Monday, January 09, 2006

rona bosphorus

Assalamualaikum warahmatuLlahi wabarakatuh

Ana memang dah gila, gila dengan sastera ni.. tapi betulkah dah sampai tahap gila?

Masa di river side di uia haritu, sempena enginite (maaf yer kalau tersalah eja), ada stall DBP..
Bila jumpa buku-buku DBP, memang ana teruja sangat.. Serasa mahu sahaja semua buku buku tu ana beli..

dah lama kepingin untuk baca Rona Bosphorus..
buku ni dah lama terbit, tapi ana tak berkesempatan baca..
lepas tau tentang Salju Sakinah, ana jejaki ust Zaid Akhtar lewat alam maya ni..
baru ana tahu tulisan-tulisan ust yang lain..
bila di matrik sem lepas, Ummi Hafeezah Ahmad kata ust adalah ust kepada roomate dia, Syeril di Johor.. (uh, jeles..)

Jadi, ana tercari-cari Rona Bosphorus dan akhirnya dapat juga ana miliki buku tu..
dan tangan ini juga pantas menyambar Sesegar Nailofar yang terlebih dahulu ana baca di kamar sahabat ana sem lepas.. ana ni jenis yang kalau ana sukakan sesuatu, ana mesti miliki. jadi dalam bab buku pun samalah, walaupun ana dah baca, tapi ana nak juga ada simpanan sendiri...
banyak sebenarnya novel2 yang ana pegang dan ana nak beli, tapi cukuplah untuk hari itu sebab dua lagi novel yang ana baru sahaja beli masih belum diselak semua muka. masih keras lagi. bau kedai pun ada lagi..

Masa di kedai buku, Pustaka Mukmin hari tu, ana beli Belati Cinta Zulaikha dan sebuah karya HAMKA, Tunas Cipta Disember dan majalah i Januari.. bersama-sama Ili Raihana, ana jinjit karung plastik tu... Seronok bukan kepalang sebab setelah sekian lama mencari Tunas Cipta, sekarang baru terjumpa.. Tak fikir banyak, ana terus ambil...

Di stall DBP tu, ana nampak ada lagi Tunas Cipta September, beli je lah.. Gambar depan, kak Siti Hajar Mohd Zaki.. ana baru sedar yang kak Siti penulis masyur tanah air.. Rupanya kak Siti yang ana kenal dalam hanya beberapa minit dalam meeting urusetia Pesta Pantun MAKUM satu Rabu tu adalah penulis terkenal.. Ili Raihana begitu riang bila terbaca nama kak Siti dalam list kehadiran meeting malam tu, katanya macam nama penulis yang iLi suka.. Memang kita tak sangka dapat bertemu mata dan insyaAllah dapat bekerjasama dgn kak Siti nanti.. Ili, kita sembang habis habis dengan kak Siti eh.. huhu ^_^ jangan lepaskan peluang nih...

Teringat buku Ayat-ayat Cinta tulisan Habiburrahman, penulis Indonesia.. Rasanya ana tak ulas lagi tentang buku tu.. Hidup ana memang terkesan dengan novel 400 halaman itu. Tak pernah ana baca novel 400 halaman secepat tu.. dan begitu mengubah persepsi ana pada warga Indonesia.. Ana mula kepingin mengenali mana-mana student Indonesia yang bercambah dia UIA tu.. Rasa makin sayang pada Indon. sayang sebagai saudara seIslam... Ana try cari di Pustaka Mukmin, tapi tak ada. Jadi mungkin lepas ni akan terus mencari.. atau juga mungkin terus hubungi penulis untuk dapatkan original copy.. maksud ana yang bukan dipotocopykan...

ana akan terus mencari...

sekarang baru ana sedar yang ust Zaid Akhtar aktif juga di ukhwah.com..
jadi lepas ni, makin rajinlah ana masuk ke ukhwah.com...

Tuesday, January 03, 2006

saman 2

Oren tu tandanya ceria??

kalau tak silap ana, Dr Tuah kata warna oren ni untuk memotivasikan orang.. ye ke? kalau tak silap ana la..

kenapa tajuknya SAMAN 2?
sebabnya....

alhamduliLlah.. saman tu semua dah settle.
tak kena bayar pun.. alhamduliLlah sangat..
adik junior tu tolong clearkan semuanya. semua urusan lepas kami isi form appeal tu, ke legal unit pun adik tu yang pegi buatkan untuk kami.. terima kasih.. ana tak dapat nak pegi sekali sebab kesihatan yang tak mengizinkan dan ketiadaan masa senggang yang sama dengan depa.. maaf yer..

bercakap tentang kesihatan, ana tak sihat dah dekat seminggu dah..
kelas pagi tadi, ana pejam mata kebanyakan minit dalam kelas tu.. maafkan saya yer Dr Shah..
sakit kepala sangat sampai nak termuntah (ops! maaf kalau ada yang tak senang)...
kata sahabat ana, ana kena migrain kot.
actually, migrain tu macam mana? kawan-kawan ana selalu kata depa kena serang migrain la, tp ana ni tak dak ka migrain..? entah lah..
masa pegi klinik sorang2 tu, doktor bagi injection, bleh tahan la sakit.. esok tu kata doktor kena datang check darah. time nurse bagi ubat, nurse tu kata kena datang kul 8 pagi esok... hmm tak janji la sampai kul 8..
esoknya, pukul 8, tak kena air lagi.. sejuk sangat laa.. so, dalam kul 930pg baru sampai ke klinik, pegi dengan roomate, Syam yang baik hati tu...
sampai sana, blackout la pulak bangunan tu. mesin check darah tu jalan satu je..
time doktor nak amik darah kat atas lengan (macam org derma darah tu), doktor tercari-cari mana urat ni.. ana kata, 'tak nampaklah doktor'.. doktor kata pulak: 'kamu tau yer tak nampak?'.. ana kata: 'tau lah doktor. tu sebab saya takut nak derma darah, nanti kena cucuk banyak tempat'.. tukar pulak ke tangan kanan.. nampak tu memang nampak, tapi doktor kata, 'urat kamu ni kecik. yang lain ditutup oleh warna kulit. kita ambik di jari lah'... mula mula terbayang macam mana doktor nak sedut tarik keluar darah tu dari hujung jari, aduh... sakitnya....

tapi bila doktor amik alat apa ntah yang macam pen pemadan tu, ana berkata dalam hati, doktor guna lah mata yang besar sikit, nanti besar sikit lubang kt jari saya tu.. pastu doktor tekan tekan ibu jari ana yang dicucuk tu sampai menggeletar tangan ana dan tangan doktor... huhu darahku... doktor guna pipet je lah.. ana tanya doktor, 'cukup ke doktor?'.. doktor kata: 'kalau tak cukup, kita toreh pulak kat jari lain..' ..hish doktor ni, menakut-nakutkan orang lak... pastu doktor tambah lagi, 'kalau kat jari pun tak boleh, kamu tau nak kena amik kat mana pulak? kat telinga pulak kamu tau..hehe..'... doktor ni memang...

tapi baguslah dapat doktor yang macam tu. bukan apa, macam father touch.. kih kih.. dan dia sembang-sembang dengan patient, buatkan patient tu calm je, dan selesa dengan dia.. taklah takut... baguslah doktor macam tu..

bercakap perihal doktor dan pesakit ni, teringat pulak pada kata-kata Bro Shah Kirit lewat Da'wah Course yang ana hadiri bersama Ili Raihana 24,25 Dis lepas yang mengatakan... untuk mula berdakwah, gunakan pendekatan 'doctor and his patient'.. makna kata, dekati golongan sasar dengan dimulakan bicara tentang dirinya, tentang agamanya.. kemudian datang pada kesamaan (similarity) antara agama yang dianutinya dan agama ISLAM. kemudian, let the patient think about our question regarding what he/she had said.. for example, if he/she a christian, he said that they have 3 God as mentioned in the Bible. then we can reply with also the quotation from same book "Hear, O Israel. The Lord Our God is One God" [Deutronomy 6:4, Mark 12:29].. and "My Father is greater than I" [John 14:28]... then of course we can use the translation of surah al-Ikhlas from our holy Quran which also said, Allah is the only God. no father, no son... be calm and do not attact him/her to harsh...

tu je lah serba sikit yang ana leh kongsi dengan korang semua... banyak sangat yang ana dapat dari da'wah course tu. hati ini sayu sungguh bila Bro Shah bagi ucapan terakhir hari tu.. rasa betapa bersyukurnya diri ini dipilih menjadi Muslim. tak tergambar bagaimana seandainya diri ini tidak berada dalam hidayahNya, diri ini duduk di dalam kekufuran, tak kenal siapa Tuhan, tak kenal siapa Pencipta diri, alam seluruhnya, tak kenal agama yang begitu indah, tak kenal dosa pahala, tak kenal syurga neraka, tak kenal agama kasih sayang ini.... bagaimana andai diri ini hidup diselubungi dosa, dilumuti maksiat, ditutupi zulumat tanpa suluh sinar nur Islam.... bagaimana? bagaimana? bagaimana?..... lantas, bersyukurku pada Yang Esa memilihku menjadi sebahagian dari umat kekasihNya.. dan bersyukurku padaMu ya ALLAH kerana Kau memilihku untuk Kau beri hidayah dan Islam... ni'mat yang terlalu agung... dan ya ALLAH, jangan Kau palingkan hatiku setelah Kau beri hidayah....

Tolonglah bagi aku kekuatan untuk aku menyampaikan da'wah agamaMu.. aku takut kelak akan didakwa oleh mereka nonMuslim kerana tidak menyampaikan ajaran Islam kepada mereka... ameen...

......

Tuesday, December 27, 2005

saman

Assalamualaikum warahmatuLlahi wabarakatuh

SAMAN !!
wani kena saman...!
1st time in my life, aku kena saman...
dah lebih dua tahun duk kat matrik, dan dua puluh tahun hidup.. tanggal 26Disember2005 jam 0031, aku disaman..
sebab apa? sebab masuk kampus lewat..
bukan sengaja.. ada sebab..
pak guard tu tak dan dan (tak sabar sabar), tanya sket, terus tulis saman.. tak bagi peluang langsung orang nak terangkan duduk perkara sebenar. bukannya tak boleh tolak ansur ngan kami.. dengan pakai tudung labuhnya, takkanlah sanggup nak lepak kat club ke, gi merayau rayau ke.. ada antara kami yang pakai baju kelawar (tangan panjang), takkanlah pi melilau...

ya Allah...
Allah uji semalam...
banyak sangat dosa-dosa ana...

bila orang ditimpa susah, kita senang nak sabar dan tenangkan orang tu..
kadang-kadang, mungkin kita pernah kata, "padan muka, dah salah dia"...
seringkali juga kita berkata, "tu laa, len kali jangan buat dah, buatlah sebagai satu pengajaran"

tapi..
bila kita ditempat tu, baru kita rasa betapa sedih, kecewa,geram, marah..

oklah.. sekarang nak gi appeal, minta reduce, kalau dapat, maybe leh exempted...insyaAllah... ameeenn...

wassalam

Friday, December 09, 2005

-

Assalamualaikum warahmatuLlahi wabarakatuh

semoga semua sejahtera..

ana dah officially bergelar student UIAM tanggal 2 November 2005..

Ta'aruf Week yang memang best! walaupun ada orang kata tak berst, tapi bagi ana TM ni memang best. bukan selalu nak rasa TW.. kecuali la nanti jadi commitee TW, tp tetap rasa lain sebab kita yang anjur, bukan kita peserta...

Nak lagi Ta'aruf Week !!! rasa macam sekejap sangat..

Pergi kelas, tiap-tiap hari akan jadi kebetulan selisih dengan seorang tu.. respect ana pada dia.. always nmpk tenang..

Ni ana kt lab ITD, nak drop and add subjek. kelas pukul 0800 dgn DR ISRAR tak leh masuk, sebab katanya section tu sikit sangat org yg regist. mungkin sebab hari Jumaat dan pukul 0800 pulak tu, so orang malas la nak amik kelas tu.. diorang tak tahu yang DR ISRAR tu best... huhu new intake selalu masuk kelas ikut dan je.. hentam je, mana kosong dan agak best sikit, diorang masuk.. tp... hmm hopefully semua ok.. nak add and drop ni, tp takleh nak logon.. pehal ntah... jap lagi ada kelas Psyc kul 1000 lak.. nampak gayanya kena lah add lepas kelas..

kondisi kesihatan tak bagus minggu pertama ke kelas ni. batuk.. sakit tekak.. nak cakap dalam kelas pun tak leh.. huhu.. moga ana sembuh la...

study kat sini memang lain dgn matriks.. matriks boleh la main-main, gi kelas 5 minit lagi baru kuar dari bilik.. kalau kat sini, setengah jam before kelas start, dah kena kuar bilik... tp best apa..

semoga semangat ana yang berkobar-kobar untuk berjaya ni akan terus membara dan terus membara lebih marak... ameen... doa kan ana

ni lirik nasyid ana copy dr myzaidakhtar.blogspot.com (Zaid Akhtar)

Pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang
Jika cinta satu pasti bertemu
Ia tidak ternilai
Kerana di antara hati kita
Telah tiada antaranya lagi
Yang ada hanya cinta kasih Ilahi
Kita berpisah hanya sementara
Kerna pertemuan bukan milik kita
Jasad dan suara berjauhan sentiasa
Namun cinta abadi
Biar berpisah selalu menderita
Kerna syurga menagih ujian
Sedang neraka dipagari oleh nikmat
Bertemu tidak jemu
Berpisah tak gelisah
Bicara kita adalah bicara sufi
Tanpa suara dan kata-kata
Kerana penghubung kita adalah suara hati
Bertemu berpisah kerana Allah…

Tuesday, November 22, 2005

syawal

Assalamualaikum warahmatuLlahi wabarakatuh

Ana sebenarnya dah lama type catatan raya ni, tp baru malam ni tergerak hati nak post.
Dah basai dah la cerita ni, tp kesian pulak kat jari yang menari di pentas kekunci ni, so bg menghargainya, post je lah ek...


1 Syawal

Seusai sarapan dan bersiap dengan baju baru sambil diiringi takbir memuji ILAHI dari masjid, beriringanlah ana, MakTercinta dan dua Adik2 nakal ana tu ke masjid. Inilah solat sunat Eidulfitr yang pertama yang kami sekampung dirikan di masjid yang baru siap diubahsuai tu.

AbahTercinta awal-awal lagi, setelah usai sarapan kek dan ketupat berserta rendang, berpergian dengan beberapa orang kampung yang lain ke Balai Islam Pongsu Seribu. Khabaran dari AbahTercinta, khatibnya Mohd Sabu.

Bukan taknak ikut Abah, tapi bagi ana, biarlah kali ni ana bersolat sunat Eidulfitr di masjid kampung bersama warga-warga kampung yang lain. So, ajakan Abah, kutolak dengan sebaik mungkin.

Pergi dengan harapan, everything going smoothly, tapi hancur juga akhirnya. Malam raya tu, ketika menunggu kek MakTercinta masak dalam oven tu, kami berbual. Kata MakTercinta, pengerusi AJK masjid buat pengumuman, “solat Eidulfitr kali ni tak boleh dibuat di mana-mana dewan atau mana-mana surau.” Natijahnya, semua yang selalu solat di surau-surau di kampung ni, yang pada mulanya memang berhajat untuk solat di masjid Eidulfitr kali ni, terus tersentuh hati dan membatalkan hajat untuk ke sana dan menukar perancangan bersolat di masjid atau tempat lain.

Bagi ana, tidak salah untuk bersolat di mana-mana pun, itu hak peribadi. Walau di mana pun mereka tunaikan solat, tidak menjadi masalah bagi mana-mana pihak, mereka tak ganggu pengunjung masjid, mereka tak ganggu Tuan Pengerusi, mereka tak ganggu AJK masjid yang lain, mereka juga tak ganggu penduduk kampung, apatah lagi mengganggu kententeraman kampung mahupun negara. Cuma, entah apa yang membuatkan Tuan Pengerusi masjid marah sangat kepada golongan sebegini. Sebelum ni pun, sebelum masjid tu siap sepenuhnya, kerinduan ana pada laungan azan ‘secara langsung’ ni terubat dengan laungan muazzin dari surau tu. Nak tunggu laungan dari masjid? Terlalu lama… Bagi ana lagi, tak sepatutnya pengumuman sebegitu keluar dari mulut Tuan Pengerusi masjid.

Masuk ke pagar masjid, berjalan, menaiki tangga ke tingkat atas tempat solat wanita, ana sedikit tertegun dengan ke’besaran’ masjid baru ni. Tak penuh pun tempat wanita dan khabarnya, tempat lelaki pun tak penuh sampai ke balai lintang. Boleh diyakini kenyataan tu.

Sebelum mula solat jemaah, seperti biasa, Tuan Pengerusi masjid akan membuat sedikit pengumuman cara-cara solat sunat Eidulfitr ni. Tapi, sebelum tu, Tuan Pengerusi masjid kata, nak bagi ucapan sket. So, ingatkan ucapan yang macam mana, rupa-rupanya ‘pembentangan surat layang’ yang dilayangkan padanya. Macam-macam yang dia sampaikan, orang yang baru balik ke kampung dan orang yang tak tau pun tentang surat layang tu kemudiannya jadi tau. Dia kata, dia sanggup cuci tandas masjid tu sebab segala apa yang dia buat hanyalah untuk masjid. Dia kata juga, hanya masjid yang akan menjadi saksi atas solat kita, tempat lain takkan jadi saksi solat kita, kat mana kita sujud… Lalu, tiba-tiba ana terasa kepala ana ‘tergeleng-geleng’. Bukankah di mana juga kita sujud, bumi tempat kita sujud tu akan jadi saksi bahawa kita pernah sujud mengagungkan ALLAH swt di atasnya. Takkan dia tak pernah solat kat rumah sepanjang hidup dia? Mungkin ya lah kot. Bukannya ana nak kata jauh sekali nak kutuk dia, tapi ana hairan bila ada orang yang sanggup kata macam tu. Dia kata, ‘AJK Masjid buat keja untuk orang kampung. Marilah sama-sama kita mengimarahkan masjid, menghidupkan masjid.’ Hmm ramai yang geleng kepala dengan ‘ucapan’ dia tu.

Bila balik, sedara-mara, Abah, Mak, paksu, abang sepupu, abang sepupu ipar, toksu semua duk bercakap pasai tadi… Tidak hanya tentang ‘ucapan’ Tuan pengerusi masjid, tetapi khatib juga.. Sekadar membaca teks yang berbaur sentimen politik yang terus-terusan menghentam pembangkang, dan kemudian ditokok-tambah dengan ayat sendiri (lalu jadi lintang-pukanglah khutbah tu), ditambah lagi dengan sebutan certain words yang agak ‘bombastik’ untuk orang yang jarang ataupun yang tak pernah langsung terjumpa ataupun menggunakan perkataan tersebut. Nada yang meneran bilamana tiba part menghentam pembangkang. Warga tua yang berada di dalam masjid tu, boleh jadi bergetar jantung mereka kerana tengkingan tersebut bila ditambah lagi dengan PA System yang pergh! Amat bagus, masjid barulah katakan... Kesian kat tok-tok yang ana dengar komen depa, depa kata, “tak suka duk tinggi-tinggi suara macam tu. Apa salahnya kalau sampaikan dengan lembut, orang lagi boleh terima, ni dak, duk marah-marah pasai pa. ni hari raya, kita nak baik-baik, bukan nak bergaduh-bergaduh, marah-marah.” Ada tok-tok yang rasa macam nak keluar masa tu juga bila. Bila difikir-fikirkan, ada betulnya semua tu. Tok-tok yang dah tua tu pun tau, dan depa tak suka dengar khutbah macam tu. Bila bercakap tentang peribadi tuk khatib, lagilah depa tolak… hmm ana menceritakan apa yang ana perhati dan dengar. Semuanya ana tak selewengkan. Ok, stop! Setakat ni je la nak bercakap tentang perihal kat masjid tu. Nanti akan adalah yang menegur dan memberi cadangan untuk menambahbaikkan system masjid tu. Mungkin cadangan dan teguran tu akan datang dalam bentuk surat layang sekali lagi… hmm, semoga ALLAH memberi petunjuk yang benar kepada semua yang terlibat.

Lepas melayan tetamu (sedara-mara) yang berkunjung ke ruma, makan laksa semua, Mak, Adik2 dan ana ke rumah TokLang pulak. Abah ada lagi kat rumah dengan Pak menakan sepupu, dan abang sepupu ipar duk berforum macam-macam topic.

Duk kat rumah TokLang tu, sembanglah sikit dengan TokSu, dengan TokLang pastu dengan abang dua pupu and so on so forth, tolong-tolong sikit hidangkan makanan kat tatamu lain, tolong-tolonglah basuh pinggan sikit sikit (hehe konon rajin), pastu masa dok duduk duduk tu, Abang dua pupu tu dia bagi rantai tangan kristal kat ana (kekeke hadiah hari raya merangkap hari jadi tahun ni ^_^)… mekaceh mekaceh…

Pastu, sebab dah semua berkumpul kat rumah TokLang tu, ana pun kira dah jumpa semualah, ikutlah Mak balik ke rumah balik… Tak lama lepas tu, dah tukar [un baju raya pakai baju biasa, Paksu and his family pun sampai… Seb baik Paksu… Layan punya layan, lepas makan sikit, depa pun rest sat. Lepas tu, depa balik…

1st Syawal kali ni, tak rasa sangat kemeriahannya. Budak-budak yang kutip duit raya pun makin sikit dari setahun ke setahun… Agaknya, budak-budak sekarang jadi macam ana ngan adik beradik ana kot, tak suka kutip duit raya ni… Erm kadang-kadang tu terfikir gak, nyesal tak pi kutip duit raya macam budak-budak tu, takdak pengalaman tu… Budak-budak sekarang dah mewah kot MakAyah depa bagi duit.. Taktaulah nak kata apa dah, hilang kalimat…

Esok, kami sekeluarga akan melawat adik-beradik Abah kat kg belah Abah lak, sekitar Bandar Baharu dan Parit Buntar, belah belah Parit nuu laa, orang Banjar kan ramai kat situ. So, sireh pulang ke gagang lah ni… Okey, kita tunggu fajar esok menyinsing. Semoga, masih ada Subuh untukku esok. waLlahu ta’ala a’lam


2 Syawal

Pagi pagi lagi dah dengar Mak bersuara lantang mengejutkan kami semua. “Siap!” kata Mak sebagai arahan untuk anak-anak gadisnya bersiap cepat untuk menziarah saudara mara di sekitar Kedah dan Perak.

Siap siap semua keperluan, dengan siapkan badan, bekalan kek Mak yang sedap lagi enak tu, kami masuk dalam kereta dan perjalanan pun bermula.

Sepanjang perjalanan, telinga kami dijamu halwa yang enak-enak penuh dengan intisari peringatan daripada munsyid tanah air dan luar negara. Minta Mak yang masukkan kaset kaset tu, lepas satu lagu ke satu lagu… kaset kaset tu semua adik kecik yang pilih, kompilasi lagu raya artis-artis HME, Sami Yusuf – Muallim, dan UNIC – Satu Tekad… Dengar Satu Tekad tu kecuali lagu Insan Bernama Kekasih, tak minat lagu tu... yang lain ok. Lagu Balqis, bila sampai kat bait ‘Ifrit memindahkan dalam sekelip mata’ (lebih kurang kot, malas nak nyanyi balik), ana suruh adik ana tukar daripada Ifrit kepada ‘Abid… hmm sensitive betul ana bila salah bab bab sejarah ni…

Sebelum sampai ke rumah PakLang, MakLang, berhenti di masjid jamek kejap untuk ziarah pusara TokWan dan Tok… kedua-duanya telah meninggalkan kami semua ketika ana masih kecil lagi.. sekolah rendah… teringat pada TokWan yang begitu menyayangi kucing. Sebab TokWan lah, ana tak takut dengan kucing. TokWan penyayang, lemah lembut, sopan santun, tak langsung marah kat sapa-sapa… teringat pada TokWan yang melazimkan diri ke surau dengan basikal tua TokWan. Dulu, pernah sekali tu, balik kampung. Jenguk-jenguk rumah TokWan. Wani nampak, basikal TokWan tu dah berhabuk, dah tergantung bawah beranda rumah tu. Wani tengok dah takdak orang guna dah. Sian TokWan. Wani nampak jugak pam beskel TokWan tu. Wani ingat lagi payung TokWan, rokok daun TokWan, songkok TokWan, baju dan kain pelikat TokWan… Masih segar dalam ingatan wani, senyuman TokWan dan kunyahan mulut TokWan time makan. Cara duduk TokWan atas kerusi buatan TokWan time makan, semua wani ingat. TokWan pun ada buat kerusi yang ada roda tu kan? Untuk senang sapa-sapa yang sakit nanti mandi. Almari cermin dan katil kat rumah TokWan semua wani ingat. Satu lagi yang wani ingat, wani mula kenal gigi palsu melalui pemerhatian wani kat TokWan lah… hehe… TokWan, wani ingat lagi jam loceng lama TokWan yang comel tu. Jam tu lah yang selalu kejutkan TokWan subuh subuh kan? Wani ingat lagi, TokWan bawak kami, cucu cucu TokWan ke belakang rumah, tengok bendang yang TokWan kerjakan. TokWan ajak kami halau burung-burung yang makan padi TokWan. TokWan tebang tebu untuk kami semua. TokWan jugak yang dok ubatkan kaki wani bila wani kena gigit dengan pacat. Wani suka dok kat bendang TokWan tu, best lah, taktau nak gambarkan macam mana. TokWan memang tak banyak cakap dengan wani, tapi wani suka TokWan, wani sayang TokWan.. wani pun tau TokWan sayang wani, sayang kami semua. TokWan selalu senyum. TokWan, wani nangis dan marah bila TokTiri wani tu buang kucing-kucing TokWan yang baru nak membesar tu. Time tu wani kecik lagi. Kesian wani tengok TokWan macam blur ja bila Tok kata Tok hantaq kucing-kucing tu ke kilang, pi keja. TokWan mesti rindu kat kucing-kucing tu kan? …Wani rasa wani nak jumpa TokWan… macam mana ek nak jumpa? Lambat lagi kita boleh jumpa. Moga TokWan sejahtera dan aman tenang di sana… ya Allah, cucuri rahmat atas ruh TokWan dan Tok aku…… aameen…

Lepas berdoa di pusara, kami teruskan perjalanan ke rumah PakLang di Parit Buntar. Kami lewati tapak rumah TokWan di Bandar Bahru dengan sayu diapit rindu di qalbu.

Lepas ziarah adik Abah, kami ke Simpang Empat pulak, ziarah mak-mak sedara Abah and etc. Ana tengok, family Abah memang lemah lembut. Senyum dan cakap dengan sopan ja dengan semua orang. Muka memang muka lembutlah. Lawa pun lawa… Agaknya orang Banjar memang macam ni kah? Lemah lembut… hmm… tapi ana ni lemah lembut ke? Lemah ada la kot… hehehe =P~

Lepas tu, ziarah lagi adik Abah, MakSu… bila la MakSu nak gemuk? Hehe… MakSu pun lembut laaaaaaaahhh sangat………… sangat sangat lembut……… macam MakLang, kakak MakSu tu, adik Abah tu… PakCikMan pun sama, semua lembut… Abah sedikit tegas daripada semua adik beradik Abah, maybe sebab Abah anak sulung… hmm bila ntah nak jadi lembut macam tu…?


Syawal 3

Pagi tu, tak rancang pun nak ke reunion alumni sekolah. Bila bagi msg kat Salwa, dia kata dia dengan Nini nak pi. Tanya Abah, Abah nak keluaq pi mana-mana ka hari ni, Abah kata ada la, awatnya? Nak pi mana?

So, ana pun sampailah di sekolah. Setakat ni baru tiga kali Alumni Irshad buat jamuan raya. Kali pertama, ana pi, yg kedua tak pi… yang ketiga ni AlhamduliLlah sampai gak ana… lepas abis majlis, tolonglah Salwa dengan Nini dengan kakRaidah kemas dewan makan tu… lepas tu, tgk hp, ada miscall dari Abah. Try call Abah, Abah kata Abah ada kat KB… satgi Abah pi ambik. Tunggu punya tunggu, lama lah jugak, pelik pulak sebab KB dengan Irshad bukan jauh mana pun, awat lambat sgt? Abah pi rumah terbuka PakLah kot kat Dewan Millenium tu… hmm tunggu lah sampai Abah sampai at last… Abah kata, punyalah ramai org. Abah cari parking takdak, Abah kona balik lah mai ambik kak… Ramai noo org pi rumah terbuka tu? Hmm byk cerita tentang rumah terbuka ni, dari cateringnya sampailah susah nak dapat bayaran lepas rumah terbuka tu… kenapa leh jd macam ni? Sendiri jawablah……


Catatan Syawal ana sampai sini dulu…
Ayat berterabur, dah malas nak buat ayat lawa lawa…

Ana ada satu lagi blog, tapi masih dalam proses pembinaan. Blog ana di friendster. Tak cekap lagi kat situ. Rasa macam lagi susah, tapi alah bisa tegal biasa kan?
Insya-Allah… nanti maklumat seterusnya, ana akan beritahu yer…

Ok, nukhtoh.

Tuesday, November 15, 2005

terbuka mata

Malam ni, mata ana terbuka, minda ana terselak, fikiran ana tersuluh.
dunia sastera ni memang indah.
nak masuk ke dalam dunia ni pun susah.
perlu banyak ilmu, perlu luas fikiran.

bila lah aku dapat masuk ke dunia tu....???

cukuplah sekadar aku baru lewati blog kak Ghafirah Idris, Faisal Tehrani yang dua ini, cukup buat aku merasa gentar untuk ke dalam sana.

apa-apa pun, inginku ucapkan luas lautan ucapan terima kasih buat seorang adik ini yang telah membuka mindaku mengenali dengan lebih dekat dunia sastera ini. adik yang telah meminjamkan aku Salju Jabal Musa... terima kasih sekali lagi atas ukhuwwah ini...