Salam kasih sayang buat semua hambaNya di muka bumi ini..
Andai badan memerlukan makanan, hati dan jiwa juga memerlukan makanan dan supplement yang lebih mantap..
Diriku melangkahkan kaki dengan azam dan semangat yang baru untuk mengikuti kuliyah Bro Azman di SM Jumaat lalu.. Terlalu banyak input untuk kuambil pada malam tu, kurasakan sayu bertandang dan betapa panasnya di hati mengenangkan kesalahan-kesalahan yang bertimbun yang aku lakukan sepanjang hidupku.. Dugaan yang kuhadapi harus kuambil untukku mendekatkan diriku dengan Rabbul Izzati, Allahu Ghafur... Titisan air mata ini tidak mampuku tahan lagi, mengapa semua ini harus terjadi atas diriku??? Dan kerana itu, aku membisikkan kata bahawa Allah ingin mengujiku.. 'wani, terimalah ia sebagai satu ujian, kesali kesalahan dan kesilapanmu, kau tahu ia dariNya, koreksi dirimu dan baiki batinmu.. bertaqarrub padaNya.. penawar mustajab.. kau akan merasai ni'mat kasih sayangNya.. tidak perlu lagi meminta menagih kasih sayang manusia, ia sementara dan acapkali jua menyiksakan dirimu, kasih sayang Allalh itu tidak pernah tak bersambut.. hampirlah denganNya.. carilah cinta sejati lagi hakiki.. kau mengerti dari dulu, dan sekarang adalah terpulang padamu untuk memulakan pencarianmu. kau pernah kecapinya satu masa dahulu, kemudiannya kau tinggalkan Kekasihmu itu, nah! kau bertindak kejam, bukan ke atasNya tetapi atas dirimu jua, kau kerugian... Sudah! jangan begitu yer.. kembali kepada pengertian itu....'
Bersama adinda ILI RAIHANA, beriringan jalan pulang ke mahallah... 'adikku, jangan menangis lagi sayang.. itu ujianNya buat mu.. kita sama serupa, dan harus kau hadapi kehidupanmu di taman budi dan ilmu ini dengan kesabaran.. ada hikmah di sebalik ketentuan... kelak kita akan mengerti mengapa ini semua terjadi.. sudah nye.. jangan baziri air matamu itu, jangan kau cemari pipi gebumu dengan kesedihan dan garisan kedukaan... innaLlaha ma'ana...'
Sabtu malam, berjalan lagi berseorangan ke kuliyah Ainul Mardhiah untuk tajuk Fahami Daku.. apa saja lah ustaz Che Abdul Majid ni.. tak faham la tajuk tu.. justeru berpergianlah ke sana untuk mengetahui apa yang akan ustaz sampaikan buat kami... alhamduliLlah lagi banyak input dan makanan rohani yang insyaAllah aku makan... pulang ke mahallah bersama adinda Izzah dan Hajar...
Ari Sabtu ke AMF utk forum apa ntah tajuknya dan disampaikan oleh Matthias Chang, former secretary of Tun Dr Mathir Mohamad, if i not mistaken.. Terlalu banyak input yang diperoleh dan terlalu banyak visual penderitaan umat Islam serata dunia dipertontonkan. Apa yang menariknya, beliau sangat menjaga kemurnian agama Islam sampai ada junior yang bertanya pada ana, "dia ni Islam ka?" Taklah, dia sendiri ngaku dia bukan Islam, non-Muslim tapi atas kemanusiaan dia mengkaji sapa yang kejam, sapa yang bersalah dan siapa sebenarnya zionis, siapa yang sebenarnya layak memegang gelaran terorrist.. Pagi tu, masuk je dalam AMF tu, aku disambut oleh Ustazah Isfadian dengan senyum puas dan huluran salam yang kejap, nampak seperti ustazah begitu menghargai kedatangan pelajarnya ke situ. Bukan apa, sebab forum tu dibuka untuk umum, ramai orang luar yang hadir dan kebayakannya juga adalah non-Muslim. Majoriti from UM, mengikut perkiraanku.. yang lain-lain semua yang telah berkerjaya... alhamduliLlah, aku pasti ramai non-Muslim yang terbuka hati membetulakn tanggapan negatif mereka pada Islam, dan hudud... One more things, Sir Mohiyuddin my former lecturer of Political Science last semester pun turut kelihatan terlalu gembira bila nampak aku masuk AMF tu, hmm sir terkejut ke tengok sy datang? hehe =P.. pape je la. 'ala kulli hal, memang bermanfaat sangat forum hari tu.. Kepada junior or lebih tepat lagi freshies (tul ke eja?), sekalung TAHNIAH akak ucapkan pada korang sebab datang ke forum tu, korang memang bagus.. yang second year tu, nape tak datang? sebab nak outing ek??? teringat kata ustaz Che Abdul Majid dalam kuliyah Ainul Mardhiyah lepas, "kalau tidak di sini, di mana kita hendak beruabah?" "kalau tidak sekarang, bila kita hendak berubah?" "kalau tidak kita, siapa yang hendak berubah?" hmm tanya pada diri sendiri.. bila direnung-renung balik, memang tepat dan benar apa yang ustaz pesankan pada kami semua. Aku terfikir juga, bila dah berada di UIA ni, sepatutnya kita gunakan kesempatan ni, hadiri kuliyah-kuliyah agama yang menghidangkan sejuta ni'mat ilmu untuk kita perbaiki diri. kalau dengar kata ada budak UIA yang hampeh, tak menjadi, atau apa pun yang menggambarkan budak UIA tu buruk, tu salah diri sendiri kerana tidak mencari kerana memang banyak kuliyah-kuliyah agama yang boleh idiikuti, setiap minggu, cuma menunggu untuk diri kita sendiri hadir dan 'makan' hidangan ilmu-ilmu tersebut... kalau diri tak tenang, "hadiri majlis ilmu yang mengingatkan kamu kepada ALLAH", tu salah satu ubatnya kata Ibnu Mas'ud bilamana seorang sahabat RasuluLlah saw bertanyakan apakah yang penawar bagi hatinya yang gelisah.. (kalau salah, tolong betulkan yer..)
Jadi, soal pada diri, apa yang kita cari??? Makanan yang bagaimana yang kita mahu??? adakah hedonisme, AF, Mentor, Malaysian Idol ataupun barangkali Mencari Cinta...????
Tanya dirimu????
No comments:
Post a Comment