Monday, November 03, 2008

Rencam Rasa

Hmm.. examination sem ni rasa macam nak buat permintaan untuk tambah setengah jam lagi untuk semua paper... Keempat-empat paper yang dah lepas, bagi nak tercabut lengan menulis. TAK SEMPAT !!! Banyak lagi nak ditulis.

Seperti yang soalhati.blogspot.com ceritakan tentang fe'el kawan-kawan beliau selepas tamat paper EAP tu, macam tu lah juga Syauqah. Geram. Nak tulis banyak lagi.

Apa-apa pun, Syauqah tetap bersyukur kerana setakat yang dah Syauqah lalui, AlhamduliLlah boleh dijawab. Tapi markah tu tak tahu lah banyak mana sebab bergantung juga pada skema jawapan mu'allimin wa mu'allimat Syauqah yang baik-baik hati belaka ni.

Syauqah juga gembira sebab peristiwa yang penting dalam hidup Syauqah berjalan dengan lancar setelah tawakkal Syauqah sandar dan gantung pada ALLAH SWT. InsyaAllah itulah yang terbaik untuk Syauqah dan masa depan Syauqah.


Hmm.. dalam setiap apa yang berlaku, kita kena tenang hadapinya kerana dalam setiapnya terselit hikmah yang tidak tercapai dek fikiran kita. Syauqah kena tenang dan terus berusaha hadapi hidup ini dengan sehabis baik. Syauqah kena jadi Mukminah yang BERJAYA! (^_^)

2 comments:

HiDaYaH^FaToNaH said...

MutiaraBersinarBeserah menyapa: Assalamualaikum sahabat... moga ALLAH kuatkan hatimu dalam menempuh ranjau perjuangan... Jadikan dirimu benar2 mawar yang berduri...

Wani AR said...

Err...terima kasih untuk komen. Yeah.. dia juga yang kenalkan blog the 1st Wani pada saya. Selamat hari lahir...Semoga terus melangkah menusuri 'Jalan Sehala'-no turning back k.