
Riya' & buruk sangka dibiarkan menguasai hati
Rupanya ada nafsu yang selalu mengajak kepada kejahatan.

Oleh itu ya Allah..
pimpinlah kami dalam bermujahadah
Bantulah kami menyambut bulan mulia ini
Agar fizikal, nafsu dan jiwa semuanya berpuasa
Semoga Ramadhan benar-benar menjadi penghapusan dosa
Terlepas kita dari azab & kemurkaan Tuhan
Terjalin ukhuwah & kasih sayang sesama insan


PUASA YANG BERKESAN UNTUK KESIHATAN

Gejala-gejala yang berlaku semasa berpuasa:Beberapa perkara akan berlaku disebabkan olehpembuangan toksin dan bahan buangan ketika kitaberpuasa seperti nafas dan peluh berbau, kulitkering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau dan mungkin juga kerap kencing, buang airbesar selepas beberapa hari berpuasa, sakit kepala, lenguh badan dan demam (kesan toksin keluar dari lemak ke darah, sebelum keluar dari badan), dan mungkin juga berlaku selsema dan kahak serta lendir dan keputihan.

Pesanan: Jika gejala ini tidak serius, jangan cuba ubatkan kerana ia akan berhenti dengan sendirinya.

Cara berbuka dan bersahur yang berkesan:
(i) Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna water-filter).
(ii) Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan
(iii) Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tahu dan kekacang.
(iv) Kurangkan kadar makanan dari biasa
(v) JANGAN minum air sambil makan. Insya-Allahjika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak akan berlaku.
(vi) Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak2nya Waktu sahur elok makan buah dan susu atau sebarang makanan cecair.

Cara berpuasa yang tidak berkesan:
(i) Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka)
(ii) Makanan yang pedas dan berempah serta payah hadam
(iii) Makan banyak daging terutama pengidap batu karang, gout dan alahan.
(iv) Mengulangi makan sepanjang malam.
(v) Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air masa makan
(vi) Tidur selepas kenyang makan

Makanan menjejaskan khasiat puasa kerana mengandungi bahan kimia:
(i) Kopi dan teh.
(ii) Air paip masak yang tidak ditapis.
(iii) Makanan yang ada bahan pengawet, pewarna,perasa tiruan spt burger,sosej, mee segera, airtin/ kotak, air squash, nugget dan seumpamanya.
(iv) Elakkan makanan masin kerana ia menyebabkanair bertakung dlm badan.
(v) Merokok

FASA-FASA PUASA YANG BERJAYA:

Fasa pertama (2-3hari):
Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepatmarah kerana kadar glukosa dalam darah rendah

Fasa kedua (3-14 hari):
Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu.

Fasa ketiga(14-akhir puasa):
Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, seleramakan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali. Di fasa ini juga mental, emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru. Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses asidosis dan ketosis di dlm badan berjalan lancar.

AMALAN HARI RAYA YANG MEROSAKKAN MANFAAT PUASA:
(i) Makan banyak (terutamanya daging, berempah,berlemak dan berminyak)
(ii) Makan kerap
(iii) Kuih-muih yang payah dihadam
(iv) Air yang mengandungi pewarna, perasa tiruan

Manfaat puasa yang berkekalan:
(i) Kurang makan kerana perut dah kecut
(ii) Kesihatan bertambah baik

Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari puasanya itu, selain dari lapardan dahaga (yakni tiada mendapat pahala)."


~~ sALaM RAMADHAN buat semua ~~

Wednesday, October 05, 2005

F S T P

Assalamualaikum warahmatuLlahi wabarakatuh

Salam Ramadhan buat semua..

Jumaat ana bertolak ke Ecotouria Resort (betul ke ejaan ni?) mengikuti Fasilitator Skills Training Program yang dianjurkan oleh Guidence and Counseling Club, MC IIUM ni lah..

Perjalanan yang agak lama dan jalan yang berliku-liku tu sedikit membuatkan ana tidak keruan rasa. Pening dan segala macam rasa. Rasa macam nak terkeluar isi perut..huhu tapi alhamduliLlah ALLAH undangkn kantuk pada ana. Jadi dapatlah kiranya ana 'berehat' sebentar dari rasa loya tu... dan dapat lah juga ana rehatkan kepala yang tengah berserabut memikirkan masalah hati ana ni..

Sebelum bertolak ke sana, ana mohonkan semoga ana tetap dengan diri ana, sifat mahmudah subur dalam diri, dijauhkan sifat mazmumah, dan dihiasi diri dengan akhlaq mulia... insyaALLAH dan alhmduliLlah sekembali ana dari program tu, ana puas hati dengan diri ana di sana... cuma satu perkara yang ana tk dapat elakkan dalam mana-mana program... ya ALLAH, aku mohon perlindungan dari segala fitnah, ya ALLAH... padaMu segala pergantungan...

Program yang paling best ialah, JUNGLE TRACKING... jalan yang berliku, bukit kudaki, lembah kuturuni, sungai kuredahi... waaaaahhh!!! banyak yang kuperolehi.. Turun bukit dengan tali, minum air sungai (air sungai + garam) dalam buluh, makan umbut pisang hutan, makan buah koko, makan rambai hutan (memang lah rambai tu tumbuhan hutan kan?? haha).. tengok macam-macam jenis pokok yang unik-unik belaka dengan nama yang mestilah lebih unik.. SUBHANALLAH SUBHANALLAH SUBHANALLAH .. Banjaran Titiwangsa yang menjadi tulng belakang pada Semenanjung Malaysia kelihatan megah dan indah bangat berbalam-balam diselubungi awan gemawan putih suci.. sekali lagi hati berdetik, MASYAALLAH sungguh indah alam ciptaan Mu ya RABBI... hidup dan mati ku hanya untukMu, ya ALLAH...

Selepas berpenatan meredah track Jungle Tracking tu, sebelah malamnya, mula jam 0000, kami berpenatan pula meredah hutan dalam kekelaman malam.. Meninjau keindahan hutan, ditemani gemersik cengkerik dan laungan panjang salakan anjing, disuluhi perjalanan dengan cahaya bulan dilangit. Track menjadi lebih mencabar apakala melalui jalan berlecak amat kerana bumi Sg Congkak tu disimbahi hujan kala sepanjang maghrib hingga lebih sedikit waktu isya'. Meniti batang pokok tumbang di malam zulumat memerlukan keyakinan yang amat tinggi pada ALLAH, penyerahan diri pada takdir ALLAH... dengan lafaz BismiLLah dan selawat, batang pokok itu dapat dilepasi.. Ana sedikit terkebelakang daripada barisan teman-teman dihadapan.. Lalu berkejaran pula ana mencari kelibat mereka dalam gelap hutan tika malam itu... AlhamduliLLah melepasi segala halangan dalam kegelapan itu dengan lancar, cuma sesekali tergelincir sedikit, dan adakala terjatuh dalam lubang (hehe, biasalah jalan dalam gelap).. ANA DAH SAMPAI !!!! dan ANA BERJAYA !!! "Wani, kau berjaya, wani. kau berjaya lakukannya !!!" Bagai tak percaya ana berdepan dengan kenyataan ini. Ana ni jarang bersukan, apatah panjat bukit semua ni (walaupun pernah lah jugak dulu). Hoki pun dah lama tinggal, badan dah tak fit lagi, stamina apatah lagi down terus.. Tapi alhamduliLlah, ana berjaya, pastinya dengan izin dan pertolongan ALLAH swt... Ana seperti merasakan kekuatan lain yang mendorong ana sampai ke titik sudah.. Ana meyakini, ALLAH bersama dengan hamba-hambaNya yang mengingatiNya.. Aku bersyukur padaMu ya ALLAH... terima kasih Tuhan ku... Satu lagi kehairanan yang ana rasakan, ana tak rasa sangat lenguh-lenguh badan kerana kerahan jungle tracking dan nigh walking tu, pelik bangat... sedangkan, kalau tengok logik akal, dan pengalaman ana sebelum ni, badan ana memang akan lenguh-lenguh dan tak bermaya selepas aktiviti sebegini..tapi lain pulak jadinya kali ni... alhamduliLlah sangat...alhamduliLlah alhamduliLlah....

Petang esoknya ada sukaneka.. begitu suka masing-masing peserta dan committee.. 1st game, 'FEAR FACTOR' Tertanya-tanya juga apa yang fearnya?? hehe rupa-rupanya cabaran makan telur mentah.. hehe itu bisa diatur dong.. So, ana pun wakilkan diri ana bagi pihak kumpulan ana... Anak kampung, dah biasa makan telur mentah.. Kumpulan lain wakilnya brothers, ana sorang je nisa'.. Semua kepelikan.. Pelik ke? Dah semua taknak, broz group ana pun taknak pegi... AlhamduliLlah dapat makan telur mentah, rindu gak pada rasa telur mentah tu.. hehe (ada ke sesape yang rasa lain macam je lepas baca paragraph ni? pegi lah toilet cepat-cepat hehe)... telur mentah + madu asli, pergh! sedap betul!! ni rasa nak balik rumah ni, dah la bulan-bulah posa ni.... takpe takpe, tak lama lagi balik gak.. yang lain-lain tu, amik duit dlm tepung, baling belon berair.. so on so forth..

Talk ada dua je, sebab talk 2nd yang patutnya disampaikan oleh kak As, dibatalkan sbb kak As tak leh datang... Talk2 yang lain tu ok.. dan pengisian untuk slot-slot kosong tu semua nampak ok walaupun hakikatnya tidak dirancang pun... (hehe akak tau laa, korang punya situasi) Tapi TAHNIAH pada korang semua ek..

Sedikit kekesalan dalam tentative program tersebut, tapi tak mengapa, kalian ada musykilah sendiri yang mungkin kalian tidak sedar betapa pentingnya ia... Moga ALLAH tunjukkan pada kalian.. insyaALLAH.. tu yang akak harapkan. Selamat maju jaya buat kalian yer.. Kalian memang berbakat mengatur program ilmiah yang memerlukan ketahanan mental dan fizikal, cuma akak harapkan kalian kelak tumpukan juga pada ketahanan spiritual, yakni ruhiyah, ini elemen yang lebih penting... Teruskan usaha kalian, moga lebih berjaya.. insyaALLAH.

Konklusinya, program korang ni sukses !!!

waLlahu ta'ala a'lam