Wednesday, June 15, 2005

dah lepas semuanya

BissmiLlahirRahmanirRahiim...

Ari Isnin, ana keluar utk berjumpa dengan sahabat lama ana... waduh waduh..!! rindu sangat kat dia, dah dekat tiga tahun ooo tak jumpa, lepas je graduation day kat sekolah kalau tak silap ana...

Keluar dari umah dekat dekat jam 1100.. Aduss ngantuk sih, malam sebelum tu tak tido (padan muka mu.. hehe).. Then sampai di Butterworth nak dekat kul 1200.. Call sahabat ku itu tanya nak naik bas apa pulak lepas tu.. alhamduliLlah bas tu ada air cond, bas transnasional versi bas mini.. Then sampai di tempat yang telah dipersetujui, cari dia, at last jumpa gak.. dia tunggu ana kat KFC... huhu rindu giler kat dia..

Kami round supermarket tu... then makan, sembang punya sembang, tapi ana lah yang paling banyak cakap.. huhu memang camni kalau jumpa kawan lama.. banyak sangat cerita nak sampaikan, tapi tentang diri sendiri laa.. Tambahan lagi, bukan senang nak ketemu sama nyonya ini, blajaq oversea nuuhh, UNIMAS hehe =P she told me her experience buat praktikal kt sana. She amik course Nursing.. alhamduliLlah course yang baik for me.. kerja mulia. Lagipun memang sesuai dengan perwatakan dan sifat dia, lemah lembut, manja, sopan santun, caring.. nah! apa lagi yang perlu ada pada seorang nurse... Actually, Melia, wani tabik spring kat orang yang buat Nursing nih, bukan senang tau nak jadi nurse, a few je yang Allah pilih untuk terjun dalam bidang tu.. Dah la ek, jangan nyesal.. wani kalau boleh, nak buat Nursing gak, tapi apa kan daya, wani memang tak pandai dalam subjek sciences ni... lower form dulu boleh laa.. mai spm, kantoi.. Melia mesti ingatkan?? macam mana kita study sama sama all the subjects before spm dulu... bape banyak air mata wani kuar sambil duk study, yer laa sedih maa takleh nak capai apa yang kawan kawan len capai.. tapi wani kuatkan jugak semangat sebab dah pilih untuk berada dalam aliran science tu.. dan ntah banyak mana ilmu yang Melia dah curahkan pada wani.. Kita sama sama bangkit dan terus mara, tapi wani tak sekental jiwa mu Melia, wani sedikit tewas dalam usaha.. mungkin sudah terlambat mengorak langkah pertama, dan langkah seterusnya itu tidak sederas langkahmu... wani masih bertatih walau telah tiba hari peperangan... Dan tangisan tetap bersama-samaku... Cuma kata-kata semangatmu yang sering kau ucapkan, selalu terngiang di cuping telingaku, bergegar gegendang telinga dengan semangatmu... Aduh! Semua itu kenangan dan wani pasti, Melia juga sama mengingati segalanya kan?? Duduk bawah pokok, dengan buku kimia, duk bawah payung depan dewan makan amik supper sambil duk sembang tentang masa depan.. huhu masih segar dalam memori ni... kita sama-sama mengira bintang di langit dalam perjalanan ke asrama lepas stay kat kelas.. tapi... tapi Melia ingat tak? ada satu hari tu, wani round satu sekolah cari Melia, mana Melia nih? wani tak jumpa, time tu wani dah nangis dalam hati.. bila cari tak jumpa jugak, wani nangis tau... mana Melia, Melia marah ka.. awat tak habaq kat wani Melia pi mana..? Sampai la ni, wani taktau Melia duk menyorok kat mana hari tu... wani betul betul minta maaf kalau wani buat Melia kecik ati...

Hati Melia sensitif, tapi suka pendam rasa sensorang.. pastu nangis sensorang.. janganlah macam tu ek, kita share la sesama.. kitakan kawan..? ek Melia.. :-) erm... bila abis spm, satu malam tu, wani duk atas katil abang wani kat bilik, then pinjam walkman abang tuk dengar lagu You and I See nyanyia budak budak UNIC tu... adusss teringat sangat kata kata Melia bila wani dengar each bait bait lirik lagu tu.. Semua nya sama, cuma depa nyanyi in English laa... Time tu rindu sangat, rasa nak gi je kat umah Melia.. Then kita berutus surat sepanjang tunggu result spm dan ipt tu.. Then dapat result, Melia sedih sebab wani lebih A satu dari Melia.. wani kata, "takpa laa wani lebih satu ja tapi keseluruhan result wani teruk.. tengok fizik, kimia, bio wani dapat berapa? hurm.. Melia punya lagi bagus kan?? Dah la jangan sedih, tu yang kita dah buat... TAHNIAH buat Melia... result Melia baik dari wani. peluang Melia lagi cerah. wani ok subjek arts je, tak banyak peluang untuk wani.. dapat sambung form 6 pun alhamduliLlah, wani lepas ni akan struggle untuk stpm.. k yek, Melia jangan susah hati, insyaAllah ada tempat Melia kt matrik atau U tu.."

Then sampai masa result matrik kpm kuar.. Melia dapat KMPP, wani..? wani tak dapat mana-mana, cuma dapat tawaran utk buat form6 kat Irshad.. alhamduliLlah ada lagi peluang wani untuk blajaq... insyaAllah lepas ni wani buat betul betul.. dengan semangat Melia tu lah wani akan cuba bangkit kembali... Melia dah boleh tersenyum dengan tawaran tu.. dan Melia pun pi lah ke matrik tu.. wani sambung di Irshad, takpa lah tak kisah semua tu walau wani ada dengar banyak juga suara adik adik junior yang memandang rendah pada wani dan tiga lagi kawan lain yang tetap sambung form 6 kat Irshad.. kata depa, "kalau aku tak dpt mana mana pun, aku tak kan sambung form 6 kat sini. malu lah, aku mesti pi sekolah lain.." Melia, depa kata macam tu dengan nada menghina. Hina kah form 6 di Irshad? Hina kah bila wani sambung kat sana? wani tak kisah, yang penting wani belajar dan wani akan buktikan wani pelajar cemerlang, bukan spm, tapi mungkin kali ini wani mampu capai kecemerlangan dalam stpm pulak.. tu azam yang wani betul betul ikat kemas, semat kuat, pahat teguh di hati wani... so wani belajar lah form 6 di Irshad, Abah wani yang duk hantaq wani tiap hari.. tima kasih Abah. wani takleh duk asrama sebab kata cikgu Sabri "kot kot dapat U nanti, keluaq pulak. kami akan bagi pada yang betui betui saja.." aduh! cubaan sungguh, tapi tu semua kuatkan semangat wani... dan sepanjang sebulan lebih kot wani di sana, wani yang menjadi rujukan kawan-kawan sekelas wani dalam semua subjek. dulu wani diajar orang, sekarang wani mampu ngajar orang.. tu semua wani jadikan penguat semangat wani... wani seronok dengan kehidupan wani dalam form 6... wani dapat tawaran ke KUSZA, amik syariah tapi wani tolak sebab nak masuk form 6, alhamduliLlah keputusan wani tu tepat walaupun abang agak marah dengan keputusan tu.. tapi..

Tapi.. bila wani dah mula bulatkan tekad wani dalam form 6 dan ketepikan segala hinaan adik adik tu, bila keluar result upu, wani adalah orang pertama dalam batch kita yang dapat tau tawaran upu tu.. ntah macam mana ntah web page emoe tu wani boleh bukak awal dari tarikhnya.. agaknya Allah yang membantu wani sebab doa wani... dan keputusannya wani dapat tawaran jurusan undang-undang di UIAM.. subhanaLlah masyaAllah Allahu akbar !! alhamduliLlah wani dapat uia... uia? betui ka uia??? dan tatkala itu tak kisah sapa yang ada di sekeliling, wani nangis... syukur sangat dengan rezeki tu... tak sangka wani akan dapat uia? first intake? hish.. ni lah yang dinamakan rezeki dan takdir.. dengan result wani tu, siapa sangka uia menanti kedatangan wani....

Dan sekarang, wani bukan student laws lagik, tapi human sciences... alhamduliLlah wani nampak wani mampu pergi dalam bidang ni, bukan laws...

Dan sekarang juga, Melia pada landasan Melia, wani pada jalanan wani.. kita dah mulakan langkah, dan kita perlu teruskannya.. Jangan toleh belakang lagi.. Teruskan kemaraan.. Teruskan perjalanan.. menongkah arus dan gelombang badai untuk capai ke puncak jaya... Kita mampu, Melia.. Ya kita MAMPU mencapai apa yang PASTI... !! dengan redha Ilahi Rabbi... insyaALLAH...

terima kasih, Melia atas budimu... dalam darah ini mengalir semangat kentalmu yang menjadi ilhamku...

dan..
KAU SAHABAT, KAU TEMAN...ku

No comments: