Monday, July 25, 2005

santapan rohani

BissmiLlahirRahmanirRahim... Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Salam kasih sayang buat semua hambaNya di muka bumi ini..
Andai badan memerlukan makanan, hati dan jiwa juga memerlukan makanan dan supplement yang lebih mantap..
Diriku melangkahkan kaki dengan azam dan semangat yang baru untuk mengikuti kuliyah Bro Azman di SM Jumaat lalu.. Terlalu banyak input untuk kuambil pada malam tu, kurasakan sayu bertandang dan betapa panasnya di hati mengenangkan kesalahan-kesalahan yang bertimbun yang aku lakukan sepanjang hidupku.. Dugaan yang kuhadapi harus kuambil untukku mendekatkan diriku dengan Rabbul Izzati, Allahu Ghafur... Titisan air mata ini tidak mampuku tahan lagi, mengapa semua ini harus terjadi atas diriku??? Dan kerana itu, aku membisikkan kata bahawa Allah ingin mengujiku.. 'wani, terimalah ia sebagai satu ujian, kesali kesalahan dan kesilapanmu, kau tahu ia dariNya, koreksi dirimu dan baiki batinmu.. bertaqarrub padaNya.. penawar mustajab.. kau akan merasai ni'mat kasih sayangNya.. tidak perlu lagi meminta menagih kasih sayang manusia, ia sementara dan acapkali jua menyiksakan dirimu, kasih sayang Allalh itu tidak pernah tak bersambut.. hampirlah denganNya.. carilah cinta sejati lagi hakiki.. kau mengerti dari dulu, dan sekarang adalah terpulang padamu untuk memulakan pencarianmu. kau pernah kecapinya satu masa dahulu, kemudiannya kau tinggalkan Kekasihmu itu, nah! kau bertindak kejam, bukan ke atasNya tetapi atas dirimu jua, kau kerugian... Sudah! jangan begitu yer.. kembali kepada pengertian itu....'
Bersama adinda ILI RAIHANA, beriringan jalan pulang ke mahallah... 'adikku, jangan menangis lagi sayang.. itu ujianNya buat mu.. kita sama serupa, dan harus kau hadapi kehidupanmu di taman budi dan ilmu ini dengan kesabaran.. ada hikmah di sebalik ketentuan... kelak kita akan mengerti mengapa ini semua terjadi.. sudah nye.. jangan baziri air matamu itu, jangan kau cemari pipi gebumu dengan kesedihan dan garisan kedukaan... innaLlaha ma'ana...'
Sabtu malam, berjalan lagi berseorangan ke kuliyah Ainul Mardhiah untuk tajuk Fahami Daku.. apa saja lah ustaz Che Abdul Majid ni.. tak faham la tajuk tu.. justeru berpergianlah ke sana untuk mengetahui apa yang akan ustaz sampaikan buat kami... alhamduliLlah lagi banyak input dan makanan rohani yang insyaAllah aku makan... pulang ke mahallah bersama adinda Izzah dan Hajar...
Ari Sabtu ke AMF utk forum apa ntah tajuknya dan disampaikan oleh Matthias Chang, former secretary of Tun Dr Mathir Mohamad, if i not mistaken.. Terlalu banyak input yang diperoleh dan terlalu banyak visual penderitaan umat Islam serata dunia dipertontonkan. Apa yang menariknya, beliau sangat menjaga kemurnian agama Islam sampai ada junior yang bertanya pada ana, "dia ni Islam ka?" Taklah, dia sendiri ngaku dia bukan Islam, non-Muslim tapi atas kemanusiaan dia mengkaji sapa yang kejam, sapa yang bersalah dan siapa sebenarnya zionis, siapa yang sebenarnya layak memegang gelaran terorrist.. Pagi tu, masuk je dalam AMF tu, aku disambut oleh Ustazah Isfadian dengan senyum puas dan huluran salam yang kejap, nampak seperti ustazah begitu menghargai kedatangan pelajarnya ke situ. Bukan apa, sebab forum tu dibuka untuk umum, ramai orang luar yang hadir dan kebayakannya juga adalah non-Muslim. Majoriti from UM, mengikut perkiraanku.. yang lain-lain semua yang telah berkerjaya... alhamduliLlah, aku pasti ramai non-Muslim yang terbuka hati membetulakn tanggapan negatif mereka pada Islam, dan hudud... One more things, Sir Mohiyuddin my former lecturer of Political Science last semester pun turut kelihatan terlalu gembira bila nampak aku masuk AMF tu, hmm sir terkejut ke tengok sy datang? hehe =P.. pape je la. 'ala kulli hal, memang bermanfaat sangat forum hari tu.. Kepada junior or lebih tepat lagi freshies (tul ke eja?), sekalung TAHNIAH akak ucapkan pada korang sebab datang ke forum tu, korang memang bagus.. yang second year tu, nape tak datang? sebab nak outing ek??? teringat kata ustaz Che Abdul Majid dalam kuliyah Ainul Mardhiyah lepas, "kalau tidak di sini, di mana kita hendak beruabah?" "kalau tidak sekarang, bila kita hendak berubah?" "kalau tidak kita, siapa yang hendak berubah?" hmm tanya pada diri sendiri.. bila direnung-renung balik, memang tepat dan benar apa yang ustaz pesankan pada kami semua. Aku terfikir juga, bila dah berada di UIA ni, sepatutnya kita gunakan kesempatan ni, hadiri kuliyah-kuliyah agama yang menghidangkan sejuta ni'mat ilmu untuk kita perbaiki diri. kalau dengar kata ada budak UIA yang hampeh, tak menjadi, atau apa pun yang menggambarkan budak UIA tu buruk, tu salah diri sendiri kerana tidak mencari kerana memang banyak kuliyah-kuliyah agama yang boleh idiikuti, setiap minggu, cuma menunggu untuk diri kita sendiri hadir dan 'makan' hidangan ilmu-ilmu tersebut... kalau diri tak tenang, "hadiri majlis ilmu yang mengingatkan kamu kepada ALLAH", tu salah satu ubatnya kata Ibnu Mas'ud bilamana seorang sahabat RasuluLlah saw bertanyakan apakah yang penawar bagi hatinya yang gelisah.. (kalau salah, tolong betulkan yer..)
Jadi, soal pada diri, apa yang kita cari??? Makanan yang bagaimana yang kita mahu??? adakah hedonisme, AF, Mentor, Malaysian Idol ataupun barangkali Mencari Cinta...????
Tanya dirimu????

Thursday, July 21, 2005

what topic haa???

Assalamualaikum waramatuLlahi wabarakatuh...

Tak tahu nak tulis apa..
Cuma ikut je hati ni dan jemari ni menari ikut rentak emosi dan minda di pentas kekunci ni..

Semalam ada meeting hisbah, hisbah ana Hisbah Nusaybah.. Maka bila tiba masa yang ditetapkan oleh mdm fellow, maka berbondong-bondonglah penghuni hisbah Nusyabah Mahallah Khadijah ke Science Building. Ana dan roomate pegi lewat sedikit kerana ifthar tadi.. Pukul 815 mlm camtu baru kami sampai dan duduk di kerusi paling belakang sebab dah terlewat, tapi alhamduliLlah meeting tak start lagi sebab madam duk edarkan overnight card pada students yang nak balik this week..

Lepas selesai edar card, madam nak guna mic, laa tak boleh boleh pun madam on mic tu, tak kuar suara.. aik? aku kehairanan, takkan takde committee Ta'aruf Week baru lepas ni tau kot nak on mic tu.. sebab antara yang aku belaja time jadi committee TW dulu ialah PA system kat SM ni.. so, utk tidak membazirkan masa, dari jauh aku berjalan ke depan semata-mata utk menghulurkan sedikit pertolongan menghidupkan mic.. so, senang je, just petik dua suis tepi box PA system kt depan tu, then leh la dengar apa yg org cakap menerusi mic tu.. (ayat cam budak tak blaja je kan..) pastu, ade la line depan tu tepuk tangan, ish malu sih, bukan nak mencapub kat depan dengan hall yg penuh tu, tapi dah takde org yg macam tau dan sudi hulur bantuan, tu sebab aku gi depan tolong...

Then balik ke tempat duduk, madam nak buat ta'aruf session sebab lepas tu ada election.. huhu sedih lak coz sepanjang ta'aruf tu ade students yg kuar hall, hish hish hish sedih tul, tak baik diorg buat camtu... tapi sapa lah aku nak menghalang depa dari berbuat demikian..

Time election, aku propose a few person utk jadi committee hisbah, mostly yang seangkatan dengan aku time jd CRC dulu, balas dendam konon hehe, padan muka sapa suruh mansuhkan CRC, hmm jadi gak depa depa tu committee kt college tu.. lepas tu, dengan tidak disangka-sangka, madam propose aku jadi commitee utk education, uih!!! bukan main terkejut lagi aku, ingat dah taknak pegang apa-apa dah sebab dah jadi 3rd year kat sini, tapi madam cam nak gak, dan students2 lain pun sokong... huhu seb baik jadi assistant je, headCom nye Ummi Hafizah course Pharmacy 1st year dari Darul Quran.. line up kt depan hall dan Ummi minta aku tunjuk ajar dia sbb dia kata dia tak dak pengalaman pegang education.. alhamduliliLlah sebab time CRC dulu aku pegang education, insyaAllah aku leh membantu gak nanti...

Dan yang paling best sekali,,, on the way balik ke bilik lepas gi cafe after meeting tu, aku disapa satu suara yang begitu aku kenali.. MasyaAllah.. Hajar... Kupeluk sebatang tubuh itu... Hajar dapat sini ka?? Ya Allah.. alhamduliLlah... Hajar course apa? Sc Bio jawab dia.. Dia kata lagi, hari Isnin kat KISAS, semalam terus mai sini..

Time tu rasa macam nak nagis je, bukan nangis sedih ke apa, nangis sebab seronok dan bersyukur Hajar dapat masuk sini utk 2nd intake... Hajar budak bagus serba serbi.. dari sekolah kenal dia, memang talented orang nya.. pernah menyertai pertandingan pidato piala di raja kebangsaan adik kecil ni.. Dia seorang yang tabah juga... walau kehilangan ayah ketika PMR, dan merupakan anak tunggal dlm family, dan juga pernah mengidap luekimia, dia tetap berjaya.. anak solehah, kesayangan semua yang pernah mengenali dia.....

Teruskan kecemerlanganmu, adikku.. akak doakan kejayaanmu sentiasa..

we unite for Islam... only for Islam.. only for deenuLlah....

inna ja'alnakum fil ardhi khalifah..
kita laksanakan tugas kita sebagai khalifah di muka bumi ini...
itu amanah kita..
kita bergabung dengan sahabat sahabiah yang lain yer dik...
tu yang kita pegang...

tegakkan Islam...

waLLahu ta'ala a'lam...


Monday, July 18, 2005

qalbi ya qalbi

Qalbi ya qalbi, la tahzan..

Tak tahu kenapa minggi ni hati asyik terasa sedih, tanpa ketahuan punca..
So, kena tanya pada diri, koreksi diri kenapa rasa sedih ni..???

Check check balik memanglah ada yang salah, kat situ kat sini salah..
So, settle down all the problem first, and bagi motivasi pada diri sendiri..
serahkan diri pada Allah swt..

Terasa semacam diri ini dipengaruhi oleh tulisan Faisal Tehrani tu, 1511H[KOMBAT]..
Terasa ditiup semangat jihad.. (sejauh manakah penghayatan kita tentang jihad ni?)
Banyak sangat yang perlu kita lakukan.. Banyak sangat yang perlu kita sumbangkan..
Setakat mana kita mampu??????

Mungkin ana ketinggalan membaca novel tu sebab ia merupakan Hadiah Sastera 2003, Pemenang Kategori Novel Remaja... So macam agak lama gak la novel ni.. but ia tetap baik buat semua especially teenagers..

So many things happen.. tapi takde masa nak tulis banyak banyak sebab ana online dalam library ni.. hehe =P~

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi MahaPengasih... Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatuhari pada masa Sembahyang Jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesingun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk PakIman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah..."

Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya20 yg betul-betul beriman...

Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. barukena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang Jumaat lagi...

Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja..tu pun bila timesembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. adatu lagi dashyatsetahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya...

Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apayang di tulisoleh surat khabar daripada apa yang tercatit dsalamal Quran.

Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia.

Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..

Lawakkan ???Kenapa gelak?? tu kan realiti..
Try lah fikir...
Wallahualam..

Tuesday, July 12, 2005

kelas dah start

hmm kelas dah start sekarang...
yang mana masih study tu, kita study baik-baik yer..
moga beroleh kejayaan dan ilmu tu diberkati Allah..

ERTI SEBUAH PERSAHABATAN Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa, Kecuali diri sendiri.. TetapiDalam kita bersendirian,kita beruntung kerana. Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran Seorang sahabat,begitulah juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya..? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa..tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa mendgr mslh

kesibukan itu menjelma

Assalamualaikum wrt wbt

Arini dah lima hari tak online..huhu boleh tahan jugak giannya.. tadi baru balik dari jumpa course coordinator, kawan nak add subject. kawan tu dia minta ana tukar group ke group dia.. hmm bukan taknak, tapi cam malas lak nak berbahasa basi ngan cc mohon tukar group. ingat nak tanya dulu nama2 lecturer group masing-masing, tapi bila tengok cc cam bz sangat, karang meletus pulak kemarahan cc, so kawan dicided nak stay dalam group masing-masing..

sakit lak tangan ni duk manaip.. semalam iron meletup, terbakar sket tangan ni.. nak gi jumpa doktor, tapi junior duk buat medical check-up.. malas lak nak berebut-rebut ngan diorang.. sapu minyak gamat jer laa.. hehe

erm... jap lagi ada kelas kul 3-5.. pastu nak gi pasar malam, jalan-jalan cari makan.. ehehe dah lama tak jalan-jalan ngan kengkawan kt sini..

ari Sabtu aritu, kuar ngan Izzah ke Kinokuniya, nak cari buku tulisan Zaid Akhtar, tapi tak jumpa, adoii laa dah cari banyak tempat, kat tempat besar tu pun takde gak.. rasa cam nak order by maya jer.. tapi banyak lak prosedur nye, susah laa.. hmm last last, beli buku 1511[KOMBAT] Faisal Tehrani, pastu Izzah beli Si Peniup Seruling Ney (camni kot tajuk nye, dah ingat-ingat lupa lak, yang pasti ada 'seruling & Ney).. pasni exchange la.. berpisah kat lrt KLCC tu, Izzah ke Gombak, ana ke CM, pastu gi jemput kawan kat Pudu lak.. yang terkejut tu, ramai benor laa warga asing kt KL tu, rasa bukan macam negara sendiri... cepat cepat jalan, sampai ke Pudu, duk rest jap... balik ke PJ, alhamduliLLah dapat sebilik ngan sume yang ana kenai.. dah super senior kt PJ tu susah la sket nak duk ngan junior ni, tapi ok je sebenarnye cuma takut affect sket psikologi ni, karang study pun terganggu.. BUT, hiudp mesti diteruskan.. tu laa sape suruh tukar kos lambat lambat !!! padan muka kau wani !! hehe..

okay lah, duit pun bukan banyak ni, nak kena jimat tuk bayar pendaftaran skali lagi... hmm.. kay yer.. ilalliqa' wa ma'assalamah...

Sunday, July 03, 2005

hikmah

Assalamualaikum warahmatuLlahi wabarakatuh

Dengan lafaz bismiLlahirRahmanirRahim serta selawat dan salam ke atas junjungan mulia kekasih Allah swt utusan terakhir penyebar risalah Allah buat ummat sekelian alam, ana ke sini sekali lagi dengan keizinanNya, Rabbul Jalil, alhamduliLlah.. dan semoga entry ana kali ini memberi manfaat buat kita semua.. ana dan juga anda yang sedang membaca.. insyaAllah..

Hari-hari yang dilalui memang tak seperti biasa. Semalam ke usrah seperti biasa. Ustaz sambung yang dalam buku tu.. AlhamduliLlah kehadiran bertambah tiga orang yang jarang hadir. kakSiti dengan hal adiknya kemalangan teruk dan tanggungjawabnya as guru tu.. Dua orang lagi tu baru je balik dari uia.. AlhamduliLlah Mr Presiden pun turun gak.. Bincang serba sedikit tentang PISA, then end..

Teringat pada tazkirah sorang akhi semalam, dia tekankan bahawa kita adalah penyambung dakwah Islam, bukan pemula mahupun pengakhir/penutup/penamat sebaran dakwah ni.. AlhamduliLlah ana dapat sesuatu yang baru hari tu.. dan banyak lagi yg ana dapat daripada perjumpaan kali ni...

Kemudian, ana chat ngan sorang kawan ni.. dan dia syorkan ana baca artikel ni..

Kebaikan yang tersembunyi

Sebenarnya hati yang gelap dan dipengaruhi nafsu membuatkan kita melihat banyak kebaikan tapi hanya nampak keburukan padanya. Kita menganggap kegagalan itu satu keburukan. Miskin satu kekurangan. Musibah sebagai mala petaka yang memusnahkan harapan. Sakit pula dianggap sesuatu yang amat menyusahkan.

Kadang-kadang sesuatu kebaikan itu bersifat tersembunyi hingga tidak ramai yang perasan. Contoh mudahnya, apabila turun hujan ramai orang yang memberi respons tidak menyenangkan. "Hujan..kacaulah!!" mungkin ini rungutan anak muda yang baru hendak menyarungkan kasut bola. Suri rumah yang baru menyidai kain mungkin berkata.."Hujan lagi!! Bila lah ana nak kering.."

Disebabkan ada orang yang terganggu dengan hujan, apakah turunnya hujan itu satu keburukan atau bukan kebaikan?

Bukankah hujan itu juga yang menyuburkan tanaman dan sayur yang kita makan? Bukankah hujan juga membolehkan kita merasai cuaca redup dan lembab setelah beberapa hari terdedah kepada cuaca panas kering? Bukankah hujan itu yang membolehkan kita bersedap-sedap tidur waktu di rumah?..malah hujan juga membolehkan ramai orang mendapat sumber rezeki.Tapi Kenapa hujan yang turun pada waktu dan di tempat tertentu dianggap menyusahkan, bukan lagi satu kebaikan?

Pada umum, ramai beranggapan kebaikan itu hanya ada pada kesenangan dan keselesaan, tidak ada kepayahan. Kebaikan juga hanya dirasa ada pada kejayaan. Juga hanya ada pada keselamatan, kecukupan dan kata-kata pujian.

Memang semua itu boleh membawa kebaikan dalam hidup di dunia. Tetapi tidak semestinya kesenangan itu kebaikan dan kesusahan itu keburukan. Tidak semestinya kekayaan itu kebaikan dn kemiskinan itu keburukan ataukeselesaan itu kebaikan dan kepayahan itu keburukan. Tidak semestinya juga mendapat kejayaan itu satu kebaikan manakala gagal dalam satu2 perkara itu satu keburukan.

Sebenarnya hati yang gelap dan dipengaruhi nafsu membuatkan kita melihat banyak kebaikan tapi hanya nampak keburukan padanya. Kita menganggap kegagalan itu satu keburukan. Miskin satu kekurangan. Musibah sebagai mala petaka yang memusnahkan harapan. Sakit pula dianggap sesuatu yang amat menyusahkan.

Jarang kita mahu melihat kebaikan yang mungkin juga ada pada kesengsaraan, kemiskinan, dan keperitan hidup. Kita juga tidak nampak kemungkinan pada kepayahan, kedhaifan, kedudukan yang rendah, kata-kata kejian dan dalam musibah. Lebih2 lagi untuk memikirkan bahawa kebaikan mungkin ada pada kegagalan walaupun hakikatnya semua orang mahu berjaya dan tidak mahu gagal.

Malah apa saja yang kita tak suka itu kita anggap sebagai keburukan. apa yang kita suka pula kita anggap sebagai kebaikan.

Misalnya, dapat isteri yang baik tapi tidak cantik dianggap satu kekurangan, bukan satu kebaikan. isteri pula bila bersuamikan lelaki yang baik dan bertanggungjawab tapi miskin dan kolot, tidak mahu mengangap itu satu keuntungan dan kebaikan yang besar. Ini menjadikan seseorang itu tidak tahu bersyukur walaupun allah telah berjaya memberinya kebaikan dalam hidup di dunia.

Allah berfirman yang bermaksud...
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.."Al-baqarah:216

Friday, July 01, 2005

Assalamualaikum warahmatuLlahi wabarakatuh

Semalam, ari Rabu, ana ke stesen bas Butterworth untuk bertemu dengan seseorang yang ana sayang dan menjadi teman bicara ana.. dah lama sangat tak jumpa, setahun sebulan dah. tapi sedih laa sebab ana sampai lewat sangat, dia dah tunggu dalam setengah jam baru ana sampai.. Maaf yer.. bukan sengaja, wani tersilap tengok jam dan bas pulak terlepas.. Maaf sangat sangat.. Dia dari Sitiawan nak ke kampus UUM di Sintok tu, so ada lagi dua trip nak ke sana, lepas satu trip dari Sitiawan ke Butterworth.. Ana dah suruh gi dulu sebab ana lambat lagi nak sampai ke stesen bas tu, but dia kata, 'takpe, duk je diam2 dalam bas tu..kontrol ayu..sampai kul dua pun sanggup tunggu..kay.. jgn isau..' Adoi laa terharu sangat nih.. jatuh gak la beberapa mutiara dalam bas tu... time kasih atas pengorbanan mu..

Tiba di sana.. cepat cepat gi cari mana gerangan diri.. hmm dah jumpa.. 'sorry laa lambat sangat..' Dia tersenyum dan berkata, 'takpe..' So, duk sebelah dia.. Sembang sembang sedikit sebanyak, pastu dia tunjuk album time ke program ukhwah.com di KL dan dia gi Pesta Buku kt PWTC lepas.. pastu lagi.. dia bagi ana baca buku La Tahzan version Malay kat ana.. buku ni memang dah lama mencari dan berhasrat memilikinya.. tapi tak da peluang lagi, tambah pulak mahal.. takpe, lepas ni bertekad gak nak ada sendiri buku ni.. panduan buat Muslimah agar bahagia.. Selak sikit sikit.. memang best sangat...

Then, kami gi makan di gerai makan KTM.. ana tempah mee goreng je sbb dah kenyang sarapan td ngan nasik lemak pembelian TokTercinta.. then, dia order nasik goreng paprik... Sambil bercerita itu ini, ana tentulah yang paling banyak cakap antara kami, dia lebih banyak mendengar jer.. thanks a lot.. yang best lagi, dia belanja hehe =P

Abis makan gi surau, solat Zohor, dia solat jama' taqdim.. alhamduliLlah.. pastu gi kaunter beli tiket bas ke Alor Setar.. alhamduliLlah kena tunggu dalam 15 minit je lagi sebelum bas tu bertolak.. Kau mudahkan urusan hambaMu, segala puji bagiMu.. so, kami tunggu sementara bas tu nak jalan kat tepi bas tu.. sembang and all that.. pastu driver bas datang... then, dia pun naik bas... before tu, salam and etc... rasa macam taknak berpisah jer... rasa nak bersama dia sepanjang masa... but, dia pun ada tanggungjawabnya yang lain.. kay.. teruskan perjalananmu ke medan jaya.. hehe

Lepas bas dia bergerak, ana mencari bas untuk ke Bukit Mertajam, nak beli sumtin for myself... dalam bas tu, sms ngan dia.. hati ni sedih sebenarnye, and banyak benda nak cite but what can we do, time so limited... tak sempat nak cari mood nak bercerita, dah nak kena teruskan perjalanan dia ke bumi Sintok tu.. takpe la, insyaAllah ada masa, kita sembang lagi yer... Setakat setengahari ngan tu bersama, dah cukup bermakna buat wani..

THANKS A LOT KAK SHIDA.... wani tak dapat balas budi baik akak... akak one of the person in my life yg faham diri wani... teman bicara and good listener and also my good advisor... i'll never forget u.. walaupun jauh dari mata, namun tautan hati kita menjadikan kita rapat... syukur padaMu ya Allah yang mempertemukan kami... alhamduliLlah... kasih sayang kita kerana Allah.. kerana Islam...

(hmm time duk nulis blog nih, got sms from kakShida "Ups dh zz o ngdp pc he2.rumet kak dh tido.bru lps isyk.kms beg skit,sok rush 2 kL.xleh zz,byk pk..xtau ar pk ape.hu2.Td sufer mnum nscf mis kt dik ;) k,gnite..") ni lah kakShida, baik sangat... miszz u too..

Teringat kat sorang lagi.. Nurul Izzah Bakar.. dah dekat 5 bulan tak jumpa.. insyaAllah, pertemuan semula itu tetap ada buat kita.... miszz u too.. =)


ukhuwwah itu indah kan??? ^_^


hehe.. ni ada kata-kata nasihat dari sorang kawan ana ni..
walaupun chat je, tapi mesej tu mendalam buat diri ana dan semua..
try baca.. simple, but meaningful...

concentrate
jgn main cinta
walaupon manis,tapi beracun
kalau cukup kuat,akn dpt manisnya
tp,kalau lemah
merana maaaa

jangan main cinta
walaupon terang,tapi panas
kalau cukup sedia,sila...
tp kalau tak, diri akan hangus

tp cinta ALLAH tu kan indah
walaupon tak nampak,tp dapat kita rase
mcm angin
menyamankan
menenangkan

tul tak?

Macam mana? betul tak?? bagi ana memang tak salah semua yang dia kata tu.. Memang betul.. Terima kasih..


Kay ek, ni ana nak bagi sinopsis sebuah buku ni, menarik, insyaAllah ana nak beli buku ni bila jumpa dan ada duit.. genre History.. kalau orang yg tak minat kisah kisah camni, terpulanglah yer..


Judul : Admiral Zheng He
Harga : RM50.00

Judul : Admiral Zheng He
Pengarang : Yusof Liu Baojun
Penerbit : IKSEP
Genre : Sejarah
Mukasurat : 96 halaman
Cetakan Pertama : 2004
ISBN : 9834182805
Soft Cover

Admiral Cheng Ho, also pronounced as Zheng He in standard Mandarin, was the greatest Chinese Muslim envoy and navigator. His Muslim name was Ma Sanbao (better known as Sam Poh or Sam Poh Gung). He was a well-known historical figure in China and the Southeast Asian countries. During the 15th century, Zheng He spent 28 years on the South China Sea, the India Ocean, the Persian Gulf, and the Red Sea during the course of his seven voyages.

Unlike Western colonialists in early times, who used the advantage of military power and equipment to colonialize many nations, during Zheng He's voyages to many countries with his huge fleet, he pioneered and established friendship and reciprocal diplomatic relationship with others. In return, he was remembered in China and abroad with the existing historical sites and connected with him as concrete proofs to affirm this fact.

Unlike Western colonialists in early times, who used the advantage of military power and equipment to colonialize many nations, during Zheng He's voyages to many countries with his huge fleet, he pioneered and established friendship and reciprocal diplomatic relationship with others. In return, he was remembered in China and abroad with the existing historical sites and connected with him as concrete proofs to affirm this fact.

Contents
The Introduction of Islam into China

The Silk Road on the Sea before Zheng He's Great Exploration
Some Important Port Cities in China
Zheng He and His Great Exploration
About Zheng He
Zheng He's Great Exploration
The significance of Zheng He's Great exploration
Zheng He's Muslim Aides
Some Zheng He's Contributions to the Chinese Muslim Communities
Some existing historical sites and relics relevant to Zheng He in China, Southeast Asia and Africa Some Chinese Muslim Influences in Malaysia
Zheng He and Melaka
The Story of Princess Hang Li Poh and Melaka
Malaysian Chinese Muslims growfh since the Independence
Organizations
Famous Personality The "Big Mosque" in Kampong Ulu, Melaka
Some Chinese Muslim Influences in Brunei

Some Chinese Muslim Influences in Indonesia
Bibliography
Author's Biodata
Chinese Translation