Sunday, February 03, 2008

Tiada erti 'weekend' untuk pejuang!

BismiLlahirrahmanirrahim

Salawat dan salam buat junjungan mulia RasuluLlah SAW.

AlhamduliLlah, hari ini saya berkesempatan mencoret sesuatu di blog saya ini. Telah banyak kali saya ditanya, "wani, bila nak update blog?" Ini adalah masalah saya. Saya selalu saja online, tapi untuk update blog saya sendiri saya rasa tak sempat. Saya rasa terlalu banyak bahan dan blog-blog lain yang perlu saya lawat dan baca. Mungkin saya masih belum hadam 'Erti Hidup Pada Memberi.' Hmm..?

Weekend terlalu sibuk dengan tugasan sebagai petugas Islam terutama menjelang PRU_12 ni. Melihat teman-teman berpeluh lenjun sudah cukup meletihkan pandangan, inikan pula diri yang merasa. Tapi ianya manis bila sinar purnama itu semakin kelihatan.

Masuk kelas, keluar kelas. Masuk kelas tuition, keluar kelas tuition. Makan di cafe, masuk masjid, pergi kulliyyah agama. Di semua tempat bercakap tentang pilihanraya ke-12 yang semakin hampir. Hatta couple yang duduk di cafe pun bercakap tentang topik ini. 'Ada juga political awareness dalam diri diorang. Ingatkan duk cakap tentang hati je..' ;-p

Kelakar bila tengok situasi sekarang. Mainan gurauan Pak Lah. Kempen UMNO, kempen PAS. Semuanya buatkan saya seronok dan ketar. Kenapa ketar? Sebab saya takut yang haq kalah. Tapi ust Nasharuddin Mat Isa ada sebut, "PAS tidak kalah, cuma belum MENANG." Hmm..?

Saya sempat bertanya kepada beberapa makcik dan pakcik yang pada ketika itu ringan pula mulut saya nak bertanya.

Saya: Makcik rasa-rasa pilihanraya kali ni macam mana? Makcik nak bagi peluang pada PAS kah?
Makcik 1: Makcik memang dari dulu lagi sokong PAS. Biarlah tak menang pun, makcik tetap akan jalankan tugas makcik sokong Islam. Keputusan tu nanti pada Allah SWT. Kita dah buat kerja, kita doalah. Tawakkal.

Saya: Makcik & pakcik rasa-rasa pilihanraya kali ini macam mana? Makcik nak bagi peluang pada PAS kah?
Makcik 2: Hmm tu makcik taktau lah, nak. Tengoklah macam mana nanti. Undi tu rahsia.

Pakcik 1: Pakcik tengok dulu. Pakcik kerja dengan kerajaan dah lama.

Makcik 3: Makcik kerja kat SPR dah 25 tahun. Makcik anak saudara pada Dato' Hassan, bekas Menteri Besar Selangor dulu. Faham-faham saja la ye. Terima kasih lah. Makcik dengan semua anak-anak makcik.

Hmm.. demikianlah beberapa respon yang sempat saya coretkan di sini. Anda fikirkan adakah anda ingin menjadi Makcik 1? Atau Makcik 2? Atau Pakcik 1? Atau Makcik 3?

Huh... pertama kali saya nak mengundi ni. Harap-harap nama saya ada dalam senarai pemilih ketika hari pembungan undi PRU ke-12 nanti. Semak di SPR sekarang ada, cuma takut-takut tak ada bila tiba hari tersebut.

Undi saya? Kata Datuk Siti Nurhaliza, "Biarlah rahsia.." hihi (^_^)

6 comments:

simpleshida said...

salam perjuangan buat adikku!!
wah..wah.. begitu semangat ni..
biarlah rahsia.. ayat last tu.. membuatkan si pembaca smile sokmo..

bukan mudah nk berjuang.. apetah lg ats dasar DAKwah ni..
mmg seperti GEnggam bara API..
namun.. siapa lg yg nk syumulkan kembali ISLAm..?siapa lg yg nk berpesan-pesan..? pada sahabat...adik-adik kita..?
kalau bukan kita sebagai dai'e muda ni..

so.. pada sahabat yg tak kira di mana jua kita berada.. sama-sama menjadi PENdokong bukan hanya MENdukung...bukan hanya penYOKong lesu..

ups.. dh jd aktivis ni..ehhee..
ila hazwani.. moga terus tabah..cekal melalui segala ranjau fatamorgana..

kak sokmo support dik..
la tahzan.. kita doa pada Ilahi..
moga ALLAH tolon pada insan yg perjuangkan ISLAm..

takbir..!! ^-^

Awan Badai said...

Tengok link kat side bar, geng2 UIA je tuh.

Ni mesti budak UIA jugak.

Macam ku kenal kamu...

banggugar said...

salam,

bukan kata untuk cuti hujung minggu.. bahkan rehat dalam sehari pun tak cukup.. itulah pejuang..

(",)

Anonymous said...

dapat kat legal unit entry ni..habes la..huhu..

syauqah-el-wardah said...

kata Azlan Zainal pada TNC, "Bodohlah TokPa kalau bagi kebenaran pada mahasiswa untuk mengundi, tapi tak diberi peluang untuk belajar politik, ambil tahu keadaan semasa tanah air sendiri.."

syauqah-el-wardah hanya mengambil tahu dan sembang-sembang dengan orang awam hal-hal politik ni di luar. saya rakyat Malaysia yang sedar hak saya sebagai warganegara; mengikuti perkembangan tanah air saya.

hehe

CerminDiri said...

salam kehidupan,

bukanke mahasiswa sana kena tekan ke?...rehat pejuang hanya di waktu tengah perjalanan sahaja.