Friday, December 28, 2007

Yaasin untuk Sahabat

Dapat menghadiri usrah adalah satu kepuasan bagi saya. Tak kiralah usrah jenis apa. Sama ada dengan ustazah, atau kakak senior mahupun ustaz. Saya akan rasa enjoy!

Usrah yang sangat dirindui ialah usrah bersama ustazah. AlhamduliLlah selama satu semester tidak dapat dilaksanakan, akhirnya, semester baru ini kami berpeluang bertemu semula.

Di kesempatan yang jarang-jarang dapat berusrah ini, ustazah kongsi bersama-sama kami pengalaman beliau berukhuwwah dengan sabahat sejamaah ketika di bangku UM dahulu. Cara sahabat beliau menghargai sahabat begitu berbeza sekali.

Sahabat ustazah kerap bertanya kepada mereka semua tarikh ulangtahun kelahiran. Perkara ini membuatkan mereka tertanya-tanya. Memanglah ia bukan merupakan satu keganjilan yang besar tetapi bila terlalu acap, hairan juga mereka.

Akhirnya, setelah disiasat, masing-masing dilanda keterharuan yang amat. Kenapa? Sahabat tersebut rupa-rupanya menghadiahkan bacaan Surah Yaasiin buat mereka semua di hari lahir mereka. Itu cara beliau dalam menghargai dan mendoakan sahabat.

Anda bagaimana? Sukarkah jika hanya mengucapkan ungkapan 'Selamat Hari Lahir, sahabatku'? kadang-kadang, usahkan ucapan, ingat pun tidak. Hehe. Ini memang teruk sangatlah ni. Kenalah muhasabah balik, 'benarkah aku sahabatnya?' 'Benarkah aku anggapnya sebagai sahabat'? 'Layakkah aku menjadi sahabatnya?'

Hmm... tanya diri sendiri.

5 comments:

CerminDiri said...

salam kehidupan,

kenapa?....dah sampai tarikh lahir ke untuk kami ucapkan selamat hari lahir kepada anda?...

hakim dirani said...

Saya suka cara itu. lepas iniboleh lah saya buat.

Nurul 'Izzah said...

pernah gak terasa hati bila sahabat baik lupa tarikh lahir kita..tapi biasala, manusia kan memang mudah lupa..=)

p/s: ni masuk cc jap, penat weh!huhu

SoalHati said...

dah lepas la cermin..tapi boleh juga kan kita doakan hehe...

wani, jangan ambil hati sangat. bila orang yang kita sayangi tak wish, mungkin ada sebab2nya..tapi kalau dah banyak kali, senang aje, tak yah wish utk dia hahaha...(jahatnya..)

syauqah-el-wardah said...

Cermindiri,
birthday saya dah lepas seperti kata Nurul Ain Kamaludin.. ^_^ tahun depanlah pula kalau panjang umur.

hakim dirani,
Pelbagai cara, berbagai-bagai gaya. Tapi dengan rasa yang satu; 'Aku sayang sahabatku kerana Allah SWT'.

'izzahulfah,
huuu Izzah. jangan memberi harapan terlalu tinggi.. (cewah! macam ayat nasihat cintan cintun je.. ;p)

cahaya mata kemuliaan agama,
(panjang bebeno aih nak naip nicknye.. ;p)
wani sekarang dah tak kisah pun orang ingat atau tidak birthday wani. memang selama ni pun tak ramai yang ingat. tapi dengan sebab itulah wani lebih menghargai orang yang ingat birthday wani sebab ia adalah sesuatu yang jarang wani dapat rasa.. hehe (^_^)