Wednesday, August 03, 2005

sahabat

Patut tak kita merajuk pada kawan kita?

Hmm.. kadang-kadang ana rasa sedih dan keliru. Mungkin ada yang pernah merasai apa yang ana rasakan.. ataupun mungkin tidak pernah langsung terasa ataupun terfikir kita akan berada dalam situasi begitu..

Kita merasakan kita terlalu sayang padanya,
Kita menganggap dia sebagai sahabat baik kita,
Kita hidup dalam kasih sayang kita padanya...

tapi mungkin kita tak tau yang dia tidak menganggap kita sebagaimana kita menganggap dia sahabat baik kita...

atau mungkin kita tidak menepati ciri-ciri sahabat baik yang dia inginkan.. atau mungkin juga dia telah punyai sahabat baik dan merasakan tidak perlu lagi untuk dia mencari sahabat baik yang lain..

atau mungkin masa perkenalan kita terlalu singkat dengan dia untuk dia terima kita sebagai sahabat baiknya...

atau mungkin juga kita tak sempurna melayan dia sebagai sahabat baik kita...

atau mungkin juga dia tak suka kita...

huhuhu...

sedih tak terkena macam ni??

Takpe, tinggalkan perkara ni.. Hari-hari yang lepas, ana catatkan sedikit sebanyak yang ana ingat ek..

Jumaat petang, sampai kt maincamp, saja gi sana jumpa kawan, pastu round2 kat stall STARBAZZ tu.. agak meriah gak laa.. jumpa ramai senior2, yg tak ingat nama ana pun ada, takpe, tak kisah... Pastu, ari Sabtu kena tinggal sorang2 dalam bilik kawan ana tu. Semua diorang gi ke IKIM, ada program ngan Jabatan Pembangunan Wanita.. tapi actually symposium tu adalah untuk pembangunan remaja... tapi tak kisah gak, sebab tu dah jadi tanggungjawab diorg, takkan kita nak halang kan? so, masa yang terluang tu ana isi ngan menghabiskan novel Sesegar Nailofar, Zaid Akhtar... ehehe novel ni dah lama wujud, tapi ana baru berpeluang membacanya.. yang seronoknya, nama watak tu sebijik nama ana.. ehehe Nur Hazwani.. ehehe.. banyak yang dipelajari dari novel tu.. kemudian, sisa masa yang terluang ana penuhi dengan coretan kisah kehidupan... mulanya nak buat cerpen, dah terjadi serupa novel lak dah.. hehe =P~ tapi tersangkut lak idea bila diorang dah balik, so sampai sekaranglah cite tu tersangkut... Ahad balik ke matriks ngan kawan ana tu, dia ada meeting GRIMIS ngan adik adik baru yang pegang jawatan dalam GRIMIS sesi baru ni...

Minggu ni ana nak gi sana lagi, ada Seminar On Fiqh.. insyaAllah moga rancangan ana Allah mudahkan..

Ahad lalu, kuliyah yang sepatutnya diisi dengan Fiqh al-Mar'ah bertukar menjadi tazkirah berkaitan kebejatan arus dunia yang berada di hujung telunjuk Yahudi. Ust pada malam tu baru pulang dari program (ana lupa namanya, klu sapa yang ingat, bgtau ek) di Kuantan. Terus Ust sampaikan pada kami... Statistik, fakta nombor yang Ust persembahkan pada kami semua tidak mengejutkan ana kerana ana memang dah maklum betapa rosaknya masyarakat Melayu-Islam di negara kita ni.. 72% daripada keseluruhan bilangan penagih dadah Malaysia, disumbangkan oleh Melayu-Islam kita.. 73% penyumbang kes zina di Malaysia ialah oleh Melayu-Islam...

Bila dilampirkan, didedahkan semua nombor nombor ni, ada orang marah, "takyah la bagitau pada public, buat malu kita (Melayu) saja.." aiii??!! benda yang betul, untuk apa nak sembunyikan? Bila dah dinyatakan, baru ada kesedaran tentang betapa kita ni dah teruk sangat.. Soal nafsi-nafsi dah tak leh guna, lu lu, gua gua dah tak leh guna lagi... Sekarang kita kena tumpukan pada apa yang perlu kita lakukan.. Dari level, takah mana pun kita, setiap dari kita ada peranan dan seumbangan masing-masing... Pada kala ini, syiar Islam pun dah susah nak disebarkan, inikan pula menegakkan syari'at yang kita duk kata-katakan tu...

Kondom, jarum suntik percuma?? Ni salah satu cara Amerika nak atasi masalah seks dan dadah kt sana tu.. tapi kita nak tiru... tiru tapi tak jadi..! Fatwa tak keluar lagi, tapi dah akan dilaksanakan.. hish cane ni??? ana risau ni tau tak??!!! senang sangat nak guna ayat Quran, tapi tak kena pada tempatnya... dah bangun mufti mufti kita, tapi ditolak bulat bulat oleh panelist... tak patut tau tak?!

"Jika takut menyatakan kebenaran, sampai bila kebenaran tu akan tertegak?!"

Taktau apa akan jadi pada ana lepas ni, tapi ana akan cuba sampaikan apa yang ana tau...

So, adik adik yang ada kat matriks UIA tu.. hadirkanlah diri adik adik ke kuliyah kuliyah agama yang ada hampir setiap hari tu.. biar kita tak lalai hati ni... kita sentiasa ingat siapa kita dan terasa betapa beratnya tanggungjawab kita sebagai orang yang mengetahui tentang kerosakkan untuk kita baiki...

Kerana ISLAM !!!

No comments: