Friday, August 26, 2005

pertemuan dalam kesempatan

Assalamualakum warahmatuLlahi wbaarakatuh

Dah banyak minggu ana tak menjengah ke sini. Nak kata sibuk, taklah sangat, cuma dek kerana ketidakpandaian ana mengatur masa, menjadi asbab ana tak jengah ke sini coretkan apa-apa.

Esok nak balik rumah, cuti mid term.. lepas bukak cuti, insyaAllah bergelumang lak di medan perjuangan ilmu, kat AMF tu.. so, nama je cuti, tapi still kena pegang buku, bukan sekadar pegang, tapi buka dan baca.. InsyaAllah.. ana dah rindu sangat kat MakTercinta dan AbahTercinta and also adik-adik ana yang nakal-nakal solehah tu.. ehehe =P dah lama tak balik rumah sejak bukak sem lalu.. Ni baru dalam dua bulan, tak lagi macam AbangTercinta yang dah dekat dua tahun tak balik..

Rindu tu bukan diketepikan tetapi diubati dengan kesibukan bermain dengan huruf-huruf dan kertas-kertas ilmu.. Lagi pula, tanggungjawab sebagai committee hisbah seterusnya secara tak langsung sub-com MRC buatkan masa lapang ana terisi.. kekosongan fikiran untuk fikir benda selain pelajaran terisi gak.. alhamduliLlah ana masih diberi mampu buat tugasan tu sedaya ana..

Untuk tugasan pertama, committee PC utk Cleanliness Week Hisbah Nusaybah Mahallah Khadijah, alhamduliLlah dah selesai walaupun ada banyak jugak kelemahannya, yang terlepas pandang untuk buat persediaan awalnya.. bila dah start program, baru tersedar ada kecacatan pada perancangan ana.. tu lah pentingnya post-mortem kan? Dah lama tak buat program, so terlupa benda-benda yang sepatutnya tak leh lupa.. Apa-apa pun, terima kasih lah pada semua adik-adik yang lain atas kerjasama entunna, especially Ummi Hafizah, bagus orangnya, cekap.. time kasih lancarkan tugasan kita.. banyak gak benda akak belaja dari enti walaupun enti baru je masuk sini... Lepas tu, kena buat working paper utk motivational talk sikit hari lepas bukak cuti ni.. ntah ape lah nasib 1st draft working paper ana tu. td headcom yang gi submit kan pada advisor sebab ana ada kelas kul 8-12 td.. ada kuiz Psych, huhu solan leh tahan, insyaAllah leh kot najah... amiin..

Ari Sabtu gi maincamp lagik.. (eee wani ni, duk gi maincamp jerk, cari pe kat sane??).. ehehe saje je nak ke sana, rindu pada sahibah kt sana.. rindu pada senyuman dan keramahan mereka.. rindu pada gelak tawa riang mereka.. Kebetulan roomate ana yang dua orang tu nak ke sana, tak pernah ke sana pun sebelum ni, takpe lah, ana bawak ke sana.. Lagipun CONVEST.. so, berjejak kasih dan jejak rantaulah kami di sana.. Tanpa dirancang pun sebenarnya, ramai kawan-kawan yang bertembung ngan kami... alhamduliLlah masing-masing masih ingat satu sama lain.. mula dengan senyum, kemudian salam, dan.... berpisah sementara waktu... Jalan-jalan, makan-makan je kat sana. Pastu amik nota psyc dari Fauziah... pastu, ke KL Sentral utk beli tiket train balik rumah... alhamduliLlah ada, tapi atas kesulitan, ana balik sorang esok, tapi dengan bas sebab junior sekolah ana takde tiket, so ana beli tiket bas, dia amik tiket train ana.. so lagi, ana balik sorang ler.. takpe, ana balik awal sket.. leh tido kat umah malam esok, tak lah tido dalam train.. Moga perjalanan ana esok dilindungi Allah dari kesulitan.. insyaAllah...

Banyak sangat nak naip, tapi masa tak mengizinkan... So, setakat ni dulu.. Lain kali ana masuk lagi... sekarang ni ana duk berhempas pulas menghabiskan Advencer Peniup Ney, tulisan Faisal Tehrani.. sampai termasuk-masuk dalam mimpi ana watak jin-jin tu... tapi seb baik mimpi jin tengah solat, bukan apa, tuk ingatkan ana tentang solat, jin pun solat, takkan ana ni manusia, viceroy tak solat.. ingat kembali janji kita padaNya sebelum kita ke bumi ni..

kay, ilalliqa' pada semua yang sudi menjengah ke mari... time kasih

No comments: