Tuesday, December 04, 2007

BERSEMANGATLAH, WANI !!

Assalamu'alykum warahmatuLlahi wabarakatuh

BismiLlahir rahmanir rahim. Selawat dan salam buat junjungan mulia Muhammad SAW yang dikasihi lagi dirindui.

Syukur, alhamduliLlah saya terpilih menerima ujian kali ini. Semester ini menjadi satu sejarah dalam hidup saya di Taman Ilmu dan Budi ini.

Teringat kepada nukilan hati adik saya, Ili Raihana dalam do'anya buat saya sempena ulangtahun kelahiran saya. Petikannya, "... Ya Allah, berikannya ujian agar dia sentiasa hampir dengan-Mu..."

Terima kasih, adikku sayang atas do'amu. Benar terharu nurani kakak mengamati nukilan do'a ikhlasmu. Ujian akhirnya datang menyambut kakakmu setibanya saat tabir semester ini dibuka. AlhamduliLlah.

Sungguh. Ujian itu bisa membuatkan kita hampir dengan-Nya. Kerana apa? Kerana dalam sudut hati kita, kita hanya mengakui bahawa hanya Allah SWT sahajalah segala pergantungan, dan segala pengharapan. Tawakkal dan redha hanyalah pada-Nya.

Fikiran yang waras dan kesediaan menerima segala ketentuan sangat diperlukan sebelum memulakan pengajian semester ini. Semangat yang jitu dan tinggi untuk melakukan LONJAKAN begitu ditagih!

Saya tahu saya mampu lakukannya kerana saya pernah kecapi kejayaan itu suatu masa dulu. Dan saya tahu saya mampu lakukannya sekali lagi!

Benar kata orang, bila diuji baru kita sedar.

Saya perlu jadi pelumba lari yang perlahan pada permulaannya, tetapi melakukan PECUTAN sehingga MENANG dan BERJAYA di penghujungnya! Tapi nasihat saya kepada sahabat yang lain, jangan jadi macam saya. Sahabat perlu berlari kencang sejak permulaan sehingga akhir.

NUR HAZWANI HAMID tahu, DIA MAMPU LAKUKANNYA.

NUR HAZWANI HAMID TAHU, DIA AKAN MENANG!

Saya akan MENANG!!!

AMEEN...

Tolong do'akan saya juga ya. Terima kasih.


nur hazwani hamid
awal sem 2, 2007/2008
taman ilmu dan budi

19 comments:

Anonymous said...

Good luck Wani... sentiasa jelas dengan apa yang Wani mahu... then go for it no matter what!

Anonymous said...

wani.. kiter pun tgh sedih gak ni.. takpe2.. insyaAllah kita sama2 wat pembaharuan utk sem ni.. tingkatkan azam n usaha.. InsyaAllah Allah akan bantu kalau kita bersungguh-sungguh!!

Anonymous said...

InsyaAllah nt mampu lakukan.

KEJAYAAN bermula apabila seseorang menetapkan apa yg diinginkan dan berusaha utk mendapatkannya!

Moga beroleh manis diakhir perjuangan. :)

Anonymous said...

bersabar la wani,akram pun sama gak..dh jatuh bergolek2 baru nk sedar diri..tp alhamdulillah,Allah still bg masa utk kita bangun smula & btulkn segalanya..harap2 ni pengajaran yg amat berguna kepada kita berdua..kita doakan kita sama2 ek. ;]

CerminDiri said...

salam kehidupan,

ujian......warna-warni kehidupan. tiada nikmat hidup tanpa ujian. ujian juga menyedarkan kita erti nikmat kehidupan.

syauqah-el-wardah said...

Insya-Allah. Ameen.

Terima kasih atas kata-kata perangsang daripada sahabat-sahabat semua.

Insya-Allah, KEJAYAAN milik kita yang berusaha, dengan izin-Nya.

Bila diuji, itulah NI'MAT sebuah ujian.

RAHMAT UJIAN.

simpleshida said...

salam perjuangan buat adikku yg disayangi..hihii..

tirai lama nan usang.. disimpan rapi..
kini.. singkap jendela baru..
so..mulakan kehidupan yg lebih indah..lebih baguss lagi bah..hihi

‘tiada kesusahan jika dipermudahkan Allah
tiada kegelisahan bila mengingati Allah
tiada tekanan bila Allah di sisi
tiada kesunyian bila Allah di hati
tiada kekurangan bila Allah sentiasa mencukupkan’
“Ya Allah,
berikan kepada kami rasa takut kepadaMu yang akan menghalang kami derhaka kepadaMu.
Dan anugerahkan kepada kami ketaatan
yang akan menyampaikan kami kepada syurgaMu
dan keyakinan yang akan menjadikan kami
merasa musibah dunia menjadi sangat ringan

moga tabah hati tak berbelah bahagi,
sehati sejiwa dulu, kini dan selamanya..
Istiqomah di jalanMU …
InsyaAllah

salam MOtivasi..
salam mumtaz abadan abada..

Anonymous said...

akak sayang...~
jangan pernah berputus harap ye...
adakalanya kita akan kecewa, tp redha perlu ada.. persiapkan diri utk menjadi insan yang tabah dan kuat...
(nasihat utk diri ili jugak sbnrnye...)

'nak sangat ke gombak, nak jumpa akak n kak izzah.. rindu sgt... the best sisters i've ever had... tak jumpa lagi pengganti kat kuantan ni...uhu...~ '

SoalHati said...

bersemangatlah wani!!!:)

Nurul 'Izzah said...

"Ujian adalah tarbiyyah dari Allah..apakah kita kan sabar..ataupun sebaliknya.."

Kata-kata ini buat diri ana juga..nti patut bersyukur sebab ana lagi teruk dari nti =)

Aja! ^_^

p/s: pasni kita beli yogourt yg macam malam td lg deh? kiki :p

abdul hayyi said...

kuatkan semangat :-)

syauqah-el-wardah said...

Thanks to all!

Ili,
tak kisahlah siapa yang ziarah siapa dulu ye? hehe.

Akram, Ain, Izzah,
Sama-sama doa deh.

Hayyi,
Terima kasih memantau ana dari maya. hehe. Selamat menjalankan taklifanmu. Nak minta tolong ana dan Izzah, boleh je. Kan Izzah kan? =P~

Nurul 'Izzah said...

hoho...insya Allah :p

ai..habih pakat amik template dari Final Sense hehe hihi :p

Nurul 'Izzah said...

blog ana xde pun kat 'capaian maya'.dok aci.

Anonymous said...

Semangat2! Lama tak menjengah blog kak wani.

syauqah-el-wardah said...

Izzah.. ana dok dang laa.. jap ana masukkan yer.. jangan majuk deh

Nurul 'Izzah said...

yuhuu...sesi merajuk @ provokasi berjaya! :p

wani, tambah widget lain plak hihi :D

Nurul 'Izzah said...

Cik Wani..

update plezz..luahkan bakat penulisan yg terpendam tu..jgn biar dia camtu jek..cian dia :p

Vann said...

Bittawfiq...Wannaja7