Tuesday, July 31, 2007

TeRiMa KaSiH

Assalamu'alaykum warahmatuLlahi wabarakatuh

Tak tahu pun yang blogspot boleh update di lab HS. So, lepas ni saya akan selalulah ke sini.

Meniti hari-hari selepas buka semester 1 ni, penuh dugaan yang menggugat ketenangan dan ketetapan hati. Digigit dengan kesibukan tugasan dan diasah dengan pelbagai dugaan perasaan yang saya harap tidak meregangkan atau mengeruhkan kejernihan ukhuwwah antara saya dan sahabat-sahabat seperjuangan.

Saya cuba untuk berlaku seperti biasa, namun kadang-kadang apa yang kita harapkan tidak kita peroleh. Sayang kita dan keikhlasan kita jarang-jarang dapat dirasa oleh sesetengah orang. Cukuplah ia sekadar dalam doa. Sayang dan ikhlas itu saya kongsi bersamaNya dalam doa yang dititipkan.

Menghadapi liku-liku awal semester ini, tidak seperti semester-semester sebelum ini. Banyak peluh dan air mata yang tumpah. Tapi tidak terluahkan.

Kenapa sukar dimengertikan gejolak rasa dan bentuk tekanan yang kita hadapi. Bukan kecil, tapi besar pada diri saya. Pada nilaian mata orang yang melihat, pastinya tidak seperti kita yang merasa dan menanggung. Rasa nak lari daripada semua ini. Tumpukan pada study dan tugasan. Abaikan cakap-cakap orang. Lupakan semua yang menyakitkan.

Mudah. Sangat mudah ungkapan itu terlontar dari bibir-bibir yang mendengar ceritera ini. Tapi, hati dan diri yang menanggung siapa tahu? Allahu a'lam.

Kenapa susah untuk mengerti? Aku ingin kembali seperti dulu. Menikmati ranjau perjuangan dengan kemanisan ukhuwwah dan kebersamaan.

Ya. Ini ujian untuk seorang Nur Hazwani. Moga Nur Hazwani ini kuat dan semakin kuat bila dihentam dengan semua ini.

Allah, bagi kekuatan pada diri wani. Pada Allah segala pergantungan. wani tak larat lagi. Allah yang Maha Kuat, kuatkan hati dan diri wani...

Faiza 'azamta fatawakkal 'alaLLah

6 comments:

simpleshida said...

ALLAH xmembebani seseorang melainkan sesuai dgn kesanggupannya…- AL BAQARAH 286

adik kak kena kuatkan smgt ekk..
jgn give up deh!!..

jatuh bangun.. pasang surut..
kadangkala di ats.. di bwh..
jika sering dipuji.. namun sebaliknya ade juge tempias dari bidasannye..

anggap semuanya cabaran..
rahmat ujian..dariNYA..

as alwizz kak remind..
dik kena balance study + program..
mmg both aulawiyat.. but kena bijak manage time..

huhu.. windu kak dik pulak ni..
ala kullihal..
keep up ur work dik..
la tahzan.. insyaallah..
ubat segala duka.. sujud padaNYA..

kite doa+mUnajat same deh..
moge dipermudahkan segala urusan
ukhrawi wa duniawi..
amin..amin..amin..

sayang dik sOkmO -------<@

syauqah-el-wardah said...

jazakiLlah, kak..

wani sayang akak juga.. ^_^

Anonymous said...

Assalamu'alaikum wrt wbt

Wani,sahabat yg dikasihi kerana Allah.

Moga diri dan hati nt sakinah dan wal'afiat hendaknya.

Meneliti baris-baris luahan hati nt, ana seperti menafsir sesuatu. Ana mengikuti perjalanan nti di taman ilmu ni, adakalanya ana juga turut merasa lelah dengan hanya memerhati kelibat nt disana sini.

Taklifan, amanah, tanggungjawab semua bergabung dalam satu. Ana kagum melihat nti boleh seperti sekarang, bukan mudah mencanai masa dengan sebaiknya.

Perkara yang perlu dan harus buat lebih banyak dari masa yg ada. Tapi, 24 jam itu terlalu cukup andai kita bijak dan pandai dalam mencanangnya kan.

Penat,lelah dan airmata sudah lumrah dalam perjalanan hidup seorang yang meniti tangga-tangga mujahidah dan serikandi. Harus diingat, semuanya perlu balik kepada yang terdetik dihati, niat. InsyaAllah kita akan gembira dan begitu selesa dengan apa yang kita buat andai mutiara ikhlas, sabar dan reda itu bertapak dihati.

Moga nt dikurniakan tenang dan kemudahan dalam segala yang dilakukan. Teruskan perjuangan!

syauqah-el-wardah said...

AF, 'alykumussalam wrt abt

JazakaLlahu khairun jaza' atas kata-kata pemangkin semangat dari sdr.

Kerana tujuan utama yakni perjuangan Islamlah yang membuat ana masih terus berdiri di atas jalan ini. Bukan penat. Bukan letih. Bukan lelah. Bukan juga bosan bekerja di jalan ini, tapi sedikit luluh menghadapi bermacam ragam mu'min di dalamnya.

Semakin kita ingin terus berjuang dan bersemangat, semakin kita diuji dengan dugaan dan cabaran.

Dan ana terpilih untuk berhadapan bukan dengan bebanan atau longgokan taklifan yang tergaul sebati, tetapi ujian manusiawi terhadap sanubari ana.

Ya. ana akui, ana tewas kali ini dengan ujian sebegini. ana lebih kuat berhadapan dengan banyak tugasan, tapi yang 'satu' ini, ana gagal.

Namun, berkat doa insan-insan yang menyayangi ana, insya-Allah, mutiara-mutiara semangat yang tergugur di tengah jalan, sedang ana usaha cari dan kutip satu persatu. Mungkin mengambil masa yang agak lama, tapi insya-Allah kerana niat liLlahi ta'ala, ana akan terus bekerja atas jalan ini..

Moga ana istiqamah dan tegar serta betah menghadapi semua ini.

Sama-sama kita impikan senyuman Allah pada kita.

waLlahu ta'ala a'lam

.: Cahaya_Anugerahku :.

Anonymous said...

Assalamu'alaikum wrt wbt

Moga cahaya yang dianugerahkan Allah swt ini sentiasa bersinar dan bergermelapan hatinya dengan untaian istiqamah dan mujahadah.

'Ujian' yang mengetuk sanubari? Nti berbicara mengenai permintaan hati dan sanubari atau berbicara mengenai rasa-rasa hati yang sakit akibat ragam manusia?


Tsabat,sabar, redha dan mujahadah diri, itu yg seharusnya dipraktikkan.bagaimana? terlalu banyak tariqahnya.Bukan mudah untuk 'menelan' rasa yang tak kepalang sakitnya akibat ragam manusiawi..susah, sukar dan lelah kita dibuatnya. Adakalanya terfikir, 'kenapa diaorg tak fikir mcm kita'..

Andai nak diambil kira semuanya, terlalu banyak ruang hati orang yang perlu dijaga, bagaimana pula sanubari dan hati kita yang diasak hebat bagai nak meletup dibuatnya? Pendam dan pendam rasa sakit itu. Amat susah sahabat, untuk menjadi yang terbaik dalam erti kata membuatkan kelibat dan susuk kita ini disenangi orang. Amatlah payah.

Cara yang mungkin boleh dikongsikan bersama setiap kali nti merasa ujian 'sanubari' nti bertamu adalah "istiqfar"...beristiqfarlah..insyaAllah nti akan merasakan nikmat yang amat salju..seperti air sejuk yang jatuh menitis di atas kapas..MOga nti berusaha dan berjaya merasai nikmat itu!..insyaALLAH..

Moga kita sama-sama dikurniakan kekuatan untuk melakarkan senyum ketika ujian-ujian hati,sanubari dan diri menjegah..insyaAllah itulah juga modal kita untuk pelaburan senyuman Allah disana.. :)

Wallahu'alam.

syauqah-el-wardah said...

syukran..

bukan permintaan, tapi asakan ragam manusia..

terima kasih.

"Rahmat Ujian.."