Sunday, July 03, 2005

hikmah

Assalamualaikum warahmatuLlahi wabarakatuh

Dengan lafaz bismiLlahirRahmanirRahim serta selawat dan salam ke atas junjungan mulia kekasih Allah swt utusan terakhir penyebar risalah Allah buat ummat sekelian alam, ana ke sini sekali lagi dengan keizinanNya, Rabbul Jalil, alhamduliLlah.. dan semoga entry ana kali ini memberi manfaat buat kita semua.. ana dan juga anda yang sedang membaca.. insyaAllah..

Hari-hari yang dilalui memang tak seperti biasa. Semalam ke usrah seperti biasa. Ustaz sambung yang dalam buku tu.. AlhamduliLlah kehadiran bertambah tiga orang yang jarang hadir. kakSiti dengan hal adiknya kemalangan teruk dan tanggungjawabnya as guru tu.. Dua orang lagi tu baru je balik dari uia.. AlhamduliLlah Mr Presiden pun turun gak.. Bincang serba sedikit tentang PISA, then end..

Teringat pada tazkirah sorang akhi semalam, dia tekankan bahawa kita adalah penyambung dakwah Islam, bukan pemula mahupun pengakhir/penutup/penamat sebaran dakwah ni.. AlhamduliLlah ana dapat sesuatu yang baru hari tu.. dan banyak lagi yg ana dapat daripada perjumpaan kali ni...

Kemudian, ana chat ngan sorang kawan ni.. dan dia syorkan ana baca artikel ni..

Kebaikan yang tersembunyi

Sebenarnya hati yang gelap dan dipengaruhi nafsu membuatkan kita melihat banyak kebaikan tapi hanya nampak keburukan padanya. Kita menganggap kegagalan itu satu keburukan. Miskin satu kekurangan. Musibah sebagai mala petaka yang memusnahkan harapan. Sakit pula dianggap sesuatu yang amat menyusahkan.

Kadang-kadang sesuatu kebaikan itu bersifat tersembunyi hingga tidak ramai yang perasan. Contoh mudahnya, apabila turun hujan ramai orang yang memberi respons tidak menyenangkan. "Hujan..kacaulah!!" mungkin ini rungutan anak muda yang baru hendak menyarungkan kasut bola. Suri rumah yang baru menyidai kain mungkin berkata.."Hujan lagi!! Bila lah ana nak kering.."

Disebabkan ada orang yang terganggu dengan hujan, apakah turunnya hujan itu satu keburukan atau bukan kebaikan?

Bukankah hujan itu juga yang menyuburkan tanaman dan sayur yang kita makan? Bukankah hujan juga membolehkan kita merasai cuaca redup dan lembab setelah beberapa hari terdedah kepada cuaca panas kering? Bukankah hujan itu yang membolehkan kita bersedap-sedap tidur waktu di rumah?..malah hujan juga membolehkan ramai orang mendapat sumber rezeki.Tapi Kenapa hujan yang turun pada waktu dan di tempat tertentu dianggap menyusahkan, bukan lagi satu kebaikan?

Pada umum, ramai beranggapan kebaikan itu hanya ada pada kesenangan dan keselesaan, tidak ada kepayahan. Kebaikan juga hanya dirasa ada pada kejayaan. Juga hanya ada pada keselamatan, kecukupan dan kata-kata pujian.

Memang semua itu boleh membawa kebaikan dalam hidup di dunia. Tetapi tidak semestinya kesenangan itu kebaikan dan kesusahan itu keburukan. Tidak semestinya kekayaan itu kebaikan dn kemiskinan itu keburukan ataukeselesaan itu kebaikan dan kepayahan itu keburukan. Tidak semestinya juga mendapat kejayaan itu satu kebaikan manakala gagal dalam satu2 perkara itu satu keburukan.

Sebenarnya hati yang gelap dan dipengaruhi nafsu membuatkan kita melihat banyak kebaikan tapi hanya nampak keburukan padanya. Kita menganggap kegagalan itu satu keburukan. Miskin satu kekurangan. Musibah sebagai mala petaka yang memusnahkan harapan. Sakit pula dianggap sesuatu yang amat menyusahkan.

Jarang kita mahu melihat kebaikan yang mungkin juga ada pada kesengsaraan, kemiskinan, dan keperitan hidup. Kita juga tidak nampak kemungkinan pada kepayahan, kedhaifan, kedudukan yang rendah, kata-kata kejian dan dalam musibah. Lebih2 lagi untuk memikirkan bahawa kebaikan mungkin ada pada kegagalan walaupun hakikatnya semua orang mahu berjaya dan tidak mahu gagal.

Malah apa saja yang kita tak suka itu kita anggap sebagai keburukan. apa yang kita suka pula kita anggap sebagai kebaikan.

Misalnya, dapat isteri yang baik tapi tidak cantik dianggap satu kekurangan, bukan satu kebaikan. isteri pula bila bersuamikan lelaki yang baik dan bertanggungjawab tapi miskin dan kolot, tidak mahu mengangap itu satu keuntungan dan kebaikan yang besar. Ini menjadikan seseorang itu tidak tahu bersyukur walaupun allah telah berjaya memberinya kebaikan dalam hidup di dunia.

Allah berfirman yang bermaksud...
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.."Al-baqarah:216

No comments: