Saturday, June 02, 2007

Membunuh Peminat

Assalamu'alaykum warahmatuLlahi wabarakatuh

Pertemuan tidak dirancang dengan Sdr Amin Idris memberi satu tekanan pada saya. "Jangan membunuh peminat. Setakat ni Abg Amin masih belum terbunuh."

Aduh. Pesanan yang hampir membunuh saya. Tu ayat ingatan ataupun boleh dikatakan amaran oleh insan terkenal ni menyentuh perihal 'update' blog. Bukan nak membunuh, tapi tak nak diri terbunuh dengan mengikat perut berjimat semata-mata untuk selalu 'update' blog di CC. (Lab tak boleh update blog lah, abg Amin)

Ok. Cukuplah bicara bab 'update' blog ni. Cuma saya harap, pelawat atau pengunjung blog saya yang hina dina ni, tak 'terbunuh' sebab jarang di'update'. Cubalah fahami keadaan diriku...

25-27hb Mei, saya berpeluang jadi fasilitator di Maahad Ahmadi, Gemencheh, Negeri Sembilan. AlhamduliLlah, semuanya berjalan lancar pada zahirnya. Tapi kalau orang tahu kisah disebalik tabir, mahu sahaja diketawakan kami. Mana tidaknya, modul untuk keesokan hari baru dibincangkan pada malam sebelumnya. Aduh. Mujur dalam ramai fasilitator dan urusetia yang menyertai kem tersebut memiliki kebolehcekapan membuat keputusan segera dan kreatif serta berpengalaman. AlhamduliLlah.

Mulanya, agak terkilan juga sebab beberapa masalah yang timbul di saat akhir sebelum saya bertolak ke Negeri Sembilan. Pertemuan dengan Sdr Amin juga sedikit sebanyak (banyak sebenarnya) menggugat keputusan saya untuk ke Maahad Ahmadi sebab RK Training (milik bersama Amin Idris, Ahmad Fadzli Yusof dan sahabat) juga akan mengadakan program serupa. Tapi memikirkan ada misi yang perlu saya laksanakan di Maahad Ahmadi, membuatkan saya kembali tsabat dengan keputusan saya yang pertama. Banyak yang saya pelajari lewat program sulung (dan mungkin tunggal) bersama RK Training satu masa dulu. Bicara kami petang lalu berjaya me'recharge' semangat saya dalam urusan tarbiyah ini. Syukran. Jazakallahu khairan jaza' buat Abg Amin (dan kakRos yang ajak wani teman akak tempoh hari).

Mendekati manusia dengan hati
"Saya kena handle slot muhasabah. Saya kena jadi biro disiplin."

Aduh. Bagaimana pendekatan yang terbaik ni? Dalam mesyuarat pertama dahulu, diputuskan pendekatan kasar dan keras yang akan digunakan (yang terdiri daripada dua fasa; 1.runtuh dan 2.bina). Tapi bila menghadiri ceramah Ustaz Hasrizal Jamil (saifulislam.com) awal minggu lalu dan kemudian membaca tulisan beliau di saifulislam.com, ditambah pula bicara Abg.Amin petang tu, buatkan saya di dalam dilema (tingginya tahap bingung saya ketika itu..huuu).

"Gi mana ni....???" (Ada students Indon masuk CC sekarang dok cakap-cakap, jadi terikut pula.)

Esoknya, sampai di Maahad Ahmadi, "Adik-adik ni tak lah nakal sangat pun. Baik je. So, guna pendekatan hati ke hatilah. Mendekati manusia dengan hati. Insya-Allah. Allah, bantu kami mentarbiyah adik-adik ini. Bukakan hati mereka untuk terima tarbiyah ini. Tunjuki dan pandulah kami dalam urusan ini. Ameen". Monolog saya di dalam hati.

Akhirnya, alhamduliLlah. Ada adik-adik yang menitiskan air mata di akhir program. Program yang tidak menekan mereka, memberi kelonggaran dari sudut masa, banyak aktiviti fizikal (layaklah untuk mereka yang suka beriadah) dan melayani mereka dengan ikhlas.

"Adik-adik yang disayangi, kita jumpa lagi ye lepas ni. Insya-Allah, kak akan ke sana lagi."


-AlhamduliLlah. Minggu ni dapat pergi usrah wada'. Mesti Baca! "Wabak Sepanjang Jalan". Semoga kami tetap di jalan ini. Jauhkan kami daripada tersasar.


-Allah, mudahkan urusan 'kami'. wani takut dengan cabaran yang mungkin menanti di hadapan. jadikan kami tabah andai onak yang akan kami tempuh kelak. namun, ya Allah, wani mohon, dan kami mohon, mudahkan urusan kami... pada Allah jua kami pasrah, bergantung segalanya, dan kami bertawakkal pada-Mu, Allah...


Semester 1, kunanti dengan degup degup debaran.

9 comments:

SoalHati said...

wani...kenap penuh debaran nak masuk sem 1 nanti?apapun, hope wani dapat lakukan amanah sebaiknya...jaga hati insan sekeliling...

Anonymous said...

Sokong kata-kata cahaya mata kemuliaan agama..

CerminDiri said...

salam kehidupan,
setiap perkara ada cabarannya.
jangan kita memulakan langkah jika kita enggan menerima cabaran langkahan tersebut.

syauqah-el-wardah said...

AlhamduliLlah. masih ada yang tidak 'terbunuh' dek kelambatan saya update blog ni.

Syukran atas nasihat semua.

Kenapa penuh debaran melangkah ke sem 1 nanti?
Diriku bakal digigit taklifan-taklifan besar. Banyak peristiwa yang akan dilalui.

Penuh ketakutan dengan tempoh tugasan sebagai exco yang hampir tamat, tapi hasil yang disumbangkan masih kurang. Objektif dan matlamat yang disenaraikan di awal tenure masih belum semua yang terlaksanakan.

Oh, bagaimana ni...! 'Usiaku' sudah hampir tamat!


(kalaulah kita dapat praktikkan hal ni dalam hidup kita.... )

SoalHati said...

baguslah kalau wani rasa macam tu...yang penting dari sekarang kita usaha lakukan yg terbaik..minta tolong pd Allah sungguh2...sa...yang wani!

Anonymous said...

Wani jangan kecik hati. Maafkan Abg Amin kalau perkataan 'membunuh' itu mengguris hati.

Sbg alternatif, Abg Amin bagi tip bagaimana nak update blog pada masa sama jimat duit :)

1. Biasanya kita byk menghabiskan di cc krn menaip utk update blog. Oleh itu, Wani taip awal2 di pc kat bilik

2. Kemudian paste sahaja bila masuk cc.

3. Bila dh paste + hias sikit2 + re-check, pastu blah. Tak sampai 1/2 jam bukan?

syauqah-el-wardah said...

Aduh deh abgAmin, wani sikit pun tak terguris hati dengan kata-kata abgAmin tu bahkan termotivasi la pula.

k thanks ya atas tips tu ^_^

Azree MH said...

Hehe. Abg Amin ni. Patut kena tunjukkan kuasa magnetik anda. Ingat lagi apa Puan Ainon kata kalau nak mempengaruhi orang lain.

Puji2 dulu, baru minta.

Anonymous said...

Azree MH...

Wani memang dah terkena kuasa magnetik saya :)