Friday, March 16, 2007

Mencari Celahan Kesempatan

BismiLlahirRahmanirRahim.
Selawat ke atas baginda SaLlahu 'alaihi wasallam.

ALLAHu sahla illa maja'altahu sahla, wa anta taj'alul hazan insyikta sahla

AlhamduliLlah. Akhirnya bertemu celah masa untuk saya update blog ni. Saya ada terima sms daripada junior, "Akak bila nak update blog? dah bersawang dah.." Aduh. Sungguh terkesan ke sanubari saya. Seingat saya sms tu dikirmkan bulan lepas. Baru hari ni dapat saya buang sawang-sawang dan sapu habuk dan debu yang bersepah di blog saya ni. Sudah mencecah 1000 yang view blog saya. Tak tahu bila, tapi terima kasihlah kepada yang berkunjung.

Apa yang nak diceritakan?
Sebenarnya sudah berkali-kali saya taip entry blog, tapi tak publish pun atas halangan lab UIAM ni. Kecewa juga memandangkan duit tidaklah banyak mana untuk online di Cyber Cafe.
Tidak mengapalah. Saya tinggalkan masalah tersebut, dan terus ke cerita aau pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama saudara se'aqidah saya.

Tanggal 10 Mac 2007 lepas, saya dan ahli kumpulan subjek Leadership berziarah ke Rumah Ikhsan, Kuala Kubu Baru. Pasti ada yang tidak mengetahui rumah apakah ini? Tak popular pun. Rumah Ikhsan adalah rumah warga emas yang tidak mempunyai waris atau penjaga. Rumah Ikhsan merupakan sepenuhnya di bawah tanggungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor.

Ketibaan kami di sana ketika jam hampir mencecah 1400. Justeru agenda 'Bertemu Pencipta' kami dahulukan sebelum agenda 'Santapan Jasmani'. Berlegar-legar di luar Rumah Ikhsan selama beberapa minit sambil menjinjing buah tangan untuk warga emas di dalam, kami diberi ingatan oleh 'Trainer, Kak Fatin' agar menjaga tutur kata supaya tidak menyinggung perasaan nenek-enek dan datuk-datuk tersebut. Layan mereka seperti mana melayan anak kecil -dengan penuh kelembutan.

Masuk ke blok warga emas wanita bersama minyak panas dan kotak biskut, katil pertama yang saya dan kawan-kawan kunjungi ialah kail seorang wanita India yang terpejam matanya tapi bersuara agak kuat tanpa difahami butir bicaranya. Sekadar meletakkan buah tangan, dan berlalu dari situ kerana apa yang saya faham perkataan 'porah..' sambil tangannya terawang-awang dan menolak kami. Agak terkejut. 'Oh, bermacam ragam. Saya perlu bersedia dan bersabar.' Bisik hati saya.

Dipendekkan cerita.
Nenek terakhir yang saya hampiri ialah saudara baru (taklah baru tapi tak tahu nak guna perkataan apa) Islam, Mariani Abdullah menyentuh hati saya. Bergenang air mata, tapi bila teringatkan pesan Kak Fatin untuk tidak menangis, saya kuatkan hati.

Nenek Mariani nampak tasbih ditangan kawan saya dan meminta untuk diberikan padanya. Soalan pertama beliau, 'Apa yang boleh saya sebut lagi dengan tasbih ni?' Masya-Allah. Dia inginkan sesuatu' daripada kami.

Tutur kata nenek Mariani sangat lembut dan jelas. Satu per satu perkataan keluar dari mulut beliau. Beliau lebih fasih berbahasa Inggeris dan Melayu berbanding Hokkien atau Kantonis ataupun Mandarin. Memeluk Islam sebelum bernikah dengan lelaki Islam. Namun, belum sempat beliau belajar hal ibadah daripada suami, suaminya terlebih dahulu dijemput Ilahi dengan serangan strok. Cerita beliau, suaminya hanya sakit satu hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Nenek Mariani Abdullah tidak pandai tulisan jawi kerana bersekolah di Convent dahulu. Beliau membaca Al-Fatihah dengan telor cina, tidak sefasih mana, namun beliau tahu. Bas telah sampai ketika kami berbicara dengan beliau. Dalam keadaan tergesa, beliau meminta maaf kerana membuatkan kami lambat dan mungkin akan ketinggalan bas. Tapi kami cuba sedaya kami untuk berikan 'sesuatu' kepada beliau. Hati saya jatuh sayang dan simpati kepada beliau.

Ditanya kepada kami, doa apa yang dia boleh baca. Allahu Akbar. Tersirap darah saya bukan kerana marah tetapi terharu, simpati, dan bersyukur tergaul semua. Apa yang saya terfikir adalah ibu doa, "Rabbana atina fid dunya hasanah, wa fil akhirati hasanah, wa qina 'azaban nar". Dalam masa yang terbatas, sekadar itu yang mampu kami beri. Kami catatkan pada helaian kertas, lafaz doa tersebut dalam ejaan rumi. Beliau sangat gembira.

Nenek Mariani menceritakan kepada kami, beliau tak boleh baca doa secara lisan menggunakan mulut tetapi setiap apa yang beliau lakukan, makan dan tidur, beliau baca doa dalam hati kerana setakat itu yang mampu beliau lakukan.

Kata-kata terakhir beliau, 'I will miss all of you and always remember you because you have thought me these things. I want to die as a Muslim. Rabbana atina fiddunya hasanah, wa fil akhirati hasanah wa qina 'azabannar. Thank you ha...'

Tangan nenek Mariani kami kucup dengan rasa berat saya melangkah keluar dari Rumah Ikhsan yang mengajar saya erti syukur atas nikmat Islam dan ilmu 'ibadah yang saya peroleh.

Nenek Mariani Abdullah, saya janji dalam diri saya akan berkunjung lagi ke sana. Bila masanya, saya akan cuba. Saya bertanggungjawab pada nenek. Insya-Allah saya akan sampai ke katil nenek, mengucup tangan nenek dan ajar nenek apa yang saya tahu. Maafkan saya kerana baru temui nenek dan hanya bicara sekejap cuma dengan nenek tempoh hari. Saya akan datang pada nenek. Insya-Allah.

6 comments:

hakim dirani said...

Alhamdulillah,
Amalan yang baik.

syauqah-el-wardah said...

Sdr Hakim Dirani,
Syukran atas respon. Tak ada kesempatan lagi sekarang ni. Insya-Allah bila sempat, saya akan ke sana lagi. Cuma agak kecewa nenek-nenek di sana ditinggalkan tanpa pengisian. Mungkin tak cukup tenaga kerja.

banggugar said...

salam,
sawang2 saya pun belum dibersihkan, dah ada org minta update.. sabau jolah..

(",)

Mohd Hafiz Bin Hj Mansor said...

alhamdulillah syukur kepada Allah yang masih menjaga akidah nenek mariani... di hadapan nenek kita terpaksa menahan tangisan... tapi saya pasti kita tak mampu menahan air mata utk terus mengalir di sebalik tabir menahan kesedihan... hargailah ibu dan keluarga yang kita sayangi...

syauqah-el-wardah said...

AlhamduliLlah.
13hb lepas saya berpeluang sekali lagi ke sana. Nenek Mariani sihat. Beliau menyatakan ketakutan kerana berita-berita perang yang melimpah-limpah dunia sekarang.
Hanya sempat berborak sekejap dan berjanji akan kembali ke sana nanti.
Tujuan lawatan adalah untuk berbincang dengan pihak sana untuk buat ziarah berkala bawah Ma'ruf Club untuk Dakwah-Welfare Project.
AlhamduliLlah kerjasama di peringkat Rumah Ehsan sudah dicapai.
Baru sebentar tadi berkunjung ke S-DEV bertemu authority program pelajar, alhamduliLlah juga kami mendapat respon positif (di luar jangkaan sebenarnya kerana program-program sebelum ini sangat susah untuk diluluskan).
Sekarang tinggal lagi mendapat kebenaran daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor pula.
Insya-Allah semuanya akan dimudahkan-Nya. Tugas ini sangat berat, tetapi kami berasa bertanggungjawab ke atas mereka.
Sempat berbicara sebentar dengan nenek yang tinggal bersama suaminya di Rumah Ehsan, beliau sangat berbesar hati sekiranya dapat diadakan ceramah agama di sana. Dan ada beberapa masalah yang beliau luahkan kepada kami. Insya-Allah kami akan cuba mencari jalan penyelesaiannya.

Insya-Allah.
Allah, mudahkan segala urusan kami.
Allah, ikhlaskan hati kami bekerja di jalan-Mu.

Ameen..

CerminDiri said...

salam kehidupan,
tahniah buat anda kerana meneruskan amalan seorang muslim. Semoga ianya diberi ganjaran Ilahi.