Thursday, June 07, 2007

Catatan di Hujung Musim 3

Assalamu'alaykum warahmatuLlahi wabarakatuh.

AlhamduliLlah dan salawat kepada junjungan Kekasih yang dirindui, Nabi Muhammad SAW.

Syukur yang tidak terhingga dapat melalui semester 3 kali ini. Semester 3 lepas, saya berada di Ardul Kinanah mencari nafas dan semangat baru setelah mengalami kejutan berada di alam baru, UIA Gombak. Mencari nafas dan harapan kepada sekeping hati yang dirasakan terlalu lemah menerima cubaan dan dugaan. Menghadapi hakikat hidup mengundang luka di hati.

Pasti ada yang memandang enteng 'entry' saya kali ini. "Bercakap soal hati lagi. Ketepikan masalah hati. Pejuang tak boleh terasa terasa hati ni."

Tapi bilamana ungkapan begitu diucapkan, tanpa kita sedar, memang ada hati-hati baru yang dilukakan. Maka bertambahlah lagi hati yang terluka, dan bagi yang telah berparut hatinya, boleh berdarah kembali.

Namun, mengenangkan ungkapan tersebut ada benarnya, dan keluar dari bibir 'orang atasan' yang pastinya dihormati dan lebih daripada orang bawahan dari segi amalan dan kepimpinan mereka, nak tak nak, kata-kata itu ditelan walaupun pahit dan terasa hati. Hati cuba untuk dirawati.

[Entry saya kali ini tidak tahulah sepanjang mana. Saya rasa nak tulis sesuka hati saya (tapi insya-Allah masih dalam batas-batasnya).]

"Kerana Allah!"

Barangkali ungkapan inilah yang menjadi pemangkin semangat mereka yang masih istiqamah di atas jalan perjuangan ini. Soal terasa hati diketepikan kerana perjuangan ini adalah kerana Allah SWT, bukan kerana manusia yang dicipta.

Konsep persaudaraan dan Adik Beradik dalam persatuan adalah bertujuan untuk mengikat hati-hati para pejuang untuk lebih kuat dalam melaksanakan amanah untuk Islam. Benar. Sungguh benar. Hati menjadi kuat dengan sokongan Adik Beradik.

Satu corak kehidupan berpersatuan yang bagus untuk dipraktikkan. Betul. Kehidupan dalam persatuan adalah umpama kehidupan berkeluarga, masing-masing mengenali anggota keluarga, saling mendamaikan dan mententeramkan jiwa setiap ahli keluarga. Adik Beradiklah menjadi tempat berkongsi cerita dan masalah selain ibubapa yang pastinya sibuk melaksanakan tugasan untuk manfaat anak-anak mereka.



8 comments:

CerminDiri said...

salam kehidupan,

siapa kata hati tidak penting sedangkan semua bentuk ibadah kita hanya akan dikira dari hati yang ikhlas. hati juga.....

Anonymous said...

mcm pernah ku lihat wani sdg m'update blog, tapi di mana ya? hehe :p

Sunan_Jati said...

assalamualaikum... heheheh!

Ibn Salim said...

bilakah akan terbit sambungan entri ini? :-)

Anonymous said...

'adik beradik'lah pembina semangat di kala hati jatuh luluh..;)

http://wwwhalawah.blogspot.com/

banggugar said...

salam,

wah!..

selamat merehatkan diri dengan kewajipan tidur tu..

hehehehe
(",)

syauqah-el-wardah said...

saya minta maaf. saya akan sambung entry saya ni lepas ni ye. walaupun selalu duk depan PC tapi tak sempat nak menaip sambungan ni dan update blog terus...

minggu depan insya-Allah ada sela masa untuk update ni..

Awan Badai said...

......

(speechless)