Wednesday, October 05, 2005

F S T P

Assalamualaikum warahmatuLlahi wabarakatuh

Salam Ramadhan buat semua..

Jumaat ana bertolak ke Ecotouria Resort (betul ke ejaan ni?) mengikuti Fasilitator Skills Training Program yang dianjurkan oleh Guidence and Counseling Club, MC IIUM ni lah..

Perjalanan yang agak lama dan jalan yang berliku-liku tu sedikit membuatkan ana tidak keruan rasa. Pening dan segala macam rasa. Rasa macam nak terkeluar isi perut..huhu tapi alhamduliLlah ALLAH undangkn kantuk pada ana. Jadi dapatlah kiranya ana 'berehat' sebentar dari rasa loya tu... dan dapat lah juga ana rehatkan kepala yang tengah berserabut memikirkan masalah hati ana ni..

Sebelum bertolak ke sana, ana mohonkan semoga ana tetap dengan diri ana, sifat mahmudah subur dalam diri, dijauhkan sifat mazmumah, dan dihiasi diri dengan akhlaq mulia... insyaALLAH dan alhmduliLlah sekembali ana dari program tu, ana puas hati dengan diri ana di sana... cuma satu perkara yang ana tk dapat elakkan dalam mana-mana program... ya ALLAH, aku mohon perlindungan dari segala fitnah, ya ALLAH... padaMu segala pergantungan...

Program yang paling best ialah, JUNGLE TRACKING... jalan yang berliku, bukit kudaki, lembah kuturuni, sungai kuredahi... waaaaahhh!!! banyak yang kuperolehi.. Turun bukit dengan tali, minum air sungai (air sungai + garam) dalam buluh, makan umbut pisang hutan, makan buah koko, makan rambai hutan (memang lah rambai tu tumbuhan hutan kan?? haha).. tengok macam-macam jenis pokok yang unik-unik belaka dengan nama yang mestilah lebih unik.. SUBHANALLAH SUBHANALLAH SUBHANALLAH .. Banjaran Titiwangsa yang menjadi tulng belakang pada Semenanjung Malaysia kelihatan megah dan indah bangat berbalam-balam diselubungi awan gemawan putih suci.. sekali lagi hati berdetik, MASYAALLAH sungguh indah alam ciptaan Mu ya RABBI... hidup dan mati ku hanya untukMu, ya ALLAH...

Selepas berpenatan meredah track Jungle Tracking tu, sebelah malamnya, mula jam 0000, kami berpenatan pula meredah hutan dalam kekelaman malam.. Meninjau keindahan hutan, ditemani gemersik cengkerik dan laungan panjang salakan anjing, disuluhi perjalanan dengan cahaya bulan dilangit. Track menjadi lebih mencabar apakala melalui jalan berlecak amat kerana bumi Sg Congkak tu disimbahi hujan kala sepanjang maghrib hingga lebih sedikit waktu isya'. Meniti batang pokok tumbang di malam zulumat memerlukan keyakinan yang amat tinggi pada ALLAH, penyerahan diri pada takdir ALLAH... dengan lafaz BismiLLah dan selawat, batang pokok itu dapat dilepasi.. Ana sedikit terkebelakang daripada barisan teman-teman dihadapan.. Lalu berkejaran pula ana mencari kelibat mereka dalam gelap hutan tika malam itu... AlhamduliLLah melepasi segala halangan dalam kegelapan itu dengan lancar, cuma sesekali tergelincir sedikit, dan adakala terjatuh dalam lubang (hehe, biasalah jalan dalam gelap).. ANA DAH SAMPAI !!!! dan ANA BERJAYA !!! "Wani, kau berjaya, wani. kau berjaya lakukannya !!!" Bagai tak percaya ana berdepan dengan kenyataan ini. Ana ni jarang bersukan, apatah panjat bukit semua ni (walaupun pernah lah jugak dulu). Hoki pun dah lama tinggal, badan dah tak fit lagi, stamina apatah lagi down terus.. Tapi alhamduliLlah, ana berjaya, pastinya dengan izin dan pertolongan ALLAH swt... Ana seperti merasakan kekuatan lain yang mendorong ana sampai ke titik sudah.. Ana meyakini, ALLAH bersama dengan hamba-hambaNya yang mengingatiNya.. Aku bersyukur padaMu ya ALLAH... terima kasih Tuhan ku... Satu lagi kehairanan yang ana rasakan, ana tak rasa sangat lenguh-lenguh badan kerana kerahan jungle tracking dan nigh walking tu, pelik bangat... sedangkan, kalau tengok logik akal, dan pengalaman ana sebelum ni, badan ana memang akan lenguh-lenguh dan tak bermaya selepas aktiviti sebegini..tapi lain pulak jadinya kali ni... alhamduliLlah sangat...alhamduliLlah alhamduliLlah....

Petang esoknya ada sukaneka.. begitu suka masing-masing peserta dan committee.. 1st game, 'FEAR FACTOR' Tertanya-tanya juga apa yang fearnya?? hehe rupa-rupanya cabaran makan telur mentah.. hehe itu bisa diatur dong.. So, ana pun wakilkan diri ana bagi pihak kumpulan ana... Anak kampung, dah biasa makan telur mentah.. Kumpulan lain wakilnya brothers, ana sorang je nisa'.. Semua kepelikan.. Pelik ke? Dah semua taknak, broz group ana pun taknak pegi... AlhamduliLlah dapat makan telur mentah, rindu gak pada rasa telur mentah tu.. hehe (ada ke sesape yang rasa lain macam je lepas baca paragraph ni? pegi lah toilet cepat-cepat hehe)... telur mentah + madu asli, pergh! sedap betul!! ni rasa nak balik rumah ni, dah la bulan-bulah posa ni.... takpe takpe, tak lama lagi balik gak.. yang lain-lain tu, amik duit dlm tepung, baling belon berair.. so on so forth..

Talk ada dua je, sebab talk 2nd yang patutnya disampaikan oleh kak As, dibatalkan sbb kak As tak leh datang... Talk2 yang lain tu ok.. dan pengisian untuk slot-slot kosong tu semua nampak ok walaupun hakikatnya tidak dirancang pun... (hehe akak tau laa, korang punya situasi) Tapi TAHNIAH pada korang semua ek..

Sedikit kekesalan dalam tentative program tersebut, tapi tak mengapa, kalian ada musykilah sendiri yang mungkin kalian tidak sedar betapa pentingnya ia... Moga ALLAH tunjukkan pada kalian.. insyaALLAH.. tu yang akak harapkan. Selamat maju jaya buat kalian yer.. Kalian memang berbakat mengatur program ilmiah yang memerlukan ketahanan mental dan fizikal, cuma akak harapkan kalian kelak tumpukan juga pada ketahanan spiritual, yakni ruhiyah, ini elemen yang lebih penting... Teruskan usaha kalian, moga lebih berjaya.. insyaALLAH.

Konklusinya, program korang ni sukses !!!

waLlahu ta'ala a'lam

Tuesday, September 20, 2005

kembali menjengah

Assalamualaikum warahmatuLlahi wabarakatuh

Dunia dah dikuasai Yahudi walaupun masih belum tercapai matlamat ISRAEL-RAYA yang menjadi impian terbesar Yahudi laknatuLlah tu..

ILLUMINITI.... kumpulan ketua-ketua kumpulan zionis (ana tak ingat takrifan tepat perkataan ni).. Ana ditakdikan menghadiri talk (actually liqa' Engenius) di Lecture Hall A, yang disampaikan oleh Usr Ridhauddin dari maincampus... Sebenarnya, ia merupakan pembentangan kajian oleh seorang yang terkemuka... Seperti sebelum ni, ust memang banyak memberikan input yang tidak ana sedari tentang gerakan zionis ni.. Seterusnya, malam tersebut, ana dapat lagi input penting yang menyedarkan ana, ana tak boleh lagi di takut lama.. Ana perlu bersungguh-sungguh dengan jalan ana sekarang, sungguh-sungguh dalam belajar untuk bantu Islam... dan "Sesiapa (muslim) yang tidak ada niat dalam dirinya untuk berjihad, nescaya matinya dalam kejahilan"... hatta niat sekalipun, dikira... ana taknak 'MATI KATAK'...

Bila ditenung-tenungkan kembali, macam mana lagi nak sedarkan Muslim kat luar sana?? Kalau setakat kami yang menghadiri talk tu sahaja yang sedar (tu pun belum tentu semua yang hadir tu sedar dan terus berada dalam kesedaran macam tu sehingga sampai ke bilik sekalipun...), tak tercapai juga matlamat untuk selamatkan dunia, Islam khususnya daripada Yahudi ni... macam mana nak buat ntah?? cuba bagitau ana sket....

Bila ust kata, "Ana taktau apa yang ana dah buat untuk Islam selama ana hidup ni.."
Ya Allah, ust, ust dah sampaikan ceramah, ust dah hebahkan tentang semua ni, ust dah sumbangkan sesuatu pada Islam... ana? apa yang ana buat? setakat ana menghadiri kuliyah-kuliyah dan talk-talk sahaja.. dan setakat mana yang ana ingat, ana sampaikan pada roomate ana, tu pun kalau depa nak dengar... apa yang ana sumbangkan? NOTHING!!

yaaa Allah... berilah aku kekuatan dalam berjuang, ya Allah...
aku lemah ya Allah... tetapkanlah hatiku atas jalan iman kepadaMu ya Allah...
hidup matiku hanya untuk Islam...
ya Allah ya Tuhanku, aku takut aku tak mampu untuk istiqamah, ya Allah...
maka Kau berikanlah padaku kekuatan untuk aku istiqamah dalam perkara ma'ruf...
dan berikanlah aku kekuatan untuk aku menghindari perkara mungkar, ya Allah...
sungguh-sungguh aku mohon padaMu, ya Allah... hanya padaMu ya Allah... hanya padaMu...

"ALlahuma innaka ta'lamu anna hazihil qulub,
qadij tama'at 'ala mahabbatik,
wal taqat 'ala to'atik,
wata'ahadat 'ala da'watik,
wata'ahadat 'ala masyrati syari'atik,
fawassiqiLlahumma rabithotaha,
wa adimwuddaha wahdiha subulaha,
wamlaaha binurrikallazi la yakhbu wasyrohshuduraha bi faidhil imanibik,
wajami'it tawakkuli 'alaika wa ahyiha bima'firatik,
wa amitha 'ala syahadati fi sabilik,
innaka ni'mal maula wani'mannasir,
ALlahuma amin..."

waLlahu a'lam


Friday, August 26, 2005

pertemuan dalam kesempatan

Assalamualakum warahmatuLlahi wbaarakatuh

Dah banyak minggu ana tak menjengah ke sini. Nak kata sibuk, taklah sangat, cuma dek kerana ketidakpandaian ana mengatur masa, menjadi asbab ana tak jengah ke sini coretkan apa-apa.

Esok nak balik rumah, cuti mid term.. lepas bukak cuti, insyaAllah bergelumang lak di medan perjuangan ilmu, kat AMF tu.. so, nama je cuti, tapi still kena pegang buku, bukan sekadar pegang, tapi buka dan baca.. InsyaAllah.. ana dah rindu sangat kat MakTercinta dan AbahTercinta and also adik-adik ana yang nakal-nakal solehah tu.. ehehe =P dah lama tak balik rumah sejak bukak sem lalu.. Ni baru dalam dua bulan, tak lagi macam AbangTercinta yang dah dekat dua tahun tak balik..

Rindu tu bukan diketepikan tetapi diubati dengan kesibukan bermain dengan huruf-huruf dan kertas-kertas ilmu.. Lagi pula, tanggungjawab sebagai committee hisbah seterusnya secara tak langsung sub-com MRC buatkan masa lapang ana terisi.. kekosongan fikiran untuk fikir benda selain pelajaran terisi gak.. alhamduliLlah ana masih diberi mampu buat tugasan tu sedaya ana..

Untuk tugasan pertama, committee PC utk Cleanliness Week Hisbah Nusaybah Mahallah Khadijah, alhamduliLlah dah selesai walaupun ada banyak jugak kelemahannya, yang terlepas pandang untuk buat persediaan awalnya.. bila dah start program, baru tersedar ada kecacatan pada perancangan ana.. tu lah pentingnya post-mortem kan? Dah lama tak buat program, so terlupa benda-benda yang sepatutnya tak leh lupa.. Apa-apa pun, terima kasih lah pada semua adik-adik yang lain atas kerjasama entunna, especially Ummi Hafizah, bagus orangnya, cekap.. time kasih lancarkan tugasan kita.. banyak gak benda akak belaja dari enti walaupun enti baru je masuk sini... Lepas tu, kena buat working paper utk motivational talk sikit hari lepas bukak cuti ni.. ntah ape lah nasib 1st draft working paper ana tu. td headcom yang gi submit kan pada advisor sebab ana ada kelas kul 8-12 td.. ada kuiz Psych, huhu solan leh tahan, insyaAllah leh kot najah... amiin..

Ari Sabtu gi maincamp lagik.. (eee wani ni, duk gi maincamp jerk, cari pe kat sane??).. ehehe saje je nak ke sana, rindu pada sahibah kt sana.. rindu pada senyuman dan keramahan mereka.. rindu pada gelak tawa riang mereka.. Kebetulan roomate ana yang dua orang tu nak ke sana, tak pernah ke sana pun sebelum ni, takpe lah, ana bawak ke sana.. Lagipun CONVEST.. so, berjejak kasih dan jejak rantaulah kami di sana.. Tanpa dirancang pun sebenarnya, ramai kawan-kawan yang bertembung ngan kami... alhamduliLlah masing-masing masih ingat satu sama lain.. mula dengan senyum, kemudian salam, dan.... berpisah sementara waktu... Jalan-jalan, makan-makan je kat sana. Pastu amik nota psyc dari Fauziah... pastu, ke KL Sentral utk beli tiket train balik rumah... alhamduliLlah ada, tapi atas kesulitan, ana balik sorang esok, tapi dengan bas sebab junior sekolah ana takde tiket, so ana beli tiket bas, dia amik tiket train ana.. so lagi, ana balik sorang ler.. takpe, ana balik awal sket.. leh tido kat umah malam esok, tak lah tido dalam train.. Moga perjalanan ana esok dilindungi Allah dari kesulitan.. insyaAllah...

Banyak sangat nak naip, tapi masa tak mengizinkan... So, setakat ni dulu.. Lain kali ana masuk lagi... sekarang ni ana duk berhempas pulas menghabiskan Advencer Peniup Ney, tulisan Faisal Tehrani.. sampai termasuk-masuk dalam mimpi ana watak jin-jin tu... tapi seb baik mimpi jin tengah solat, bukan apa, tuk ingatkan ana tentang solat, jin pun solat, takkan ana ni manusia, viceroy tak solat.. ingat kembali janji kita padaNya sebelum kita ke bumi ni..

kay, ilalliqa' pada semua yang sudi menjengah ke mari... time kasih

Wednesday, August 03, 2005

sahabat

Patut tak kita merajuk pada kawan kita?

Hmm.. kadang-kadang ana rasa sedih dan keliru. Mungkin ada yang pernah merasai apa yang ana rasakan.. ataupun mungkin tidak pernah langsung terasa ataupun terfikir kita akan berada dalam situasi begitu..

Kita merasakan kita terlalu sayang padanya,
Kita menganggap dia sebagai sahabat baik kita,
Kita hidup dalam kasih sayang kita padanya...

tapi mungkin kita tak tau yang dia tidak menganggap kita sebagaimana kita menganggap dia sahabat baik kita...

atau mungkin kita tidak menepati ciri-ciri sahabat baik yang dia inginkan.. atau mungkin juga dia telah punyai sahabat baik dan merasakan tidak perlu lagi untuk dia mencari sahabat baik yang lain..

atau mungkin masa perkenalan kita terlalu singkat dengan dia untuk dia terima kita sebagai sahabat baiknya...

atau mungkin juga kita tak sempurna melayan dia sebagai sahabat baik kita...

atau mungkin juga dia tak suka kita...

huhuhu...

sedih tak terkena macam ni??

Takpe, tinggalkan perkara ni.. Hari-hari yang lepas, ana catatkan sedikit sebanyak yang ana ingat ek..

Jumaat petang, sampai kt maincamp, saja gi sana jumpa kawan, pastu round2 kat stall STARBAZZ tu.. agak meriah gak laa.. jumpa ramai senior2, yg tak ingat nama ana pun ada, takpe, tak kisah... Pastu, ari Sabtu kena tinggal sorang2 dalam bilik kawan ana tu. Semua diorang gi ke IKIM, ada program ngan Jabatan Pembangunan Wanita.. tapi actually symposium tu adalah untuk pembangunan remaja... tapi tak kisah gak, sebab tu dah jadi tanggungjawab diorg, takkan kita nak halang kan? so, masa yang terluang tu ana isi ngan menghabiskan novel Sesegar Nailofar, Zaid Akhtar... ehehe novel ni dah lama wujud, tapi ana baru berpeluang membacanya.. yang seronoknya, nama watak tu sebijik nama ana.. ehehe Nur Hazwani.. ehehe.. banyak yang dipelajari dari novel tu.. kemudian, sisa masa yang terluang ana penuhi dengan coretan kisah kehidupan... mulanya nak buat cerpen, dah terjadi serupa novel lak dah.. hehe =P~ tapi tersangkut lak idea bila diorang dah balik, so sampai sekaranglah cite tu tersangkut... Ahad balik ke matriks ngan kawan ana tu, dia ada meeting GRIMIS ngan adik adik baru yang pegang jawatan dalam GRIMIS sesi baru ni...

Minggu ni ana nak gi sana lagi, ada Seminar On Fiqh.. insyaAllah moga rancangan ana Allah mudahkan..

Ahad lalu, kuliyah yang sepatutnya diisi dengan Fiqh al-Mar'ah bertukar menjadi tazkirah berkaitan kebejatan arus dunia yang berada di hujung telunjuk Yahudi. Ust pada malam tu baru pulang dari program (ana lupa namanya, klu sapa yang ingat, bgtau ek) di Kuantan. Terus Ust sampaikan pada kami... Statistik, fakta nombor yang Ust persembahkan pada kami semua tidak mengejutkan ana kerana ana memang dah maklum betapa rosaknya masyarakat Melayu-Islam di negara kita ni.. 72% daripada keseluruhan bilangan penagih dadah Malaysia, disumbangkan oleh Melayu-Islam kita.. 73% penyumbang kes zina di Malaysia ialah oleh Melayu-Islam...

Bila dilampirkan, didedahkan semua nombor nombor ni, ada orang marah, "takyah la bagitau pada public, buat malu kita (Melayu) saja.." aiii??!! benda yang betul, untuk apa nak sembunyikan? Bila dah dinyatakan, baru ada kesedaran tentang betapa kita ni dah teruk sangat.. Soal nafsi-nafsi dah tak leh guna, lu lu, gua gua dah tak leh guna lagi... Sekarang kita kena tumpukan pada apa yang perlu kita lakukan.. Dari level, takah mana pun kita, setiap dari kita ada peranan dan seumbangan masing-masing... Pada kala ini, syiar Islam pun dah susah nak disebarkan, inikan pula menegakkan syari'at yang kita duk kata-katakan tu...

Kondom, jarum suntik percuma?? Ni salah satu cara Amerika nak atasi masalah seks dan dadah kt sana tu.. tapi kita nak tiru... tiru tapi tak jadi..! Fatwa tak keluar lagi, tapi dah akan dilaksanakan.. hish cane ni??? ana risau ni tau tak??!!! senang sangat nak guna ayat Quran, tapi tak kena pada tempatnya... dah bangun mufti mufti kita, tapi ditolak bulat bulat oleh panelist... tak patut tau tak?!

"Jika takut menyatakan kebenaran, sampai bila kebenaran tu akan tertegak?!"

Taktau apa akan jadi pada ana lepas ni, tapi ana akan cuba sampaikan apa yang ana tau...

So, adik adik yang ada kat matriks UIA tu.. hadirkanlah diri adik adik ke kuliyah kuliyah agama yang ada hampir setiap hari tu.. biar kita tak lalai hati ni... kita sentiasa ingat siapa kita dan terasa betapa beratnya tanggungjawab kita sebagai orang yang mengetahui tentang kerosakkan untuk kita baiki...

Kerana ISLAM !!!

Monday, July 25, 2005

santapan rohani

BissmiLlahirRahmanirRahim... Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Salam kasih sayang buat semua hambaNya di muka bumi ini..
Andai badan memerlukan makanan, hati dan jiwa juga memerlukan makanan dan supplement yang lebih mantap..
Diriku melangkahkan kaki dengan azam dan semangat yang baru untuk mengikuti kuliyah Bro Azman di SM Jumaat lalu.. Terlalu banyak input untuk kuambil pada malam tu, kurasakan sayu bertandang dan betapa panasnya di hati mengenangkan kesalahan-kesalahan yang bertimbun yang aku lakukan sepanjang hidupku.. Dugaan yang kuhadapi harus kuambil untukku mendekatkan diriku dengan Rabbul Izzati, Allahu Ghafur... Titisan air mata ini tidak mampuku tahan lagi, mengapa semua ini harus terjadi atas diriku??? Dan kerana itu, aku membisikkan kata bahawa Allah ingin mengujiku.. 'wani, terimalah ia sebagai satu ujian, kesali kesalahan dan kesilapanmu, kau tahu ia dariNya, koreksi dirimu dan baiki batinmu.. bertaqarrub padaNya.. penawar mustajab.. kau akan merasai ni'mat kasih sayangNya.. tidak perlu lagi meminta menagih kasih sayang manusia, ia sementara dan acapkali jua menyiksakan dirimu, kasih sayang Allalh itu tidak pernah tak bersambut.. hampirlah denganNya.. carilah cinta sejati lagi hakiki.. kau mengerti dari dulu, dan sekarang adalah terpulang padamu untuk memulakan pencarianmu. kau pernah kecapinya satu masa dahulu, kemudiannya kau tinggalkan Kekasihmu itu, nah! kau bertindak kejam, bukan ke atasNya tetapi atas dirimu jua, kau kerugian... Sudah! jangan begitu yer.. kembali kepada pengertian itu....'
Bersama adinda ILI RAIHANA, beriringan jalan pulang ke mahallah... 'adikku, jangan menangis lagi sayang.. itu ujianNya buat mu.. kita sama serupa, dan harus kau hadapi kehidupanmu di taman budi dan ilmu ini dengan kesabaran.. ada hikmah di sebalik ketentuan... kelak kita akan mengerti mengapa ini semua terjadi.. sudah nye.. jangan baziri air matamu itu, jangan kau cemari pipi gebumu dengan kesedihan dan garisan kedukaan... innaLlaha ma'ana...'
Sabtu malam, berjalan lagi berseorangan ke kuliyah Ainul Mardhiah untuk tajuk Fahami Daku.. apa saja lah ustaz Che Abdul Majid ni.. tak faham la tajuk tu.. justeru berpergianlah ke sana untuk mengetahui apa yang akan ustaz sampaikan buat kami... alhamduliLlah lagi banyak input dan makanan rohani yang insyaAllah aku makan... pulang ke mahallah bersama adinda Izzah dan Hajar...
Ari Sabtu ke AMF utk forum apa ntah tajuknya dan disampaikan oleh Matthias Chang, former secretary of Tun Dr Mathir Mohamad, if i not mistaken.. Terlalu banyak input yang diperoleh dan terlalu banyak visual penderitaan umat Islam serata dunia dipertontonkan. Apa yang menariknya, beliau sangat menjaga kemurnian agama Islam sampai ada junior yang bertanya pada ana, "dia ni Islam ka?" Taklah, dia sendiri ngaku dia bukan Islam, non-Muslim tapi atas kemanusiaan dia mengkaji sapa yang kejam, sapa yang bersalah dan siapa sebenarnya zionis, siapa yang sebenarnya layak memegang gelaran terorrist.. Pagi tu, masuk je dalam AMF tu, aku disambut oleh Ustazah Isfadian dengan senyum puas dan huluran salam yang kejap, nampak seperti ustazah begitu menghargai kedatangan pelajarnya ke situ. Bukan apa, sebab forum tu dibuka untuk umum, ramai orang luar yang hadir dan kebayakannya juga adalah non-Muslim. Majoriti from UM, mengikut perkiraanku.. yang lain-lain semua yang telah berkerjaya... alhamduliLlah, aku pasti ramai non-Muslim yang terbuka hati membetulakn tanggapan negatif mereka pada Islam, dan hudud... One more things, Sir Mohiyuddin my former lecturer of Political Science last semester pun turut kelihatan terlalu gembira bila nampak aku masuk AMF tu, hmm sir terkejut ke tengok sy datang? hehe =P.. pape je la. 'ala kulli hal, memang bermanfaat sangat forum hari tu.. Kepada junior or lebih tepat lagi freshies (tul ke eja?), sekalung TAHNIAH akak ucapkan pada korang sebab datang ke forum tu, korang memang bagus.. yang second year tu, nape tak datang? sebab nak outing ek??? teringat kata ustaz Che Abdul Majid dalam kuliyah Ainul Mardhiyah lepas, "kalau tidak di sini, di mana kita hendak beruabah?" "kalau tidak sekarang, bila kita hendak berubah?" "kalau tidak kita, siapa yang hendak berubah?" hmm tanya pada diri sendiri.. bila direnung-renung balik, memang tepat dan benar apa yang ustaz pesankan pada kami semua. Aku terfikir juga, bila dah berada di UIA ni, sepatutnya kita gunakan kesempatan ni, hadiri kuliyah-kuliyah agama yang menghidangkan sejuta ni'mat ilmu untuk kita perbaiki diri. kalau dengar kata ada budak UIA yang hampeh, tak menjadi, atau apa pun yang menggambarkan budak UIA tu buruk, tu salah diri sendiri kerana tidak mencari kerana memang banyak kuliyah-kuliyah agama yang boleh idiikuti, setiap minggu, cuma menunggu untuk diri kita sendiri hadir dan 'makan' hidangan ilmu-ilmu tersebut... kalau diri tak tenang, "hadiri majlis ilmu yang mengingatkan kamu kepada ALLAH", tu salah satu ubatnya kata Ibnu Mas'ud bilamana seorang sahabat RasuluLlah saw bertanyakan apakah yang penawar bagi hatinya yang gelisah.. (kalau salah, tolong betulkan yer..)
Jadi, soal pada diri, apa yang kita cari??? Makanan yang bagaimana yang kita mahu??? adakah hedonisme, AF, Mentor, Malaysian Idol ataupun barangkali Mencari Cinta...????
Tanya dirimu????

Thursday, July 21, 2005

what topic haa???

Assalamualaikum waramatuLlahi wabarakatuh...

Tak tahu nak tulis apa..
Cuma ikut je hati ni dan jemari ni menari ikut rentak emosi dan minda di pentas kekunci ni..

Semalam ada meeting hisbah, hisbah ana Hisbah Nusaybah.. Maka bila tiba masa yang ditetapkan oleh mdm fellow, maka berbondong-bondonglah penghuni hisbah Nusyabah Mahallah Khadijah ke Science Building. Ana dan roomate pegi lewat sedikit kerana ifthar tadi.. Pukul 815 mlm camtu baru kami sampai dan duduk di kerusi paling belakang sebab dah terlewat, tapi alhamduliLlah meeting tak start lagi sebab madam duk edarkan overnight card pada students yang nak balik this week..

Lepas selesai edar card, madam nak guna mic, laa tak boleh boleh pun madam on mic tu, tak kuar suara.. aik? aku kehairanan, takkan takde committee Ta'aruf Week baru lepas ni tau kot nak on mic tu.. sebab antara yang aku belaja time jadi committee TW dulu ialah PA system kat SM ni.. so, utk tidak membazirkan masa, dari jauh aku berjalan ke depan semata-mata utk menghulurkan sedikit pertolongan menghidupkan mic.. so, senang je, just petik dua suis tepi box PA system kt depan tu, then leh la dengar apa yg org cakap menerusi mic tu.. (ayat cam budak tak blaja je kan..) pastu, ade la line depan tu tepuk tangan, ish malu sih, bukan nak mencapub kat depan dengan hall yg penuh tu, tapi dah takde org yg macam tau dan sudi hulur bantuan, tu sebab aku gi depan tolong...

Then balik ke tempat duduk, madam nak buat ta'aruf session sebab lepas tu ada election.. huhu sedih lak coz sepanjang ta'aruf tu ade students yg kuar hall, hish hish hish sedih tul, tak baik diorg buat camtu... tapi sapa lah aku nak menghalang depa dari berbuat demikian..

Time election, aku propose a few person utk jadi committee hisbah, mostly yang seangkatan dengan aku time jd CRC dulu, balas dendam konon hehe, padan muka sapa suruh mansuhkan CRC, hmm jadi gak depa depa tu committee kt college tu.. lepas tu, dengan tidak disangka-sangka, madam propose aku jadi commitee utk education, uih!!! bukan main terkejut lagi aku, ingat dah taknak pegang apa-apa dah sebab dah jadi 3rd year kat sini, tapi madam cam nak gak, dan students2 lain pun sokong... huhu seb baik jadi assistant je, headCom nye Ummi Hafizah course Pharmacy 1st year dari Darul Quran.. line up kt depan hall dan Ummi minta aku tunjuk ajar dia sbb dia kata dia tak dak pengalaman pegang education.. alhamduliliLlah sebab time CRC dulu aku pegang education, insyaAllah aku leh membantu gak nanti...

Dan yang paling best sekali,,, on the way balik ke bilik lepas gi cafe after meeting tu, aku disapa satu suara yang begitu aku kenali.. MasyaAllah.. Hajar... Kupeluk sebatang tubuh itu... Hajar dapat sini ka?? Ya Allah.. alhamduliLlah... Hajar course apa? Sc Bio jawab dia.. Dia kata lagi, hari Isnin kat KISAS, semalam terus mai sini..

Time tu rasa macam nak nagis je, bukan nangis sedih ke apa, nangis sebab seronok dan bersyukur Hajar dapat masuk sini utk 2nd intake... Hajar budak bagus serba serbi.. dari sekolah kenal dia, memang talented orang nya.. pernah menyertai pertandingan pidato piala di raja kebangsaan adik kecil ni.. Dia seorang yang tabah juga... walau kehilangan ayah ketika PMR, dan merupakan anak tunggal dlm family, dan juga pernah mengidap luekimia, dia tetap berjaya.. anak solehah, kesayangan semua yang pernah mengenali dia.....

Teruskan kecemerlanganmu, adikku.. akak doakan kejayaanmu sentiasa..

we unite for Islam... only for Islam.. only for deenuLlah....

inna ja'alnakum fil ardhi khalifah..
kita laksanakan tugas kita sebagai khalifah di muka bumi ini...
itu amanah kita..
kita bergabung dengan sahabat sahabiah yang lain yer dik...
tu yang kita pegang...

tegakkan Islam...

waLLahu ta'ala a'lam...