Monday, June 27, 2005

pergi tak kembali

Assalamualaikum warahmatuLLahi wabarakatuh..

Macam-macam yang dilalui sepanjang minggu lepas..
Ari Khamis, ana ke pekan jumpa junior utk serahkan sumthin pada dia..
punya tunggu lah dia.. at last sampai gak ke tempat yg dijanjikan.. alhamduliLlah

Ari Jumaat..
janji ngan Hanim nak jumpa kat sekolah..
alhamduliLlah pagi tu tumpang MakTercinta utk turun di Masjid jamiul Badawi, Kepala Batas..
sampai kt situ kul 730am camtu..
nak masuk dulu dlm masjid.. bila naik atas masjid tu, kt pintu masuk masjid, aduh! sedih tul laa, pintu lock lagi..
huhu sedih sangat nih...
turunlah balik ke bawah.. duk kat tangga masjid tu sambil duk tgk makcik kat situ siram pokok..
tunggu gak, bila lah pakcik ni nak datang bukak kunci tu.. nak masuk nih.. huhu
tunggu lah sampai kul 8am camtu.. alaaa takdak pun sesapa yg bukak..
so, aku mengorak langkahku ke kompleks utk menunggu bas..
on the way, aku melewati kedai runcit schoolmate, Bazlillah namanya.. so, stop kejap, beli suratkhabar yg dia jual..
dia kata rajinnya berjalan, pi sana, pi sini.. ku sengih je laa.. ada urusanlah, kata dlm hati je laa..
pastu.. Baz kem salam kat kwn2 Irshad semua.. insyaAllah akan aku sampaikan pada depa nanti noo..
dalam paper tu kisah ttg budak yg kena culik kt HSP tu.. sian dia ek, kecik2 lagi dilariakn orang..
pastu sampai sekolah, duk kat surau jap.. pastu call Hanim, "duk ada tang mana nih?"
last.. kami jumpa kt kelas lower six, kelas aku yg dulu time mula mula masuk form6..
then aku asked la sorang junior tu.. "ada tak budak Perak kt sini? nama Aishah.." then she told me, kelas sebelah..
ooo000ooo sebelah ek.. malu arr nak p.. hehe =P tapi last last, jumpe gak ngan adik kak Shida tu.. muke mmg same laa cuma she tinggi lebih dr kakShida tu.. sembang ngan dia.. bla.. bla...
pastu gi bilik kaunseling.. on the way, ramai adik2 lain tegur.. Fatimah yg sweet tu, pastu Fatimah yg menyenangkan hati ana.. ntah nape ntah ada rasa sayang kat Fatimah yang second ni.. hmm ntah, mungkin sebab serasi kot dgn dia..
erm.. then disapa oleh adik2 yg lain, adik2 team hockey dulu.. all of them laa.. seb baik hampa kenai lagi ngan akak ni, kalau tak, siap hampa.. hehe
pastu sembang ttg uia ngan Hanim ngan Farah.. bla.. bla.. tunggu cikgu Syimah, sibuk sgt cikgu.. takpalah, kami balik dulu..
pastu naik bus, sampailah kt umah..

Ari Sabtu..
macam minggu minggu sudah, aku ke Pokok Sena.. usrah...
bincang sket tentang PISA then proceed with bab seterusnya bila ustaz dah sampai..
alhamduliLlah selesai... minggu depan, Sabtu akan datang nih adalah terakhir israh.. huhu sedih laa..
pagi tu ke bank jap ngan MakTercinta.. lepas satu bank, satu bank.. then makan kat luar.. sekali sekala best gak..
hmm pastu MakTercinta hantar ke usrah tu laa..


Sebenarnya.. pukul 430am semalam.. ada berita kematian jiran belakang rumah ana.. beliau meninggal jam 230am kerana serangan jantung.. dan jam 1500 tadi telah selamat dikebumikan di tapak perkuburan kg ni..
lepas solat Asar ngan MakTercinta, Mak kata, terkenangkan allahyarham yang meninggal mengejut tanpa persediaan..
hmm... kematian tanpa diundang...
semoga ditempatkan bersama solihin..



5 PERKARA PERLU DINGAT

1. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.

2. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.

Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.

3. Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.

Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?

4. Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.

Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.

5. Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.

Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.

Thursday, June 23, 2005

buat sahabat sahabiahku..

Pedoman Diri

Jadilah seperti daun
Yang merimbuni pucuk-pucuk budi
Getir menahan hujan musibah
Buat membina keutuhan peribadi
Teguhmu menjulang di puncak harga diri
Jangan biarkan angin songsang
Meracuni kalut sahsiah insani
Kelak engkau akan terhumban
Di sungai kebatilan
Yang menghanyutkan jauh
Di sungai kesesatan


Jadilah seperti payung
Yang getir meneduhi ribut emosi
Setia menangkis nafsu duniawi
Kau bina teguh jeriji-jeriji peripadi
Bersama kejap jari-jemari budi
Menggenggam erat tangkai keimanan
Engkau tidak akan basah
Di bawah teduh payung maruah
Yang sekian lama memeliharamu
Dari racun keliru dan wap celaru


Jadilah seperti embun
Yang tunduk menitiskan kasih sayang
Setia menyirami kalbu yang kegersangan
Dengan mutiara kesabaran
Dan kaca kebenaran


Di asuh dengan nilai-nilai tulus murni
Batinmu akan gemerlap bercahaya
Dilimpahi akal pertimbangan
Penyeri warna kehidupan


Jadilah seperti rebung
Yang mudah dilentur
Dengan sifat dan watak
Menurut acuan budi
Dan potret peribadi


==================================

SUNNAH BERJUANG 2-Nada Murni

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid.

Dibuang dia berkelana
dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara menuju cita
membara demi Allah dan Rasul-Nya.

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Senang susah silih berganti
Inilah sunah orang berjuang.

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Diiring serta air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat meluah tenaga.

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih.

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua pasti terjadi
Tunggulah syahid atau menang.

Tuesday, June 21, 2005

untuk selamatkanmu, wahai anakku

Assalamualaikum warahmatuLlahi wabarakatuh
Dengan lafaz bismiLlahirRahmanirRahim serta selawat dan salam ke atas junjungan mulia kekasih Allah swt utusan terakhir penyebar risalah Allah buat ummat sekelian alam, ana ke sini sekali lagi dengan keizinanNya, Rabbul Jalil, alhamduliLlah.. dan semoga entry ana kali ini memberi manfaat buat kita semua.. ana dan juga anda yang sedang membaca.. insyaAllah..

Sabtu lalu, seperti Sabtu Sabtu yang lepas, ana hadirkan diri ke usrah, alhamduliLlah, dan selepas pembentangan beberapa laporan meeting dan program serta perkembangan rancangan program, kami diambil oleh Ustaz ke rumah beliau untuk usrah mingguan dan seterusnya menikmati jamuan makan kesyukuran sempena ulangtahun kelahiran 3 orang cahaya mata beliau. AlhamduliLlah sempat syarah satu tajuk jer, walaupun satu, bukan kuantiti yang kita tengok tapi kualiti tu.. dan tajuk yg dibincangkan ialah:

Islam adalah rahmat.

Rahmat yang dimaksudkan di sini ialah perasaan lemah-lembut dalam hati yang mendorong manusia untuk menolong orang-orang lemah dan berhajat, atau memaafkan orang yang tersilap, tidak melakukan tindak-balas terhadap perbuatan jahat orang lain dan merasakan simpati di atas bencana yang menimpa orang lain. Sifat-sifat ini akan merupakan akhlaq yang tinggi jika digunakan pada tempat yang sewajarnya. Sifat rahmat dan belas kasihan hanyalah wujud dan berfungsi sewaktu ianya dapat menolong pelaksanaan hukum-hukum Allah. Dalam menghukumkan mereka yang melakukan jenayah zina Allah berfirman:

" Sebatlah lelaki dan perempuan yang melakukan zina seratus rotan. Janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu dari (menjalankan) agama Allah." (24:2)

Demikianlah juga pada hukum-hukum yang lain. Perasaan rahmat dan belas kasihan tidak seharusnya diberikan kepada musuh Allah, musuh yang menjadi batu penghalang di jalan Allah sekalipun mereka itu teridir dari keluarga yang hampir. Lantaran inilah kita lihat para sahabat yang mulia telah memerangi ayah, bapa saudara, anak saudara dan keluarga mereka yang akrab dalam peperangan Badr, Uhud, Khandak kerana mereka musuh Allah yang menjadi batu penghalang di jalan Allah.

Menurut Abu A'ala Al-Maududi: 'Daei umpama diri yang merawat'. Dakwah adalah untuk menyelamatkan seseorang dan menolong orang yang zalim. Bagaimana yang dikatakan sedemikian, 'menolong orang yg zalim'? Maknanya di sini ialah, daie menyelamatkan mereka dari terus berada dalam kezaliman, dan menghalang mereka menganiaya diri sendiri akibat dosa dan azab yang bakal diterima oleh diri mereka.

Perbuatan seseorang yang menyakitkan kita adalah digalakkan supaya dimaafkan. Kemaafan yang diberikan oleh seseorang sedangkan beliau berupaya melakukan tindakbalas adalah dianggap sebahagian daripada rahmat. Rahmat dan belas kasihan haruslah diberikan kepada mereka yang lemah, miskin, mereka yang terpisah daripada keluarga, orang-orang sakit, orang tua dan orang-orang yang berhajat kepada bantuan dan pertolongan. Perasaan rahmat dan belas kasihan haruslah wujud dikalangan Ikhwan Muslimin sewaktu mereka membentuk masyarakat Islam dan berusaha mencorakkannya dengan corak Islam. Perasaan ini haruslah wujud di kalangan mereka baik secara diam-diam atau terang-terangan, tetapi kita lebih mengutamakan secara diam-diam.

hmm.. dah takde kekuatan lagi untuk meneruskan entry kali ni.. so.. kat bawah ni, ana pastekan bahan.. mungkin ada kesilapan yang jelas kelihatan.. cuma tetap ada manfaat daripadanya.. bacalah yer..

Kemuliaan Para Mujahid dan Syuhada
[1]

1. Bagi mereka seagung-agung pahala.

« ÑöÈóÇØõ íóæúãò Ýöì ÓóÈöíáö Çááøóåö ÎóíúÑñ ãöäó ÇáÏøõäúíóÇ æóãóÇ ÚóáóíúåóÇ ¡ æóãóæúÖöÚõ ÓóæúØö ÃóÍóÏößõãú ãöäó ÇáúÌóäøóÉö ÎóíúÑñ ãöäó ÇáÏøõäúíóÇ æóãóÇ ÚóáóíúåóÇ ¡ æóÇáÑøóæúÍóÉõ íóÑõæÍõåóÇ ÇáúÚóÈúÏõ Ýöì ÓóÈöíáö Çááøóåö Ãóæö ÇáúÛóÏúæóÉõ ÎóíúÑñ ãöäó ÇáÏøõäúíóÇ æóãóÇ ÚóáóíúåóÇ[2] »

Berjaga di garis depan sehari di jalan Allah lebih baik daripada dunia dan isinya, dan tempat pecut seorang kamu di Jannah lebih baik dari pada dunia dan seisinya dan pemergian sorang hamba di waktu petang hari berperang di jalan Allah lebih baik daripada isi dunia dan seisinya

2. Pahala amal mereka mengalir terus dan itulah seutama-utama amal.

« ÑöÈóÇØõ íóæúãò æóáóíúáóÉò ÎóíúÑñ ãöäú ÕöíóÇãö ÔóåúÑò æóÞöíóÇãöåö æóÅöäú ãóÇÊó ÌóÑóì Úóáóíúåö Úóãóáõåõ ÇáøóÐöì ßóÇäó íóÚúãóáõåõ æóÃõÌúÑöìó Úóáóíúåö ÑöÒúÞõåõ æóÃóãöäó ÇáúÝóÊøóÇäó[3] »

Menjaga garis depan sehari semalam lebih baik dari puasa sebulan dan bangun malamnya, dan apabila mati pada saat itu (ribath) mengalir terus amal yang pernah dikerjakannya dan dicurahkannya terus rezeki dan diamankan dari siksa kubur.

« ßõáøõ ãóíøöÊò íõÎúÊóãõ Úóáóì Úóãóáöåö ÅöáÇøó ÇáøóÐöì ãóÇÊó ãõÑóÇÈöØðÇ Ýöì ÓóÈöíáö Çááøóåö ÝóÅöäøóåõ íõäúãóì áóåõ Úóãóáõåõ Åöáóì íóæúãö ÇáúÞöíóÇãóÉö æóíóÃúãóäõ ãöäú ÝöÊúäóÉö ÇáúÞóÈúÑö[4] »

Tiap orang yang mati ditutup menurut amalnya yang terakhir, kecuali penjaga garis depan di jalan Allah, maka dihidupkan terus amal kelakuan yang biasa dilakukannya sampai hari kiamat dan diselamatkan dari fitnah atau pentanyaan kubur.

3. Mereka akan terus hidup dan diberi rezeki.

Mereka akan terus hidup di sisi Rabbul A'lamin, dan mereka memperoleh rezeki sampai hari kiamat. Seorang syahid tidak perlu dimandikan, keadaan pakaian mereka tetap seperti semula dan mereka tidak dishalatkan. Dari Masyrud kami bertanya kepada Abdullah mengenai ayat ini.

æóáÇó ÊóÍúÓóÈóäøó ÇáøóÐöíäó ÞõÊöáõæÇ Ýöí ÓóÈöíáö Çááøóåö ÃóãúæóÇÊðÇ Èóáú ÃóÍúíóÇÁñ ÚöäúÏó ÑóÈøöåöãú íõÑúÒóÞõæä[5]

Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.(AQ3:169)

"Maka berkata Abdullah, adapun tentang ayat ini aku telah menanyakannya kepada Rasulullah, lalu beliau bersabda,"Roh-roh mereka berada di dalam tubuh-tubuh burung hijau, baginya ada lampu-lampu berkilau dan berkelip-kelip tergantung di bawah Arasy yang bebas memakan makanan di Jannah sesukanya kemudian hinggap lagi pada lampu-lampu yang berkilau. Kemudian satu pandangan tertuju kepada mereka, lalu bertanya,"Adakah sesuatu yang kamu perlukan?" Mereka menjawab,"Apakah yang kami perlukan padahal kami bebas memakan apa saja yang kami suka di Jannah?" Pertanyaan seperti di atas diulang sampai tiga kali kepada mereka. Maka ketika mereka melihat bahawa mereka tidak sekali-kali bebas dari pertanyaan itu, lalu mereka berkata,"Ya Rabb, kami ingin supaya roh-roh kami dikembalikan kepada jasad-jasad kami sehingga kami terbunuh sekali lagi". Dan ketika dilihat mereka tidak mempunyai hajat lagi, maka mereka tinggalkan."(HR Muslim,Tirmidzi dan selain keduanya)

4. Mereka terdinding dari neraka.

Mereka terdinding atau terjauh dari neraka sejauh tujuh parit, yang setiap parit itu jauhnya seperti tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi.

« ãóäú ÑóÈóÇØó íóæúãðÇ Ýöíú ÓóÈöíúáö Çááåö ÌóÚóáó Çááåõ Èóíúäóåõ æóÈóíúäó ÇáäøóÑö ÓóÈúÚó ÎóäóÇÏöÞó ßõáøõ ÎóäúÏóÞò ßóÓóÈúÚö ÓóãóÇæóÇÊö æóÓóÈúÚö ÇóÑóÖóíúäó[6] »

Siapa yang ribath sehari jalan Allah, Allah menjadikan baginya neraka sejauh tujuh parit. Setiap parit itu jaraknya seperti tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi.(HR Thabrani)
Dalam hadith lain Nabi bersabda:

"Allah tidak akan mengumpulkan debu fi sabiliLLah pada diri seorang hamba dengan atap neraka jahannam, Allah akan menjauhkan dia dari api neraka pada hari kiamat sejauh perjalanan seribu perjalanan dengan kenderaan cepat, dan barang siapa terkena satu luka di jalan Allah, Allah akan memakaikannya cincin baginya cincin para syuhada, mereka bagaikan cahaya pada hari kiamat, warnanya warna kuning emas, baunya bau kasturi, mereka dikenal sebagai orang terdahulu dan orang yang terkemudian. Mereka mengatakan: "Si Fulan memakai cap syuhada dan barang siapa berperang di jalan Allah Allah selama waktu memerah susu unta, wajib baginya masuk Jannah".(HR Ahmad)

« áÇó íóÌúÊóãöÚõ ßóÇÝöÑñ æóÞóÇÊöáõåõ Ýöì ÇáäøóÇÑö ÇóÈóÏðÇ[7] »

Tidak akan berkumpul orang kafir dengan orang yang berbunuhan di neraka selama-lamanya.

5. Pahala amal mereka berlipat ganda daripada selain mereka.

Amal-amal shalih mereka dilipat gandakan dengan ribuan tingkatan kebaikan. RasuluLLah bersabda:

« ÕóáÇóÉñ Ýöíú ãóÓúÌöÏöíú ÊóÚúÏöáõ ÈöÚóÔúÑóÉö ÃóáúÝò ÕóáÇóÉò æÕóáÇóÉñ Ýöì ÇáúãóÓúÌöÏö ÇáúÍóÑóÇãö ÊóÚúÏöáõ ÈöãóÇÆóÉö ÃóáúÝò ÕóáÇóÉò æóÇáÕøóáÇóÉõ ÈöÇóÑúÖö ÇáÑøöÈóÇØö ÈöÇáõÝóì ÕóáÇóÉò[8] »

Shalat di dalam masjidku sebanding dengan sepuluh ribu shalat (di tempat lain), dan shalat di dalam Masjidil Haram sebanding dengan setasu ribu shalat. Dan shalat di medan ribath sebanding dengan dua juta di tempat lain. (HR Ibnu Hibban)

6. Mereka adalah tamu-tamu Allah dan pahala mereka terjamin.

Tamu-tamu Allah, Allah memanggil mereka dan mengabulkan permintaan mereka, Allah menjamin pertolongan kepada mereka dan memberi balasan dengan sebaik-baik balasan. Rasulullah bersabda:

"Orang yang berperang di jalan Allah. Orang yang naik haji ke BaituLLah dan orang ang umrah adalah utusan-utusan Allah, Allah memanggil mereka lalu mereka pun memenuhi." (HR Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Baihaqi)

"Allah menjamin bagi orang yang berjihad di jalan Allah yang tiada keluar dari rumahnya melainkan hanya untuknya berjihad di jalan-Nya, membenarkan kalimat-Nya, bahawa ia akan masukkan dia ke dalam Syurga atau akan mengembalikan-Nya ke tempat tinggalnya dengan keuntungan pahala dan ghaminah."(HR Bukhari, Malik dan Nasa'i)

7. Bagi mereka ampunan Allah dan do'a mereka mustajab.

Allah mengampuni seluruh dosa-dosa mereka dan dibuka pintu-pintu langit kerana doa mereka Rasulullah bersabda:

« ÇóáÇó ÊõÍöÈøõæúäó Ãóäú íóÛúÝöÑó Çááåõ áóßõãú æóíõÏúÎöáõßõãú ÇáúÌóäøóÉó¿ ÇóÛóÒóæúÇ Ýöíú ÓóÈöíúáö Çááåö ãóäú ÞóÊóáó Ýöíú ÓóÈöíúáö Çááåö ÝõæóÇÞó äóÇÞóÉò æóÌóÈóÊú áóåõ ÇáúÌóäøóÉ[9] »

Sukakah kamu bahawa Allah mengampuni dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga? Berperanglah kamu di jalan Allah. Barang siapa berperang di jalan Allah sebatas waktu meremah susu unta wajib baginya syurga.

« ÓóÇÚóÊóÇäö ÊóÝúÊóÍõ ÝöåöíúãóÇ ÇóÈúæóÇÈõ ÇáÓøóãóÇÁö æóÞóáøóãóÇ ÊóÑóÏøõ Úóáóì ÏóÇÚò ÏóÚóæúÊõåõ ÚöäúÏó ÍõÖõæúÑö ÇáäøóÏóÇÁö æóÇÕøóÝøö Ýöí ÓóÈöíúáö Çááåö[10] » æóÝöí áóÝúÙò « ËöäúÊóÇäó áÇóÊóÑóÏøóÇäö Çóæú ÞóÇáó ÊóÑóÏøóÇäö ÇáÏøõÚóÇÁõ ÚöäúÏó ÇáäøöÏóÇÁö æóÚöäúÏó ÇáúÈÃúÓö Íöíúäó íóáúÍóãõ ÈóÚúÖñ ÈóÚúÖðÇ[11] »
Dua saat dibuka padanya pintu-pintu langit, dan sedikit sekali ditolak seruan orang yang berdo'a orang yang berdo'a. Iaitu ketika azan telah selesai dan waktu perang jihad di jalan Allah. Dan dalam satu lafaz lain. Dan dua saat yang tidak ditolak iaitu waktu ada panggilan orang-orang yang memanggil dan pada saat pertempuran sedang berkecamuk antara sebagian lainnya.
« ÅöÐóÇ ÕóÝøó ÇáäøóÇÓõ ÇáÕøóáÇóÉó æóÕóÝøõæúÇ áöáúÞöÊóÇáö ÝõÊöÍóÊú ÇóÈúæóÇÈõ ÇáÓøóãÇÁö æóÇóÈúæóÈõ ÇáúÌóäøóÉö æóÛõáøöÞóÊú ÇóÈúæóÇÈõ ÇáäøóÇÑö »
Ketika manusia berbaris untuk sholat dan ketika mereka dalam barisan perang, maka di bukalah pintu-pintu langit dan pintu-pintu syurga dan di tutup pintu-pintu neraka.

8. Mereka ingin syahid berulang kali.

« ãóÇ ÇóÍóÏñ íóÏúÎõáõ ÇáúÌóäøóÉó íõÍöÈøõ Ãóäú íóÑúÌöÚó Åöáóì ÇáÏøõäúíóÇ æóáóåõ ãóÇ Úóáóì ÇáÃóÑúÖö ãöäú ÔóìúÁò ÅöáÇøó ÇáÔøóåöíúÏõ íóÊóãóäøóì Ãóäú íóÑúÌöÚõ Åöáóì ÇáÏøõäúíóÇ ÝóíõÞúÊóáó ÚóÔúÑó ãóÑøóÇÊò áöãóÇ íóÑóì ãöäó ÇáúßóÑóÇãóÉö[12] æóÝöìú ÑöæóÇíóÉò áöãóÇ íóÑóì ãöäú ÝóÖúáö ÇáÔóåóÇÏóÉö[13] »

Tidak ada seorang pun yang telah masuk syurga, lalu ingin kembali semula ke dunia meskipun ia mempunyai kekayaan dunia dan seisinya, kecuali orang yang mati syahid, maka sesungguhnya ia menginginkan dikembalikan ke dunia lalu dibunuh sebanyak sepuluh kali kerana ia melihat kemuliaan dan dalam riwayat lain melihat keutamaan-keutamaan syahid.
"Dari Jabir berkata: "ketika Abdullah bin Amr bin Haram syahid dalam perang Uhud, Rasulullah berkata kepada Jabir,"Hai Jabir apakah engkau ingin mendengar tentanh ayahmu, bagaimana Allah memperlakukan? "Jawab Jabir, "Ya, aku ini mendengarkannya. "Rasulullah bersabda,"Tidak sekali-kali Allah berbicara dengan ayahmu lansung berhadapan. Allah mengatakan kepada ayahmu,"Hai hambku, mintalah kepada-Ku, maka akan Aku kabulkan." Ayahmu menjawab,"Ya Rabbi, biarkanlah hamba hidup lagi, maka akan hamba berperang lagi untuk-Mu yang kali kedua kalinya." Allah mengatakan:"Hal itu telah Aku tentukan, bahawa siapa yang telah mati tidak akan hidup kembali ke dunia." Kemudian ayahmu memohon lagi:" Wahai Rabbi, beritahukan orang-orang sesudahku nanti." Setalah itu Allah menurunkan ayat ini: " Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. (Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman(AQ3:169-171)" (HR Tirmidzi, Ibnu Majah dan Al-Hakim)

9. Mereka dihiasi dan dilindungi oleh para malaikat.

Rasulullah bersabda, bahawa Syuhada itu ada tiga:

Seorang yang keluar dengan diri dan hartanya di jalan Allah, ia tidak ingin membunuh dan juga tidak mahu dibunuh. Ia hanya ingin menambah jumlah kaum muslimin, maka apabila mati atau terbunuh, diampuni dosa-dosanya semua dan dijauhkan dari siksa kubur, diamankan dari kegoncangan, dikawinkan dengan bidadari, diberikan kepadanya kemulian-kemulian dan diletakkan di atas kepalanya mahkota kebesaran.

Seorang yang keluar dengan diri dan hartanya, dengan perhitungan ia ingin membunuh dan tidak ingin terbunuh, maka ia jika ia terbunuh (syahid) maka di tempatkan di syurga bersama Nabi Ibrahim dan di sisi Allah pada kedudukan yang benar dari penguasa yang menentukan.

Seorang yang keluar dengan diri dan hartanya dengan perhitungan, ia ingin membunuh dan terbunuh, maka jika mati atau terbunuh, akan datang pada hari kiamat sebangai seorang yang menyandang senjata sambil meletakkannya di atas pundaknya dan semua manusia memberikan penghormatan secara teratur, ia akan mengatakan : "Lapangkanlah jalan bagi kami kerana kami telah mencurahkan darah-darah kami dan memberikan harta-harta kami bagi Allah. Rasulullah bersabda : "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, sekiranya ia berkata demikian kepada Nabi dari nabi-nabi, niscaya mereka menyingkir dari jalan kerana melihat kewajiban dan hak mereka, sehingga sampailah mereka kepada mimbar-mimbar yang terbuat dari cahaya di bawah Arasy, lalu mereka duduk di atasnya. Mereka memperhatikan bagaimana manusia diadili, tidak mereka temukan kegelapan maut, kesulitan barzakh, tidak mula kegoncangan suara yang keras, mereka tidak dihisab dan ditimbang, tidak melalui Sirath, mereka dapat melihat bagaimana manusia diadili, mereka tidak meminta sesuatu melainkan diberikan, dan tidak memberikan suatu syafa'at melainkan disyafa'atkan kerananya, dan mereka diberikan syurga mana sahaja yang mereka suka dan duduk di mana sahaja yang mereka sukai. (HR Bazzar dan Baihaqie)

« áÇó ÊóÌöÝøö ÇáÃóÑúÖõ ãöäú Ïóãö ÇáÔøóåöíúÏö ÍóÊøóì ÊóÈúÊóÏöÑóåõ ÒóæúÌóÊóÇåõ ßóÃóäøóåõãóÇ ÙöÆúÑóÇäö ÃóÖóáøøóÊó ÝóÕöíúáóíúåöãóÇ Ýöì ÈóÑóÇÌò ãöäó ÇáÃóÑúÖö æóÝöì íóÏö ßõáøö æóÇÍöÏóÉò ãöäúåõãóÇ ÍõáøóÉñ ÎóíúÑñ ãöäó ÇáÏøõäúíóÇ æóãóÇ ÝöíúåóÇ[14] »
Tidak kering bumi dari darah orang yang syahid sehingga datang dengan segera dua orang isteri(bidadari) bagaikan seekor unta yang akan menyusui dan menyayangi anaknya ketika tidak ada perlindungan di atas tanah tandus tanpa pepohon. Pada tiap-tiap satu tangan dari keduanya terdapat sapu tangan yang lebih baik dari dunia dan seisinya.

10. Mati syahid, sakitnya seperti dicubit, tidak merasakan siksa kubur dan aman dari goncangan yang besar serta mereka tahu tempatnya di syurga.

Rasulullah bersabda :

« ãóÇ íóÌöÏõ ÇáÔøóåöíúÏõ ãöäú ãóÓøö ÇáúÞóÊúáö ÅöáÇøó ßóãóÇ íóÌöÏõ ÃóÍóÏõßõãú ãöäú ãóÓøö ÇáúÞóÑúÕóÉö[15] »

Tidak merasakan kematian bagi orang yang syahid melainkan seperti dicubit.

« áöáÔøóåöíÏö ÚöäúÏó Çááøóåö ÓöÊøõ ÎöÕóÇáò íõÛúÝóÑõ áóåõ Ýöì Ãóæøóáö ÏóÝúÚóÉò æóíóÑóì ãóÞúÚóÏóåõ ãöäó ÇáúÌóäøóÉö æóíõÌóÇÑõ ãöäú ÚóÐóÇÈö ÇáúÞóÈúÑö æóíóÃúãóäõ ãöäó ÇáúÝóÒóÚö ÇáÃóßúÈóÑö æóíõæÖóÚõ Úóáóì ÑóÃúÓöåö ÊóÇÌõ ÇáúæóÞóÇÑö ÇáúíóÇÞõæÊóÉõ ãöäúåóÇ ÎóíúÑñ ãöäó ÇáÏøõäúíóÇ æóãóÇ ÝöíåóÇ æóíõÒóæøóÌõ ÇËúäóÊóíúäö æóÓóÈúÚöíäó ÒóæúÌóÉð ãöäó ÇáúÍõæÑö ÇáúÚöíäö æóíõÔóÝøóÚõ Ýöì ÓóÈúÚöíäó ãöäú ÃóÞóÇÑöÈöåö[16] »

Bagi orang yang syahid terdapat 6 hal yang diterimanya, yang pertama, Allah memberi ampunan ketika pertama kali bergerak dan akan melihat tempatnya di syurga. Kedua, selamat dari siksa kubur. Ketiga, selamat dari goncangan hari kiamat. Keempat, akan diberikan kepadanya mahkota kebesaran yang diperbuat dari permata Yaqut sebagai tanda kehormatan yang jauh lebih mahal dari dunia seisinya. Kelima, akan dikahwin dengan 72 bidadari. Dan keenam, dapat memberi syafa'at kepada 70 ahli keluarganya.

11. Mereka akan dikahwinkan dengan 72 bidadari dan dapat memberi syafa'at kepada 70 orang ahli keluarganya.

Seperti mana yang tertera dalam hadith di atas :
« ÝöíåóÇ æóíõÒóæøóÌõ ÇËúäóÊóíúäö æóÓóÈúÚöíäó ÒóæúÌóÉð ãöäó ÇáúÍõæÑö ÇáúÚöíäö æóíõÔóÝøóÚõ Ýöì ÓóÈúÚöíäó ãöäú ÃóÞóÇÑöÈöåö[17] »

Mereka akan dikahwinkan dengan 72 bidadari dan mereka dapat memberi syafa'at 70 orang dari keluarganya yang terdekat.

Dalam riwayat yang lain Rasulullah bersabda:
"Orang yang syahid dapat memberi syafa'at kepada 70 orang dari ahli keluarganya."(HR Abu Daud dan Ibnu Hibban)

12. Mereka dibangkitkan dalam keadaan gagah perkasa, dengan luka-luka mereka yang masih baru.

"Apabila para hamba sedang berdiri menunggu dihisab, datanglah sekelompok orang yang menyandang senjata di atas tengkuk-tengkuk mereka, menitis darah-darah mereka, mereka berdesak-desak di pintu syurga. Bertanya orang-orang:"Siapakah orang-orang itu? Dikatakan:"Mereka adalah para syuhada yang hidup dan diberi rezeki."(HR Thabrani)

Sabda Rasulullah lagi :

« ãóÇ ãöäú ãóßúáõæãò íõßúáóãõ Ýöì ÓóÈöíúáö Çááøóåö ÅöáÇøó ÌóÇÁó íóæúãó ÇáúÞöíóÇãóÉö æóßóáúãõåõ íóÏúãóì ¡ Çááøóæúäõ áóæúäõ Ïóãò æóÇáÑøöíÍõ ÑöíÍõ ãöÓúßò[18] »

Tidak ada dari satu luka yang terluka di jalan Allah, melainkan datang pada hari kiamat, sedang menitis darah, warnanya warna merah dan baunya bau kasturi.

13. Di bawah naungan pedang mereka, syurga yang kekal abadi.

Bersabda Rasulullah :
« æóÇÚúáóãõæÇ Ãóäøó ÇáúÌóäøóÉó ÊóÍúÊó ÙöáÇóáö ÇáÓøõíõæÝö[19] »

Ketahuilah olehmu, bahawa syurga itu berada di bawah naungan pedang

« Åöäøó ÃóÈúæóÇÈó ÇáúÌóäøóÉö ÊóÍúÊó ÙöáÇóáö ÇáÓøõíõæÝö[20] »

Sesungguhnya pintu-pintu syurga itu berada di bawah naungan pedang.

Friday, June 17, 2005

dah dekat sangat nii...

Antara tanda-tanda KIAMAT kecil berdasarkan hadis:

Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari


Zina bermaharajalela
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

Bermaharajalela alat muzik
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka." Ada yang bertanya kepada Rasulullah;"Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan
penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

Menghias masjid dan membanggakannya
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.


Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim


Ramai orang soleh meninggal dunia
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka
bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad

Orang hina mendapat kedudukan terhormat
"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani


Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad


Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a."Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."


Bulan sabit kelihatan besar
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya)
bulan sabit." - Riwayat Thabrani

Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

:: _______ ::

"….dakwah adalah penerusan dan kesinambungan misi dan visi abadi daripada Allah S.W.T untuk kesejahteraan hidup manusia di dunia dan akhirat. Mempertikaikan mesej dakwah dengan berselindung di sebalik perbezaan persatuan dan kesibukan belajar bererti meneruskan sikap anarkis terhadap hidayah dan kebenaran. Sebagai mahasiswa apatah lagi sebagai wakil pelajar dalam PMUKM, kita perlu lebih berani dalam menyatakan pendirian menegakkan al-haq. Perlu sentiasa diingat, kekentalan dalaman akan melahirkan keberanian. Solat tahajjud dan al-Quran jangan sesekali dianggap asing dalam kehidupan seharian. Pada dua senjata pejuang ini tersirat rahmat dan kasih sayang yang agung dari Allah S.W.T. Ingatlah tanpa iman, ilmu, amal, istiqomah dan mujahadah perjuangan yang kita laung-laungkan sebenarnya tiada wawasan dan arah. Tanpa rasa cinta pada ukhuwwah dan jemaah usah namakan diri sebagai penyokong dan pendokong wehdah. Persefahaman dan kesatuan adalah sangat penting untuk mewujudkan jemaah yang quwwah. Pengorbanan adalah lumrah. Jalan dakwah yang kita pilih ini tidak pernah menjanjikan hamparan permaidani merah malah penuh ranjau dan duri kerana ketahuilah jalan menuju ke neraka itu indah dan mengasyikkan sebaliknya jalan menuju ke syurga adalah menyakitkan. Selagi Allah adalah matlamat utama hidup kita dan selagi tiap tingkahlaku kita berteraskan fardi Muslim, selagi itilah kita masih di jalan yang benar ini. Wawasan kita adalah jelas dan pasti bukannya setakat wawasan 2020 tetapi wawasan kita nun lebih jauh ke hadapan mengejar wawasan akhirat yang kekal abadi…………………”
-petikan Seindah Mawar Berduri

Banyak yang perlu kita pelajari dalam hidup.. Bila dah kita sedar yang ada kelemahan dalam kehidupan kita dan sekeliling, jadi kitalah yang kena pikul tanggungjawab untuk memperbaikinya.. sebab bukan semua orang yang sedar kelemahan dan kekurangan sekelilingnya.. dan bukan semua orang nak baiki dan pikul tanggungjawab tu.. Mereka pandang enteng dan lupa akan realiti dan balasan azab atas dosa dosa dan kesalahan yang telah manusia lakukan.. "..ketahuilah jalan menuju ke neraka itu indah dan mengasyikkan sebaliknya jalan menuju ke syurga adalah menyakitkan.." Bila telah berada dalam jalan perjuangan, ketahuilah ranjau dan cabaran tu terlalu banyak, dan keperitan di dunia itu yakinlah, ia akan menjadi ni'mat untuk pejuang di akhirat.. orang selalu kata "bukan senang nak jadi senang dan bukan susah nak jadi susah.." Untuk bergerak, bukan berseorangan tetapi perlu dalam pasukan, insyaAllah akan lebih ampuh dan utuh pergerakan itu.. Jadi bersatulah kita semua dengan ikatan aqidah Islamiyah...

Ana jumpa artikel ni kat Bulletin Board friendster.. Baca dan try check dgn diri kita... Mungkin susah untuk dilaksanakan, tapi kita ambil manfaat daripadanya yer..

Check List Cinta Pada Rasulullah...

Message: Bismillahir rahmanir rahiem
Firman Allah (swt), "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itusuri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." (QsAl Ahzab 33:21)

Alhamdulillah, hampir setiap dari kita mengklaim bahwa kita mencintai Rasulullah (saw). Ini adalah perkara yang baik dan bagus. Namun demikian, setiap dari kita memiliki kadar cinta yang berbeda.

Sebenarnya kita dapat menghisab sendiri berapa kadar cinta kita kepadaRasulullah (saw). Caranya adalah dengan membandingkan keadaan kita terhadap hal2 yang dapat kita teladani dari beberapa aspek kehidupan beliau baik yang nampak ataupun yang sampai kepada kita.

Adalah lebih mudah bagi kita untuk mengukur sesuatu dengan angka2daripada suatu diskripsi. Untuk keperluan itu, chek list berikut ini barangkali dapat menjadi panduan (kasar) bagi kita untuk dapat mengukurhal itu. Kita dapat membandingkan berapa besar dan berapa banyak halyang dapat kita amalkan dan kita teladani dari kehidupan suci Rasulullah(saw).

Chek list ini terdiri dari 100 point. Nilai 1 untuk point yang telahdapat kita amalkan dan nilai 0 untuk point yang belum dapat kita amalkan. Khusus bagi kaum wanita, yakni untuk beberapa hal yang hanyadapat dilakukan oleh kaum lelaki, maka nilai 1 untuk persetujuan, kesediaan atau dorongannya terhadap suami atau ayahnya dan nilai 0 untuk penolakannya.

Dakwah
Rasulullah (saw):
[ ] giat mengunjungi rumah2 yang ada di dalam kotanya.
[ ] menemui musafir2 yang berkunjung ke kotanya.
[ ] membujuk manusia meninggalkan tuhan selain Allah.
[ ] membujuk manusia untuk berbakti kepada Allah.
[ ] bergerak dari pintu ke pintu dan dari kemah ke kemah.
[ ] berjalan atas maksud dakwah ke kota (negeri) lain.
[ ] menjelajah ke penjuru2 negeri (hingga ke Tabuk).
[ ] membentuk rombongan2 dakwah ke negeri2 lain.
[ ] menjadikan sahabat2-nya da'i yang tangguh/tahan uji.
[ ] meninggalkan rumah, anak-istrinya sekitar 25 kali.

Ta'lim
Rasulullah (saw):
[ ] menyampaikan semua ayat yang diwahyukan Allah.
[ ] menyampaikan semua ilmu dan pengetahuannya.
[ ] menjadi orang pertama yang mengamalkan seruannya.
[ ] membuat orang lain memahami apa yang dipahaminya.
[ ] menjadikan sahabat2-nya yakin kepada janji2 Allah.
[ ] menghidupkan ta'lim & ta'lum di setiap rumah mukmin.
[ ] mengupayakan setiap mukmin guru bagi anak2-nya.
[ ] mengkondisikan orang2 mau menyampaikan agama.
[ ] memudahkan orang2 awam dalam memahami agama.
[ ] menjadikan sebagian sahabatnya ulama dan ahli fatwa.

Ibadah
Rasulullah (saw):
[ ] sholat dengan penuh khusyu & tawajjuh kepada Allah.
[ ] sholat dengan gerakan tu'maninah dan bacaan tartil.
[ ] adakalanya berterusan sholat hingga kakinya bengkak.
[ ] adakalanya sholat malam dengan menangis terisak2.
[ ] selalu cermat untuk mengeluarkan zakat dari miliknya.
[ ] puasa pada bulan ramadhan dengan se-baik2 kualitas.
[ ] menetapi puasa sunnah pada hari2 yang tertentu.
[ ] adakalanya berterusan puasa hingga beberapa pekan.
[ ] melaksanakan haji bersama keluarga & jamaahnya.
[ ] menyembelih kurban saat haji untuk setiap umurnya.

Khidmat
Rasulullah (saw):
[ ] menolong pekerjaan yang ada di rumah istri2-nya.
[ ] menyelesaikan sendiri keperluan pribadi yang ringan.
[ ] menanggung anak2 yatim dari istri2-nya yang janda.
[ ] memberi makan musafir2 yang datang ke masjidnya.
[ ] memberi makan ahli-suffah2 yang ada di masjidnya.
[ ] membiarkan masjid menjadi tempat para ahli suffah.
[ ] adakalanya meminjam untuk menjamu tamu2-nya.
[ ] menghamparkan sorbannya untuk tamu istimewa.
[ ] menyuapi orang buta yang suka men-jelek2-kannya.
[ ] pernah menggadai barang miliknya untuk hidupnya.

Jihad
Rasulullah (saw):
[ ] membangkitkan semangat jihad para sahabatnya.
[ ] memimpin sendiri beberapa safar/ekspedisi jihad.
[ ] adakalanya berada pada barisan paling depan.
[ ] tak gentar dengan minimnya pasukan & fasilitas.
[ ] memohon bantuan Allah dengan salat dan sabar.
[ ] menggali parit pertahanan bersama sahabat2-nya.
[ ] memiliki bekas luka di wajah dan di kepalanya.
[ ] memiliki sebagian gigi yang patah asbab perang.
[ ] memberi ghanimah kepada sahabat2 muhajirin.
[ ] memberi akhir hidupnya untuk sahabat2 anshar.

Tampilan
Rasulullah (saw):
[ ] memelihara rambutnya hingga ke cuping telinganya.
[ ] memelihara janggut minimal sepanjang kepalannya.
[ ] mencukur kumisnya (hingga habis atau tipis saja).
[ ] mencabuti bulu ketiaknya hingga nampak putih.
[ ] mengoleskan celak di sekitar kedua matanya.
[ ] memakai penutup kepala atau songkok (amamah).
[ ] memakai sorban (7 hasta) pada hari2 yang tertentu.
[ ] sering memakai pakaian dari kain wol yang kasar.
[ ] lebih menyukai gamis daripada pakaian lainnya.
[ ] lebih menyukai pakaian berwarna putih bagi lelaki.

Hal Nikah
Rasulullah (saw):
[ ] menikah pada usia 25 th (Fatimah pada usia 18 th).
[ ] istri pertama usianya 40 tahun (berbeda 15 tahun).
[ ] mencukupkan satu orang istri selama 25 tahun.
[ ] menikahi (menanggung) lebih dari satu orang istri.
[ ] istri pertama wanita yang sudah 2 kali menjanda.
[ ] istri kedua seorang janda yang suaminya wafat.
[ ] istri ketiga seorang gadis muda anak sahabatnya.
[ ] istri keempat seorang janda yang suaminya wafat.
[ ] mengundang orang2 miskin dalam acara walimah.
[ ] menikahkan banyak orang yang bersendirian.

Akhlak
Rasulullah (saw):
[ ] menjaga silaturrahmi di dalam sanak keluarganya.
[ ] mengundang makan sanak keluarga ke rumahnya.
[ ] lemah lembut kepada keluarga dan kaum wanita.
[ ] menziarahi orang sakit yang menyusahkannya.
[ ] tidak marah untuk kesalahan2 yang melukainya.
[ ] memohon hidayah bagi orang2 yang menyakitinya.
[ ] belas kasih dan sayang kepada para sahabatnya.
[ ] membalas pemberian dengan yang lebih baik lagi.
[ ] bersikap tegas kepada orang2 kafir dan musyrik.
[ ] bersikap lunak kepada orang2 munafik dan awam.

Keutamaan Lain
Rasulullah (saw):
[ ] merisaukan keselamatan ummat ini hingga wafat.
[ ] menolak kekuasaan dan mengutamakan dakwah.
[ ] menempatkan dirinya rahmat bagi seluruh alam.
[ ] bermusyawarah sebelum mengambil keputusan.
[ ] menangisi orang mati yang belum didakwahinya.
[ ] menampik tawaran untuk mendapat gunung emas.
[ ] menyukai keadaan sehari kenyang dan sehari lapar.
[ ] menolak lantai yang ditinggikan (meja) untuk makan.
[ ] menjilati/menyisipi jari2-nya dari bekas makanan.
[ ] membawa seorang istri dalam safar dakwah tertentu.

Kualitas Lain
Rasulullah (saw):
[ ] beberapa kali mengganjal perutnya dengan batu.
[ ] menjadikan sahabat2 utamanya 'sami'na atho'na'.
[ ] menjadikan masjid sebagai pusat kegiatan2-nya.
[ ] menegur istri yang membuat tilamnya lebih empuk.
[ ] menegur istri yang membuat dinding kamar dari batu.
[ ] memberi amalan untuk benda yang diminta anaknya.
[ ] kaya pada awalnya dan miskin pada akhir hayatnya.
[ ] didukung sahabat2 setia dari Asia, Afrika dan Eropa.
[ ] mendorong safar para mukmin hingga ke ujung dunia.
[ ] memberi pengampunan massal pada hari suksesnya.

Total ___%

Sungguh, tidak ada daya dan upaya kecuali dengan (bantuan) Allah (swt). Oleh karena itu, kepada Allah jualah kita mohon pertolongan agar Diamemberi kita kekuatan lahir & bathin untuk menjadi seperti Rasulullah(saw) 100%, tentu saja terhadap hal2 yang dapat kita teladani dari beliau. Subhanallah.

Syukran jazilan pada ustaz tu..

Wednesday, June 15, 2005

dah lepas semuanya

BissmiLlahirRahmanirRahiim...

Ari Isnin, ana keluar utk berjumpa dengan sahabat lama ana... waduh waduh..!! rindu sangat kat dia, dah dekat tiga tahun ooo tak jumpa, lepas je graduation day kat sekolah kalau tak silap ana...

Keluar dari umah dekat dekat jam 1100.. Aduss ngantuk sih, malam sebelum tu tak tido (padan muka mu.. hehe).. Then sampai di Butterworth nak dekat kul 1200.. Call sahabat ku itu tanya nak naik bas apa pulak lepas tu.. alhamduliLlah bas tu ada air cond, bas transnasional versi bas mini.. Then sampai di tempat yang telah dipersetujui, cari dia, at last jumpa gak.. dia tunggu ana kat KFC... huhu rindu giler kat dia..

Kami round supermarket tu... then makan, sembang punya sembang, tapi ana lah yang paling banyak cakap.. huhu memang camni kalau jumpa kawan lama.. banyak sangat cerita nak sampaikan, tapi tentang diri sendiri laa.. Tambahan lagi, bukan senang nak ketemu sama nyonya ini, blajaq oversea nuuhh, UNIMAS hehe =P she told me her experience buat praktikal kt sana. She amik course Nursing.. alhamduliLlah course yang baik for me.. kerja mulia. Lagipun memang sesuai dengan perwatakan dan sifat dia, lemah lembut, manja, sopan santun, caring.. nah! apa lagi yang perlu ada pada seorang nurse... Actually, Melia, wani tabik spring kat orang yang buat Nursing nih, bukan senang tau nak jadi nurse, a few je yang Allah pilih untuk terjun dalam bidang tu.. Dah la ek, jangan nyesal.. wani kalau boleh, nak buat Nursing gak, tapi apa kan daya, wani memang tak pandai dalam subjek sciences ni... lower form dulu boleh laa.. mai spm, kantoi.. Melia mesti ingatkan?? macam mana kita study sama sama all the subjects before spm dulu... bape banyak air mata wani kuar sambil duk study, yer laa sedih maa takleh nak capai apa yang kawan kawan len capai.. tapi wani kuatkan jugak semangat sebab dah pilih untuk berada dalam aliran science tu.. dan ntah banyak mana ilmu yang Melia dah curahkan pada wani.. Kita sama sama bangkit dan terus mara, tapi wani tak sekental jiwa mu Melia, wani sedikit tewas dalam usaha.. mungkin sudah terlambat mengorak langkah pertama, dan langkah seterusnya itu tidak sederas langkahmu... wani masih bertatih walau telah tiba hari peperangan... Dan tangisan tetap bersama-samaku... Cuma kata-kata semangatmu yang sering kau ucapkan, selalu terngiang di cuping telingaku, bergegar gegendang telinga dengan semangatmu... Aduh! Semua itu kenangan dan wani pasti, Melia juga sama mengingati segalanya kan?? Duduk bawah pokok, dengan buku kimia, duk bawah payung depan dewan makan amik supper sambil duk sembang tentang masa depan.. huhu masih segar dalam memori ni... kita sama-sama mengira bintang di langit dalam perjalanan ke asrama lepas stay kat kelas.. tapi... tapi Melia ingat tak? ada satu hari tu, wani round satu sekolah cari Melia, mana Melia nih? wani tak jumpa, time tu wani dah nangis dalam hati.. bila cari tak jumpa jugak, wani nangis tau... mana Melia, Melia marah ka.. awat tak habaq kat wani Melia pi mana..? Sampai la ni, wani taktau Melia duk menyorok kat mana hari tu... wani betul betul minta maaf kalau wani buat Melia kecik ati...

Hati Melia sensitif, tapi suka pendam rasa sensorang.. pastu nangis sensorang.. janganlah macam tu ek, kita share la sesama.. kitakan kawan..? ek Melia.. :-) erm... bila abis spm, satu malam tu, wani duk atas katil abang wani kat bilik, then pinjam walkman abang tuk dengar lagu You and I See nyanyia budak budak UNIC tu... adusss teringat sangat kata kata Melia bila wani dengar each bait bait lirik lagu tu.. Semua nya sama, cuma depa nyanyi in English laa... Time tu rindu sangat, rasa nak gi je kat umah Melia.. Then kita berutus surat sepanjang tunggu result spm dan ipt tu.. Then dapat result, Melia sedih sebab wani lebih A satu dari Melia.. wani kata, "takpa laa wani lebih satu ja tapi keseluruhan result wani teruk.. tengok fizik, kimia, bio wani dapat berapa? hurm.. Melia punya lagi bagus kan?? Dah la jangan sedih, tu yang kita dah buat... TAHNIAH buat Melia... result Melia baik dari wani. peluang Melia lagi cerah. wani ok subjek arts je, tak banyak peluang untuk wani.. dapat sambung form 6 pun alhamduliLlah, wani lepas ni akan struggle untuk stpm.. k yek, Melia jangan susah hati, insyaAllah ada tempat Melia kt matrik atau U tu.."

Then sampai masa result matrik kpm kuar.. Melia dapat KMPP, wani..? wani tak dapat mana-mana, cuma dapat tawaran utk buat form6 kat Irshad.. alhamduliLlah ada lagi peluang wani untuk blajaq... insyaAllah lepas ni wani buat betul betul.. dengan semangat Melia tu lah wani akan cuba bangkit kembali... Melia dah boleh tersenyum dengan tawaran tu.. dan Melia pun pi lah ke matrik tu.. wani sambung di Irshad, takpa lah tak kisah semua tu walau wani ada dengar banyak juga suara adik adik junior yang memandang rendah pada wani dan tiga lagi kawan lain yang tetap sambung form 6 kat Irshad.. kata depa, "kalau aku tak dpt mana mana pun, aku tak kan sambung form 6 kat sini. malu lah, aku mesti pi sekolah lain.." Melia, depa kata macam tu dengan nada menghina. Hina kah form 6 di Irshad? Hina kah bila wani sambung kat sana? wani tak kisah, yang penting wani belajar dan wani akan buktikan wani pelajar cemerlang, bukan spm, tapi mungkin kali ini wani mampu capai kecemerlangan dalam stpm pulak.. tu azam yang wani betul betul ikat kemas, semat kuat, pahat teguh di hati wani... so wani belajar lah form 6 di Irshad, Abah wani yang duk hantaq wani tiap hari.. tima kasih Abah. wani takleh duk asrama sebab kata cikgu Sabri "kot kot dapat U nanti, keluaq pulak. kami akan bagi pada yang betui betui saja.." aduh! cubaan sungguh, tapi tu semua kuatkan semangat wani... dan sepanjang sebulan lebih kot wani di sana, wani yang menjadi rujukan kawan-kawan sekelas wani dalam semua subjek. dulu wani diajar orang, sekarang wani mampu ngajar orang.. tu semua wani jadikan penguat semangat wani... wani seronok dengan kehidupan wani dalam form 6... wani dapat tawaran ke KUSZA, amik syariah tapi wani tolak sebab nak masuk form 6, alhamduliLlah keputusan wani tu tepat walaupun abang agak marah dengan keputusan tu.. tapi..

Tapi.. bila wani dah mula bulatkan tekad wani dalam form 6 dan ketepikan segala hinaan adik adik tu, bila keluar result upu, wani adalah orang pertama dalam batch kita yang dapat tau tawaran upu tu.. ntah macam mana ntah web page emoe tu wani boleh bukak awal dari tarikhnya.. agaknya Allah yang membantu wani sebab doa wani... dan keputusannya wani dapat tawaran jurusan undang-undang di UIAM.. subhanaLlah masyaAllah Allahu akbar !! alhamduliLlah wani dapat uia... uia? betui ka uia??? dan tatkala itu tak kisah sapa yang ada di sekeliling, wani nangis... syukur sangat dengan rezeki tu... tak sangka wani akan dapat uia? first intake? hish.. ni lah yang dinamakan rezeki dan takdir.. dengan result wani tu, siapa sangka uia menanti kedatangan wani....

Dan sekarang, wani bukan student laws lagik, tapi human sciences... alhamduliLlah wani nampak wani mampu pergi dalam bidang ni, bukan laws...

Dan sekarang juga, Melia pada landasan Melia, wani pada jalanan wani.. kita dah mulakan langkah, dan kita perlu teruskannya.. Jangan toleh belakang lagi.. Teruskan kemaraan.. Teruskan perjalanan.. menongkah arus dan gelombang badai untuk capai ke puncak jaya... Kita mampu, Melia.. Ya kita MAMPU mencapai apa yang PASTI... !! dengan redha Ilahi Rabbi... insyaALLAH...

terima kasih, Melia atas budimu... dalam darah ini mengalir semangat kentalmu yang menjadi ilhamku...

dan..
KAU SAHABAT, KAU TEMAN...ku

Pinggiran TerAgung

Tak perlu bertanya
Tak perlu bersoal
Tak perlu diberitakan
Tak perlu dikhabarkan
Segala-galanya tak kuperlukan

Pergi...
Pergilah...
Pergi jauh jauh...
Jangan datang lagi...

Kerana aku kini
Mencari yang pasti
Kepastian yang tak mungkin mengecewakan

Pergilah, jangan kembali...

Ya Allah..
Kuatkanlah hatiku
Tabahkan jiwaku
Kentalkanlah semangatku
untukku berhadapan dengan semua ini

Beriku kekuatan
untukku bisa menelan segalanya
Beriku ketabahan
untukku bisa memamah semuanya
Berikanku kekentalan
untukku terus bersemangat dalam perjuangan

Ikhlaskah kau?
hanya kau yang mengetahui
Sebelummu..
tiada kepunyaan
kecuali Dia
Tikamu..
kau dan Dia
Setelahmu..
tetap Dia
Selama-lamanya..
tetap Dia

Dia...
Tuhanku
jua Tuhanmu
sama-sama kita sujud padaNya
sama-sama kita baca kalamNya
sama-sama kita bicara ilmuNya
sama-sama kita lakukan kerja di jalanNya

Dia...
yang sentiasa bersamaku
tidak sepertimu...
memiliki kemudian diketepi
katamu untuk suatu yang sama dimengerti

Bukan kutak mengerti
Apa lagi membantahi
Tidak juga menafi
Segala yang kau hajati
Bahkan aku fahami
Lebih dulu kubersedia
untuk menghadapi
kemungkinan ini
kerna kau memikul amanah
yang telah dipilih Ilahi
untuk kau jalani
atas muka bumi ini

Bukan kumenolak segala yang terjadi
Cuma sedikit kukesali dengan kelemahan diri
Mengapa sukar melupai kenangan hari-hari berlalu
Sedang kau meninggalkan kerana Islam
Bukankah itu lebih baik..
buatmu, buatku, dan buat Islam???

Ya Allah..
Mungkin andai berterusan
kami sama-sama jauh dariMu
aku jauh
dia jauh

Kau yang mengatur segalanya
Kau yang mengetahui segalanya
Aku berserah...

Dan untuk kesekian kalinya
Aku bangga mengenali dirimu
yang tebal dan kukuh cintanya
pada perjuangan harmoni
dan yang dikejar
adalah redha Ilahi
mencapai cinta hakiki
yang teragung
kekal abadi...

Akan kuturuti...
InsyaALLAH....

Sunday, June 12, 2005

Suatu KeLAHIRan..

Assalamualaikum warahmatuLLahi wabarakatuh

Dengan kalam mulia bismiLlahirRahmanirRahiim dan selawat serta salam buat junjungan tercinta sekelian alam, RasuluLlahi salaLlahu 'alaihi wassallam, habibuLlah.. moga entry ana kali ini berserta redha dan keberkatanNya.. semoga petunjukNya bersama-sama ana dan ikhwah wa akhawat sekelian...

Hari ni, pagi tadi sedari jam 1000, kami sekeluarga keluar untuk menziarahi saudara mara di Kedah. First, kami ke Labu Besar untuk menziarah AyahMertua adik AbahTercintaku, khabarnya beliau uzur. Setiba di sana, rasanya tulah pertama kali aku ke sana, AyahMertua Adik AbahTercinta kenal dan masih ingat pada AbahTercinta, rasanya MakTercinta pun beliau masih ingat, cuma MakMertua Adik AbahTercinta je yang tak ingat sangat pada MakTercinta dan AbahTercinta. Kata MakMertua Adik AbahTercinta, muka AbahTercinta lain dari cikgu Man (nickname PakcikMan, AdikAbahTercinta ni). Duk kat situ lebih kurang sejam, minum teh O dan makan baulu dan kuih bangkit yang dihidangkan, ceeddaapp ui! hehe sebab 'fresh' lagi buatan kampung.. =) hurm rasa serba sikit, sembang serba sikit, tanya jalan serba sikit (sebab lepas tu nak gi Hospital Kulim lak, tengok MakMenakanPupu aka ibu saudara pupu, anak saudara kepada TokTercinta operate keluarkan bayi.. hehe lahirkan anak la tu :-p~) dan memandangkan beliau seorang pemandu teksi, so for sure he arif selok belok jalan kat situ... Then kami beransur dulu untuk ke Hospital Kulim..

Setibanya kami di sana, TokWanMenakan (adik laki TokTercinta.. hehe kalau pening, buat je tak pening, konon faham hihi :-D) kata dah selamat... Amboi berseri-seri wajah ayah baru tu dapat anak sulung, laki pulak tu.. alhamduliLlah segala puji bagi Allah swt.. Dah lama diorang ni tunggu kelahiran anak diorang, akhirnya berkat kesabaran dan doa yang tidak putus-putus, mereka dikurniakan anak.. Moga baby ni menjadi seorang ummat Nabi Muhammad saw yang terus menyebarkan risalah Islam, 'moga kau menjadi seorang mujahid wahai si kecil..' HambaAllah yang ta'at... Baby ni kecik je, 2 kg je.. bayangkanlah betapa keciknya dia, merah lagi kulit dia... aduh si kecil yang comel, kau harapan keluarga dan Islam... Nama tak bagi lagi, kata ayahnya, list tu dah ada (amboi list tu, banyak tuu.. ^_^) cuma nak tapis tapis lagi, kata ayahnya.. Ana katakan, bagilah nama tokoh.. AbahTercinta cadangkan nama Raihan, suke beno Abah ngan nama tu, ada dalam Quran kata Abah, dalam surah ArRahman... Hmm pastu, ayah baru tu sebut banyak nama-nama Nabi/tokoh dalam Quran, then he said nama tokoh, Hasanul Basri, then ana nyampuk, Hassan al-Banna? hehe ayah baru tu kata, 'huu tu bahaya sket..' hehe faham.. :-) Hmm ana tau, dia akan boh nama yang bagus untuk anak laki sulung dia tu.. AdikTercinta ada bagi cadangan, katanya boh la nama Ikhwan ka, Irwan ka, sebab dengar sedap.. hmm ana pun bagilah cadangan, Amirul Ikhwan, cadangan je la, tak kisah nak terima atau tak.. kata AbahTercinta, 'carilah nama dalam Quran, ataupun nama yang baik makna dan lembut didengar dan dipanggil dengan panggilan yg baik, maknanya kalau nama Firdaus jangan nanti dipanggil 'piduih'.. Biar panggil dengan betul betul nama tu.. hmm then kami balik untuk hantar AdikTercinta ke seminar tusyen dia...

Uwaaaa... Uwaaa.... tak sempat nak pegang baby tu.. and satu lagi.. tak jumpa pun ngan kakShida.... huhuhu sob sob :'-( kakShida ada kat Irshad, sekolah lamaku sebab hantar Adiknya form 6 kat situ, dah lalu depan sekolah, tapi huhu... tak leh gak nak jumpa ngan akak... :-( dah setahun tak jumpa... kan akak kan??? huhu... sedih...

Malam bila ntah, ade orang tanya tentang Aku Redha Dengan PilihanMu.. so, ni nak post episod terakhir.. k wassalam..


Aku Redha Dengan PilihanMu
(episod akhir)

Tiupan angin yang agak sejuk selepas bencana Tsunami bertiup sehingga menusuk hingga ke tulang sum-sum Isyraf. Namun begitu, angin sejuk itu tidak dapat mengurangkan panas fikiran dan hatinya. Ketika fikirannya mengimbau kenangan silam, hatinya bertanya…mampukah kau merealisasikan impian sahabatmu itu?

Tiba-tiba terasa badannya hangat. Ada seseorang memeluknya dari belakang. Terdengar bisikan, “Syirah percaya dan yakin dengan abang…” Lamunan Isyraf terhenti lantas terukir sebuah senyuman dibibirnya, senyuman yang sukar ditafsir. Hafni Insyirah dapat merasa dan membaca apa yang tersurat di benak fikiran dan yang tersirat di hati suaminya. Hampir setiap malam suaminya itu berdiri di beranda rumah mereka sambil menggenggam bebola kecil yang di dalamnya terlekat sekeping gambar Isyraf dan Amar Haziq. Hafni Insyirah menerti suaminya itu begitu risau, bimbang seandainya dia tidak dapat merealisasikan impian Amar Haziq. Hafni Insyirah memeluk suaminya dengan lebih erat sambil berbisik kepada Tuhan sekelian alam…

Ya Allah, Ya Tuhanku…
Di sebalik wajah yang kucintai ini, ada kehidupan…
Di sebalik keindahan itu ada ketenangan dan kedamaian…
Di sebalik ketenangan dan kedamaian itu,
terpancar sinar jihad…
Di sebalik itu semua, terselit sinar cinta…
Cinta kepada Allah, Rasul dan syahid…
Ya Allah, Ya Tuhanku…
Berkatilah impian kami berdua…
Bentulah kami, permudahkanlah kami…
Berilah kami kekuatan serta taifiq dan hidayah…
Dalam membesar dan mendidik anak-anak kami, agar…
Mereka bisa menjadi jurutera, doktor, saintis persis
Al-Khindi, Ibn Khaldun, Ibn Sina, Al-Khawarizmi
Seterusnya menjadi generasi yang akan…
Mengembalikan zaman kegemilangan Islam…
Aamiin…….


~~~ tamat ~~~

Wednesday, June 08, 2005

pengalaman baru

Assalamualaikum warahmatuLLahi wabarakatuh

Dengan kalam mulia bismiLlahirRahmanirRahiim dan selawat serta salam buat junjungan tercinta sekelian alam, RasuluLlahi salaLlahu 'alaihi wassallam, habibuLlah.. moga entry ana kali ini berserta redha dan keberkatanNya.. semoga petunjukNya bersama-sama ana dan ikhwah wa akhawat sekelian...

Bertemu kembali kita pada entry kali ini.. hehe :-D banyak pengalaman baru, ilmu baru, kenalan baru yang ana peroleh sepanjang mulai Jumaat lepas hingga ke hari semalam..

Hari Khamis lepas, paginya ana sms pada seorang junior sekolah ana ni, Siti Hajar Mohamad namanya, bertanyakan perkembangan perancangan sebuah program.. Seketika kemudian dia membalas, "kak wani harini ada metg tergempar, kul 5 kat Nusyuz".. Jadi bersiaplah ana untuk ke sana. Kebetulan, sepatutnya ana dah ke USM, Kolej Kejuruteraan, Nibong Tebal untuk satu program motivasi as urusetia, but tarikhnya dah ditukar ke hari Sabtu, jadi ana melapangkan masa ana untuk meeting tu.

Ana bertolak keluar dari rumah untuk ambil bas pukul 3.30pm di tepi rumah, dan sampai ke bus stand di Titi Mukim dalam pukul 3.50pm camtu, then tunggu bas untuk ke Kompleks Kepala Batas lak, ni yang menguji kesabaran nih, setengah jam tunggu baru bas tu sampai, fuh... alhamduliLlah sampai gak bas tu.. Ana berkejar dengan masa, takut tak sempat nak solat jemaah Asar di Masjid Jamiul Badawi kat Kepala Batas tu. Lepas bayar tambang, masukkan duit dalam tong duit tu (aiii dah naik tambang daa ni semua sbb diesel naik harga, sape yg salah nih..huhu), duduklah aku di seat depan, duduk sampailah tiba ke pekan KB tu. Sekilas kupandang jam di tangan, 'hmm sempat lagi nih' Lantas terusku mengatur langkah pantas sedikit daripada kebiasaan menuju ke masjid... AlhamduliLlah sampai sebelum azan Asar dilaungkan, sempat buat sunat.. Dalam masjid tu seperti kebiasaan, akan ada dua wanita berpangkat nenek bagi aku, setia mengunjungi rumah Allah ini, menanti untuk sama-sama berjemaah di situ.. Selepas azan, iqamah lak dilaungkan, maka seluruh jemaah menyusun saff, muslimin ada tiga saff, muslimat ada tiga orang. Nampak jelas sebab muslimat punya tempat kat atas.. Selesai doa, time nak salam tu, sorang nenek tu, macam selalu bagi tazkirah walaupun satu ayat pada sesiapa yang salam dengannya.. Hmm selesai semua, keluar dari masjid tu pukul 5.15pm dah, 'alaaa dah lewat nih'. Berjalan sampai ke kompleks untuk ambil bas Bukit Mertajam, ingat nak beli air, tapi dah tak sempat laa. Sampai di kompleks, huhu rasa cam bas dah lepas, bagi sms kt Hajar, 'akak lambat la, ni stil kt KB ni, bas takdak lagi,smpi mayb kul 6 camtu, maaf ek' dan dia balas 'takpa kak.hjr pun tak p lagi, bru smpi umah tok dr penang'... Di kesempatan yang ada, aku belilah air cincau dari gerai makcik kat kompleks tu, alhamduliLlah segar dan hilang haus nih.. Bas sampai, masuklah aku ke perut bas. Duduk punya duduk, tiba ke Madrasah an-Nusyuz tu.. masuk ke madrasah tu, then meeting dah pun start, then masuk menyampuklah apa yang patut, discuss tentang persediaan untuk program tu.. alhamduliLlah selesai..

Esoknya, seperti telah dirancangkan, ana pergi ke sana dengan bantuan MakTercinta. MakTercinta pergi kursus hari tu, on the way MakTercinta drop ana kat Masjid Jamiul Badawi.. Sementara tunggu waktu untuk naik bas ke madrasah tu, ana masuk dulu ke dalam masjid.. Lebih kurang jam 9.00am, ana turun dari masjid dan berjalan ke kompleks KB untuk amik bas Bukit Mertajam... then sampai ke madrasah pukul 10.00am seperti yang minta oleh pengerusi meeting semalam. Setibanya di sana, Director program dah pun sampai, kami tunggu dulu sahabat sahabiah yang lain sampai untuk meeting before program mula... Selesai meeting semua, program mula lepas abis solat Jumaat, alhamduliLlah dalam kekurangan program pada siang hari pertama tu berjalan juga.. dan mereka harus bertukar lokasi ke tempat lain yang lebih selesa.. dan aku terpaksa meninggalkan program tersebut kerana perlu berkejaran ke USM, sahabatku memaklumkan yang malam tu ada meeting untuk program hari Sabtu. Oleh kerana program tu besar dengan diseratai seramai 450 orang peserta, ia memerlukan perancangan yang rapi untuk memastikan perjalanannya lancar.. Dalam masa kekalutan AJK dan peserta program di madrasah memindahkan barang dan diri sendiri, aku mengucapkan salam perpisahan dan ribuan kemaafan kerana terpaksa meninggalkan program tersebut, dengan berat hati... Aku pasti, ada sesuatu yang perlu aku laksanakan di sana, dan yang akan ku peroleh atas keputusan aku tu, kerana itu adalah petunjuk istikarahku..... hmm waLlahu ta'ala a'lam... Aku tumpang motor yang Hajar bawak ke masjid berhampiran utuk solat Maghrib dan menanti Ikrami dan Fauziah datang amik aku di masjid tersebut.. Bersama-sama mereka dan seorang lagi kakak tu, kak Zaidah namanya (cam nama AdikTercintaku), kami berpergian ke USM tu membelah lebuh raya utara-selatan ke sana.. Dalam perjalanan, ternampak oleh kami beberapa buah kenderaan yang terlibat dalam kecelakaan jalanraya (eh.. lebuhraya sepatutnya).. hmm bersembanglah pulak tentang pandu cermat jiwa selamat nih.. bla .. bla.. Jalan ke USM tu memang dah selalu ana lalui, sedari kecik sebab tu jalan nak ke kampung ana di Bandar Baharu, selalu gak AbahTercinta belok ke USM tu, tengok tengok taman rekreasi kat situ.. hehe dah biasa laa... So dah sampai, meeting, then masuk bilik, tidur dan bersiap sedia untuk kerahan tenaga esok dan seterusnya.. haha

(post yg ni dulu.. then ana sambung nanti.. hehe )