Sunday, June 12, 2005
Suatu KeLAHIRan..
Dengan kalam mulia bismiLlahirRahmanirRahiim dan selawat serta salam buat junjungan tercinta sekelian alam, RasuluLlahi salaLlahu 'alaihi wassallam, habibuLlah.. moga entry ana kali ini berserta redha dan keberkatanNya.. semoga petunjukNya bersama-sama ana dan ikhwah wa akhawat sekelian...
Hari ni, pagi tadi sedari jam 1000, kami sekeluarga keluar untuk menziarahi saudara mara di Kedah. First, kami ke Labu Besar untuk menziarah AyahMertua adik AbahTercintaku, khabarnya beliau uzur. Setiba di sana, rasanya tulah pertama kali aku ke sana, AyahMertua Adik AbahTercinta kenal dan masih ingat pada AbahTercinta, rasanya MakTercinta pun beliau masih ingat, cuma MakMertua Adik AbahTercinta je yang tak ingat sangat pada MakTercinta dan AbahTercinta. Kata MakMertua Adik AbahTercinta, muka AbahTercinta lain dari cikgu Man (nickname PakcikMan, AdikAbahTercinta ni). Duk kat situ lebih kurang sejam, minum teh O dan makan baulu dan kuih bangkit yang dihidangkan, ceeddaapp ui! hehe sebab 'fresh' lagi buatan kampung.. =) hurm rasa serba sikit, sembang serba sikit, tanya jalan serba sikit (sebab lepas tu nak gi Hospital Kulim lak, tengok MakMenakanPupu aka ibu saudara pupu, anak saudara kepada TokTercinta operate keluarkan bayi.. hehe lahirkan anak la tu :-p~) dan memandangkan beliau seorang pemandu teksi, so for sure he arif selok belok jalan kat situ... Then kami beransur dulu untuk ke Hospital Kulim..
Setibanya kami di sana, TokWanMenakan (adik laki TokTercinta.. hehe kalau pening, buat je tak pening, konon faham hihi :-D) kata dah selamat... Amboi berseri-seri wajah ayah baru tu dapat anak sulung, laki pulak tu.. alhamduliLlah segala puji bagi Allah swt.. Dah lama diorang ni tunggu kelahiran anak diorang, akhirnya berkat kesabaran dan doa yang tidak putus-putus, mereka dikurniakan anak.. Moga baby ni menjadi seorang ummat Nabi Muhammad saw yang terus menyebarkan risalah Islam, 'moga kau menjadi seorang mujahid wahai si kecil..' HambaAllah yang ta'at... Baby ni kecik je, 2 kg je.. bayangkanlah betapa keciknya dia, merah lagi kulit dia... aduh si kecil yang comel, kau harapan keluarga dan Islam... Nama tak bagi lagi, kata ayahnya, list tu dah ada (amboi list tu, banyak tuu.. ^_^) cuma nak tapis tapis lagi, kata ayahnya.. Ana katakan, bagilah nama tokoh.. AbahTercinta cadangkan nama Raihan, suke beno Abah ngan nama tu, ada dalam Quran kata Abah, dalam surah ArRahman... Hmm pastu, ayah baru tu sebut banyak nama-nama Nabi/tokoh dalam Quran, then he said nama tokoh, Hasanul Basri, then ana nyampuk, Hassan al-Banna? hehe ayah baru tu kata, 'huu tu bahaya sket..' hehe faham.. :-) Hmm ana tau, dia akan boh nama yang bagus untuk anak laki sulung dia tu.. AdikTercinta ada bagi cadangan, katanya boh la nama Ikhwan ka, Irwan ka, sebab dengar sedap.. hmm ana pun bagilah cadangan, Amirul Ikhwan, cadangan je la, tak kisah nak terima atau tak.. kata AbahTercinta, 'carilah nama dalam Quran, ataupun nama yang baik makna dan lembut didengar dan dipanggil dengan panggilan yg baik, maknanya kalau nama Firdaus jangan nanti dipanggil 'piduih'.. Biar panggil dengan betul betul nama tu.. hmm then kami balik untuk hantar AdikTercinta ke seminar tusyen dia...
Uwaaaa... Uwaaa.... tak sempat nak pegang baby tu.. and satu lagi.. tak jumpa pun ngan kakShida.... huhuhu sob sob :'-( kakShida ada kat Irshad, sekolah lamaku sebab hantar Adiknya form 6 kat situ, dah lalu depan sekolah, tapi huhu... tak leh gak nak jumpa ngan akak... :-( dah setahun tak jumpa... kan akak kan??? huhu... sedih...
Malam bila ntah, ade orang tanya tentang Aku Redha Dengan PilihanMu.. so, ni nak post episod terakhir.. k wassalam..
Aku Redha Dengan PilihanMu
(episod akhir)
Tiupan angin yang agak sejuk selepas bencana Tsunami bertiup sehingga menusuk hingga ke tulang sum-sum Isyraf. Namun begitu, angin sejuk itu tidak dapat mengurangkan panas fikiran dan hatinya. Ketika fikirannya mengimbau kenangan silam, hatinya bertanya…mampukah kau merealisasikan impian sahabatmu itu?
Tiba-tiba terasa badannya hangat. Ada seseorang memeluknya dari belakang. Terdengar bisikan, “Syirah percaya dan yakin dengan abang…” Lamunan Isyraf terhenti lantas terukir sebuah senyuman dibibirnya, senyuman yang sukar ditafsir. Hafni Insyirah dapat merasa dan membaca apa yang tersurat di benak fikiran dan yang tersirat di hati suaminya. Hampir setiap malam suaminya itu berdiri di beranda rumah mereka sambil menggenggam bebola kecil yang di dalamnya terlekat sekeping gambar Isyraf dan Amar Haziq. Hafni Insyirah menerti suaminya itu begitu risau, bimbang seandainya dia tidak dapat merealisasikan impian Amar Haziq. Hafni Insyirah memeluk suaminya dengan lebih erat sambil berbisik kepada Tuhan sekelian alam…
Ya Allah, Ya Tuhanku…
Di sebalik wajah yang kucintai ini, ada kehidupan…
Di sebalik keindahan itu ada ketenangan dan kedamaian…
Di sebalik ketenangan dan kedamaian itu,
terpancar sinar jihad…
Di sebalik itu semua, terselit sinar cinta…
Cinta kepada Allah, Rasul dan syahid…
Ya Allah, Ya Tuhanku…
Berkatilah impian kami berdua…
Bentulah kami, permudahkanlah kami…
Berilah kami kekuatan serta taifiq dan hidayah…
Dalam membesar dan mendidik anak-anak kami, agar…
Mereka bisa menjadi jurutera, doktor, saintis persis
Al-Khindi, Ibn Khaldun, Ibn Sina, Al-Khawarizmi
Seterusnya menjadi generasi yang akan…
Mengembalikan zaman kegemilangan Islam…
Aamiin…….
~~~ tamat ~~~
Wednesday, June 08, 2005
pengalaman baru
Dengan kalam mulia bismiLlahirRahmanirRahiim dan selawat serta salam buat junjungan tercinta sekelian alam, RasuluLlahi salaLlahu 'alaihi wassallam, habibuLlah.. moga entry ana kali ini berserta redha dan keberkatanNya.. semoga petunjukNya bersama-sama ana dan ikhwah wa akhawat sekelian...
Bertemu kembali kita pada entry kali ini.. hehe :-D banyak pengalaman baru, ilmu baru, kenalan baru yang ana peroleh sepanjang mulai Jumaat lepas hingga ke hari semalam..
Hari Khamis lepas, paginya ana sms pada seorang junior sekolah ana ni, Siti Hajar Mohamad namanya, bertanyakan perkembangan perancangan sebuah program.. Seketika kemudian dia membalas, "kak wani harini ada metg tergempar, kul 5 kat Nusyuz".. Jadi bersiaplah ana untuk ke sana. Kebetulan, sepatutnya ana dah ke USM, Kolej Kejuruteraan, Nibong Tebal untuk satu program motivasi as urusetia, but tarikhnya dah ditukar ke hari Sabtu, jadi ana melapangkan masa ana untuk meeting tu.
Ana bertolak keluar dari rumah untuk ambil bas pukul 3.30pm di tepi rumah, dan sampai ke bus stand di Titi Mukim dalam pukul 3.50pm camtu, then tunggu bas untuk ke Kompleks Kepala Batas lak, ni yang menguji kesabaran nih, setengah jam tunggu baru bas tu sampai, fuh... alhamduliLlah sampai gak bas tu.. Ana berkejar dengan masa, takut tak sempat nak solat jemaah Asar di Masjid Jamiul Badawi kat Kepala Batas tu. Lepas bayar tambang, masukkan duit dalam tong duit tu (aiii dah naik tambang daa ni semua sbb diesel naik harga, sape yg salah nih..huhu), duduklah aku di seat depan, duduk sampailah tiba ke pekan KB tu. Sekilas kupandang jam di tangan, 'hmm sempat lagi nih' Lantas terusku mengatur langkah pantas sedikit daripada kebiasaan menuju ke masjid... AlhamduliLlah sampai sebelum azan Asar dilaungkan, sempat buat sunat.. Dalam masjid tu seperti kebiasaan, akan ada dua wanita berpangkat nenek bagi aku, setia mengunjungi rumah Allah ini, menanti untuk sama-sama berjemaah di situ.. Selepas azan, iqamah lak dilaungkan, maka seluruh jemaah menyusun saff, muslimin ada tiga saff, muslimat ada tiga orang. Nampak jelas sebab muslimat punya tempat kat atas.. Selesai doa, time nak salam tu, sorang nenek tu, macam selalu bagi tazkirah walaupun satu ayat pada sesiapa yang salam dengannya.. Hmm selesai semua, keluar dari masjid tu pukul 5.15pm dah, 'alaaa dah lewat nih'. Berjalan sampai ke kompleks untuk ambil bas Bukit Mertajam, ingat nak beli air, tapi dah tak sempat laa. Sampai di kompleks, huhu rasa cam bas dah lepas, bagi sms kt Hajar, 'akak lambat la, ni stil kt KB ni, bas takdak lagi,smpi mayb kul 6 camtu, maaf ek' dan dia balas 'takpa kak.hjr pun tak p lagi, bru smpi umah tok dr penang'... Di kesempatan yang ada, aku belilah air cincau dari gerai makcik kat kompleks tu, alhamduliLlah segar dan hilang haus nih.. Bas sampai, masuklah aku ke perut bas. Duduk punya duduk, tiba ke Madrasah an-Nusyuz tu.. masuk ke madrasah tu, then meeting dah pun start, then masuk menyampuklah apa yang patut, discuss tentang persediaan untuk program tu.. alhamduliLlah selesai..
Esoknya, seperti telah dirancangkan, ana pergi ke sana dengan bantuan MakTercinta. MakTercinta pergi kursus hari tu, on the way MakTercinta drop ana kat Masjid Jamiul Badawi.. Sementara tunggu waktu untuk naik bas ke madrasah tu, ana masuk dulu ke dalam masjid.. Lebih kurang jam 9.00am, ana turun dari masjid dan berjalan ke kompleks KB untuk amik bas Bukit Mertajam... then sampai ke madrasah pukul 10.00am seperti yang minta oleh pengerusi meeting semalam. Setibanya di sana, Director program dah pun sampai, kami tunggu dulu sahabat sahabiah yang lain sampai untuk meeting before program mula... Selesai meeting semua, program mula lepas abis solat Jumaat, alhamduliLlah dalam kekurangan program pada siang hari pertama tu berjalan juga.. dan mereka harus bertukar lokasi ke tempat lain yang lebih selesa.. dan aku terpaksa meninggalkan program tersebut kerana perlu berkejaran ke USM, sahabatku memaklumkan yang malam tu ada meeting untuk program hari Sabtu. Oleh kerana program tu besar dengan diseratai seramai 450 orang peserta, ia memerlukan perancangan yang rapi untuk memastikan perjalanannya lancar.. Dalam masa kekalutan AJK dan peserta program di madrasah memindahkan barang dan diri sendiri, aku mengucapkan salam perpisahan dan ribuan kemaafan kerana terpaksa meninggalkan program tersebut, dengan berat hati... Aku pasti, ada sesuatu yang perlu aku laksanakan di sana, dan yang akan ku peroleh atas keputusan aku tu, kerana itu adalah petunjuk istikarahku..... hmm waLlahu ta'ala a'lam... Aku tumpang motor yang Hajar bawak ke masjid berhampiran utuk solat Maghrib dan menanti Ikrami dan Fauziah datang amik aku di masjid tersebut.. Bersama-sama mereka dan seorang lagi kakak tu, kak Zaidah namanya (cam nama AdikTercintaku), kami berpergian ke USM tu membelah lebuh raya utara-selatan ke sana.. Dalam perjalanan, ternampak oleh kami beberapa buah kenderaan yang terlibat dalam kecelakaan jalanraya (eh.. lebuhraya sepatutnya).. hmm bersembanglah pulak tentang pandu cermat jiwa selamat nih.. bla .. bla.. Jalan ke USM tu memang dah selalu ana lalui, sedari kecik sebab tu jalan nak ke kampung ana di Bandar Baharu, selalu gak AbahTercinta belok ke USM tu, tengok tengok taman rekreasi kat situ.. hehe dah biasa laa... So dah sampai, meeting, then masuk bilik, tidur dan bersiap sedia untuk kerahan tenaga esok dan seterusnya.. haha
(post yg ni dulu.. then ana sambung nanti.. hehe )
Tuesday, May 31, 2005
kisah pantai
Ukhwah yang terbina persis untaian tasbih, ada awalnya namun tiada penghujungnya, dibentuk untuk mengingatiNYA, dicantum krn cintaNYA, diratib semata-mata kerana redhaNYA, menitis airmata tika merasai kemanisannya..
Assalamualaikum warahmatuLLahi wabarakatuh
Dengan kalam mulia bismiLlahirRahmanirRahiim dan selawat serta salam buat junjungan tercinta sekelian alam, RasuluLlahi salaLlahu 'alaihi wassallam, habibuLlah.. moga entry ana kali ini berserta redha dan keberkatanNya.. semoga petunjukNya bersama-sama ana dan ikhwah wa akhawat sekelian...
Erm.. taktau nak mulakan macam mana.. Minggu lepas, akhirnya setelah lama bercadang untuk ke pantai, tertunai jugak pada hari Selasa (kalau tak silap ana, ish lemahnya ingatanku..). Pergi pantai belakang rumah je, pergi ngan AdikAdikTercinta. Kebetulan air surut petang tu.. subhanaLlah pemandangan canti sangat.. terpana mataku, terpukau pandanganku, terpegun dengan kebijaksanaan Tuhanku menciptakan alam ini.. Orang kampung pun dah ramai yang balik tatkala itu setelah puas mengutip kepah yang memang menjadi salah satu tarikan pelancongan ke kampung ana nih.. ceewwaahh !! tarikan pelancong tuh. bukan pelancong luar negara, tapi pelancong dari kampung-kampung berhampiran, yang nak sangat merasa keseronokan mencari kepah dan bermain pantai, maklumlah kebanyakan pantai-pantai di sekitar seberang perai ni, sedang dalam pembinaan jalan, so kira cam dah takde la pantai kat tempat lain.. Erm, selalu gak tempat ana ni jadi lokasi pengambaran rancangan masakan, huhu keluar tv. Hmm takpe, tinggalkan tentang rancangan masak tadi tu, sebab semestinya juadah yang dimasak tu dah basi kan?? hehe ^_^
Kita sambung dengan keindahan pantai kampung ana ni. Di sebelah kanan, kelihatan indah dan 'ayu' pemandangan di sana, Kg Kota Kuala Muda, Kedah.. hanya sebatang sungai, Sungai Muda yang memisahkan kami, kg ana Kuala Muda, Penang.. Namun disebalik 'keayuan' itu, terselit kisah tragis yang boleh dijadikan pedoman dalam meniti kehidupan sebagai 'abdi kepada Allah SWT.. Apakah sudah kita ambil iktibar daripada peristiwa tsunami itu?? Apakah telah kita ubah segala amal buruk kita kepada yang baik?? Apakah sudah kita sedar segala kesilapan kita?? Dan.. apakah telah 'hidup' kembali kehidupan saudara seagamaku yang telah ranap rumah mereka di sana?? Adakah kesemua mangsa tsunami itu menerima hak mereka hasil sumbangan masyarakat yang prihatin seadilnya?? Adakah terdapat yang menjadi mangsa diskriminasi akibat berlainan fahaman politik?? hmm banyak soalan yang bermain di minda, terlintas di jiwa... Bagaimana dengan bot-bot mereka yang rosak?? Bagaimana pula dengan bekalan diesel?? Adakah telah cukup teguh pendapatan mereka sekarang untuk berhadapan dengan kenaikan harga barangan keperluan?? Jadi.. bagaimana kehidupan mereka sekarang...?
Merenung pemandangan di hadapan. Pulau Pinang, island.. hmm Kelihatan megah bangunan Komtar di tengah-tengah pulau itu (tapi megah lagi bukit ciptaan Allah SWT yang juga kelihatan). Kelihatan juga beberapa bangunan yang telah menyalakan lampu. Dalam pada itu, samar-samar kenampakan Fort Cornwallis (ntah betul ke idak ejaan ni) atau pun lebih dikenali dengan nama Padang Kota Lama. Terimbau sejenak sejarah terbinanya kota tersebut.. Huh, kurang bijakkah raja Kedah tatkala itu, atau terlalu licik si Francis Light tu mengatur rancangan untuk menjajah Penang? Jahatkan Francis Light? Atau orang Melayu memang tak pandai?? hmm camne tu? fikir fikir.. Satu lagi, teringat kisah Ustaz Halim, time ana sekolah dulu. Kisah beliau bersama-sama Jabatan Agama Islam Pulau Pinang membuat operasi tangkap khalwat di kawasan tersebut.. Mereka dapat menangkap pasangan ini, bila disoal pada wanita tersebut, "mahukah bersuamikan lelaki ini", dia menjawab "ya". tapi bila ditanya soalan yang sama pada lelaki tersebut yang berpakaian ala rockers itu, dia menjawab "TIDAK" dengan alasan wanita tersebut tidak menepati ciri-ciri isteri idamannya, katanya dia mahukan yang bertudung dan ada harga diri, bukannya murah dan terlalu mudah termakan rayuan lelaki.. Hah!! camne nih?? Lelaki camtu pun nak yang bertudung, ada harga diri, tak mudah cair ngan pujuk rayu lelaki, so.. gadis-gadis di luar sana (ana gak tuh) kena jaga harga diri, jaga aurat and so on.. faham kan?? Hmm tu peristiwa dulu, macam mana pula keadaan Padang Kota Lama sekarang di waktu malam?? Makin meriahkah pesta maksiat di sana?? hmm....
Selepas itu... ana pulanglah ke rumah. AdikBogsuTercinta beli air jap kat warung tepi pantai tu, air grapes, banyak tapi 5 kupang ja (RM0.50).. kalau kat KL nuh, jangan haraplah... hehe
kay lah.. ana berhenti dulu setakat nih.. lepas ni sambung balik..
Jumpa lagi yer..
Aku Redha Dengan PilihanMu
(sambungan 4)
Isyraf tersenyum sendirian apabila terkenangkan kisah cinta teman rapatnya, Amar Haziq. Dia tidak tahu mengapa sejak dua tiga hari ini, kisah cinta pasangan Amar Haziq dan Hafni Insyirah sering bermain-main di benak fikirannya. Cip-cip memori di fikirannya bagaikan menari-nari kerana tidak sabar untuk bercerita episod cinta pasangan itu yang dianggap paling menarik di abad ini.
Isyraf kagum dengan sahabatnya itu kerana lelaki itu amat berjaga-jaga dalam kehidupan seharian. Kehidupan ini adalah ujian sebenar daripada Allah. Teringat kata-kata ustaz dulu, ‘Dunia ini tidak dimewahkan melainkan dengan ujian. Jikalau kita hajat pada dunia, sebenarnya kita hajat pada kesusahan…’ Walaupun jasad Amar Haziq di sini, Malaysia yang penuh dengan kemewahan, namun hatinya bersama sahabatnya di Palestin. Amar Haziq zuhud setiap perkara baik dari segi pakaian mahupun makanan. KFC, Mc Donald dan segala jenis makanan Amerika yang ada dalam senarai boikot ditinggalkan terus. Tidak tertelan dek anak tekaknya apabila mengenangkan kekejaman Amerika dan Yahudi terhadap umat Islam.
Amar Haziq pernah memberi dia membaca warkah yang dikirimkan oleh Hafni Insyirah. Gadis itu meluahkan rasa hati selepas Amar Haziq datang melamar. Hafni Insyirah menyatakan harapan dan impiannya. Dia berharap agar mahligai kasih yang akan termetrai melalui ikatan pernikahan akan menjadi satu medan bagi melahirkan wira-wira sehebat Imam Hasan Al-Banna, Muhammad Al-Fath dan serikandi-serikandi setabah Siti Khadijah, Asiah dan Aisyah. Tidak sanggup lagi rasanya melihat pemuda yang pada awalnya seorang yang soleh, berubah secara tiba-tiba kerana hasutan hawa nafsu yang terpaut pada keindahan dunia fatamorgana. Mula-mula bercoupling, lama-lama terjebak dalam perzinaan. NauzubiLlah… Pemuda yang bakal menjadi hafiz turut tertipu dengan dunia kepura-puraan… Konsert-konsert artis dibanjiri muda-mudi tapi majlis-majlis ilmu lengang, hanya dipenuhi kerusi-kerusi kosong. Dan apa yang lebih menyakitkan hati, jikalau aad perlawanan bola sepak, sanggup qiamullail, berjaga malam semata-mata untuk menyaksikan pemain kesayangan, Ruud Van Nistelrooy, Thiery Henry beraksi. Malangnya, waktu Subuh adalah saat paling sunyi, semua hanyut dibuai mimpi indah. Walaupun azan di masjid memanggil-manggil… ‘Haiya ala solah… haiya ala falah…’
Bagi Isyraf, Hafni Insyirah amat cocok dengan Amar Haziq, pemuda yang sentiasa bangun malam, berpuasa sunat Isnin dan Khamis, berusaha menghafaz Al-Quran dan rajin menuntut ilmu walaupun yang tiada kaitan dengan bidangnya. Kesimpulannya, seharian Amar Haziq tidak ubah seperti kehidupan Timraz, Yahya Ayyash, Akram Nisar, Ahmad Ghurrah…pemuda-pemuda Palestin yang telah mendapat kemuliaan syahid. Teringat kata-kata Abdul Aziz Rantisi dalam satu ceramahnya sebelum dibunuh,
“Tangan-tangan kita memegang senjata di dunia…
Insya-Allah, roh kita akan berpelukan di sisi Allah…”
Jika dibandingkan Amar Haziq dengan dirinya, terasa dirinya begitu kerdil. Menjadi teman sebilik Haziq sewaktu di universiti dahulu amat bererti. Banyak perkara yang dapat dipelajari dan manjadi teladan kepada dirinya. Kadang-kadang amalan harian Amar Haziq payah untuk dipraktiskan kepada dirinya sendiri. Seawall empat pagi haziq telah bangun, bertaqarrub dan meluahkan kepada Rabbul Izzati sebelum mula mengulanggkaji subjek mijor engineering. Pernah dia melihat wajah Amar Haziq suram dan sugul. Tindakannya seperti teragak-agak dan tiada keyakinan. Apabila ditanya kenapa, Amar Haziq menjawab, dia terlepas qiamullail. Amar Haziq menjelaskan jikalau dia tidak bangun malam, terasa diri hilang keyakinan dan kehidupan paad hari itu seolah-olah tiada seri. Memanglah jawapan Haziq agak peli, namun, kini dia mengerti dan merasai sepertimana yang dirasai oleh rafiqnya suatu ketika dahulu setelah dia mewajibkan dirinya berqiamullail. Namun, takdir mengatasi segala-galanya, sesuatu yang tidak pernah tergambar di depannya, berlaku secara tiba-tiba. Dia tidak mnyangka dia ditakdirkan berjodohan dengan Hafni Insyirah selepas panggilan jihad, lambaian syahid menjemput Amar Haziq.
untuk entry seterusnya.. episod terakhir.. hehe ^_^
Sunday, May 22, 2005
seminggu
Dengan kalam mulia bismiLlahirRahmanirRahiim dan selawat serta salam buat junjungan tercinta sekelian alam, RasuluLlahi salaLlahu 'alaihi wassallam, habibuLlah.. moga entry ana kali ini berserta redha dan keberkatanNya.. semoga petunjukNya bersama-sama ana dan ikhwah wa akhawat sekelian...
Hmm dah seminggu tak update ek.
Minggu lepas, Sabtu, ana ke usrah seperti biasa. Sampai di sana, sambil menantikan ketibaan sahabat yang memegang kunci tempat tersebut, hujan membasahi bumi Pokok Sena itu. Ana berteduh di sebuah pondok rehat di situ, atapnya dah bocor teruk. Dengan angin yang kuat, tempias mengena ana, ana cuba untuk mencari bahagian di pondok itu yang agak tidak bocor yang boleh tidakmembasahkuyupkan ana. AlhamduliLlah, ada gak satu bahagian atap tu yang tak bocor.
Memandang ke atas melihat atap yang bocor gawat itu, berlubang kabir, hujan yang lebat menembusi membasahi lantai pondok, ana terfikir, begini agaknya saudara saudara kita yang miskin dan dhaif rumah mereka malah mungkin lagi teruk. hmm..moga Allah murahkan rezeki saudara saudara ku..
Kelibat sahabat yang dinanti masih belum kelihatan, oleh sebab itu, kami yang telah sampai di situ mengambil keputusan untuk ke rumah Ust Ghani yang tidak jauh dari situ.
Seterusnya, kami mulakan usrah dengan Islam adalah Watan..
Islam adalah Watan.
Islam adalah watan, sebagaimana yang diterangkan oleh al-Mursyid adalah bermaksud bahawa Islam telah menerangkan pengertian watan, dan watan bagi seorang Muslim ialah semua negara Islam (Darul Islam). Yang dimaksudkan dengan negara Islam pula ialah; seluruh iklim -daerah- yang didiami oleh orang Islam, kekuasaan dalam iklim tersebut adalah di tangan orang Islam dan mereka melaksanakan hukum-hukum Islam dalam iklim tersebut. Tiap-tiap individu Muslim adalah berkewajipan mempertahankan dan menghalang musuh dari merampas Darul Islam. Kewajipan ini adalah merupakan hak sebuah Darul Ialam terhadap seorang Muslim.
"Hubbul watan, minal imaan"
Kewajipan mempertahankan dan menghalang musuh dari merampas negara Islam adalah merupakan 'jihad mengangkat senjata'. Ia menjadi fardhu 'ain bilamana negara sendiri ditindas (negara Islam) dan menjadi fardhu kifayah bilamana negara saudara seIslam ditindas, mesti ada di antara kita yang membantu mempertahankan haq saudara saudara kita di sana.
Islam adalah Ummah
Ummah yang dimaksudkan oleh al-Mursyid di sini ialah suatu jamaah manusia yang disatukan oleh suatu ikatan. Ikatan ini menjadikan mereka suatu jamaah yang berbeza dari jamaah-jamaah lain, bersatu dan bertatut antara sesama mereka dan ingin hidup bersama dengan mereka penuh harmoni.
Islam membangunkan ummah ini di atas satu asaa, aqidah Islamiyah. Aqidah adalah ikatan yang paling kuat dan abadi. Setelah manusia terjalin dalam ikatan aqidah Islamiyah, perbezaan jenis -bangsa-, bahasa atau iklim -daerah- tidak lagi menjadi suatu hal yang penting. Dengan aqdah Islamiyah sahaja sudah cukup untuk membentuk suatu ummah. Sesuatu yang lain dari aqidah Islamiyah tidak akan mampu untuk membina suatu ummah. Dalam al-Quran Allah berfirman yang bermaksud:
Hadharah Islam selama ini adalah berasaskan kekuatan ummah yang dimiliki oleh Muslim. Terbangunnya empayar-empayar Islam gemilang kerana kekukuhan ikatan antara mereka, dan ikatan itu menjadi kuat kerana ia merupankan iakatan aqidah Islamiyah. Mereka menjadi sensitif sesama mereka, sebagai contoh, andai seorang dari mereka dihina, maka yang lain akan turut terasa dan akan membela saudara Islam mereka yang dihina tersebut.
Demikian dahulu untuk entry kali ini. Lepas ni ana akan sambung lagi dengan inti usrah dan serba sedikit huraiaannya.Ana tampilkan sambungan Aku Redha dengan PilihanMu..
* * * * *
Tiada kata yang dapat diungkapkan…
Entah perasaan apa yang harus digambarkan…
Entah kenangan apa yang patut dikenangkan…
Entah mimpi apa yang diinginkan…
Impian indah yang diimpikan bersama,
Tidak akan menjadi realiti…
Namun kufahami.. ku mengerti…
Nyawa adalah mahar untuk ke syurgawi…
Syahid adalah cita-cita agung lelaki sejati…
Aku redha dengan pilihanmu,
- Hafni Insyirah -
Sekeping kad yang dihias cantik dengan lukisan tangan, potret Syeikh Ahmad Yassin dan Abdul Aziz Rantisi… Kata-kata terakhir yang ditulis di kad itu benar-benar menggembirakan Haziq. Air mata Amar Haziq menitis bukan kerana sedih tetapi ggembira kerana dapat mengenali seorang wanita yang ketabahan hati dan semangatnya seperti isteri kesayangan RasuluLlah saw. Cinta pasangan kekasih itu amat mendalam namun begitu, mereka redha dengan ketentuan Ilahi.
* * * * *
Kini sudah tiba masanya Amar Haziq pergi berjuang di tanah kelahirannya. Sahabat-sahabat seuniversiti dan sekerja serta keluarga angkatnya menghantar Haziq ke KLIA. Mereka bangga dengan semangat dan cita-cita Amar Haziq yang sanggup meninggalkan segala kenikmatan dunia, harta dan juga kekasih semata-mata mengejar cita teragung.
Dalam kapal terbang, Haziq melelapkan mata…senyuman Hafni Insyirah semasa menghantarnya di airport tadi, terpahat kukuh di hatinya. Maish terbayang jelas di ruang matanya senyuman wanita solehah persis kekasih hati Hanzalah itu…senyuman yang mengiringi pemergiannya…senyuman puspa kembojanya itu sama seperti senyuman di dalam mimpinya di Tanah Suci Mekka.
Ikuti sambungan seterusnya dalam entry akan datang...
sekian, wassalamualaikum warahmatuLlahi wabarakatuh...
Thursday, May 12, 2005
sambungan..
Assalamualaikum warahmatuLLahi wabarakatuh
Dengan kalam mulia bismiLlahirRahmanirRahiim dan selawat serta salam buat junjungan tercinta sekelian alam, RasuluLlahi salaLlahu 'alaihi wassallam, habibuLlah.. moga entry ana kali ini berserta redha dan keberkatanNya.. semoga petunjukNya bersama-sama ana dan ikhwah wa akhawat sekelian...
Kali ni, ana takde apa apa yang nak diceritakan sebab segalanya adalah rutin biasa ana. Cuma ana nak post episod seterusnya Aku Redha Dengan PilihanMu.. kawan kawan dah tanya.. okey yer.. tak nak bagi entum semua tertunggu-tunggu lagi.. bacalah sambungannya..
AKU REDHA DENGAN PILIHANMU…
Selepas solat Maghrib berjemaah, Haziq terus mendapatkan abangnya untuk melepaskan rindu yang sudah lama membengkak di hati. Dalam cahaya yang samara-samar itu, Haziq dapat melihat wajah abangnya kelihatan bercahaya… senyuman Ikhwan juga menawan seolah-olah malam itu adalah hari yang yang paling membahagiakan dirinya.
“Haziq, malam semalam abang mimpikan ayah... ayah melambai-lambai ke arah abang…” kata Ikhwan sambil memeluk Haziq yang ada di pangkuannya. Haziq gusar dengan kenyataan itu.
“Ayah ajak abang pergi ke tempat dia ke? Abang pun nak tinggalkan Haziq kat dunia ni seorang diri?” Haziq tidak dapat menahan kesedihannya.
“Haziq, setiap insan yang Allah jadikan pasti akan mati…Hari dan tarikhnya pun Allah dah tetapkan, cuma kita sahaja yang tidak tahu. Kita tak dapat menolaknya Haziq.”
”Tapi……” “Haziq, buat apa kita nak takut pada mati, kita berada dalam perjuangan sebenar…dah tentu Allah hadiahkan syurga.”
“Tapi Haziq sayangkan abang…” Haziq memeluk erat abangnya.
Sedang dua adik-beradik itu berdakapan, terdengar satu suara daripada pembesar suara. Rupa-rupanya rumah mereka telah di kepung oleh tentera Yahudi bagi menangkap Ikhwan dan sahabatnya. “Ikhwan, siap sedia!” kata sahabatnya lau mencampakkan senjata api kepada Ikhwan “Abang takkan menyerah! Maafkan abang, sayang…” Ikhwan memengsankan adiknya itu.
Haziq sedar semula selepas seorang temannya menampar-mampar pipinya. Haziq terus bangun mencari abangnya. Dia berlari ke arah orang ramai yang sedanag mengerumuni abangnya yang sudak tidak benyawa lagi. “Abang……….!!!” Haziq menjerit sekuat hati apabila mendapati abangnya tidak bergerak lagi. Badan abangnya hampir hancur setelah diterjah beratus-ratus peluru. Walaupun badan abangnya mengerikan, namun bibir abangnya terukir sebuah senyuman dan wajahnya bercahaya seolah-olah dia sedang berehat di tempat yang indah. Haziq memangku kepala dan mencium-cium dahi abangnya. Selepas itu ia terasa seolah-olah dunia ini gelap… Apabila dia sedar, dia mendapati dirinya berada di suatu tempat dan dia difahamkan dia terpilih dalam program anak angkat Malaysia.
* * * * *
Hari yang dinanti-nantikan oleh pasangan kekasih itu telah tiba. Hafni Insyirah kelihatan menawan dengan solekan nipis lebih-lebih lagi apabila dipadankan dengan pakaian pengantin berwarna ungu muda. Orang ramai yang hadir ke majlis perkahwinan itu tidak putus-putus mengucapkan tahniah kepada Insyirah. Tiba-tiba majlis menjadi gempar. Pengantin lelaki tidak kunjung tiba. Letih tangan Insyirah mendail handset Haziq, namun Haziq tidak dapat dihubungi.
Hafni Insyirah mengesat air matanya apabila teringat peristiwa petang tadi yang telah memalukan kedua ibu bapanya. Hati Insyirah tertanya-tanya, mengapa Haziq sanggup berbuat begitu terhadap dirnya. Namun jauh disudut hati, Insyirah masih menunggu kedatangan Haziq. Bebola matanya tidak jemu-jemu memerhati pintu utama rumahnya melalui jendela kamar pengantinnya.
Tiba-tiba terdengar suara memanggil namanya. Insyirah terus berlari keluar kerana dia amat mengenali suara itu.
“Haziq, Haziq, kenapa ni? Apa yang telah terjadi? Darah?!” Hafni Insyirah cuba mencekup darah yang banyak mengalir keluar dari badan Haziq. Tidak semena-mena, air matanya mengalir deras. Dia cuba menjerit meminta pertolongan tapi suaranya tidak kedengaran. Insyirah memangku kepala Haziq sambil memegang erat tangannya. “Jangan tinggalkan Syirah, Haziq….” Hanya kata-kata itu yang terkeluar daripada bibir Insyirah. Dalam keadaan gelap-gelita itu, tiba-tiba datang dua gadis jelitawan, ada cahaya mengiringi mereka terus membawa Haziq pergi. Hafni Insyirah terkejut dengan kejadian it, terkedu, bingung, hanya bibir sahaja memanggil-manggil nama Haziq.
“Hafni, Hafni, bangun. Kau mengigau…” Amani menggerakkan Insyirah.
“Ai, budak ni. Baru seminggu Haziq hilang, dah jadi macam ni. Tak tahulah kalau dia tak jadi kahwin dengan kau…” bebel Amani, teman serumah Insyirah. Hafni Insyirah hanya menelan dengan pedih kata-kata sahabatnya itu.
“Apakah maksud mimpi itu? Apakah yang terjadi pada Haziq? Mungkinkah sesuatu akan berlaku? Ya Allah, tolonglah hambaMu ini…,” bisik Insyirah.
* * * * *
lupa pulak nak wish AbangTercinta sempena birthday nya yang ke 23.. dah matang dah ni usia camni.. bila Abang nak balik sini???
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..
kebahagian dan kejayaan sentiasa bersamamu..
tingkatkan ibadah dan amalan kepada Allah..
Awan berarak ceria tiada titisan hujan,
Pohon melambai tanda sokongan,
Kususuri perjalanan bertemankan senyuman,
Dihari lahirmu sahabatku,
Dedaun berguguran,
Membuktikan kedewasaan,
Walau tanpa madah dan hadiah,
Namun cukup untukmu sekadar ucapan...
Selamat Hari Lahir,
Iringan doa kuhulur,
Bersyukur kepada-Nya,
Atas nikmat usia,
Awan berarak ceria tiada titisan hujan,
Pohon melambai tanda sokongan,
Kususuri perjalanan bertemankan senyuman,
Dihari lahirmu Abangku,
Usiamu ibarat mutiara,
Tiada berganti lagi,
Hiaskan iman bersulam taqwa,
Agar sempat menuju haruman syurgawi,
Selamat Hari Lahir,
Iringan doa kuhulur,
Bersyukur kepada-Nya,
Atas nikmat usia.
~~~ ** SeLaMaT HaRi LahiR ke23 ** ~~~
Monday, May 09, 2005
>> Aku Redha Dengan PilihanMu <<
Dengan kalam mulia bismiLlahirRahmanirRahiim dan selawat serta salam buat junjungan tercinta sekelian alam, RasuluLlahi salaLlahu 'alaihi wassallam, habibuLlah.. moga entry ana kali ini berserta redha dan keberkatanNya.. semoga petunjukNya bersama-sama ana dan ikhwah wa akhawat sekelian...
Dah lama sangat tinggalkan blog ni, bukan taknak, tp semacam ada sebab yang ana sendiri tak tahu apa sebabnya.. hmm fenin tak baca? baca je la ek..
Hari Sabtu yg baru berlalu ni, ana dijemput ke usrah anjuran Penang Islamic Students Association (PISA).. Mula keluar rumah pukul 1255, ambil bas dari Kuala Muda (kg ana lah ni, bus stand tepi rumah jerk) ke Teluk Air Tawar, then dari situ ambil satu lagi bus ke pekan Kepala Batas (tempat kelahiran PakLah) untuk bersolat Zuhur di Masjid Jamiul Badawi (depan rumah kelahiran PakLah), then selesai solat ambil bas dr Kompleks KB ke Pokok Sena.
Lepas melintasi sekolah lama ana, al-Irshad yang kebetulan Alumni Irshad khabarnya adakan AGM hari tu, tapi ana tak pergi sebab takda kawan. Maklumlah, ana ni dua tahun je di sekolah tu, so kawan kawan yang baik ngan ana (seUIA) tak balik, dan ana ada ajak few kawan kawan ana yg dari univ lain ke AGM ni, tapi depa takmau pegi sebab yang sorang tu kata dia keja, yang sorang lagi tu kata dia segan.. so ana pun decide ke usrah..
Lepas bincang sedikit-sebanyak tentang satu working paper tu, Ustaz Ghani yang sentiasa tidak lokek mencurahkan ilmunya tiba dan without further delay, menyambung usrah kami pada minggu lepas dengan subtopik kedua bagi asas pertama dalam kitab 'Usul 'Isyrin tulisan As-Syahid Hasan Al-Banna, yakni Islam adalah Negara. Meh ana pastekan sket apa yang ada ek dalam Islam adalah Negara.
Islam adalah negara, sebagaimana yang diterankan oleh Mursyid adalah bermaksud bahawa Islam telah menyentuh hukum-hukum yang menitik beratkan persoalan negara. Islam bukanlah terbatas dalam lingkupan hubungan manusia dengan Allah, mala Islam juga menyusun hubungan antara sesama manusia, hubungan individu dengan jamaah, hubungan jamaah dengan jamaah yang lain. Jamaah ini pula memilih satu sistem siasah yang didokong oleh negara, manakala negara pula mempunyai seorang ketua yang dikenali dalam istilah fiqh sebagai imam atau khalifah. Islam telah menerangkan asas bagi sebuah negara, cara memilih khalifah, menerangkan hak individu terhadap negara, demikian juga hak negara terhadap individu. Dalam zaman moden ini, kajian dan perbincangan yang lengkap dalam persoalan negara dan hubungannya dengan individu adalah dibincangkan dalam undang-undang perlembagaan dan undang-undang perlembagaan adalah merupakan salah satu dari cabang undang-undang.
Negara (daulah) menurut pandangan Islam adalah negara fikrah, fikrah Islamiyah. Oleh itu daulah Islam adalah daulah fikrah bukan daulah qaumiah, bukan jenis dan bukan iklim.
Ketua negara dipilih melalui orang-orang Islam sesuai dengan syarat-syarat tertentu. Syarat-syarat ini tersimpul dalam dua sifat; kemampuan dan amanah. Tujuan perlantikan ketua negara ialah untuk melaksanakan syari'at dan membimbing menusia untuk melakukannya.
Kedudukan dan peranan individu dalam negara Islam amatlah menonjol dan berfungsi, tidak dipendap dan diabaikan. Individu adalah bertanggungjawab terhadap perjalanan negara agar tidak menyeleweng dan bertanggungjawab terhadap ketua negara agar beliau menunaikan kewajipannya. Atas dasar ini, individu adalah berhak mengawasi, memberi nasihat, memberi petunjuk dan mengkritik. Manakala pihak negara pula adalah bertanggungjawab terhadap individu, bertanggungjawab dalam memberikan jaminan hidup yang mulia kepada individu.
hmm setakat ni dulu ana nye entry kali ni. Dulu ana pernah kata yang ana akan bagi sahabat sahabiah ana kat sini baca satu cerpen yang ana suka kan?? hmm bacalah yang bahagian ni dulu yer.. sambungannya sabarlah menanti.. ehehe =P
Sumber: maqalah eLFIN eLIXIR
(SCIENEX05)
Bercinta… memang menyeronokkan… mengasyikkan… Siapa tak nak mencintai dan dicintai… Lebih-lebih lagi seorang insan dari keturunan Adam yang ketagihkan belaian seorng wanita… Memang benar jiwa lelaki mudah goyah apabila digoda wanita. Seringkali juga hati ini ingin dicintai tapi apabila melihat sahabat-sahabat yang dahulunya sentiasa menjaga hubungan dengan Allah, qiamullail, sentiasa berjemaah di masjid, kini qiamullail entah ke mana disebabkan bergayut hingga lewat malam. Biasanya apabila azan berkumandang, terus menuju ke masjid solat berjemaah tapi kini terpaksa melayan telefon dari si dia. Dahulu, selalu rindu untuk mendengar kata-kata ilmu daripada ustaz di kuliyah-kuliyah agama, namun kini penerangan hadith dan cerita menarik yang disampaikan ustaz tidak lagi indah, tidak lagi menarik, malahan bertukar kepada yang begitu membosankan, indah lagi mendengar cerita ntah apa-apa daripada si dia… Hati Amar Haziq seringkali tertanya-tanya mengapa mereka boleh berbuat begitu sedangkan pada masa itu saudara seIslam di Palestin, Kashmir, Iraq, selatan Thai dan di negara-negara lain sedang menderita… Masjidil Aqsa masih lagi dirantai oleh Yahudi… Tidak terasakah oleh mereka yang mereka juga bertanggungjawab untuk membebaskan Masjidil Aqsa…?
* * * * *
Congratulation!!!
Semoga kerjayamu itu menjadi ruang
untukmu menggapai impianmu…
- Syirah -
* * * * *
Haziq hanya memerhati rakan-rakan seusianya mencari barang-barang yang boleh digunakan di bawah timbunan runtuhan rumah-rumah mereka. Dia cuba bangun untuk menyerta rakan-rakannya itu namun, kakinya terasa amat sakit selepas diterajang oleh tentera Yahudi. Dia tidak tahu kenapa pada hari itu dia sangat berani menghalang tentera Yahudi daripada meruntuhkan kediamannya walaupun usianya baru tujuh tahun. Haziq memandang ke atas, memerhati awan yang berarak indah… Dia teringat kata abangnya, Ikhwan, “Haziq, walaupun kita tidak punya apa-apa, tapi kita ada Allah Yang Maha Agung!! Lihat, langit tu, Allah jadikan ia tanpa tiang… Hebatkan Allah?!” Haziq tersenyum. Air matanya menitis. Dia tidak tahan lagi menanggung rindu pada abangnya. Sudah berminggu-minggu abangnya tidak pulang. Biasanya Ikhwan akan pulang bertemu dengannya seminggu sekali. Hanya Ikhwan sahaja keluarga Haziq yang masih hidup. Ayah dibunuh oleh Israel selepas beberapa minggu keluar dari penjara. Tangan kiri ayah tidak boleh berfungsi akibat disiksa teruk semasa berada di dalam penjara. Namun begitu, tetap meneruskan perjuangan sehingga syahid. Apabila Haziq bertanya mengenai ibunya, abang Ikhwan mengatakan peristiwa itulah yang membakar semangatnya kerana ibunya disiksa sebelum dibunuh di dalam rumahnya sendiri setelah pekerjaan ibunya menghantar makanan kepada penjuang Hamas terbongkar. Semasa askar Yahudi tersebut mencerobohi rumahnya, ibunya cepat menyuruh Ikhwan membawa Haziq yang pada ketika itu baru pandai berjalan, lari melalui terowong bawah tanah.
Sebelum melarikan diri, Ikhwan sempat melihat ibunya disiksa. Dia ingin membantu tetapi dia tahu bantuannya hanya sia-sia. Terowong itu juga digunakan oleh ayah untuk pulang bertemu mereka sekeluarga. Abangnya yang lain, semuanya menyertai Hamas dan telah pun syahid. Abang Ikhwan kata mereka mempunyai seorang kakak yang cantik tapi kakaknya itu telah melakukan amaliyyah istisyhadiyyah selepas beberapa hari pemergian ayahnya. Air mata Haziq mengalir dengan lebih deras. Hatinya tertanya-tanya adakah abang Ikhwan telah tiada??? Lamunan Haziq terhenti setelah terdengar suara yang amat dirinduinya.
“Abang…!” jerit Haziq sambil terhincut-hincut berlari mendakap abangnya.
“Abang ke mana?”
“Abang dipenjarakan sayang…” Ikhwan mengusap kepala adiknya lembut.
* * * * *
